Skip to main content

Derhaka Tuah dan Derhaka Jebat

Arca Hang Tuah di Muzium Sejarah Negara, Kuala Lumpur*

Saya kira semua tahu hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dan kisah kesudahan persahabatan mereka yang menyaksikan Tuah membunuh Jebat. Ia berpunca dari fitnah terhadap Tuah yang menghasilkan tindakan melulu Sultan Melaka menghukum Tuah dibunuh tanpa usul periksa. Keputusan Sultan pada ketika itu telah pun menyebabkan beberapa tindakan derhaka berlaku. Bendahara derhaka kerana tidak membunuh Tuah, sebaliknya menyembunyikan Tuah. Tuah derhaka kerana tidak memastikan dirinya dibunuh, walaupun titah Sultan supaya dia dibunuh. Akhirnya Jebat menderhaka kerana telah membantah keputusan yang dibuat oleh Sultan Mansur Shah. Semua derhaka!

Derhaka Bendahara dipuji Sultan kemudiannya, Tuah diampun dan diterima kembali, sedangkan derhaka Jebat dimurkai baginda Sultan. Namun hakikatnya ketiga-tiga watak utama telah menderhaka. Derhaka Jebat tidak diampunkan kerana berterangan dan mencabar Sultan. Derhaka Bendahara dan Tuah diampunkan kerana diketahui Sultan pada ketika ianya mendatangkan manfaat kepada baginda Sultan.

Ahli sastera dan cendiakawan Melayu sering membahaskan siapa yang lebih mulia, Tuah yang taat kepada Sultan sehingga sanggup membunuh Jebat atau Jebat yang bangun membela sahabatnya yang dizalimi. Ada yang berpandangan Tuah yang ‘hero’, ada yang mengatakan Jebat. Namun kedua-dua pandangan bersetuju bahawa keputusan melulu yang kurang bijak yang dibuat oleh Sultan adalah punca segala-galanya. Mereka juga bersetuju bahawa pencacai dan pemfitnah Hang Tuah-lah yang merupakan musuh sebenar Negeri Melaka pada ketika itu!

Samada Tuah hero atau Jebat hero pada pandangan saya adalah soalan kedua. Persoalan utamanya ialah, apakah ikhtibar yang boleh kita perolehi untuk mengelak tragedi yang sama berulang? Yang jelas Sultan mesti mampu membuat keputusan yang bijaksana. Alangkah baiknya sekiranya keputusan membunuh Tuah dihindarkan pada ketika itu? Maka Melaka tidak akan melihat tragedi seperti itu dan persahabatan dua sahabat karib akan berpanjangan. Melaka akan terus mendapat khidmat pendekar Jebat yang jelas mempunyai kehebatan seni pertarungan dan pertahanan diri sehingga akan tersebarluas lagi kehebatan Negeri kesultanan Melayu itu.

Dalam menganalisa tragedi ini kita tidak boleh mengelak diri dari berkata, “Alangkah baiknya sekira Bendahara mampu membela Tuah sehingga tidak sampai dikenakan hukuman bunuh?” Atau rakyat menzahirkan sokongan terhadap Tuah dan menuntut supaya bukti yang kukuh dikemukakan sebelum Laksamana mereka dihukum. Tuah juga seharusnya dibenarkan membela diri, dan pada masa yang sama pencacai itu dibawa ke depan supaya dikenal pasti siapa gerangan orangnya yang membawa cerita ini. Adakah orang yang berwibawa ataupun sebaliknya? Ada udang disebalik batu ataupun ada agenda tersendiri? Kalau semua ini dilakukan, mungkin tragedi ini tidak berlaku.

Pengalaman sejarah Melayu seperti ini seharusnya membawa orang Melayu untuk berfikir bagaimana tragedi sebegini tidak akan berulang. Kerana bukankah itu antara sebabnya kita mengkaji sejarah? Bukan sekadar melihatnya sebagai satu cerita penglipurlara yang tidak mempunyai pengajaran yang boleh digunapakai pada masa ini. Sebagai contoh berhubung dengan politik Perak dewasa ini.

DS Nizar dituduh telah hilang sokongan majoriti ADUN di Perak. Adakah tuduhan ini benar? Tiga ADUN lompat tidak lagi merupakan ADUN kerana Speaker telah menerima surat perletakkan jawatan mereka dan telah pun mengumumkan kerusi-kerusi mereka telah kosong. Ini bererti 28 kerusi DUN sekarang berada dengan PR dan 28 kerusi yang lain bersama BN. Ini bererti BN juga tidak mendapat majoriti.

