Skip to main content

Kerajaan Perpaduan

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan. Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN.

Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal. Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar.

Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN.

Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Mereka tidak mungkin sanggup berkongsi kuasa dengan PR sedangkan mereka masih menganggap mereka mampu kekal berkuasa sepenuhnya secara bersendirian. Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Lihat sahaja rompakan kuasa yang mereka lakukan di Perak. Ketiga, mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka membenarkan PR memerintah bersama, PR akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat. Pendedahan rakyat kepada kemampuan PR akan menyebabkan kuasa akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun ide ini merupakan penyelesaian yang paling ‘ideal’ untuk Negara kita buat ketika ini, di mana kita boleh elak daripada satu suasana persengketaan yang mampu memusnahkan segala-galanya, tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Namun, kita boleh mencadangkan dan kita lihat bersama. Mana tahu, mungkin mereka juga sudah serik dengan suasana ini dan akan membuang jenis pemimpin yang mementingkan diri. Tanpa pemimpin yang sebegini mereka akan mula menyedari betapa baiknya cadangan ini.

Sehingga keadaan itu berlaku dan hari bertuah itu tiba, kita tingkatkan azam kita bersama, sengsingkan lengan dan terus berusaha kearah kejatuhan kerajaan BN. Bermula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, menuju ke Batang Ai.

WaLlahu ‘Alam

Comments

telah lama idea ini ditunggu-tunggu..majoriti rakyat pun dah bosan dgn satira politik yg berlebih2 sgt..tp nak capai perkara ni perlu jabat tgn dr dua2 pihak..xpraktikal la kalo 1 pihak je yg hulur tgn tp yg 1 lg palingkan muka..

moga apa yg dibuat hanya utk kesenangan rakyat..cukup2 la berpolitik tu wahai pawang2 menteri dan khadam2 (yb) ku sekalian..
Yanaam said…
Hari ini, BN kurang berminat dengan idea kerajaan perpaduan. Andai satu hari nanti PR menguasai kerajaan persekutuan, mereka pula akan hulur tangan untuk kerajaan perpaduan. Dan ketika itu, PR pula yang tak berminat.
Anonymous said…
pakatan rakyat adalah contoh terdekat sebuah kerajaan perpaduan, kerana masing-masing parti (pas, dap, pkr) berjuang ke arah keadilan dan kesejahteraan tanpa menggadai prinsip parti. Manakala kerajaan bn yang menggabungkan begitu banyak parti, tetapi yang menjadi teras dan yang berkuasa hanyalah umno. pada masa yang sama parti-parti gabungan perlu akur dengan cara umno. dan kita lihat sendiri hasil 50 tahun pemerintahan kerajaan bn yang kita semua sedang menerima akibatnya?
Greenbottle said…
ini adalah satu cadangan yang paling tak masuk akal. macama mana gabungan ini boleh menjadi 'sama rata'? PAS ini macam pak kadok, terlonjak2 gembira menang sorak kampung tergadai. apakah PAS lupa dalam PR pun PAS yang paling kerdil dari segi kerusi parlimen?

kalau terjadi gabungan seperti hadi awang kehendakkan itu secara logik nya PAS akan jadi kucing kurap saja dalam kerajaan gabungan itu.

Tapi yang lebih saya risau ada lah ini:...Saya menyokong PAS kerana dasar Islam nya dan mengharapkan PAS dapat mentarbiahkan orang2 melayu menjadi lebih islamik dan sedikit demi sedikit dan hari demi hari orang2 melayu Islam akan meninggalkan umno dan akhir nya aumno akan hilang berkubur dari muka bumi Malaysia dan PAS menggambil alih dan menjadi alternatif sebagai parti dominan melayu dan Islam.

tapi nampak nya pemimpin2 PAS sentiasa di bodohi dan mungkin juga di rasuk Syaitan sehingga sanggup mahu bergabung dengan BN.
Nampak nya mentaliti PAS masih kaku dan tidak 'thinking big'...otak hadi awang sangat sempit ... jadi rakan kucing kurap gabungan BN-PR pun sudah cukup...

umno pijak kepala dan menginyayai PAS berpuluh2 tahun sehingga ahari ini dan waktu umno dah dekat nak mampus hadi awang sanggup memberi talian hayat pada parti ini.kalau macam ni lah keadaan nya dalam seribu tahun pun PAS tidak aakan menjadi parti dominan dan ulung di malaysia

kalau begini lah otak ketua PAS aku hari ini akan berhenti menyokong parti bodoh ini...

aku harap PAS buang saja manusia otak lembab macam hadi awang ni jadi ketua...tak ada seorang pun dalam malaysia ni kata hadi awang layak jadi PM...
Anonymous said…
Apa itu Unity Government sebenarnya ? Tiada diperjelaskan secara terperinci oleh hadi awang kepada masyarakat didalam media cetak pro PAS. Selepas itu hadi awang bersifat seperti menyalahkan kepada orang pas dan orang ramai yang tidak membaca buku politik dan tidak membaca istilah istilah politik. Sila rujuk youtube ini pada minit 0:36.

http://www.youtube.com/watch?v=0yUCu_u5b9o

yang berbunyi : saya melihat masih ramai tak faham tentang UG, termasuk orang pas sendiri dan kepimpinan tak faham , ini kerana kesibukkan tak membaca buku-buku politik dan tak membaca istilah istilah politik.....


Apa guna harakah dan harakahdaily, segala blogger pro PAS, sekiranya medium itu tidak digunakan untuk memperincikan setiap idea dari otak hadi awang kepada masyarakat ? Sampai ketika, masyarakat pro pas dan penyokong pas yagn tidak setuju dengan UG, dipersalahkan kerana gagal memahami dari idea yang keluar dari otak hadi awang.

Dari pemerhatian wa, lidah rasmi PAS kekadang semacam "Gagap" dalam beberapa isu. Adakah Lidah rasmi PAS pendek atau mereka dibelakang tabir lidah rasmi PAS berotak "pendek" ?

hmmmm

komen bodoh dari sp4n4r :)
Anonymous said…
Tak perlu PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS. Yg lebih penting UMNO dan PAS bekerjasama untuk membangunkan negara selari dengan penyatuan ummah. dalam penyatuan ini kita dapat melihat dan perlu ada nya check n balance dalam pemerintah kerajaan sekarang ni. Mungkin ini maksud Kerajaan Perpaduan Hadi Awang.
Syauqi said…
a very well explained on UG...

mungkin sape yg baca artikel ni boleh jg kot tengok video ini...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..

tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page
Anonymous said…
la ni, baca utusan, BH, n harakah...
baca semua...
saya nampak dah bnyk persamaan...

jom kita sama2 bangunkan malaysia!
ustazmohammad said…
pernah ke Rasulullah saw hulur tangan mintak nak damai dengan kafir Quraysh dulu dan parnahkah Rasulullah saw beri tawaran kepada kafir quraysh kerajaan perpaduan?

yang saya tau Allah kata bagi kamu agama kamu dan bagi saya gama saya.

memang umno bukan kafir macam kafir quraysh tapi umno memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh kafir sebab itu Tok Guru kata umno sesat macam ayah pin dan macam komunis.dan member-member umno tu macam kafir qurysh dan yahudi di zaman Rasulullah saw sebut saja Islam mereka benci.

sementara itu mana-mana kafir yang hulur tangan nak berdamai Allah suruh kita terima.

yang disuruh berdamai ialah dengan kafir yang hulur tangan nak berdamai dengan kita.

Ingatlah!!!Allah Maha Bijaksana sesiapa yang menumpang kebijaksanaan Allah maka dia tidak akan dihampakan tetapi sesiapa yang hanya bergantung kepada logik akal nescaya akalnya akan binasa sebelum masuk dalam kubur. akal tak boleh tolong kita dalam kubur -- kebijasanaan akal amat terhad--tak dapat kesan penipuan yang akan menimpa kita--- bergantunglah kepada Allah meh kita buat munajat kepada Allah, tobat Istighfar banyak,banyak. Ingatlah sifat ego dengan ilmu dan amalan juga penampilan boleh menyebabkan kita dibenci oleh Allah
Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu... Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So....nak kalut apa.... Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar......
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai. Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan