Berikut merupakan isi khutbah yang telah disampaikan di masjid Seksyen 18, Shah Alam pada 17 April 2009. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Islam didatangkan kepada manusia sebagai Rahmat dari Allah Az-Za wa Jalla. Ianya datang bukan untuk membebankan manusia. Sebaliknya Islam datang memartabatkan manusia dan menjelaskan hakikat diri manusia itu sendiri. Dengan itu akan tertegak sistem hidup yang melayani manusia dengan cara yang bersesuaian dengan kedudukan dan martabatnya.
Dalam soal martabat manusia, sifat kejadian manusia digambarkan oleh Al-Quran di dalam Surah At-Tin ayat 5 :- “Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik ciptaan”.
Begitu juga ciptaan Nabi Adam (A.S.) disebut oleh Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 31:- “Ingatlah apabila Tuhan kamu berkata kepada para Malaikat, “Aku akan meletakkan di atas bumi seorang Khalifah”
Ciptaan Nabi Adam (AS), dan dengan itu, ummat manusia, adalah sebagai Khalifah di atas muka bumi. Istilah Khalifah bererti ‘duta’ atau ‘wakil’ dalam arti kata manusia dikehendaki melaksanakan dan mendzahirkan pemerintahan Allah di muka bumi ini. Ini merupakan satu jawatan yang begitu mulia sehingga para Malaikat diperintah oleh Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam (A.S.) seperti firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 35 :- “Dan ingat ketika Kami memerintah para malaikat sujud kepada Adam.”
Wawasan kedudukan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah yang begitu mulia semestinya didatangkan juga dengan satu tuntutan supaya setiap individu manusia dilayani dengan cara yang terhormat dan mulia. Manusia bukan batu atau kayu yang boleh diperlakukan sesuka hati. Manusia bukan juga binatang ataupun makhluk yang tidak berakal dan tidak berkehormatan-diri sehingga boleh ditangkap dan dikandang sesuka hati. Manusia, mengikut Al-Quran adalah makhluk yang mulia dan mesti dilayani dengan penuh kehormatan sesuai dengan martabat dan matlamat ciptaannya.
Berdasarkan wawasan sebegini, maka sistem hidup Islam dibina. Sistem hidup ini bertujuan supaya kedudukan manusia sebagai ‘khalifah Allah’ di atas muka bumi akan sentiasa disedari, diiktiraf dan dihayati, supaya kedudukan manusia sebagai ‘sebaik-baik ciptaan’ akan tertegak dan terlaksana. Oleh itu, melalui wawasan manusia yang sebegini, Islam merupakan sistem hidup yang pertama yang menegakkan konsep hak asasi manusia yang mesti dihormati oleh semua, termasuk kerajaan yang ingin mematuhi perintah Allah dalam corak pemerintahannya.
Konsep hak asasi manusia pada dasarnya bertujuan menentukan manusia sebagai makhluk yang berhak akan dilayani dengan adil, sewajar dengan hak yang dimilikinya sebagai manusia. Namun, mengikut pandangan Islam, konsep hak asasi manusia berbeza dari konsep yang dibawa dunia barat. Ini adalah kerana ianya adalah hak yang diberikan Allah kepada setiap individu manusia dan oleh itu ia tidak boleh dinafikan atau dirampas oleh mana-mana pihak. Hak asasi manusia mengikut pandangan barat merupakan hak yang diberi oleh manusia, samada oleh Parlimen atau seorang Raja yang bertahta dan ia boleh dibatalkan kembali oleh Parlimen atau Raja berkenaan. Sebaleknya, hak asasi yang diberi oleh Islam merupakan hak yang ditetapkan oleh Allah dan oleh itu hanya yang kufur atau yang dzalim serta fasik sahaja akan menafikannya.
Kedua, hak ini mesti dipertahankan oleh setiap orang yang mengakui dirinya beriman kepada Allah kerana ianya merupakan penentuan dari Allah dan pencabulan hak ini merupakan tindakan mengikari perintah Allah. Sebagai ‘khalifah Allah’ di muka bumi, seseorang mukmin menyedari bahawa sekiranya dia berdiam diri tanpa apa-apa alasan yang munasabah, dia akan ditanya oleh Allah mengapa dia tidak menentang pencabulan hak ataupun kezaliman itu pada hari akhirat kelak.
Sebaliknya bagi dunia barat, persoalan hak asasi ini hanya persoalan dunia dan tidak mempunyai apa-apa implikasi ke atas agama mereka atau akhirat mereka.
Di antara proklamasi hak asasi manusia yang berlaku pada zaman Rasulullah (SAW) adalah semasa Khutbahtul Wida’ atau khutbah mengucap selamat tinggal yang disampaikan oleh Rasulullah (SAW). Baginda bersabda pada ketika itu ;
“Wahai kaum Muslimin, ingatlah bahawasanya darah dan harta benda kalian adalah terjamin dan dilindungi (iaitu tidak boleh dicerobohi atau dirampas begitu sahaja tanpa alasan dan sebab) sehingga kamu bertemu dengan Allah..”
