Skip to main content

Isu Penyelenggaraan Kawasan MBSA

Saya telah menerima beberapa komen berhubung isu penyelenggaraan kemudahan awam di Shah Alam. Malangnya aduan-aduan tersebut hanya menyatakannya secara umum tanpa disebut tempat atau nama jalan yang dimaksudkan secara jelas. Oleh itu adalah agak sukar untuk saya bertanya dengan lebih lanjut dan mengambil tindakan.

Untuk makluman para pengunjung dari Shah Alam, MBSA telah membahagikan kawasan di bawah jagaannya kepada 24 zon. Setiap zon diletak bawah penjagaan seorang ahli Majlis yang secara sekali gus mempengerusikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di dalam zonnya. Ahli majlis tersebut merupakan orang yang akan menghadiri mesyuarat MBSA bersama Dato’ Bandar dan Pengurus Jabatan-Jabatan MBSA untuk menyatakan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh warga Shah Alam di dalam zon masing-masing. MPP pula merupakan badan yang mewakili penduduk sesuatu zon.

Sebelum ini, MBSA membahagikan kawasan di bawah jagaannya kepada hanya 12 zon. Pada zaman itu, MPP dan Pengerusi MPP yang juga merupakan Ahli Majlis tidak bertemu dengan penduduk di dalam zon masing-masing. Jawatan-jawatan ini lebih dilihat sebagai anugerah dan pembuka jalan kepada mendapat projek-projek MBSA. Sekarang keadaannya adalah berbeza di mana Ahli Majlis kelihatan kerap turun padang bertemu dengan penduduk mendengar masalah serta cadangan pembaikan.

Saya sertakan bersama ini carta organisasi MPP di bawah MBSA serta nama dan nombor telefon Ahli Majlis setiap zon untuk rujukan dan kegunaan tuan-tuan sekalian. Sekiranya terdapat sebarang masalah di kawasan tuan-tuan, kenal pasti zon mana kawasan tersebut dan siapa Ahli Majlisnya. Apa-apa aduan dalam bentuk sms atau e-mail boleh disalinkan kepada saya untuk saya menentukan tindakan diambil oleh Ahli Majlis berkenaan. *[update 18/4/2009 - Sila rujuk laman web MBSA untuk maklumat terkini MPP]


Adalah diharapkan dengan penambahan jumlah Ahli Majlis dan MPP serta zon di bawah MBSA, penyelenggaraan kemudahan awam dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Ditambah pula dengan semangat ‘berkhidmat untuk rakyat’ yang dihayati oleh setiap Ahli Majlis dibawah didikan PR, insyaAllah ini akan dapat dimanafaatkan sepenuhnya untuk rakyat Shah Alam.

WaLlahu ‘Alam

Comments

Unknown said…
Salam YB,

Tak semua details ahli MPP ini disertakan dgn no telefon/fax/email. Harap boleh dikemaskinikan agar lebih lengkap..

Wasslalam.

-Residen Sek36-
Edyes said…
Assalamualaikum YB,

Saya adalah blogger yang memperjuangkan Pakatan Rakyat. Sentiasa di barisan hadapan sewaktu pilihanraya dengan peranan yang tersendiri.

Saya mempunyai 3 saman MBSA kerana berniaga secara 'rambo' di Bazaarina Stadium Shah Alam pada pagi Ahad. Saya berniaga baju cotton RM10 yang untungnya tidaklah banyak mana.

saya telah sekian lama memohon tapak di baazar berkenaan namun masih tidak berjaya mendapat tapak yang saya. oleh demikian, saya berniaga secara rambo.

saya mencadangkan agar pihak MBSA menyediakan satu tapak (sekelompok) untuk peniaga rambo seperti saya. Pihak MBSA boleh buat kutipan sebanyak rm20-rm30 untuk sekali berniaga kepada peniaga rambo.

Harap YB boleh mempertimbangkan hasrat peniaga part-time seperti saya. Saman tersebut tidak mampu saya bayar kerana ianya sebanyak RM200 iaitu kurang sedikit daripada kutipan perniagaan saya dari jam 9 hingga 11pagi (kami tidak dibenar sama sekali untuk membuka lebih awal).

YB boleh jenguk blog saya yang berumur lebih setahun. edyesdotcomHarap YB boleh beri pertolongan sebagai asas kebajikan rakyat.
arr majid said…
YB Khalid

Saya merasa terpanggil untuk membetulkan kenyataan yang dibuat oh YB diperenggan 3 yang menyatakan "...Pada zaman itu, MPP dan Pengerusi MPP yang juga merupakan Ahli Majlis tidak bertemu dengan penduduk di kawasan masing-masing....".

Kenyataan YB yang dibuat secara umum ini sebenarnya menafikan kerja-kerja baik yang dibuat oleh sesetengah Pengerusi MPP yang terdahulu. Tidak dinafikan mungkin ada Pengerusi MPP yang tidak mengambil berat tentang keadaan masyarakat didalam Zon mereka tetapi merumuskan secara umum semua Pengerusi MPP terdahulu tidak menjalankan tugas mereka ada lah amat tidak adil sama sekali.

Saya tidak mewakili mana-mana parti politik. Tetapi saya pernah memberikan khidmat secara sukarela selama beberapa tahun untuk Zon 10 yang diketuai oleh Puan Nora Azmin yang juga merupakan ketua Puteri UMNO Selangor ketika itu. Program-program bertemu masyarakat Zon 10 ketika itu adalah merupakan acara bulanan kami. Mencari penyelesaian untuk masaalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat terutama yang memerlukan tindakan segera MBSA adalah merupakan tugasan harian kami, AJK MPP Zon 10ketika itu. Alhamdulillah banyak masalah-masalah masyarakat setempat dapat kami selesaikan bersama. Bukan sahaja masalah berkaitan penyelengaraan yang dapat kami selesaikan, malahan masalah-masalah yang memerlukan tindakan kerajaan persekutuan juga dapat kami selesaikan. Contoh yang paling utama adalah SK Subang Bestari. Diatas usaha dan tindakan segera Pn Nora Azmin, Jabatan Pelajaran telah membina satu bangunan tambahan dalam tempoh 3 bulan pada tahun 2007 di SK Subang Bestari dan berjaya memberikan penyelesaian sementara terhadap masalah kekurangan kelas dan peningkatan bilangan pelajar.

Sekiranya, Pengerusi MPP, tidak pernah turun padang sepertimana yang dinyatakan dan ditegaskan oleh YB, mana mungkin masalah-masalah ini akan dapat diselesaikan.

Oleh itu saya amat berharap semoga YB tidak terlalu membuat kenyataan politik sempit yang menafikan sumbangan-sumbangan MPP dan Pengerusi MPP yang terdahulu walaupun mereka mewakili regime kerajaan yang terdahulu. Adalah lebih adil sekiranya yang putih kita nyatakan putih dan yang hitam kita nyatakan hitam. Berdasarkan pengalaman saya, masalah-masalah Zon akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya terdapat semangat bermasyarakat dan muafakat yang menjangkaui ras, agama, bahasa dan ideologi politik. Komposisi AJK MPP Zon juga mesti betul. AJK MPP Zon harus diwakili oleh pengerusi-pengerusi persatuan penduduk dan wakil-wakil NGO dan parti-parti politik yang kurang bercakap tetapi kuat berkerja secara sukarela tanpa memikirkan imbuhan. Dengan itu setiap masalah masyarakat Zon akan dapat dibawa ke pengetahuan Pengerusi MPP untuk tindakan susulan dan diwaktu yang sama AJK MPP akan sentiasa memantau keberkesanan tindakan Pengerusi MPP.

Terima Kasih.

Shaharuddin Majid
Sek19 said…
Wahai Encik Shaharuddin Majid,

Bagaimana pula dengan kenyataan "jawatan-jawatan ini lebih dilihat sebagai anugerah dan pembuka jalan kepada mendapat projek-projek MBSA."? Tak nak komen ke?

