Skip to main content

Nizar, Bola dan Chelsea...

Pada malam Chelsea kehilangan pengurus pasukkannya Luiz Felipe Scolari, saya difahamkan DS Nizar ke stadium menyaksikan pertandingan bola sepak, tetapi bukanlah sebagai pengurus pasukan! Beliau adalah Presiden Persatuan bola-sepak Negeri Perak. Bertemu dengan rakyat jelata. Berlaga bahu dengan semua. Sesiapa sahaja boleh menilai, bahawa Ini sebenarnya bukanlah tindakan seorang yang merasa dirinya bersalah.


Tidak seperti Najib yang tidak hadir pada sambutan CNY di Ipoh. Atau MB haram yang sentiasa diawasi bodyguardnya. DS Nizar cukup selesa bertemu rakyat. Yang sebelah sana pula sentiasa dihantui kekhuatiran. Adakah sepatu bakal menunggu?

ADUN yang empat pun begitu. Tidak kelihatan. Tidak berani bertemu rakyat. Sampai bila? Pengkhianat tidak akan dilupai.

WaLlahu 'Alam
*
gambar ihsan Thinking of Life

Comments

Selongsong said…
YB Tuan Khalid Samad,

Tolong minta YAB DS Nizar kemaskinikan blognya di alamat URL:-

http://kamparinn.blogspot.com/

selongsong.pencucuh
Abu Razeen 2 said…
"nampaknya dunia Islam masih memerlukan kelahiran lebih ramai lagi pemimpin seperti Erdogan. Baik di Malaysia atau di mana mana,

hanya org2 yg spt ini sajalah yg mampu menebus maruah Islam….”
Anonymous said…
Boss...

Now Shah Alam getting more and more jam lah.Really need to do something about the roundabout at Istana and D'Kayangan (stadium)...and the Batu Tiga Road..all the way from jelutong to federal hiway..too many traffic lights.

Need more flyovers or alternative roads..tak bolih dapat duit from this stimulus package?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-