Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Mi Celup

Saya diminta memberikan pendapat oleh beberapa orang berhubung tuduhan serius yang dilemparkan oleh anakanda Nik Abduh dalam blognya. Saya jarang mengunjung blog beliau dan oleh itu tertanya-tanya apakah tuduhan serius ini? Hari ini, diberikan kesempatan dan ruang masa oleh Allah, maka saya membaca postingnya yang bertajuk ‘ kerja-kerja bodoh dalam pas ’. Setelah selesai membacanya, saya memahami mengapa ada yang meminta saya mengulas. Walaupun saya bukan ulama’ dan tidak pernah mengaku diri saya seorang ulama’ namun oleh kerana tulisannya menyentuh parti yang telah saya habiskan lebih separuh dari hidup saya di dalamnya, saya rasa saya berhak untuk memberi komen. Walaupun saya ini mungkinlah dianggap olehnya sebagai di antara ‘mi celup’ tersebut. Untuk memudahkan semua, khususnya untuk mereka yang mi celup seperti saya, pendapat saya akan dikemukakan dalam bentuk point seperti di bawah. 1. Tuduhan Yang Dibuat Saya sebenarnya terkejut dengan tuduhan yang dibuat. Pembantu-pembantu TGNA...

Respon: Email Buat YB Khalid Samad

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung blog yang telah memberikan komen berhubung jawapan saya di dalam Email Buat YB Khalid . Saya akan cuba untuk memberikan respon saya di sini dan sekiranya perlu, untuk memudahkan konteks pemahaman saya akan muatkan sebahagian dari pendapat yang telah tuan-tuan kemukakan. 1) Faizal - April 18, 2009 9:24 PM Amin. Semoga Allah menghasilkan keadaan yang lebih baik. Kita mesti berani membawa perubahan dan bertawakkal kepada Allah. Kalau tidak kita akan terus berada di takuk yang sama atau lebih buruk dari itu. 2) 19CoSmIcBoY94 - April 19, 2009 11:21 AM Terima kasih atas komen tuan. Semoga PAS dapat membuktikan keikhlasannya bahawa cogan kata PAS for All adalah benar-benar dihayati. Semoga PAS akan memimpin dan membantu proses perubahan dengan jayanya. 3 ) troubadour - April 19, 2009 12:13 PM Yes, maybe there is some truth in that the Erdogan issue originated from the SB but unfortunately there is also a possibility that it origin...

Hikmah Dalam Berdakwah

Lanjutan dari khutbah berhubung kewajipan berdakwah, saya ingin juga menarik perhatian pengunjung terhadap persoalan dakwah bil hikmah mengikut pandangan Al-Marhum Pak Natsir dalam bukunya Fiqhud Da’wah . Dalam mengupas persoalan hikmah ini, Al-Marhum telah membahagikan ciri-ciri hikmah kepada tiga ia itu :- a) Mengenali golongan, ia itu golongan yang sedang di hadapan seseorang da’i dan tahap kemampuan mereka untuk memahami risalah yang di bawa b) Memilih saat, iaitu memilih masa dan ketika yang tepat untuk berbicara dan c) Mencari titik pertemuan, iaitu adanya keserasian dan persamaan serta relevensi, sebagai tempat bertolak Saya ingin membincangkan aspek (c) berdasarkan maklumat yang dikemukakan Al-Marhum Pak Natsir sendiri, khususnya kaedah dakwah Rasulullah (SAW) terhadap raja-raja Nasrani di sekeliling Hijaz pada masa itu. Pak Natsir mengemukakan sebagai bukti surat-surat yang diutus Rasulullah (SAW) kepada raja-raja tersebut untuk memperkukuhkan hujjah beliau. Surat-surat ini ...

Gambar-Gambar Semasa PRK 2 Bukit

Gambar-gambar yang telah sempat diambil semasa kempen Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun agak lewat, tetapi bak kata pepatah " better late than never ". Tahniah kepada semua para petugas dan penyokong PR yang telah berusaha bertungkus lumus bagi mengekalkan kemengangan untuk rakyat. -Pejabat YB Khalid Samad-

Martabat Manusia (Khutbah 17/4/2009)

Berikut merupakan isi khutbah yang telah disampaikan di masjid Seksyen 18, Shah Alam pada 17 April 2009. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripadanya. Islam didatangkan kepada manusia sebagai Rahmat dari Allah Az-Za wa Jalla. Ianya datang bukan untuk membebankan manusia. Sebaliknya Islam datang memartabatkan manusia dan menjelaskan hakikat diri manusia itu sendiri. Dengan itu akan tertegak sistem hidup yang melayani manusia dengan cara yang bersesuaian dengan kedudukan dan martabatnya. Dalam soal martabat manusia, sifat kejadian manusia digambarkan oleh Al-Quran di dalam Surah At-Tin ayat 5 :- “Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik ciptaan”. Begitu juga ciptaan Nabi Adam (A.S.) disebut oleh Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 31:- “Ingatlah apabila Tuhan kamu berkata kepada para Malaikat, “Aku akan meletakkan di atas bumi seorang Khalifah” Ciptaan Nabi Adam (AS), dan dengan itu, ummat manusia, adalah sebagai Khalifah di atas muka bumi. Istilah Khalifah ...

Respon Kepada Pengunjung

1. Article ‘Berdakwah satu kewajipan’ Mawi said... Dato’ Khalid... (saya bukan Dato’ tetapi Atok!) "Sangat penting bagi tujuan memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam terus berkembang untuk seluruh umat." Nak tanya skit... ‘Seluruh umat’ tu umat Islam jer ke, golongan kafir jugak? Di sini, yang dimaksudkan ialah kedua-duanya. Bagi ummat Islam ia penting kerana ia berhubung persoalan memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam. Tanggungjawab memelihara kesucian dan kemuliaan Islam semesti dipikul oleh ummat Islam. Matlamat ini akan hanya dapat terlaksana dengan hidupnya usaha dakwah. Usaha Dakwah boleh disamakan dengan enjin yang menggerakkan ummat Islam supaya berhadapan dengan segala cabaran, intellektual, emosional dan spiritual, supaya kehebatan Islam akan terserlah melalui kejayaan berhadapan dengan cabaran-cabaran ini. Usaha dakwah tidak terhad kepada usaha mengajak orang bukan Islam memeluk Islam tetapi termasuk juga ialah usaha mengajak orang Islam menghayati...

Email Buat YB Khalid Samad

Pihak kami ingin berkongsi email di antara YB Khalid Samad dan seorang pemuda bernama Muhammad Nasih Ulwan bin Zakaria ( Jiwa Terasing ) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan beberapa perkara yang mungkin boleh dimanafaatkan bersama. 1. Apakah tujuan Suara Islam ditubuhkan? Adakah benar yang dikatakan sesetengah pihak bahawa untuk melawan PAS? Jika ya, adakah penubuhannya atas dasar tidak puas hati? Suara Al-Islam ditubuh demi memperjuangkan Islam di Malaysia. Ianya ditubuh pada tahun 1975/6 oleh beberapa pelajar Islam Malaysia di UK. Pada masa itu PAS masih bersama BN dan Dato’ Asri adalah Presidennya. Pada masa itu, PAS dan juga ABIM belum lagi aktif di kalangan pelajar-pelajar UK. Namun, pelajar-pelajar kita mendapat pendedahan kepada perjuangan Islam melalui pelajar-pelajar post-graduate Arab dan Pakistan yang sedang menuntut di UK. Oleh itu pelajar-pelajar Malaysia terbagi kepada dua kumpulan besar, iaitu yang ingin bersama perjuangan Islam dan yang tenggelam dengan budaya barat....

Video Parlimen: Menghayati Keadilan Yang Dituntut oleh Islam

18 Mac 2009 - Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tanya tadi sebenarnya kes Kugan itu hanya sebagai satu contoh. Pentingnya ialah bagi JAKIM untuk memainkan satu peranan yang lebih menyeluruh. Dalam erti kata untuk menentukan bahawa keadilan itu akan tertegak dan jangan hanya sekadar soal halal haram makanan dan sebagainya tetapi isu kezaliman yang berlaku di mana orang-orang yang terlibat pegawai-pegawai polis dan sebagainya. Dahulu ada pegawai-pegawai polis diberikan buku karangan Dato’ Harun Din berhubung manusia dan Islam dan ianya menjadi sebagai di antara panduan. Apakah usaha-usaha untuk menentukan bahawa kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai keselamatan dan sebagainya akan menghayati dasar-dasar keadilan yang dituntut oleh Islam termasuklah soal layanan terhadap orang yan...

Isu Penyelenggaraan Kawasan MBSA

Saya telah menerima beberapa komen berhubung isu penyelenggaraan kemudahan awam di Shah Alam. Malangnya aduan-aduan tersebut hanya menyatakannya secara umum tanpa disebut tempat atau nama jalan yang dimaksudkan secara jelas. Oleh itu adalah agak sukar untuk saya bertanya dengan lebih lanjut dan mengambil tindakan. Untuk makluman para pengunjung dari Shah Alam, MBSA telah membahagikan kawasan di bawah jagaannya kepada 24 zon. Setiap zon diletak bawah penjagaan seorang ahli Majlis yang secara sekali gus mempengerusikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di dalam zonnya. Ahli majlis tersebut merupakan orang yang akan menghadiri mesyuarat MBSA bersama Dato’ Bandar dan Pengurus Jabatan-Jabatan MBSA untuk menyatakan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh warga Shah Alam di dalam zon masing-masing. MPP pula merupakan badan yang mewakili penduduk sesuatu zon. Sebelum ini, MBSA membahagikan kawasan di bawah jagaannya kepada hanya 12 zon. Pada zaman itu, MPP dan Pengerusi MPP yang juga merupakan A...

Video: TV Antara - Analisa 3 PRK

Anjung Minda kali ini masih membincangkan analisa tiga pilihanraya kecil dan kabinet baru Najib bersama tetamu jemputan YB Khalid Samad; Ahli Parlimen Shah Alam, Prof. Dr. Aziz Bari; Pensyarah Undang-undang UIA dan YB Datuk Salehuddin Hashim; Setiausaha Agung PKR. [Bahagian 1] Description of this video object Ikuti seterusnya [Bahagian 2] di TV Antara. -Pejabat YB Khalid Samad-

Rayuan Untuk Undilah PAS Bagi Kerajaan PR [DS Nizar]

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang. Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran. Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di s...

The ‘debate’ on Human Rights

Malaysia has many things which are unique. Its multiracial, multireligious and multilingual nature. Its flora and fauna. Its food. Its Parliament. The rest we can be proud of. Not the Parliament. I dare say that it is the only Parliament in the world which when “debating” a Bill concerning human rights, the ruling party justifies and defends actions which are completely contrary to the spirit and understanding of human rights! I would even venture to say that the BN MPs do not have the slightest inkling of what human rights are all about in the first place. Let’s take it from the beginning though shall we. A Bill calling for the amendment of the original Suhakam Bill was tabled on March 24 morning and called for debate on March 25 morning. Hardly 24 hours’ notice. Almost an hour was used up by the PR MPs arguing against the way the Bill was being pushed through. Not enough notice, not enough time to prepare, no time to do research and the such. The minister of course was unimpressed, r...

The Bukit Gantang by-election

I arrived in Bukit Gantang at 5 in the morning of March 29. Headed straight for the Taiping mosque as suggested by a friend. It was full, overflowing at the seams. It looked as though we had taken over the mosque, with many of “the faithful” wearing T-shirts and vests with clear Pas and PR political colours and slogans written on them. When the early morning or dawn prayers started, many were still queueing to go to the loo as well as waiting their turn to do the ritual ablutions. The mosque was so packed that many were unable to get in to pray together with the “first batch”. I was later told there were three “batches” before everyone present got to perform their prayers. At 7.30am special “hajat” prayers were held for the victory of Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Political loyalties were clear and the carrying out of such prayers at any “establishment” mosque was unheard of a year or so ago. By 8am everyone was ready to march on from the mosque to the nomination centre about a kilometr...

Berdakwah Satu Kewajipan - Isi khutbah 27hb Mac di Sek. 7 Shah Alam

Dakwah adalah satu wasilah atau kaedah yang Allah SubhanahuwaTaala tentukan dalam menyampaikan ajaranNya kepada umat manusia. Dakwah secara umumnya ialah menyeru, mengajak, memujuk, mentarbiyah, mendidik, melatih serta memimpin orang yang diseru supaya mengakui kebenaran risalah Allah subhanahuwataala yang dibawa oleh pesuruhNya iaitu Rasulullah Saw. Menurut pendapat Almarhum Abdul Aziz bin Bazz, bekas mufti kerajaan Arab Saudi, berdakwah hukumnya fardhu ain keatas setiap orang Islam. Ini bersesuaian dengan pengistiharan keimanan yang mengambil bentuk pengakuan untuk menjadi saksi atas ketuhanan Allah dan kerasulan Muhammad (SAW). Di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 108 Allah berfirman :- Katakanlah (Wahai Muhammad) “Ini dia jalan aku. Aku menyeru kepada Allah berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Aku dan mereka-mereka yang mengikut aku…..”. Berdasarkan ayat ini amatlah jelas bahawa Allah mentakrifkan “mereka-mereka yang mengikut Rasulullah” sebagai mereka-mereka yang mengikut jalan yan...

Video Parlimen: Bukan Satu Reaksi

"...Betullah kita kata itu adalah pengambilan dan pembangunan berbeza. Akan tetapi semestinya pengambilan dan pembangunan ini pun ada hubung kait kerana kita tidak mahu dapatkan ramai, kita letakkan di ibu pejabat. Semestinya ia diagihkan untuk menjaga seluruh kawasan dan sebagainya. Lalu mesti ada hubung kait di antara pengambilan dan jumlah anggota pegawai polis dan penggunaannya di peringkat rakyat jelata iaitu berapa ramai penduduk, berapa banyak balai mesti ada, berapa orang kakitangan mesti ada dan sebagainya. Kita tidak mahu ambil pengambilan ramai, beratus ribu kemudian kita letak dekat Jalan Gurney ataupun Jalan Padang Tembak. Apa gunanya? So, bila kita kaitkan antara duanya, termasuklah soal perbelanjaan untuk membina balai polis dan sebagainya. Kita tidak boleh menggunakan kadar jenayah atau indeks jenayah semata-mata kerana dalam keadaan begitu seolah-olah kita hendak tengok jenayah berlaku baru kita hendak bertindak. Sepatutnya kita ada satu piawaian di mana dengan s...