Skip to main content

Pengumuman: NISA Indoor Games Shah Alam

NISA Indoor Games (NIG) peringkat Shah Alam
Tempat: Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya
Tarikh: 29 mac 2009

Kepada semua warga wanita Shah Alam khususnya yg berminat dengan permainan traditional seperti congkak, batu seremban, ceper, dan juga indoor games lain seperti Dart, Carrom, Dam Aji serta catur. Acara permaianan yg akan menarik perhatian ramai adalah 'snake & ladder Giant" . Jomm berentap..!

Pihak Nisa Shah Alam dengan kerjasama penganjur dari MPP Zon 1, 16 & 20 mengalu-alukan kehadiran adik/kakak/puan untuk bersama memeriahkan Indoor games ini. Hadiah disediakan bagi yg menang berupa hamper dan medal. Bagi pemenang juga akan ditawarkan untuk ke peringkat NISA Indoor Games Malaysia pada bulan hadapan, InsyaAllah..

Pihak NISA Shah Alam, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur yg banyak memberi sokongan kepada NISA Shah Alam dalam menjayakan Indoor Games ini. NIG ini juga akan dirasmikan oleh isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Prof Madya Dr. Zaitun Abu Bakar dan majlis penutup akan dilancarkan oleh Tn Hj Ir Izham Hashim selaku tuan rumah NIG09, Pengerusi MPP Zon 16.

Bagi pihak penganjur program, NISA Shah Alam.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Unknown said…
salam en. khalib. pls continue to fight for malaysians and watch out for Abu Hassan.

and most importantly, haul that botoxman khir toyol to the prison!!! that's a must!!! the fist and foremost in your to do list pls.

thanks.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan