Skip to main content

Usaha Menghalau Hantu

Parlimen pada 16 Mac telah melihat usaha sia-sia pihak BN untuk menghalau hantu Altantuya yang terus menghantui TPM. YB Geobind Singh Deo telah digantung selama dua belas bulan tanpa gaji, tetapi tindakan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan apa-apa kerana bukan dia punca masalahnya. Malahan, dengan memberikan penonjolan kepada isu ini dengan mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap beliau, isu Altantuya akan terus ada ‘hantu’nya.

BN, melalui majoriti mereka di Parlimen, boleh mengusir YB Geobind dan menghalang dia kembali ke Parlimen selama setahun. Namun kekuatan majoriti yang sama tidak akan mungkin mampu mengubah persepsi rakyat terhadap isu pembunuhan Altantuya ini. Persepsi ini kekal wujud kerana beberapa persoalan yang masih tidak dijawab-jawab semenjak dari awal lagi.

Semua yang mengikuti kes pembunuhan Altantuya menyedari bahawa Sirul dan Azilah hanya ‘khadam’ yang menjalankan tugas semata-mata. Mereka tidak mengenali Altantuya dan tidak mempunyai apa-apa motif untuk membunuhnya. Usaha untuk mengenal pasti siapa yang mengarahkan pembunuhannya langsung tidak dilakukan. Keputusan perbicaraan terhadap kedua-dua manusia yang malang namun kejam ini tidak akan merupakan satu nokhtah kepada kes ini. Walaupun sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun. Malahan dengan terbuktinya kesalahan mereka dan keterlibatan mereka dalam pembunuhan ini akan hanya menimbulkan kembali soalan-soalan yang tidak dijawab selama ini.

Jika mereka ini hanyalah ‘khadam’, maka siapakah dia ‘tuan’ yang mengarah mereka? Tuan yang sama yang juga memperolehi C4 untuk kegunaan mereka. Tuan yang sama yang begitu berpengaruh sehingga mampu mengarahkan rekod kedatangan Altantuya ke Malaysia dilenyapkan dari rekod Immegresen. Hakikatnya semua menyedari bahawa tuan ini semestinya seseorang yang berpengaruh dan berjawatan tinggi.

Begitu juga dengan kehilangan manusia bernama Balasubramaniam dan kedua-dua kenyataan bersumpahnya. Hanya seseorang berpengaruh dan berjawatan tinggi sahaja yang mampu melenyapkan manusia dengan begitu sahaja.

Ya, mungkin dengan penggantungan YB Geobind, tuduhan seperti ini tidak akan lagi dilemparkan terhadap TPM di dalam Parlimen. Namun hakikatnya, apa yang dikatakan oleh YB Geobind ialah apa yang sedang difikirkan oleh rakyat jelata. Proses kehakiman yang berjalan sekarang tidak sama sekali membersihkan TPM dari anggapan ini. Adalah amat malang sekali, satu-satunya proses yang boleh membersihkan namanya, namun dia mengelak dan menjauhkan diri. Sekiranya dia membenarkan dirinya dipanggil atau meminta supaya dirinya dipanggil, memandangkan namanya dibabitkan dari awal lagi, mungkin namanya boleh dibersihkan. Mungkin pada masa itu dia boleh menjelaskan bagaimana C4 telah dapat dibekalkan dan bagaimana juga rekod kedatangan Altantuya dapat dilenyapkan. Kenyataan bahawa TPM tidak dipanggil di dalam kes perbicaraan ini akan sentiasa dianggap sebagai bukti bahawa Pejabat Peguam Negara tidak bebas dari pengaruh Pejabat TPM.

Selama mana keadaan ini berterusan, maka kes Altantuya akan terus menghantui TPM. Hantu yang seperti ini tidak dapat dihalau dengan begitu sahaja.

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Izinkan saya petik apa yang YB tulis: "Keputusan perbicaraan terhadap kedua-dua manusia yang malang namun kejam ini tidak akan merupakan satu nokhtah kepada kes ini."

Apakah pengakhiran episod Altantunya ini? Negara kita dijajah oleh Tartar (mongolia)?

Telahan-telahan berkenaan jigsaw puzzle yang YB katakan wujud itu adalah persoalan undang-undang.

Lebih spesifik undang2 keterangan. Mengapakah peguam keluarga Altantunya yang menjadi 'rakan mahkamah' tidak menyoal atau menjawab affidavit Razak Baginda?
Anonymous said…
kepada Rohan,

sebanarnya peguam pemerhati bagi keluarga altantuya bukan tidak mahu bertanya ttp tidak diberi ruang dan hak untuk bertanya. beliau hanya boleh memerhatikan prosiding shj...
Anonymous said…
to rohan

they were there only on observer status, i.e. no questioning by them. they were just holding a watching brief. karpal singh tried to ask but was silenced. just like that. sigh...

carmanio.
Anonymous said…
Salam YB,

nanti boleh cadangkan kepada mereka utk mendapatkan perkhidmatan Ghostbusters pulak.... :)
Anonymous said…
Roan,

Dah puas hati dengan jawapan itu ? Kalau belum puas hati, sila datang ke Taman Bukit Saga. Saya kasi minum itu ayer.
Anonymous said…
Kepada Rohan,
'Lebih spesifik undang2 keterangan. Mengapakah peguam keluarga Altantunya yang menjadi 'rakan mahkamah' tidak menyoal atau menjawab affidavit Razak Baginda?'

Tulisan saudara diatas hanya tonjolkan anda ini tidak faham kes gadis mangolia....cuba baca akhbar lama
Ghifari X said…
BN/UMNO Execrable, attempts a clean-up yet the puss keeps surfacing. This is a corps that needs amputation after all; the anti-bodies are all dead even the operating courts Ops! theater is infested with insanities’. Here’s the remedy: MIC has to be chopped off, PPP warrant some serious dosage of antiseptic and viral flushing and the MCA beginning with its tongue eye ears and testicles could do with some strict bandaging and isolation least they burst into a smelly and violent mucus as they normally do come every GA. As for UMNO quarantine without exception, don’t even announce it, and decapitate this syndrome like scabies and anything (One) near IT. We got rid of polio TB typhoid but dengue and UMNO are as stubborn as any plague, worst than the ravages during a civil war. This BN corps exudes as Dr M returns to his practice, this time gloves off as everyone is definitely infected-there goes the understatement-Infected you said? I have no sympathy. BN/UMNO must never mutate not in this life.
Unknown said…
so is malaysia gonna have a murder suspect as PM? nobody can stop him???
Anonymous said…
"My conscious clear and being human" uttered by DPM's wife and swearing to Allah by DPM in a ceremony that he does not know "the Mongolian Women" without mentioning Altantuya name, does not give Malaysian any answer to why Altantuya was murdered and blowed up by C4 in our country. What both DPM and wife should do is to start initiating legal actions against those people that have defamed them of having links to the murder of Altantuya and also initiate an Altantuya Foundation to provide financial assistance to the young children of Altantuya and DPM's wife to be invited to be the Patron. After all the upcoming 6th Prime Minister, needs to show to not just Malaysian but the world that he is clean & command highest respect. Let the world observe how the ghost of Altantuya continue to haunt those that have links to her death.
Antara jawapan "standard" diberi oleh kerajaan bila menahan seseorang di bawah ISA adalah individu tersebut dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan ataupun yang boleh mengancam keamanan negara. Bukti tidak ada tidak mengapa. Usaha pengumpulan bukti mengambil masa yang lama. Tangkap dulu, cari bukti kemudian.

Jadi mengapa hal ini tidak berlaku kepada Najib? Dia memang sungguh dipercayai bersubahat dalam jenayah tersebut. Dengan segala kemusykilan yang belum terjawab, dia memang termasuk dalam orang yang disyaki.

Tangkaplah dia masuk ISA dulu. Biarkan dia dalam ISA 6-7 tahun. Selagi belum selesai kes Altantuya, jangan ditandatangani surat pembebasan dia. Bukankah itu kaedah yang diajar kerajaan kepada kita? Beranikah kerajaan?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan