Skip to main content

The Question of ‘Unity Government’ (Dwibahasa)

We were recently surprised by the proposal of Pas’ president published by The Malaysian Insider. Our president mooted the idea of a “Unity Government”. As the concept of “Unity Government” is a new concept, many are still confused by what it is. Many look upon it as a proposal for the coalition between Pas and Umno or Pas with BN.

What I understand by the proposal is a ‘unity government’ formed by a coalition between BN and PR. This coalition makes both parties have an equal footing in government while doing away with an ‘official’ opposition for the time being.

With this, escalated political conflict can be avoided and everyone can settle down to focus on the question of handling and overcoming the impending economic crisis.

This proposal was put forward due to the escalating political conflict and the impending economic crisis. Our president worries that the present political turmoil escalation involving PR and BN will increase tensions to dangerous levels and risk going completely out of control.

Race politics and the growing tendency of the government to flex its muscles, be it the police, SPRM or the courts, will lead to a continuous and unending conflict while the economic crisis will be left unattended to. In such a situation, not only the political parties, but also the rakyat as a whole, will stand to lose.

The concept of “Unity Government” therefore necessitates the sharing of power by the BN at the federal level in particular. Each ministry must be administered jointly and policies are to be decided on by consensus. It is not a situation wherein PR sits quietly under the leadership of the BN but is at par with the BN as an equal partner. The component parties of PR do not leave and join BN but it is PR which forms a coalition with the BN.

For this proposal to work, all parties must put the interest of the nation before the party or that of personal interest. It is basically a good proposal, if the above condition can be met. Unfortunately BN is not cognisant of any other form of politics besides that of corruption and misuse of power. It is very difficult for me to envisage the BN being able to uplift itself from their current form of politics and thereby agreeing to this proposal. The current political crisis is of no worry to them as they are its architect.

They will not accept this power sharing proposal as they believe they can still hang on to complete power on their own. Why do they need to share if they can do it alone? Secondly, they have never shown any ability to put national and the general population’s interest before their own and that of their party’s.

Their fervent desire to hold on to power will cause irreversible damage to the nation, for staying in power is all that matters to them.

Thirdly, they are also fully aware that if they allow PR into the corridors of Federal power, by sharing power with them, PR will only increase its influence amongst the people at large and achieve greater acceptance. The rakyat will be exposed to PR’s capability and the BN will slowly but surely lose power. Such a step would therefore be akin to putting the noose around their own necks.

So, although the idea is the ideal solution for the Nation, whereby we can avoid the political conflict which can be self-consuming, leading to the destruction of all we have achieved thus far, the Malay proverb states, “Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi” (or it takes two to tango). Nonetheless we can propose, then wait and see. Who knows, maybe they too have become completely exasperated with the current political developments and will throw out those leaders who put personal interest before all else. Without these leaders at its helm, BN may see the interest of the nation first.

They may even realise that for the sake of the nation, they should make way for the PR, albeit step by step.

Until such a situation develops, we proceed with our current efforts. Fold up our sleeves and dig in, focus on the work of defeating the BN at all levels. Starting with Bukit Gantang and Bukit Selambau, then onwards to Batang Ai.

*this article was originally published in The Malaysian Insider

**********************************************************************************

*artikel ini diterbit ulang dari versi asal yang telah dikirim pada 3 Mac 2009

Kerajaan Perpaduan

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan. Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN.

Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal. Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar.

Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN.

Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Mereka tidak mungkin sanggup berkongsi kuasa dengan PR sedangkan mereka masih menganggap mereka mampu kekal berkuasa sepenuhnya secara bersendirian. Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Lihat sahaja rompakan kuasa yang mereka lakukan di Perak. Ketiga, mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka membenarkan PR memerintah bersama, PR akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat. Pendedahan rakyat kepada kemampuan PR akan menyebabkan kuasa akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun ide ini merupakan penyelesaian yang paling ‘ideal’ untuk Negara kita buat ketika ini, di mana kita boleh elak daripada satu suasana persengketaan yang mampu memusnahkan segala-galanya, tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Namun, kita boleh mencadangkan dan kita lihat bersama. Mana tahu, mungkin mereka juga sudah serik dengan suasana ini dan akan membuang jenis pemimpin yang mementingkan diri. Tanpa pemimpin yang sebegini mereka akan mula menyedari betapa baiknya cadangan ini.

Sehingga keadaan itu berlaku dan hari bertuah itu tiba, kita tingkatkan azam kita bersama, sengsingkan lengan dan terus berusaha kearah kejatuhan kerajaan BN. Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, menuju ke Batang Ai.

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
selamat datang ke kemaman 20/3 (ceramah di Mak Chili). Saya antara pengunjung setia blog tuan.

ABAL QOSIM
Anonymous said…
YB, Isn't it right for the Pas president himself to make a statement to clarify his version of "unity government" with BN?

Is it a unity government between Pas and BN or a unity government between BN and PR as explained by your goodself?

Please do not take the people who have voted for Pas for a ride.

Remember,many have voted for Pas candidates because of the Pakatan Rakayt coalition.

No one single party in PR would have achieved the success it has in the last election based on its own strength.

Let's move forward together as PR and not as PAS,Keadilan or DAP.

On its own these three parties will not go any where and they will just be "mosquito" parties and will be crushed by BN.
Greenbottle said…
yeah, start back pedalling!

i'm so angry i can not finish reading your post YB.

what bloody equal footing ? who in their right mind want to give PR and worse still PAS an equal footing?

PAS is thinking like pak jkadok...PAS forgets that it is the most junior partner to PR. What a bloody joke this is!

do you guys know simple arithmatic?

the problem with PAS is that they have leaders who never think big. they are happy just to sit on the steps and being kicked around like dogs.

I'm so sick of PAS stupidity that I feel that probably it's about time for me NOT to support this party anymore.

It has done noting to dakwah. It has done precious little to make the non muslims feel comfortable with them and now this stupidity.

when the BN is already half dead here come an idiotic idea to resuscitate the BN!

I thought PR aim is to be an ALTERNATIVE to BN?

i think hadi awang needs to go and see a psychiatrist.
Anonymous said…
Saranan YB amat tepat sekali, ayoh kita beramai2 ke bukit gantang dan ketepikan dulu polemik yang tidak tentu memberi berfaedah kepada pas dalam 'unity gomen"!

Tokden
Anonymous said…
salam,

Saya tidak akan berkempen untuk PAS...lebih2 lagi sekiranya masih lagi mempertahankan DAP durjana itu...Orang Perak tahu apa si DAP buat masa si Nizar menjadi MB besar...Boneka...

Insyaallah,BN boleh menang.

PAS menuduh BN membuat fitnah...bagi saya PAS pun sama..Ap tindakan PAS terhadap ramai pemimpin PKR yang rasuah..tapi Bila UMNO saja bising satu kampung..

Cukupla..politik adu domba...lihatla apa yang berlaku pada yb Eli,BN tidak pula memperbesarkan isu itu sekrang malah memberi ruang MB Selangor membuat keputusan.Begitu halnya di PP...

Tetapi,kami rakyat akan mengadilinya bukannya BN...
Anonymous said…
Sebagai seorang ahli yang telah berada dalam PAS hampir 30 tahun, saya berasa amat kecewa dengan saranan dari Presiden yang mengutarakan Kerajaan Perpaduan.Bukankah Presiden yang sama juga selama ini mendoakan kehancuran musuh politik kita "UMNO", mendoakan agar UMNO pecah belah dan "bungkus". Saya melihat ini sebagai the "2nd attempt" selepas isu muqabalah/muzakarah untuk bersama dengan UMNO.Bukan kita ditarbiahkan supaya konsisten dengan perjuangan kita ? Dimana didalam sirah yang Rasullulah bersama dengan Abu Jahal bersama sama memerintah Makkah ? Saya yakin jika selepas ini akan ada lagi the "3rd attempt" untuk bersama dengan UMNO, I shall be the first to withdraw my support from PAS and I am sure many in my age category will follows.Even non Muslims support PAS because of its consistence in its struggle, please don't propose anything in response to the media without any musyawarah (as we have always been taught), futhermore kerajaan perpaduan which is a policy matter not only in PAS but among Pakatan Rakyat. Nik Aziz is really getting very irritated with this group, thus we heard of things like," I am the captain,Hadi must come and see me"
Anonymous said…
yer...mari kita mampuskan BN...perpaduan takkan dapat dicapai dengan BN...Apakah mereka akan setuju dengan syarat2 kerajaan perpaduan??Apakah mereka sanggup memberi bebrapa kementerian kepada PR?? Mustahil... Apakah nanti mereka sanggup untuk diheret ke mahkamah?? Cadangan ini sebenarnya cukup baik...memang baik...TGHH memang ilmuan politik yang baik cuma aper yang dicadangkan itu seolah2 mengulangi konsep muzakarah/berdamai dengan umno...Seolah2 walaupun sebenarnya memang tak sama...Kerajaan perpaduan memang penyelesaian terbaik...Tapi umno tak mungkin bersedia sampai kiamat pun untuk kerajaan perpaduan ini...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-