Saya tak rasa YB Khalid cuba menidakkan usaha baik kerajaan terdahulu, TETAPI kalau saudara mahu buat perbandingan seperti yg cuba dilakukan maka perlulah dibandingkan secara keseluruhan antara 2 kerajaan tersebut dan bukan sekadar 1-2 contoh sahaja.
Sek 3 shah alam said…
encik sek19

apa yang dikatakan encik shaharuddin majid tu ade betulnya.

kenyataan " jawatan-jawatan ini lebih dilihat sebagai anugerah dan pembuka jalan kepada mendapat projek-projek MBSA" harus disertakan dengan bukti, kalau buat tuduhan melulu tidak adil.

kalo baca balik petikan diatas jelas YB Khalid hanya berpolitik saja! ....yang kita mahukan ialah "walk the talk".

rasanya lebih senang kalau penduduk bole mengadu di laman web bagi mereka yang memiliki komputer dan internet. Bole buat website khas untuk aduan masalah.

apa kata survey!
Salam deejay73,

Email, alamat dan nombor telefon/fax terkini MPP untuk setiap zon juga boleh didapati di laman web MBSA.

-Pejabat YB Khalid Samad-
mekjah said…
Edyes,
Saya rasa encik kurang maklumat.
Untuk pengetahuan peniaga 'rambo' sudah beberapa tahun ada arrangement di mana peniaga yang tiada tapak khusus boleh bayar yuran rate harian sebanyak RM20 sahaja. Bila encik dah buka gerai tu, sila bayar RM20 di kaunter MBSA yang dekat tiang lampu besar tu.

Terimakasih.

bekas peniaga rambo, sekarang dah makan gaji.
Anonymous said…
SHAH ALAM: Two top officials of state subsidiary Permodalan Negeri Selangor Bhd have been asked to go on leave immediately over allegations of accounting irregularities.

They are PNSB chief executive officer Datin Khairiyah Abu Hassan and finance manager Nora Azmin Radzuan.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said he had uncovered several offences in record-keeping and other weaknesses in PNSB.

Source: http://www.emedia.com.my/detailnews.php?nid=6574&cid=N01
ikhwan86 said…
salam,

saya seorang peajar disebuah IPTA di shah alam. sekarang saya bekerja "part time" di salam sebuah syarikat pembinaan di PKNS.

kenapa MBSA sekarang makin kuat nak saman orang? saya masuk minggu ni saya dah 2 kali berturut kena saman. bawa moto kena saman, bawa kereta kena saman.

saya minta YB dapat memberi cadangan kepada MBSA agar dapat menyediakan parking lebih banyak terutama dikawasa yang ramai pengunjung seperti di PKNS. nak perking dalam PKNS mahal. Sehari boleh sampai RM10.00...

tengah hari tadi saya datang ke MBSA untuk bayar saman. saya tanya kepada orang yang jaga kaunter tu, kenapa tak provide lebih banyak parking kereta di tasik depan PKNS? Dimana tempat parking moto? dan jawapan yang saya peroleh, tidak tahu. saya nak parking dalam PKNS, yang saya nampak papan tanda moto dilarang masuk. habis mahu parkig dimana? saya parking la dekat tasik sebab kat situ ramai orang parking moto. itu pun kena saman.

lagi 1, saya minta supaya mesin bayaran parking tu dapat ditukar supaya wang kertas boleh digunakan selain duit syiling. ini boleh menyukarkan pengguna nak bayar parking kerana kesukaran dapat duit syiling.

saya harap, YB dapat majukan perkara ni ke MBSA. apa yang pasti, MBSA paling banyak, paling suka saman orang. paling aktif saman orang. tak seperti tempat lain.
Anonymous said…
mekjah said...
Edyes,
Saya rasa encik kurang maklumat.
Untuk pengetahuan peniaga 'rambo' sudah beberapa tahun ada arrangement di mana peniaga yang tiada tapak khusus boleh bayar yuran rate harian sebanyak RM20 sahaja. Bila encik dah buka gerai tu, sila bayar RM20 di kaunter MBSA yang dekat tiang lampu besar tu.

Terimakasih.

bekas peniaga rambo, sekarang dah makan gaji.

-masih ade lg ke tapak untuk rambo di stadium tu??sy nak bukak tapak meniaga makanan leh lg x??sy nak berurusan dgn siape ye untuk tapak rambo per day RM20.00 ni-mekasih

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-