Ada yang bertanya pada saya, “adakah YB boleh jamin Wakil Rakyat PAS tidak akan melompat”? Saya cuma diam, tidak menjawab sambil cuba merenungkan soalan ini.
Semenjak berlakunya fenomena lompat melompat di Perak baru-baru ini macam-macam reaksi yang kita lihat dan dengar. Ada yang menghantar SMS, apabila dengar sahaja Jamaluddin dan Othman melompat, menyatakan pandangan mereka bahawa kerusi Changkat Jering dan Behrang mesti diberi kepada PAS. Yang lain “kurang boleh dipercayai” ujar mereka. Seterusnya bila ADUN Jelapang melompat, DAP pula menjadi sasaran kutukan mereka. PAS sahajalah, mengikut mereka, yang boleh dipercayai.
Saya hendak berterus terang di sini. Tiada siapa boleh menjamin orang ini atau orang itu tidak akan melompat. Ini soal hati. Dan hati manusia boleh diterbalikkan oleh Allah pada bila bila masa, wa naudzubillahi min dzalik. Walau hebat mana sekalipun tarbiyyah yang diikutinya. Walaupun tidak dinafikan, tarbiyyah itu sebagai satu usaha yang kita lakukan untuk mengurangkan kemungkinan ianya berlaku. Kita berusaha untuk menanamkan perasaan takut kepada kemurkaan Allah dalam hati kita bersama supaya tidak akan berlaku khianat. Namun siapa boleh jamin sipolan bin sipolan tidak akan khianat? Pada zaman Ar-Rasul sekalipun, walaupun manusia pada ketika itu ditarbiyyahkan oleh Rasulullah (SAW) sendiri, berlaku Uhud, berlaku Hunayn, berlaku Tabuk, berlaku nifak dan berlaku riddah! Wa naudzubillahi min dzalik! Pada zaman para sahabat pun begitu dan Tabi’in wa Taba-Tabi’in pun begitu.
Itulah sebabnya kita sentiasa membacakan doa supaya kita terus diberi hidayah oleh Allah, “Ihdinas Siraatal mustaqeem” setiap kali kita bersalat, pada setiap rakaat, setiap kali membaca Al fatihah! Dengan harapan Allah tidak membalikkan hati kita. Hakikatnya dalam sejarah PAS pun ada yang melompat. Ada pada ketika nak turun sebagai calon tetapi tarik diri saat terakhir, menang calon BN tanpa bertanding. Ada pada masa aman damai, tiada angin meniup, tiada pohon bergoyang, lompat masuk BN. Dan bukan kecik-kecik anak pulak tu!
Lalu saya sendiri merasa tersentak apabila mendengar ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang mengutuk rakan-rakan PR kita dengan begitu teruk sambil berkata dengan angkuh, “Wakil Rakyat PAS tidak akan melompat kerana hebatnya tarbiyyah kami”. Jangan sombong, jangan angkuh, takut-takut Allah terbalikkan hati kita disebabkan keangkuhan kita nanti. Sebaliknya mohon perlindungan dari Allah akan kelakuan yang sebegitu untuk diri kita semua. Dan ucaplah Alhamdulillah atas pertolongan Allah yang mengekalkan kita bersama dengan perjuangan ini. Semoga kita terus istiqamah hingga ke akhir hayat kita.
Saya khuatir ada yang ingin mengambil kesempatan pada ketika sebegini. Bila rakan tergelincir, ada yang bersorak. Dalam bahasa Inggeris ada menyatakan: With friends like that, who needs enemies? Dalam erti-kata yang lain kita menyorak kelemahan rakan kita sama sepertimana musuhnya. Kita tidak tahu maksud persahabatan.
Itulah saya begitu bangga bila melihat sikap pimpinan PAS Perak. Mereka ‘cool’. Mereka tidak menyalahkan PKR dan DAP dan tidak juga memperkecilkan PKR dan DAP. Itu kelemahan calon-calon berkenaan. Kerusi PKR tetap kerusi PKR dan kerusi DAP tetap kerusi DAP kata mereka. Kenapa? Kerana mereka sedar prestasi yang dicapai yang membawa kemenangan sehingga memerintah Perak telah hanya tercapai melalui pakatan dan kerjasama bersama PKR dan DAP.
Mereka tidak mengambil kesempatan dari kelemahan rakan dan rakan-rakan ini menghargai sikap mereka yang tidak menyombong dan oppurtunis. Hanya kita pohon pada rakan-rakan kita supaya berusaha lebih untuk menjamin kualiti calon-calon mereka. Namun, ujian seperti ini, setelah ditangani dengan baik, akan hanya mengukuhkan lagi persahabatan PR dan menonjolkan lagi keikhlasan dan keterbukaan PAS. Seperti kata peribahasa: Berlompat Sama Jatuh, Menyorok Sama Membongkok.
WaLlahu ‘Alam

Comments
saya sokong kenyataan ni. jgn la kerana 2,3 kerat yg berpaling tadah,kita cuba menyalahkan org lain. lebih baik kita gunakan kesempatan yang ada utk menguatkan lagi jemaah PAS secara khusus nya dan PR am nya
18 dah maut dan 6700 dah kena denggi dalam bulan Januari saja !kawasan paling teruk, Shah Alam (kawasan YB)
Apa yang YB nak buat dan dah buat?
Alangkah baiknya kalau YB buat roadshow untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan buat roadshow mengutuk orang lain.
Takbir negri sendiri masih tak mampu tapi dah nak sibuk hal negri orang.
Saya bersetuju dengan kenyataan YB yg ni, dan saya berharap Pak Khalid akan terus berkongsi pandangan yg membina dgn kami.
mengenai komen di atas ni, saya tidak bersetuju dgn alasan Pak Khalid bukan orang yg sesuai untuk menegur (orang luar), tidakkah pepatah arab mengatakan, "Unzur ma qala, wala tanzur man qal," (lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata). Dan kalau bukan antara kita yang perlu menegur sesama sendiri, nak harapkan siapa lagi, PEKEMBAR? mmg xdapat, nama rasmi pun dah inggeris, lepas tu mengaku penegak bangsa
Saya telah mengikuti blog YB untuk seberapa ketika, dan saya agak suka dan bersetuju dengan kebanyakan artikel2 di sini.
Saya dapati banyak komen anonymous yg mgkn mlukakan hati Pak Khalid, saya berharap ranjau2 di jalanan ini tidak akan melunturkan semangat juang Pak Khalid, bahkan menguatkan lagi iltizam Pak Khalid.
Akhir kata, teruskan perjuangan,
Perbezaan utama ummat Nabi Muhammad dengan ummat2 yang sebelumnya adalah adanya fardhu ain, Amal makruf dan nahi munkar kepada ummah kita ni,
Berhubung dgn isu denggi yg diutarakan oleh anon, saya cadangkan YB siarkan gambar2 YB turun padang bergotong royong mencegah denggi di Padang Jawa Petaling dan kawasan Flat seksyen 7 baru2 ini.
YB jangan anggap, dengan meletakkan gambar2 seperti itu, bermakna YB nak tayang2 yg YB ni 'hardworking'. Sebenarnya masih ada orang2 macam anon yg memburuk2kan diri YB. Sedangkan penduduk Pandang jawa dan seksyen 7 begitu kagum dgn kesediaan YB turun bergotong royong bersama. Selama ini, MP BN tak pernah buat macam tu. Usahkan nak bergotong royong, batang hidung pun tak pernah nampak.
Saya tahu hari minggu ini pun ada lagi gotong royong di 7 lokasi Shah Alam yg telah menjemput YB. Saya harap YB akan menyiarkan gambar usaha 'perang deggi' yg YB sempat bersama. Dengan itu akan terdiam golongan yg patut DIAM!
Sekian, dulu.
Teruskan YB.
Pak Din.
Wakil rakyat, selepas menang pilihanraya, hanyalah menjalankan mandat yang diberi oleh rakyat (people).
Wakil rakyat hanyalah "alter ego" rakyat.
Mandat yang diberi oleh rakyat bukanlah mandat untuk melompat parti.
Atas dasar ini sahaja kita boleh menyimpulkan kes Nordin Salleh v DUN Kelantan adalah tersasar dari prinsip asal demokrasi.
Kalaulah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kebebasan berpersatuan, maka bagaimana pula hak untuk menubuhkan kongsi gelap dan menubuhkan parti komunis?
Penafsiran kebebasan untuk berpersatuan (baca: melompat parti) adalah satu yang terhad. Dihad oleh undang-undang.
Jelasnya kes Nordin Salleh memberi bad precedent dalam hak untuk melompat parti. Kes itu bertentangan dengan prinsip asas demokrasi.
Saya pun penduduk Shah Alam, memang kes denggi tinggi dan org Pejabat Kesihatan Petaling & MBSA ada datang fogging (AGAK KERAP Sekarang).
Nampaknya kita kena cari root of the problem la, mungkin longkang & monsoon drain yg ada tersumbat kot? Takpun monsoon drain tu takde trap sampah maka boleh tersumbat. Mungkin it's a high time utk service longkang-longkang yang ada.