Skip to main content

BN Jangan Fobia Pilihan Raya Kecil

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada PAS hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak fobia dengan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, walaupun BN kalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, namun masih ada peluang untuk mereka memenangi pilihan raya kecil yang akan datang.

"Jangan fobia. Masih ada harapan untuk menang, jadi tunjukkanlah kejantanan," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, semalam.

Razali dalam perbahasannya yang menyentuh mengenai pengambil alihan kerajaan Perak oleh BN daripada Pakatan Rakyat berkata, Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan beliau semestinya tidak akan membuat silap dalam memutuskan bahawa BN sememangnya berhak untuk mentadbir kerajaan Perak.

Khalid berkata, tidak dapat dinafikan negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan Sultan berhak mentafsir undang-undang namun tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk enggan meletak jawatan dan terus meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya dibubarkan juga adalah berasaskan perlembagaan dan undang-undang.

"Apabila ada dua tafsiran yang berbeza, adakah Muar kata tafsiran Sultan yang harus diterima?

"Umno dalam keadaan yang tidak mampu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan ingin mengheret Raja-raja serta berselindung di sebalik institusi Raja-raja.

Selanjutnya di mStar

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
KS,
Ternyata ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, yang berpendidikan undang-undang juga tidak faham mengenai peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Anonymous said…
YB Sdr Khalid Samad.

Pertamanya, terima kasih kerana 'accept' saya sebagai friend dalam facebook ini. Satu penghormatan buat saya, sebenarnya.

Kedua, saya banyak mengikuti kenyataan YB dan pandangan YB dalam perbahasan parlimen sesi lepas dan saya bersetuju dengan kebanyakan lontaran idea dan cadangan dari YB.

Ketiga, saya masih yakin bahawa YB adalah tulang belakang Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Kenyataan dan pendirian YB sentiasa selari dengan permuafakatan dalam PR di negeri ini. Walaupun mungkin YB Dr Hassan Ali tidak bersetuju dengan saya, tetapi saya percaya pemimpin seperti YB perlu ada dalam pentadbiran PAS dan PR di Selangor kerana konsistensi YB dalam memperkukuh agenda perjuangan dan reformasi melalui PR.

Sebagai warga Shah Alam, saya berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada YB untuk berdebat, berdakwah dan bertempur di dalam atau luar parlimen (dengan pendokong politik jumud) untuk menegakkan agama Allah dan keadilan di bumi Shah Alam, Selangor dan Malaysia ini.

Hisam Sumiry
Anonymous said…
Salam saudara YB,
Sekadar berkongsi pendapat, boleh dipakai jika difikirkan sesuai...

PAS PAKATAN TERKENA PENYAKIT TINGGI DIRI - Malaysiakini

desas desus habar angin yang bertiup kencang 300 kilometer perjam itu
menghabarkan bahwa adun jelapang dan bota akan meletak jawatan sekaligus bakal
mengundang pembubaran dun perak..

yang menarik dalam isu ini adalah terciptanya sebuah sejarah gemilang yang
amat singkat mb perak yang mencatat rekod paling singkat menduduki tahta
pemerintahan,hanya dalam satu purnama? kalau memang dun itu dibubarkan.

yang terkinja kinja kegirangan karena kemenangan ialah pas dan pakatan rakyatnya
yang telah merasa kemenangan pertama berpihak kepada kemnya,sehingga telah menimbulkan
keyakinan yang amat tinggi bahwa bila ada pilihan raya seluruh perak
kemenangan akan akan berpihak juga untuk mereka, alasan mereka adalah dalam prk yang baru lalu
kuala terengganu dan permatang pauh berpihak kepadanya.

kalau selama ini umno telah dihinggapi penyakit fobia terhadap pilihan raya kecil,sehingga umno bn terasa amat takut untuk menghadapi prk dalam pandangan rakyat kebanyakan, sayogialah pas itu ingat diri bahwa janji alloh itu untuk menggilirkan kemenangan diantara manusi secara bergilir gilir menurut hukum dan sunnah yang telah ditentukan. karena umno yang pengecut itu terkadang masih boleh memukul ala secara curi curi yang boleh membuatkan pukulan itu adalah pukulan maut. sehingga dengan pukulan curinya itu umno dapat kembali keyakinan dirinya.

awaslah pakatan jangan terlalu yakin sehingga sebahagian yang keterlaluan yakinnya itu melupakan gerak kerja yang kuat sehingga sunnah tuhan dalam berusaha itu dilalaikan, karena dengan demikian kebenaran akan terbalik dan tumbang karena kurangnya perancangan....

http://suwaritimur.blogspot.com/2009/02/pas-pakatan-terkena-penyakit-tinggi_19.html

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-