Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Maknanya kita ambil alih tanah itu dan kita keluar belanja sebanyak itu dan kita tidak dapat apa-apa balik langsung. Melainkan pembinaan jalan yang dilakukan oleh pihak swasta dan pendapatan daripada pembinaan itu dapat pada syarikat swasta. Akan tetapi kita sendiri sudah keluar RM600 juta. That is no return for us, dengan izin. Adakah itu satu kaedah yang dianggap munasabah.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...
Comments
brainless bn mps...
yb khalid, gua caya sama lu...
4RAKYAT
teruskan usaha baik anda di Dewan Rakyat. Saya sebagai seorang pengundi di Parlimen Shah Alam dan DUN Kota Anggerik menyokong penuh YB.
Cuma nak mintak tolong YB la..kat Shah Alam ne banyak jalan-jalan yang berada di dalam keadaan yang teruk dipenuhi dengan lubang-lubang..kalo bole mintak YB foward kan masalah ini kepada MBSA dan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini ye..Saya mintak YB bg maklumbalas kepada sy ok!..
Terima Kasih
Saya tak tau la samaada nak nangis atau nak gelak tgk cara timb. menteri tu jawab. Aduh... nak menyirap pun ada jugak rasa nih.
Anyway, semoga YB istiqamah dlm menyuarakan permasalahan rakyat di Parlimen. Rakyat memerlukan wakil mcm YB Khalid Samad.
Sebaba itu Kerajaan bolih bagi tanah bebas kepada Crony Concessionaire tanpa apa apa munafaat kepada Rakyat melainkan Membayar Toll!
Mengapa kerajaan tidak bolih subkomtrak kerja kerka kepada Kontaktor dan jalankan Toll dengan kadar yang murah? Kerana malas dan tidak bolih dapat up front derma bagi Parti2 Politik.
Sekarang u faham formula dan cara ushaha UMNO/BN? Lain kali jangan megundi untuk UMNO/BN dan baharu ia akan memeham kemarahan Rakyat dan motorist yang terpaksa memebayar TOLL!
http://donplaypuks.blogspot.com