Perkara yang sama diulangi dalam Hadis riwayat Muslim di mana Rasulullah bersabda,
“Darah, harta dan kehormatan setiap Muslim adalah haram (ia itu untuk dicerobohi atau dirampas) ke atas Muslim yang lain.”
Begitu juga Baginda (SAW) memesan kepada para sahabat Baginda berhubung dengan layanan terhadap orang Dhimmi di mana harta, nyawa dan kehormatan mereka hendaklah dilindungi oleh kerajaan Islam.
Berdasarkan petikan ringkas ini, amat jelas bahawa di antara hak asasi yang dijamin untuk manusia oleh Allah az-Za wa Jalla adalah hak untuk hidup di mana seseorang itu, samada Islam atau tidak Islam, tidak boleh dibunuh tanpa sebab dan alasan yang syarii. Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-An’am ayat 151:- “Dan jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (untuk membunuhnya) kecuali apabila berhak (membunuhnya)..”
Istilah ‘nafs’ atau ‘jiwa’ yang digunakan merangkumi yang Muslim dan juga yang bukan Muslim dan syarat yang diletakkan ia itu ‘kecuali apabila berhak’ bererti hanya apabila jiwa berkenaan, melalui proses perbicaraan yang telus dan adil, telah terbukti melakukan sesuatu kesalahan yang menyebabkan dia berhak dibunuh.
Begitulah juga keadaannya dengan kehormatan dan harta benda seseorang. Mana-mana pihak yang berkuasa tidak boleh merampas harta seseorang insan, dengan sewenang-wenangnya, atau menjatuhkan kehormatannya, walaupun ia mampu untuk melakukannya, kecuali ia melakukan suatu pencerobohan dan pelanggaran terhadap perintah Allah.
Sebagai contoh, dalam soal mempertahankan kehormatan seseorang, Islam begitu tegas berhubung tuduhan-tuduhan liar seperti tuduhan zina dan liwat sehingga mewajibkan dikenakan hukuman ‘Kazaff’ bagi mereka-mereka yang melakukannya tanpa mendatangkan 4 orang saksi seperti yang ditentukan oleh Syariat.
Ummat Islam juga diajar menghormati hak asasi manusia yang membenarkan rakyat menegur pemimpin dan pemerintah serta menghormati dan membenarkan usaha menegakkan makruf, mencegah mungkar sehingga sejarah Islam begitu kaya dengan insiden-insiden di mana pemimpin ummat Islam ditegur dan diberikan peringatan, wal hal ada sehingga dicerca, tetapi golongan yang menegur tidak di apa-apakan. Kisah yang paling menarik dalam soal ini, mengikut bacaan khatib adalah kisah Saidina Ali (KW) yang diugut oleh segolongan pengikut Khawarij akan dibunuhnya. Pegawai2 Saidina Ali ingin memberkas mereka tetapi Saidina Ali menyebut bahawa mereka tidak boleh ditahan hanya kerana mereka kata mereka ingin membunuhnya. Selagi mana mereka tidak usahakan, kata-kata itu hanya merupakan percakapan kasar.
Begitu juga, Saidina Ali berpesan kepada golongan Khawarij bahawa mereka boleh hidup di bawah pemerintahannya dengan aman tanpa diganggu gugat, walaupun sentiasa mengkritik beliau dan “selagi kamu tidak mengangkat senjata menetang ku, Amirul Mukminin tidak akan mengangkat senjata menentang kamu”.
Begitu jugalah dengan banyak lagi aspek Hak asasi manusia yang bertujuan menjaga kehormatan dan kedudukan manusia supaya tidak dihina atau diperlakukan dengan cara yang bercanggah dengan kedudukan dan martabatnya sebagai manusia. Tiada kedudukan yang lebih mulia berhubung kedudukan manusia selain yang ditentukan Islam. Oleh itu ummat Islam semestinya bangga dengan apa yang diajar oleh Islam dan jangan merasakan falsafah hidup Barat lebih adil atau maju. Malangnya ummat Islam sendiri tidak memahami khazanah yang ada pada diri mereka sendiri dan oleh itu mencari-cari di semua tempat selain dari Al-Quran dan sunnah Rasul (SAW). Marilah kita kembali menceduk dari khazanah Islam itu sendiri dengan sejarahnya yang begitu gemilang dan dengan itu mencorak kehidupan kita berdasarkan wawasan Ilahi.
“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, Kami bacakannya kepadamu (Wahai Muhammad) dengan benar. Ingatlah Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.” (Al-Imran 108)
WaLlahu 'Alam
Khalid Samad

Comments