Apabila Sultan mendengar pertuduhan ini, Sultan seharusnya mengesahkan dahulu kedudukan ketiga-tiga ADUN yang menjadi punca timbulnya fitnah ini, jangan terima bulat sandiwara fitnah yang ditaburkan pencacai dan pemfitnah BN. Adakah para ADUN ini bercakap benar, adakah mereka orang yang lurus dan berintegriti? Ini semua sepatut diambil kira oleh Sultan sebelum membuat keputusan.

Kedudukan ketiga-tiga ADUN ini adalah hak Speaker menetapkannya. Ini adalah apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang tubuh Negeri Perak dan SPR tiada hak menyanggahnya. Sekiranya ADUN berkenaan tidak berpuas hati, mereka boleh bawa kes mereka ke mahkamah tetapi sambil itu SPR mesti memulakan proses untuk mengistiharkan Pilihan Raya kecil untuk Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang. Sekiranya mahkamah mendapati ada kes, mahkamah boleh mengarahkan Pilihan Raya kecil ditangguhkan sehingga selesai perbicaraan tetapi sambil itu kerajaan dan MB yang sedia ada boleh terus mentadbir negeri Perak sehingga isu ini ditentukan oleh mahkamah. Ini apa yang sepatutnya berlaku.

Sekiranya Sultan menerima nasihat yang kurang tepat berkenaan perkara ini, kita berkewajipan menasihati Sultan supaya menjamin tragedi yang lebih besar tidak menimpa Negeri Perak. Sepertimana dalam kes Melaka, kesilapan yang tidak diperbetulkan mengakibatkan natijah yang buruk berpanjangan terhadap semua.

Namun, disebabkan hasutan pihak pencacai dan pemfitnah BN (jelas watak ini telah wujud sejak sekian lama), serta kehadiran 3 ADUN lompat itu di hadapan Sultan, maka Sultan percaya segala dakwaan mereka ini dan DS Nizar diminta letak jawatan! Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman sejarah Laksamana Melayu yang diketahui umum ini, adakah wajar orang Melayu dipatuk dari lubang yang sama buat kali yang entah keberapa?

WaLlahu ‘Alam
* Arca Hang Tuah: Sumber Wiki

Comments

Anonymous said…
Berpeganglah kita kepada al quran dan hadis dan jangan sekali2 pada cerita2 dongeng.
Anonymous said…
pak khalid,kalau isu derhaka pada sultan ni,umno lagi teruk..sebagai contoh..kat trengganu.
mohd ali ismail said…
Dalang yang merancang kemelut Krajaan Perak bertujuan mengalih dan menumpukan perhatian rakyat kepada pergolakan ini dan tak secara lansung melupakan tuduhan pembunohan Altantuya.Stretegi itu berjaya juga saya agag sebab Sultan Perak sendiri terbabit dan banyak rakyat melatah.
Anonymous said…
salam,

UMNO lagi teruk?Cuba ingat krisis 1982 MB Pahang dan sultan pahang?Setahu saya (betul ke tidak kene check dulu) itu adalah perselisihan berkaitan konsesi balak...1993?Itu berkaitan salah laku Kerabat diraja..2009?Pasal nak mempertahankan kuasa sendiri?Kelakar betul kan..Kes 1982 itu MB itu tak menerus menjadi MB biarpun tidak sebulu.Tapi DS Nizar,masih degil lagi...Mananya sumpah dia yang ingin taat setia kepada sultan sebelum ini...

UMNO ada jugak silap tetapi akhirnya mereka akur dgn perintah raja juga akhirnya..PAS?
Anonymous said…
"UMNO ada jugak silap tetapi akhirnya mereka akur dgn perintah raja juga akhirnya..PAS?"

Lawak...lawak.

Salah laku kerabat diraja? Baca Utusan dan tengok TV3 je ke?

Yang pinda perlembagaan untuk hilangkan kekebalan raja tu siapa,PAS kah?

Yand tulis 'natang' tu siapa, puak PAS kah?
Anonymous said…
Salam Semua,

Saya berasa cemas melihat suasana politik di negara kita dewasa ini.

Dari pandangan seorang wanita seperti saya, dilihat kerajaan BN ada banyak yg tak betul sehinggakan keaadan menjadi impossible nak diperbetulkan. Tak ada jalan lain kecuali di gantikan sahaja.

Apabila kerajaan PR mengambil alih, mereka cuba untuk memperbetulkan keaadaan supaya rakyat terbela. Rasuah dihentikan. Penyelewengan dihentikan. Ketirisan di bendung. Rakyat jelata sudah mula melihat kesannya. Malangnya, BN nak menggagalkan usaha2 mereka. Mereka hanya berminat untuk menjatuhkan kerajaan PR. Sejak dari march 2008, kita lihat satu persatu isu di bangkitkan. Isu ternakan Babi, isu muzakarah, isu air, isu lembu dan akhir2 ini isu lompat.

Saya lebih suka kalau BN bertindak menjadi pembangkang yang kuat. Apa yg PR buat tak betul, tegur. Tak betul tegur. Lambat jer, tegur. Make the PR goverment work! keep them on their toes.

Ini asyik nak rampas kuasa. Hentikan lah... Do something about the economy! Tak lama lagi ramai orang Malaysia akan kehilangan kerja. Dianggarkan dalam Jun sahaja ada 170,000. Apa persiapan kita? Asyik bergaduh saja. Who is looking after the economy of the country? Is it running on auto pilot?
Anonymous said…
masalahnya, orang melayu terus leka beriman dengan ceritera (gabungan daripada perkataan cerita + rekaan) demang lebar daun, sang sapurba dan - paling lawak - manusia yang lahir daripada buih muntah lembu. manusia itu akhirnya dijadikan hamba abdi.

ia adalah cubaan pihak berkepentingan memberi imej 'hiper' kepada satu golongan (bangsawan) dan perhambaan pada satu golongan lain.

maka sehingga kini ada sesetengah melayu beriman dengan sejarah melayu itu. juga waadat yang boleh dipertikaikan. jadi, tak ada yang hairan sangat dengan kebebalan pihak tertentu dimanipulasi demi kepentingan puak2 berakidah kebangsaan/nasionalis itu.

kedua - Allah menyuruh kita memeriksa dengan teliti berita dibawa golongan fasik (49:6). Allah tak suruh kita ketepikan langsung berita itu kerana perlu diingat, kita mesti lebih melihat kepada 'apa yang dikata' berbanding 'siapa yang berkata'.

di sinilah letaknya keperluan akal bijaksana penguasa diadili. jika berita daripada 'fasik' pun mesti diperiksa, bagaimana dengan perkhabaran daripada golongan bukan fasik?

akhirnya, kebijaksanaan dan keadilan penguasa dapat dinilai daripada keputusan diambil mereka.
Anonymous said…
Harap YB dapat ulas mengenai exco Selangor yang gambar bogel nya dikatakan tersebar tu.
Tapi kalau terbukti benar, saya pikir ada baik nya YB boleh nasihatkan beliau segera berundur dari jawatan exco. supaya PR tidak dijadikan mangsa serangan puak BN yang memang takde moral tu.
jebat_berani said…
pada hamba biar menderhaka pada sultan asalkan tidak menderhaka pada allah tuhan yang menciptakan..

sultan juga manusia yang diciptakan allah s.w.t...sultan juga melakukan kesilapan yang perlu ditegur dan ditentang jika teguran tidak diterima...
Aemierulrizaki said…
Cerita Jebat dan Tuah tidak sama dengan Cerita Nizar. Tuah dan Jebat tiada pilihan. Si Jebat derhaka kerana mencabar sultan, Tuah pula derhaka jika tidak membunuh Jebat.. derhaka Tuah pada sultannya dan derhaka Tuah pada dirinya yang berjanji akan menjaga keamanan dan kestabilan masyarat melayu pada masa itu.

Nizar Jamaluddin tidak boleh disamakan dengan cerita tersebut kerana Nizar mempunyai pilihan. Nizar boleh menunggu dan mengumpulkan kekuatan jika benar dia mengatakan Suara Rakyat ada bersamanya. Apa yang nak dikejarkan jika kita mengakui kekuatan berada di pihak kita. Adakah Nizar juga ingin menjadi Jebat terburu-buru untuk menderhaka yang akhirnya memudaratkan karier politik beliau. Adalah tidak salah jika dikatakan Nizar bodoh dalam membuat keputusan kecualilah kalau kekuatan atau Suara Rakyat sebenarnya tidak memihak kepadanya.

Jadi Jangan disamakan cerita pahlawan melayu ini dengan cerita politik bodoh sekarang. Semangat Juang mereka amat tinggi dan semestinya keputusan ketika itu amat sukar dilakukan. Kecewa rakan dikhianati dan kecewa kerana rakan mengkhianati...

Jika benar kekuatan ada pada Nizar.. Tunggu dan letupkan pada pilihanraya akan datang yang mana akan membuktikan sebenarnya pilihan Rakyat adalah Dia dan Pakatannya. Bekerjalah dengan Jujur dan berdedikasi bukan bekerja dengan membuta tuli dan fitnah-memfitnah kerana apa yang berlaku itu tidak lebih dari meludah ke langit kene muka sendiri.. Kata Dulang Paku Serpih.. Jadi Fikirkanlah....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan