Mengikut mitos Yunani, pada zaman dahulu telah wujud sejenis makhluk yang bernama ‘Medusa’. Sesiapa yang memandangnya akan bertukar menjadi batu. Pada zaman kita sekarang, wujudnya sebuah organisasi yang bernama ‘UMNO’. Sesiapa yang menghampirinya akan terpalit dan tercemar. Institusi hakim telah tercemar, institusi Polis telah tercemar, BPR, SPR dan segala yang boleh dicemari telah pun mereka cemari. Termasuklah para ADUN yang menghampiri atau dihampiri oleh mereka! Bagaikan lori sampah yang tidak boleh tidak, akan mencemari udara dengan bau busuknya di mana sahaja ia bergerak. Maka Itulah UMNO.
Dewasa ini UMNO sedang melakukan satu lagi ‘operasi mencemari’. Kali ini terhadap institusi Raja-raja, bermula di Perak. Seharusnya golongan ‘Nasionalis Melayu’ bangun menentang usaha pencemaran ini demi mempertahankan nama baik institusi Raja-raja Melayu dari terpalit dengan pencemaran UMNO. Sebaliknya mereka menyokong dan berkerjasama dengan operasi mencemari ini. UMNO yang tidak mampu berhadapan dengan PR melalui Pilihan raya kecil di 3 DUN mahupun di seluruh Negeri Perak sedang melakukan ‘rampasan kuasa melalui pintu belakang istana’ dan dalam mereka melaksanakan operasi ini, terpalit dan tercemar nama Sultan Perak yang pada satu ketika dulu begitu harum dan dibanggakan oleh rakyat Perak.
Seperti ‘Medusa’ yang tidak mampu menghalang proses ‘pembatuan’ manusia disebabkan kehodohan mukanya, begitu juga UMNO yang tidak mampu menghalang pencemaran yang dibawanya disebabkan busuknya perangai dan hatinya.
Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berdiri tegak dan tegas dengan pendiriannya bahawa beliau tetap merupakan MB Perak. 3 ADUN yang melompat tidak lagi ADUN dan oleh itu BN tidak mempunyai majoriti. Ketiga-tiga kerusi itu perlu dipertandingkan kembali dan sekiranya kenyataan ini dipertikaikan sekalipun, keputusan terhadapnya bukan milik SPR mahupun Sultan. Ia mesti dibawa ke mahkamah. Sambil menunggu keputusan mahkamah, kerajaan yang sedia ada harus dibenarkan terus mentadbir Negeri Perak.
Kalau tidak cukup dengan bertanding di 3 kerusi ini, kerusi DUN seluruh Negeri Perak boleh dipertarungkan, namun pengecut dan penipu pasti tidak sanggup berhadapan begini. Bagi mereka, pintu belakang istana jauh lebih menarik.
Kesedaran rakyat Perak berhubung isu ini dan kemarahan mereka terhadap UMNO disebabkan buruknya perangainya jelas terbukti pada hari Jumaat semalam. Beribu-ribu berhimpun di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar sepertimana beribu-ribu juga telah berkumpul pada malam sebelum itu di rumah resmi MB. Yang berkumpul di rumah MB pada malam itu terdiri daripada Melayu, Cina dan India, rakyat Negeri Perak yang sebulat suara menuntut supaya keadilan ditegakkan. Hakikat yang tidak boleh dinafikan, walaupun oleh BN sendiri, rakyat menolak BN pada PRU ke-12 di Negeri Perak. Kini BN ingin memaksakan kepimpinan mereka ke atas rakyat yang tidak inginkan mereka!
Pada hari Khamis sebelum itu Dato’ seri Nizar, MB Perak, telah ditengking oleh SS kerajaan Negeri Perak di depan wartawan, digeledah pejabatnya dan dikosongkan laci-laci meja dan dicampak keluar barang-barang tanpa beliau dirujuk atau dimaklumkan. Kereta rasminya dirampas dan beliau dihalang pada asalnya memasuki pejabat. Semua ini bertujuan menghina beliau di khalayak ramai dan sepertimana yang sepatutnya ia telah menyumbang kepada kemarahan rakyat.
Segala yang BN lakukan hanya menambah kemarahan dan kebencian rakyat terhadap mereka. Ketidak hadirin Najib di Majlis perayaan CNY di Ipoh malam tadi adalah bukti. BN semakin dibenci dan Najib mengetahui hakikat ini. Sambil itu PR bersama DS Nizar bertambah popular. Cogan kata BN yang dilaung-laungkan seperti “derhaka kepada raja”, “menghadiahkan tanah kepada orang Cina” dan sebagainya tidak dihiraukan rakyat Perak. Rakyat sedar bahawa yang merosakkan Raja adalah UMNO. Tanah diberi kepada kaum Cina sepertimana juga diberi kepada orang Melayu. Isu perkauman yang ingin mereka timbulkan telah tidak berjaya dan tidak akan berjaya. Rakyat tidak sebodoh dahulu. Oleh itu, BN semakin cemas.
Pimpinan PR bermesyuarat setiap hari berhubung Negeri Perak. Kita akan bersusaha, sedaya upaya, untuk menentukan kerajaan Negeri Perak akan tetap bersama PR kerana itulah sebenarnya kehendak rakyat. Rakyat Negeri Perak diseru supaya terus menzahirkan sokongan mereka terhadap PR di Negeri Perak. Bersama, kita akan mengatasi cabaran ini dan menguburkan UMNO/BN di Negeri Perak buat selama-lamanya.
Mengikut mitos Yunani tersebut, seorang wira yang bernama Perseus telah berjaya memenggal kepala Medusa dan meletakkan kepala tersebut di atas perisainya untuk menukarkan lawannya menjadi batu! Sekurang2nya kepala Medusa ada gunanya, tidak seperti UMNO/BN yang hanya layak dikuburkan dan dijadikan bahan peninggalan sejarah. Kalau boleh, dikuburkan dalam 'toxic waste dump' yang dibina mengikut piawaian antarabangsa demi menjamin tidak akan ada pencemaran dari sisa-sisa toxic UMNO/BN buat selama-lamanya.
WalLahu 'Alam
*gambar Medusa oleh Michelangelo Merisi da Caravaggio, (1571 – 1610) - sumber: wikipedia
WalLahu 'Alam
*gambar Medusa oleh Michelangelo Merisi da Caravaggio, (1571 – 1610) - sumber: wikipedia
Comments
Benarker rakyat Perak menyokong YB nizar?Wah yakin betul kita dgn ramalan kita melebihi kuasa Allah Taala..Beribu2 di Kuala Kangsar?Betul ke?Taknak komen sebab Allah saja yang tahu.
Saya ada ramai rakan di Perak dari saudara ipar saya sehingga kawan sekolah saya...dan mereka ini ada diantara mereka menyokong PR pada pilihanraya lalu.
Saya meminta pandangan mereka...Rata2 tidak menyokong tindakan PR ini..Bagi mereka biarlah kita kalah sekarang tapi jangan kalah selamanya...DAn satu perkara yang mereka tak suka "Ramai sgt org luar yang takde kaitan membuat huru hara".
Seperkara lagi,mereka lagi kecewa yang beria2 sgt menderhaka ini adalah parti PAS yang sebelum ini berkata mereka bakal pengganti UMNO dalam mempertahankan hak Melayu dan ISlam....Mana moralnya?
Lupakah,dgn izin Allah SWT,Sultan Perak Melantik DS nizar itu menjadi menteri besar?DAn,org yang sama juga yang melawan sultan?Kerana apa?Kuasa ke untuk rakyat?Kalau benar untuk rakyat,buktikan...untuk DAP sahaja?
Anda mungkin berkata UMNO membuat fitnah mengenai tanah 999 tahun?Tapi org melayu tidak mudah percaya dgn penerangan dari MB begitu sahaja.Buatlah pengumuman dalam media mengatakan tiada perancangan seperti itu di Perak.Hanya menyambung pajakan lagi 50 tahun ke,90 tahun ke..Tapi ini tiada.
Cuba contohi Kedah dan Kelantan yang masih melindungi hak bumiputera dan juga ISlam..Ustaz Azizan dgn keputusan mempertahankan kuota perumahan untuk org Melayu.Bagus kan?
PR di Selangor,kami mengharapkan PAS menjadi pemgimbang untuk mempertahankan hak melayu dan ISlam.Soal tanah,kuasa raja,kemajuan ekonomi org melayu,perkembangan Islam dan bahasa adalah perkara yang sensitif dimana PAS perlu perjuangkannya. Jgn dibiarkan ianya dimainkan diperkotak katikkan oleh DAP...
Saya cadang kita bubarkan semua parlimen dan DUN di seluruh negara dan serahkan semua kuasa kepada sultan2. Kita kembali kepada zaman dulu2 bila raja2 berkuasa dan boleh buat apa sahaja demi kepentingan melayu. Maklumlah ramai sgt yg nk jadi Hang Tuah sekarang ini, Jebat pula yg derhaka.OK tak idea saya ini. Lepas ini Pak Khalid, Najib, dll kena cari kerja lain la pulak. Tak payah berpolitik, nanti derhaka payah pula kan?
Imagine the peoples victory if Mohd Nizar wins.
This will be a slap in teh face of the Sultan and Barisan Najis.
Not uncommon to have MBs also as MPs.
Khalid Ibrahim and Lim Guan Eng to name just 2.
Mohd Nizar for Parliament.!!!
If Mohd Nizar wins, this will b a real slap in the face of people like Najis Razak and all those blind waiving Daulat Tuanku idiots and if Mohd Nizar wins, we have the moral standing even for the Perak state assembly.
Pls pls ask Perak PAS to nominate Mohd Nizar for parliament.
You need to do it.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyaraham YB Roslan dan saya sokong cadangan anon sblm ini, mari kita hantar YB Nizar ke parlimen.
Walaupun kita bersedih dgn pemergian seorg lagi pejuang Islam, tetapi perjuangan ini belum selesai. Kita mara kehadapan, suara rakyat, suara keramat...
Terbukti benar yang PAS ini diperkudakan oleh DAP...Sekarang ramai benar tidak hormat pada raja...lebih2 lagi golongan bukan Melayu.Negara ni akan jadi republik...nampaknya....
Mufti Perak dah menegur...saya rasa orang PAS takkan menerimanya..
Saya amat dukacita....Mereka menganggap ulama mereka sahaja yang betul...Wallahu alam..
Sekiranya diberi peluang..saya akan berkempen melawan arus...menjatuhkan kerajaan PR insyaallah...
Terpanggil saya memberikan sedikit pandangan terhadap kemelut yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan....Saya bukanlah org yg gemar berpolitik, cuma rakyat marhaen yg sedih diatas apa yg berlaku di negeri jiran saya.....Dari info yg saya perolehi, mantan MB perak bukannya tidak mahu berundur atau mahu menderhaka tetapi biarlah kena dengan caranya...Bukankah beliau perlu diadili oleh ahli2 DUN Perak dan sekiranya majoriti tidak lagi berkehendakkan beliau, maka beliau akan berundur.....
Apa yang menjadi kemusykilan saya, kenapa UMNO terlalu gopoh dan memperlihatkan kepada rakyat bahawa yang mereka terlalu KEMARUK untuk mendapatkan semula Perak sehingga sanggup mengambil sampah yang dibuang oleh PKR?
Masih terngiang ditelinga, akan komen2 daripada hulubalang2 UMNO tatkala berita tentang penderhakaan ADUN Bota, tetapi kini dia disanjung sebagai pahlawan.....
UMNO akan terus hilang kepercayaan daripada rakyat kerana mengambil 4 ekor BERUK yang ekornya penuh berpalit TAIK ini......
"TAHNIAH KEPADA UMNO DAN BN KERANA TELAH MASUK KE DALAM PERANGKAP PAKATAN RAKYAT"
Lega rasanya membaca komen tuan. Ada juga orang yang satu kapal dgn saya.
Saya kesian dgn orang macam: Anon February 8, 2009 9:31 AM,
Hang Jebat dan Anon February 9, 2009 7:38 PM.
Macam mana lah diorang ni jadi macam ni? Takkanlah tak sekolah kot? Takkan lah mereka ni orang jahat2! Mereka ini tentu orang yang ikhlas dan baik hati. Ini semua kerana tersalah info yg diterima.
Saya rasa orang2 yg baca MSM saja boleh tersesat dan berada didalam gelap gelita.
PR kena perbanyakkan pendedahan dan penerangan kpd rakyat. Semoga mereka faham dan tahu cerita sebenarnya.
PRK ialah satu peluang yg baik. Go all out. Cerita habis2 pada rakyat.
Go PR!
Go PR!
Go PR!