Skip to main content

Umat Islam Tidak Diberikan Kefahaman Yang Kukuh

Perbahasan Usul-Usul (membahaskan Titah Diraja). Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim. Saya cukup berpuas hati dengan kesimpulan yang terakhirlah yang dibuat yang mana saya rasa menyelesaikan ataupun mengenal pasti punca dan masalah sebenar iaitu bukan soal kita nak salahkan orang Kristian. Ini kerana mereka menghayati agama Kristian mereka ataupun kita nak marah orang Buddha kerana menghayati agama dan falsafah Buddha mereka.

Akan tetapi masalah yang utama ialah bahawa umat Islam tidak diberikan kefahaman yang benar-benar kukuh berhubung dengan Islam itu sendiri. Dalam soal ini, ianya bukan hanya persoalan fahaman secara teori tetapi pelaksanaan daripada segi penghayatan, wujudnya kerajaan yang bersih, yang telus.

Jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyiddin, jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Umar Abdul Aziz yang mana dengan itu akan meyakinkan umat Islam itu sendiri akan kebenaran Islam dan inilah bagi saya penyelesaian yang terbaik.

Bukan soal kita nak halang orang Hindu, nak robohkan kuil mereka ataupun apa-apa sahajalah. It is dengan izin our own making yang oleh kerana kita sendiri yang perlekehkan Islam, kita sendiri yang perlekehkan ajaran-ajaran Islam. Maka tidak hairan bagaimana orang merasa ragu-ragu bila datang fatwa-fatwa yang pelik-pelik, yang tidak memberikan penjelasan dan sebagainya lah.

Lalu saya cukup sokong walaupun kita berbeza pendapat daripada sudut perkataan kalimah “Allah” itu kerana kalau kita rujuk kepada al-Quran banyak ayat tapi saya tak nak masuklah pada hari ini kerana panjang tapi kesimpulan itu cukup baik. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih.

Transkrip adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Related article by Khalid Samad : Publication Permit for Herald the Catholic Weekly

Comments

Anonymous said…
yb khalid samad boleh baca artikel yg amat menarik
dari mantan mufti perlis dr. maza mengenai penggunaan nama allah oleh org kristian di link ini:

http://drmaza.com/home/?p=566#more-566

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...