Skip to main content

Undang-Undang Anti-Melompat

Baru-baru ini saya ditanya pemberita TV3 berhubung pendapat saya terhadap cadangan BN untuk menggubal undang-undang ‘anti-melompat’. Saya ditanya samada saya bersetuju ataupun tidak bahawa amalan melompat parti oleh seseorang YB adalah satu amalan yang tidak bermoral. Saya telah memberi jawapan yang panjang lebar tetapi malangnya jawapan yang disiarkan ringkas dan tidak jelas. Malahan, mungkin juga mengelirukan! Biasalah TV3 tu. Apa yang saya respon adalah seperti berikut :-

1. Melompat itu tidak semestinya tidak bermoral. Ianya bergantung kepada niat orang yang melompat. Sekiranya seseorang itu melompat kerana dibeli atau oleh kerana disogok, maka jelas ianya tidak bermoral. Akan tetapi, sekiranya dia melompat kerana dia melihat bahawa parti asalnya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan yang sewajarnya dan sarat dengan kemungkaran seperti rasuah dan sebagainya, maka usaha beliau untuk ‘berhijrah’ kepada parti yang lebih baik adalah usaha yang mulia. Untuk terus berada dalam suasana rasuah dan kemungkaran adalah jelas lebih tidak bermoral.

2. Saya juga telah menyebut bahawa ada juga kemungkinan seseorang YB itu melihat bahawa angin perubahan telah meniup dengan begitu kencang di kawasannya sehingga pengundi-pengundi di kawasan itu tidak lagi menyokong partinya, maka dia melompat sesuai dengan perubahan itu. Bukti adanya angin perubahan begini adalah KT di mana pada asalnya MPnya adalah dari BN tetapi dalam PRk terbaru pengundi memilih PR. Maka dalam keadaan ini juga, melompat itu adalah lebih bermoral dari terus duduk dalam parti yang tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

3. Akhirnya saya menyatakan bahawa sememangnya meletak jawatan dan mengadakan PRK adalah pilihan terbaik. Ianya lebih demokratik. Namun sekiranya inilah apa yang diinginkan BN, maka peraturan yang menghalang YB berkenaan untuk bertanding kembali wajib juga dimansuhkan! Begitu juga, demi menghormati prinsip demokrasi, media arus perdana harus memberi YB tersebut peluang untuk menjelaskan mengapa beliau terpaksa meletak jawatan dan bertanding kembali atas tiket parti lain. Kalau nak demokratik, biar demokratik betul2.

UMNO/BN ini memang mudah lupa. Mereka telah mendapat manfaat yang banyak dari amalan lompat parti oleh YB dari parti lawan ke parti mereka. Siapa boleh lupa peristiwa jatuhnya kerajaan PAS Terengganu pada tahun 60an apabila ada ADUN yang dibeli dan melompat menyertai Perikatan. Begitu juga dengan kerajaan PBS Sabah pada tahun 80an. Namun apabila ada yang dari BN nak melompat keluar BN, mereka menganggap tidak bermoral! Kata Fuad Zakarshi, “melompat macam haiwan”. Mungkin mereka ingin melompat kerana melihat hanya ‘golongon tersebut’ sahaja yang duduk bersama BN.

WalLahu 'Alam

Comments

Abang Long said…
Salam hormat wahai YB.

Ada ketikanya saya terfikir, kenapa para YB Pakatan Rakyat tidak bersedia dengan jawapan yang ringkas, tepat dan padat sebelum diwawancara oleh media ?
Anonymous said…
yg lagi saya tak faham, kenapa pimpinan esp PAS masih lagi melayan TV3.dah fedup saya sejak dulu lagi. kalau nak keluar TV bernama, awani or even rtm kan ada but not TV3.
saya dah berbuih cakap dgn ramai YB PAS bila saya berjumpa mereka tapi semacam tak penting pulak tapi bila terkena keluar statement itu dan ini,ish tak faham la aku
Anonymous said…
Salam semua,

Yg TV3 atau mana2 media arus perdana buat utk memperlekehkan PR adalah salah dan saya rasa semua org tahu. Tetapi adakah betul utk kita tidak menghiraukan mereka dan hanya memilih wartawan pro PR shj utk kita layan agar berita2 yg keluar semuanya menyokong tindakan kita? Maka apakah bezanya satu hari nanti PR dan BN?
Anonymous said…
Salam YB dan semua..

Sewajarnya tv3suku diboikot terus. Termasuk rtm, utusan dan b.hairan tue. Bukan maksud hanya memilih media pro PR saja.

Tapi, semua sedia maklum perihal media arus perdana terutama tv3suku. Paham-pahamlah kerja depa nih..

Jangan dilayan sangat puak2 ini, depa mencari kesempatan dicelah kelemahan mangsa2 mereka.

Suatu masa dahulu Tuan Guru Nik Aziz memboikot utusan meloya. Ini wajar diteruskan termasuk memboikot tv3suku, rtm, b.hairan dan sewaktu dengannya.

Salam perjuangan..

BOIKOT tv3suku !!!
Anonymous said…
ya, sepatutnya langkah memboikot tv3 dan utusan itu diamalkan secara menyeluruh. jangan layan sama sekali. tak banyak hujah yang boleh menjustifikasikan langkah melayan mereka, rasanya.

pada masa sama, dengan melayan mereka, media massa seumpama tv3 dan utusan itu menggunakan pakatan rakyat untuk menaikkan rating/pengedaran mereka.
Abu Razeen 2 said…
minta Pas pantau blog ahlinya yg pandai2 tulis Perak dah jatuh ke tangan bn dan kononnya Pr sempat perintah 11 bulan shj.

sedangkan najib gagal jumpa Sultan malam ini. Esok jam 9 pagi baru boleh mengadap.(laporan TV1).

jadi blog ahli Pas itu mengelirukan dan boleh timbulkan provokasi dan suasana tidak tenteram kpd ahli PR dan rakyat Perak amnya.

siapa blogger itu?

senang dicari sbb blogger Pas yg berjawatan tak ramai.

Harap Pas pantau anasir ini.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan