Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar*
SPR telah menolak notis speaker dewan yang menyatakan DUN Cangkat Jering dan Behrang telah dikosongkan. Amatlah jelas bahawa SPR berbuat demikian hasil tekanan dari BN yang semakin phobia Pilihan Raya Kecil! Sedangkan umum mengetahui bahawa dalam soal ini keputusan Speaker adalah muktamad dan SPR tiada hak untuk mempertikaikannya. Bukan kerja SPR untuk menentukan samada perletakkan jawatan ADUN sah atau sebaliknya!
Hari ini pula wakil DAP pula istihar dirinya sebagai ADUN bebas. Sebelumnya ADUN Bota hilang dikatakan diculik oleh BN. Hari ini muncul kembali di sisi Najib. Dahsyat permainan Najib, tetapi tiada benda jika dibandingkan dengan pembunuhan Altantuya.
Sebenarnya seluruh episod ini berlangsung oleh kerana BN kebuntuan dan tidak tahu macam mana untuk merampas kembali Perak. Bermula dengan drama BPR yang ‘memerangkap’ dua ADUN berkenaan dalam ‘adegan rasuah’, BN telah berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Perak. Mereka beranggapan bahawa dengan gugurnya dua ADUN ini atas tuduhan rasuah dan diadakan Praya kecil, Perak akan dapat mereka rampas kembali. TETAPI, itu sebelum Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Itu sebelum ‘feedback’ dari peringkat akar umbi yang menyatakan sokongan terhadap PR semakin kukuh, bukan sekadar di negeri-negeri lain, tetapi juga di Perak dan di seluruh Negara. Maka secara tiba-tiba, Praya kecil yang selama ini diminati BN, kini digeruni pula!
BN dan khususnya Najib, tidak mampu mengalami kekalahan di Praya kecil sekali lagi. Oleh itu strategi baru dilaksanakan berhubung empat ADUN Perak ini. Mereka perlu didesak dan diasak supaya lompat parti. Kalau tidak ke BN, paling kurang menjadi Bebas.
Sambil itu, tarikh perbicaraan dua ADUN bekas PKR semakin hampir. Perbicaraan ini, kalau mendapati mereka bersalah akan menyebabkan BN terpaksa berhadapan dengan Praya kecil. Kalau didapati tidak bersalah, akan menemplak pula BN kerana terbukti BPR diperalatkan. BN kebuntuan, tidak tahu apa yang ingin diarahkan kepada yang berwajib. Untuk didapati bersalah atau tidak bersalah!
Maka strategi baru dihasilkan. Sebelum tarikh ini tiba, mereka perlu ‘ditahan’ dan ‘dipujuk’ berpaling tadah dan dengan itu akan jatuhlah kerajaan PR Perak tanpa Praya kecil dan semuanya akan selamat bagi BN. Begitu juga dengan bekas ADUN DAP dan ADUN UMNO-PKR-UMNO, Dato Nasa.
Dalam keadaan sebegini, PR tiada pilihan lain melainkan menyerahkan surat perletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang dan menuntut diadakan Praya kecil!
Speaker, sebagai yang berkuasa di DUN telah mengisytiharkan mereka digugurkan. Mereka tidak akan dapat masuk kembali ke DUN. SPR hanya mampu meniadakan Praya kecil. SPR tiada hak memaksa Speaker menerima mereka kembali. Maka terwujud apa yang boleh dianggap sebagai ‘krisis perundangan’ berhubung kedudukan dua ADUN yang petualang dan malang ini. Bukan lagi ADUN dari sudut pandangan DUN, tetapi tiada Praya kecil untuk mendapatkan pengganti.
Dalam keadaan ini kedua-dua pihak akan ke mahkamah. Dua ADUN berkenaan untuk mencabar keputusan Speaker. Pihak Speaker ataupun Kerajaan Negeri untuk mencabar SPR. Sambil itu, DUN kekal 28 PR, 28 BN, 1 Bebas dan 2 ‘digantung’, tidak sini tidak sana dan tidak di mana-mana. BN perlukan 30 kerusi untuk membentuk kerajaan dan amat jelas jumlah ini belum diperolehi.
Pertama, saya ingin ucapkan tahniah atas keberanian kerajaan PR Perak dan cepatnya tindakan mereka menyerahkan surat perletakkan jawatan dua ADUN berkenaan. Semua tahu surat2 ini ditandatangani secara sedar dan rela pada peringkat awal lagi, sebelum Praya Umum apabila menjadi calon dan mungkin sekali lagi sebelum dilantik Exco. Mereka tidak dipaksa dan mereka mengakui hak parti masing-masing untuk memecat mereka apabila menyerahkan surat perletakkan jawatan mereka itu untuk simpanan Parti. Parti boleh menggunakan surat ini bila sahaja parti menganggap perlu. Surat-surat ini perlu diserahkan sebelum mereka melompat kalau tidak akan hilang kesahihannya.
Kedua, saya ucapkan tahniah juga kepada PAS Perak yang walaupun menerima desakan demi desakan dari berbagai pihak, memahami erti kesetia-kawanan dan tidak mengambil kesempatan untuk mengutuk PKR dan menuntut kerusi2 PKR untuk ditandingi calon PAS. Ada yang menyalahkan PKR kerana terhasilnya keadaan ini. Mereka lupa, PKR berperanan untuk memenangkan PR di Perak pada bulan Mac 08. Tanpa mereka mungkin kita tidak mampu membentuk kerajaan pada asalnya.
Ketiga, saya ucapkan tahniah atas keberanian PR Perak untuk seterusnya mengusahakan pembubaran DUN Perak supaya Pilihanraya diadakan untuk seluruh negeri Perak. Ini adalah tindakan yang paling wajar memandangkan situasi di negeri Perak sekarang supaya mandat baru boleh diperolehi dari rakyat. Ini yang ditakuti BN!
Keempat saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan BN menculik dan ‘memaksa’ ADUN2 berkenaan melompat. Tanpa adanya apa-apa rungutan dan masalah sebelum ini, amat jelas lompatnya mereka ini atas paksaan atau sogokan. Usaha BN ini tidak boleh disamakan dengan usaha PR menjemput MP2 BN Sabah dan Sarawak melompat menyertai PR kerana ajakan kita adalah atas dasar menentang kezaliman dan rasuah. Ajakan kita juga tanpa apa-apa paksaan atau sogokan.
Kelima saya ingin menyatakan bahawa ini merupakan ‘preview’ atau pra-tonton corak kepimpinan yang akan terhasil bawah Najib. Dia mula menunjuk belangnya. Tidak hormat undang-undang dan ‘bulldoze’ segala-galanya kerana dia berkuasa. Lebih kurang cara Dr. M. Amat malanglah nasib rakyat Malaysia SEKIRANYA dia muncul juga sebagai PM kelak.
Keenam, saya ingin merayu kepada DYMM Sultan Perak untuk memahami permainan politik jahat UMNO/BN yang ingin merampas kuasa secara tidak bermoral ini dan membenarkan pembubaran DUN Perak supaya Praya Negeri Perak dapat diadakan kembali. Sama-sama kita doakan supaya DYMM Sultan benar-benar menjadi payung di bawah mana rakyat boleh berteduh.
WalLahu 'Alam
* gambar Masjid Ubudiah dari ms.wikipedia.org
Comments
Saya merasa amat sedih perkara ini berlaku... Walaupun saya penyokong PAS tetapi saya sama sekali tidak menyokong Anwar AL-Munafik menjadi pemimpin Pakatan.....Sepatutnya Pemimpin PAS yang memimpin Pakatan Rakyat dan bukanya ANwar yang beracuankan UMNO...
Bukankan ANwar yang memulakan semua ini sejak 8Mac dengan angkuh mengatakan bahawa ramai MP BN bersedia untuk "lompat" ke pakatan Rakyat dan beliau akan menjadi PM...dengan angkuh mengatakan bahawa " the numbers of MPs who will joining PR are increasing by hours"......begitulah kenyataan angkuh seorang Munafik.(Sifat munafik...bila bercakap..berbohong....bila berjanji mungkiri)
Disebabkan ANwarlah kekacauan dan PAS hilang jawatan MB di Perak,kerana sikap tamak PKR yang ingin memandapat lebih ramai ADUN agar PKR dapat menngawal kerajaan Perak....10 hari lepas PKR ketawa besar atas 'lompatan" ADUN BOTA...dan mengatakan ramai lagi akan mengikut......
Allah Maha Berkuasa...sifat angkuh dan bongkak Anwar dan PKR hanya terkubur.....tahun 2004 Kerajaan PAS kelantan hanya mempunyai 1 kelebihan kerusi ADUN sahajas..tetapi Allhamdullilah dengan bantuan dan izin Allah Swt PAS berjaya memerintah Kelantan dengan jayanya tanpa krisis seperti ini....Kerana di Kelantan PKR tak ada suara...maka aman dan berkatlah permerintahan PAS......
ANwar memulakan ini semua...org lompat ke PKR dia bersorak....PKR lompat keluar dia kata tak etika....Disebabkan ANwar AL-Munafik maka ia membawa padah kepada PAS......
Yang Pasti..DAP yang paling kecewa dan Hampa.......Mungkin Allah telah memberi peluang kepada kita suntuk memerintah Perak....Tetapi adalah kita telah berjaya mengangkat mertabat dan seruan Islam di Perak.
Walauapa pun parti dan perasaan kebencian yang wujud....tetapi bersatulah demi Agama Islam dan Umat Melayu......."Sekiranya kamu berpecah belah maka kembalilah ke tali Allah"
Bila Dato' Nasa lompat pi PR, Anwar tak kata apa2 diam seribu bahasa... tapi bila dari PR keluar jadi Ahli Bebas Mesra BN.. Anwar dan Nizar jadi kelam kelibut...
Perlu diingatkan Dato' Nasa kembali kepangkuan UMNO, yang tiga ADUN lagi jadi bebas tetapi menyokong BN... ini bukan beerti lompat parti... kalau mereka mendaftar ahli BN barulah beerti lompat parti.. Najib bijak.. mereka cuma hilang kepercayaan kepada Nizar dan PR Neg. Perak..
Yang ajar lompat melompat nie si Anwar la... Ajar sgt akhirnya ludah kemuka sendiri... Ingatlah Allah swt...
Tanah yang luas diberi sewenang-wenangnya kat cina... apa sudah jadi... budak sekolah pun pandai mengulas tentang politik Perak skrg...
Bubar DUN tanpa perkenan KBDYMM Paduka Sultan... tak kan tak tau undang2 kot... bila ditanya... kata Rule of law... cakap pandai...
Bila dititah letak jawatan bersama exco.. engkar dan derhaka... apa nie?!!! Ingatlah Allah berfirman, patuhlah kepada pemerintah... nama saja laungkan Islam, Allahuakbar... tapi cakap tak serupa bikin...
Bila Dato' Nasa ke PR dihalalkan... bila 3 ADUN PR ke BN haram... tak demokratikla... patut dibaling kasutla.. salah disisi undang2la... mengarut...
Dgn perlantikan MB baru Dato' Dr. Zamry.. barulah nampak kerajaan Kemelayuan sikit... tidak yang lama MB saja boneka tapi mengikut telunjuk orang tertentu yang berkepentingan...
Wahai Orang Melayu, fikirlah sejenak tentang masa depan anak bangsa... janganlah menang sorak kampung tergadai...
Penyair awal China Kou Mo Jo berkata, 'Politik adalah Panglima'.. Memang terbukti bahawa kuasa Raja adalah mutlak dalam menentukan ketuanan bangsa Melayu...
satu sudut positif, PAS telah terbukti yg ADUN2 yang terpilih sgt setia dgn parti,pimpinan dan jemaah, walau pon PAS pernah dituduh sebagai pihak yang cuba memungkiri janji2 PR.
itu paling penting bagi PAS dlm keadaan sekrang,kite patut berbangga,tp dlm masa yg sama mesti menyokong parti PKR dan DAP, supaya dapat memulihkan semangat mereka yang telah disentap oleh "froggies" bertiga tu.
kuatkan jemaah,rancang strategi baru. Insyaallah pertolongan Allah akan tiba.
Yeke benteng terahir kita adalah raja2? Tapi takde pun Nabi SAW saya kata begitu. Yg saya tahu benteng terahir umat Islam ialah akidahnya... Wallahu a'lam
Orang Cina suka Melayu bercakar antara satu sama lain. Bila Melayu bercakar, Islam jadi lemah. Senang nak dimain2kan.
Cina boleh dapat Tanah 999 tahun
Melayu dapat gas pemedih mata.
Berhati2 lah dengan DAP/Anwar ni. Banyak yang tak betul dari yg betul.
Masih cuba nak cover kelemahan PKR yang tak mengambil berat disiplin dalam parti?
Masih nak menyembunyikan fakta PKR hanya tangkap muat calonnya di pru lepas?
Khalid Samad, menebal betul ego mu.
...
http://marahku.blogspot.com/2009/02/pas-kena-kuda-lagi.html
Dah lah Nizar kena kuda dengan Nga-Ngeh masa jadi 'rubber stamp' MB,
Lepas tu penyokong PAS kena kuda pulak, pergi berdemonstrasi di Kuala Kangsar,
orang PKR dengan DAP (yang tengah memikirkan apa nak dibuat dengan tanah baru diaorang) tak muncul pun, tak sokong pun, tak berdemo pun, diaorang buat Press conference aje....
nak defend DAP yang bagi 999 tahun tanah pada Cina, ambik balak semua, tu baru sepuluh bulan, kalau lima tahun entah paa lagi dibuatnya
Tak sedar lagi ke DAP parti paling racist sekali di Malaysia ni
Orang Melayu dapat apa bawah Nizar?
dapat sorak?
Sorak pasal MB orang PAS?
MB rubber stamp nak buat apa?
Ceritalah apa yang DAP bagi pada orang India pulak? scraps juga lah....
Politik bangang apa orang PAS ni?
Tolonglah jangan membabi buta sokong, kalau di Kelantan dan Kedah tu lain lah, memang orang kita yang betul memerintah, tengok tak de pun sebok ke kecoh ke.... pakai lah sikit otak
Kat Selangor nanti kalau jadi jangan lah korang datang buat kecoh pulak, lagi elok bina coalition dengan BN di Selangor, kita sama sama memerintah...
For the Selangor Pakatan Government, you better buck up and stop turning your back on the Malays. Perintah biar adil
jadi k'jaan bn ini haram dan sy yakin PR sedang ikut saluran2 yg ada utk kembalikan kedaulatan undang2.
2. minta bro. Khalid baca ini:
Selepas rahman palil menang free, azalina menang free dua penggal berturut2, dan terkini bekas posman boleh khianat piagam ' mesti amanah' sbg posman dulu dan kapten pun boleh cemar 'integriti' sbg pegawai tentera dulu.........Pas perlu nasihat sungguh2 rakan PKR kita buat reformasi menyeluruh dlm proses pilih calon p/raya.
3. k'jaan PR perlu balance dlm menangkis serangan musuh dari luar, perlu juga waspada musuh dlm selimut yg mungkin lebih kejam samada suk negeri, pegawai k'jaan negeri, jentera parti dan golongan inner circle yg dibayar utk sabotaj dan jatuhkan k'jaan pr.
Anwar manusia, Nizar Manusia dan pemimpin lain pun manusia... tetapi yang kita nampak ialah kesilapan yang dilakukan anwar adalah kesilapan yang dibuat dari dulu... diulang dan diulang...
Kita boleh mengubah konsep Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat.. tetapi kita kenalah memahami bahawa konsep itu hanya slogan untuk memancing hati rakyat semata-mata...
Apabila kaum selain kaum Melayu mendengar Ketuanan Rakyat dilaungkan... memanglah mereka akan berasa seronok dan menyokong PR.. tetapi sampai bila kita nak mainkan cakap2 manis sebegini... mereka menyokong kita apabila kita menjaga mereka... tetapi bila kaum lain memerintah kelak, belum tentu mereka akan membantu kita seperti sekarang...
orang melayu memang baik.. sampai ada sesetengah orang berkata orang melayu kalau mentadbir boleh memberi keadilan kepada semua kaum... itu adalah cakap Anwar sendiri di Kelab Sultan Sulaiman tahun lalu...
Memang btl kata2 beliau, tetapi jika kaum lain memerintah mereka belum tentu akan membawa keadilan kepada semua...
inilah yang berlaku di Perak.. apabila bekas MB, Nizar mengepalai kerajaan negeri dahulu... ada tangan lain yang mencorakkan dasar dan perjuangan beliau... Nizar ternampak seperti boneka sahaja yang bermatian-matian mempertahankan kedudukan kerajaan negeri... ini adalah kerana kepentingan politik satu kaum yang racism...
tetapi ini kadang2 dilupakan oleh kita orang Melayu kaum bumiputra.. atau pun kita sengaja melupakannya kerana ingin menyokong orang yang mempunyai fahaman dan ideologi politik sempit..
Perjuangan PAS nampak sebagai perjuangan yang ikhlas... itu diakui sejak dulu lagi.. tetapi apabila PAS bekerjasama dengan DAP; ini nampak kurang manis sebab dahulu TG Haji Hadi pernah berkata ' kita tidak boleh bekerjasama dengan orang bukan melayu @ kafir ' tetapi apa yang terbukti sekarang PAS sanggup berpeluk2 dengan DAP untuk bekerjasama dan mempertahankan hak2 yang tak relevan... Mereka boleh menghalalkan sesuatu untuk memenuhi kepentingan peribadi...
Tanah2 di Perak pun tergadai dan diberi dengan mudah kepada Cina... Kita bukan bangsa yang cemburu kepada bangsa lain, tetapi dengan cara memberi tanah kepada kaum lain atas dasar politik amat memalukan..
Janganlah suka memberi kepada yang tidak memerlukan... tgklah sama kepada kaum sendiri yang jauh lebih merana dan susah dalam kehidupan mereka..
Kita tidak bercita2 besar untuk menjadi bangsa yang teragung, bangsa yang menjadi kuasa besar.. tetapi kita tidak mahu lagi dijajah oleh kaum yang minoriti dari kita..
Bangunlah bangsaku, bangunlah bangsaku, bangunlah bangsa ku... bangunlah menjadi bangsa yang mulia, bangsa yang dihormati, bangsa yang bermaruah tinggi..
Mudah2an apa yang menjadi kelemahan kita hari ini dijadikan kekuatan kita pada masa depan....
Kita hilang majoriti di Perak kerana ANGGOTA PKR dan DAP BERPINDAH MENYOKONG BN. Itu sebabnya. Hadapilah hakikat ini.
Takpayah la nak kata Sultan tertekan, Sultan tersilap atau Sultan lupakan rakyat, UMNO bagi rasuah 50juta dsb. Hakikatnya anggota PKR dan DAP melompat ke BN. Ingat masa Kelantan bermajoriti satu dibawah PAS, ianya kekal satu.
Tuan, saya dah lama tak percayakan Anwar Ibrahim ini. Lihatla macamana orang2 Pas (saya yakin) digunakan utk berarak memaki hamun Sultan. Ya Allah.. apa dah jadi dengan kita ni. Anwar tak cerita langsung pasal anggota PKRnya yg lari. Semuanya salah UMNO dan salah Sultan.
Pada komen saudara yg mengatakan Anwarlah yg membolehkan PAS dan DAP duduk semeja. Pada saya apa gunanya duduk semeja dengan DAP kalau tujuannya utk berpatang-arang berkerat rotan dengan saudara seIslam kita dari UMNO. Bukankah kita umat Islam ini bersaudara?
Ahli Pas Keramat