Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan
Comments
sekadar mencadangkan agar PAS Kawasan/Bahagian Shah Alam atau/dan kawasan/bahagian lain agar mencalonkan
Dato Dr. Haron Din sebagai Presiden
Dato Husam Musa sebagai Timbalan Presiden
Ir. Nizar sbgai Naib Presiden
Dr. Syed sbagai Naib Presiden 2
Ust. Nasya sbagai Naib Presiden 3
Dato Seri Hadi Awang dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS
dan saya juga mencadangkan agar KEPIMPINAN ULAMA digantikan dengan KEPIMPINAN ISLAM...
salam hormat dari saya
Harap maaf, pihak kami terpaksa edit komen Tuan kerana bahasa yang kurang adab sopan. Harap jangan ulangi di blog ini utk elak dari kena reject.Sdr Faizal
Nampaknya wabak virus anwarisma al ****** sangat kuat menguasai pemikiran anda.
Saya cadangkan anda mengisi boroang PKR supaya penyakit anda sembuh!
kepada sesiapa yang berkenaan,
saya tidak terjebak dgn virus anwarisma mahupun virus ergodan.
Kesemuanya adalah pandangan peribadi yang tidak terikat dengan mana-mana kelompok pemikiran.
pada hemat saya, idea yang saya berikan memiliki hujah dan rasional yang tersendiri, cadangan saya bukan bertujuan untuk menolak kepimpinan Tuan Guru Hadi Awang, cuma memberikan idea alternatif untuk dipertimbangkan, dan ianya tidak lebih dari itu.
sekiranya pihak yang berkenaan tidak selesa dgn cadangan saya, saya tidak ada masalah untuk menghormatinya dan menerima seadanya atas malah sedia untuk menerima teguran dan kritikan.
saya melihat ia dari skop golongan muda, saya percaya golongan muda mahukan pemimpin bersifat atau berwatak MALAYSIA dan dalam masa yang sama memiliki idealisma perjuangan Islam yang mantap disamping disenangi oleh semua pihak. Pandangan saya ini selari dengan kenyataan terbaru oleh KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, YB SALAHUDDIN AYUB yang menyatakan PAS memerlukan pemimpin berwatak Malaysia.
kita boleh ambil contoh AKP di Turki, HAMAS di Palestin, dan Presiden PKS, Indonesia. Kesemuanya dipimpin oleh golongan Profesional Islam.
Mungkin sudah tiba masanya, profesional memimpin PAS manakala golongan ulama dipertanggungjawab sebagai tunjang yang kukuh menguasai Majlis Syura melalui Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.
Saya percaya dengan cara ini, "Value" PAS dikalangan golongan muda dan golongan bukan melayu akan meningkat. Insya Allah sesuai dengan konsep "PAS For All".
Dan yang terakhir, PAS sewajarnya mencontohi PKS, Indonesia dalam pentadbiran KERAJAAN, dimana mana-mana pemimpin PAS yang memimpin KERAJAAN wajar melepaskan jawatan dalam PARTI supaya fokus terhadap amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin supaya tidak wujud "conflict interest".
Sebagai contoh, Presiden PKS, Dr. H.M. Hidayat Nr Wahid telah meletakkan jawatannya setelah dilantik menjadi ketua MPR Indonesia, dan jawatan Presiden PKS diserahkan kepada Ir. H. Tifatul Sembiring (seorang jurutera profesional yang memiliki idealisma perjuangan Islam).
terima kasih,
PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.
Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?
Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.
Semangat Kepimpinan Ulama
Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.
Kemampuan Ilmu Syarak
Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.
Pas Adalah Gerakan Islam
Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.
Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama
Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.
Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.
Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain
Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.
Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.
Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.
Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam
syabas atas keberanian
& visi yb.
kriteria2 yg ada pd yb
lah yg membolehkan anak
muda seperti saya
menyokong PAS.