Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Video: Air Selangor - Usaha Halang PR Laksana Dasar Berkebajikan

"Niat kerajaan negeri ialah untuk menjadi sebuah kerajaan yang meringankan beban hidup rakyat jelata dan kita memahami ianya hanya akan dapat kita lakukan dengan kita membeli syarikat syabas itu. Dengan itu melepaskan diri kita dengan syarat-syarat perjanjian yang begitu mencengkam dan menindas rakyat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan (BN) yang sebelum daripadanya..." Video adalah ihsan pihak TVPAS09 . Terima kasih diucapkan. -Pejabat YB Khalid Samad-

Amar Makruf Nahi Mungkar

Dalam kes Amar Makruf nahi mungkar, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi meletakkan beberapa syarat bagi nahi mungkar. Syarat pertama, hendaklah mungkar itu adalah perkara yang haram secara ijmak . Adapun syarat kedua, sila rujuk teks dan terjemahan dari artikel beliau di bawah ini. Syarat Kedua: Mungkar yang Nyata. الشرط الثاني : ظهور المنكر أي أن يكون المنكر ظاهرًا مرئيًا، فأما ما استخفى به صاحبه عن أعين الناس وأغلق عليه بابه، فلا يجوز لأحد التجسس عليه، بوضع أجهزة التصنت عليه، أو كاميرات التصوير الخفية، أو اقتحام داره عليه لضبطه متلبسًا بالمنكر. Maksudnya; “Iaitu, mungkar tersebut nyata dan dapat dilihat dengan mata. Adapun mungkar yang tersembunyi dari penglihatan manusia dan terselindung di balik pintu, maka tidak harus bagi seseorang pun untuk menyelidikinya, sama ada dengan meletakkan alat pemantauan atau kamera bagi memastikan mungkar yang tertutup itu.” وهذا ما يدل عليه لفظ الحديث: "من "رأى" منكم منكرًا فليغيره..." فقد ناط التغيير برؤية المنكر ومشاهدته، ولم ينطه بالسماع ع...

Retreat Exco Selangor Bersama Adun & Ahli Parlimen

Satu retreat telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2009 di mana semua exco kerajaan Negeri Selangor diminta membentangkan program-program yang telah mereka laksanakan sepanjang 2008, serta pencapaian melalui program-program ini. Mereka juga telah diminta membentang perancangan untuk tahun 2009. Selepas pembentangan itu, ADUN dan AP dibenarkan mengemukakan soalan dan juga cadangan. Teguran-teguran yang ikhlas dan terbuka telah dibenarkan dan semua menerima teguran dengan baik. Retreat ini merupakan retreat yang pertama dan ia bertujuan mewujudkan keselarasan pemikiran dan menentukan semua pihak tahu program-program yang sedang dan akan dijalankan. Sambil itu ia juga merupakan satu kaedah untuk mendapat feedback dan pandangan. Retreat ini merupakan satu program yang baik dan akan diadakan secara berterusan. Memandangkan PR merupakan satu gabungan yang baru yang wujud hasil dari desakan suasana politik dan kehendak rakyat, maka program-program yang membina persefahaman adalah amat wa...

Respon Kepada Pengunjung

Bagi menggalakkan percambahan pandangan dan komunikasi dua hala, saya akan cuba memberi respon kepada beberapa komen yang diberikan para pengunjung berhubung dua posting saya yang terdahulu: Tukang Intai dan Maklumat darinya dan A Question of Morality . Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi memberikan pendapat. Tukang Intai dan Maklumat darinya 1. Berdua-duan OK? Seperti kata Kamaruladli, saya tak kata begitu. Artikel ini sebenarnya membincang isu mengendap, mengintai dan apa sepatutnya dilakukan oleh masyarakat bermoral bila menerima maklumat dari pengintai dan pengendap. Kalau kita menerima baik maklumat dari orang seperti ini, maka kita akan memberikan mereka satu penghormatan dan kedudukan. Sefaham saya, Islam tidak ajar kita begitu dan saya telah mengemukakan beberapa hujjah di hujung artikel saya berhubung ini. Saya akan sertakan juga petikan dari tulisan Yusuf Qardawi untuk rujukan semua. 2. Hilmi dah beristeri? Saya tanya Azmin Ali, dia kata Hilmi bujang. Entahla...

PR Selangor — Clean Slate by Implication

Humpty Dumpty Sat on a Wall* “All the king’s men and all the king’s horses, could not put Humpty Dumpty back together again”. Imagine the king’s frustration! This must be the same kind of frustration presently experienced by the BN government in respect of Selangor. Can you imagine, after misusing all of the Federal Government’s resources, namely the MACC, the Police, the Special Branch (all the Kings men) and disloyal/disgruntled civil servants of the state (all the King’s horses) in attempting to find fault with the Selangor administration, the best they could come up with are the story of the cows and the use of the MB’s personal car as an official car! The pettiness of the issues is clear proof of their desperation. Fearful that ‘failure’ would bring down the wrath of the powers that be upon them, they hurriedly scuttled about to come up with a case. It was no easy task... More from my column in The Malaysian Insider * image from the Wikimedia Commons

Opposition Walk Out After War-of-Words With Independent MP

"...Before things could settle down, another flare up started when Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) chided Ibrahim for behaving as though he was the only one championing the rights and institution of the Malay Rulers. During the heated exchange that ensued between them, Ibrahim flung his songkok on his table which led to Khalid also walking out of the Dewan followed by most of the other Opposition MPs present..." More from BERNAMA -Pejabat YB Khalid Samad-

A Question of Morality

FEB 20 — I was told that Selangor Pas released a statement which, among others, requested that Elizabeth Wong be investigated for any moral wrongdoings as a result of this “scandal” of her nude photos and, if found to be guilty, she is then to be “suitably” punished. The statement also talks of the need for all PR elected representatives to be morally upright so as to be examples to be emulated by all. Unfortunately I have to comment on this statement which I believe is very ill-advised. Before that I do have to clarify that the meeting held by Selangor Pas prior to the release of the statement was a meeting of the Dewan Harian, which is made up of the state commissioner and all other appointed office bearers. It was not the full state meeting as such. Secondly, and this is the crux of the issue, PR is not Pas! For Pas we have a clearly defined set of right and wrong, moral and immoral and although it may have similarities with some universal values, there are some huge differences par...

Tukang Intai dan Maklumat Darinya

Sekiranya datang seorang kepada kita, mengajak kita naik ke bumbung rumah seorang jirannya untuk mengintai kelakuan ‘jelek’ jirannya itu, semata-mata untuk mengaibkannya , adakah kita akan mengikutnya? Semestinya tidak. Tidak bukan kerana takut jatuh tergelincir dari bumbung tersebut atau disedari jiran dan seterusnya diberkas oleh pihak polis atau orang kampung yang lain. Tidak kerana kita sedar bahawa tindakan mengintai jiran adalah satu tindakan tidak bermoral! Oleh itu, kita akan menempelak orang tersebut dan mengatakan kepadanya bahawa sikapnya amat buruk dan tidak amanah. Bukan jirannya yang akan kita kutuk dan kecam kerana keaibannya, sebaliknya pengintai itulah yang akan kita nasihati dan diberi amaran. Sekiranya kita turut mengikut untuk mengintai jirannya, maka kita pula yang tidak bermoral. Malahan lebih tidak bermoral dari jirannya itu kerana kita pun tidak tahu apa yang diintaikan. Mungkin tak nampak apa sangat, kerana gelap dan sebagainya tetapi kedengaran bunyi-bunyi dan...

One down, two to go — Selangor and Kedah next

FEB 19 — The above summarises the psy-war which the BN through its various channels is trying to put forward to the public. However, as can be confirmed through a cursory glance in the media, the Perak issue is far from settled. What may have originally been considered a simple issue by the BN has developed into something far more complicated than what it bargained for. The statement by the “pretender MB of Perak” that he will refer the issue of being called up by the Special Privileges Committee to his lawyer is a sign that what is currently happening was not expected by the BN. It seemingly forgot that the position of the speaker and all the committees formed during the earlier sessions are still technically intact. They can only be disbanded and reappointed, if that is what the BN wishes to do, through a sitting of the state assembly... More from The Malaysian Insider

BN Jangan Fobia Pilihan Raya Kecil

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada PAS hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak fobia dengan pilihan raya kecil. Beliau berkata, walaupun BN kalah dalam pilihan raya kecil sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, namun masih ada peluang untuk mereka memenangi pilihan raya kecil yang akan datang. "Jangan fobia. Masih ada harapan untuk menang, jadi tunjukkanlah kejantanan," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, semalam. Razali dalam perbahasannya yang menyentuh mengenai pengambil alihan kerajaan Perak oleh BN daripada Pakatan Rakyat berkata, Sultan Perak adalah pakar undang-undang dan beliau semestinya tidak akan membuat silap dalam memutuskan bahawa BN sememangnya berhak untuk mentadbir kerajaan Perak. Khalid berkata, tidak dapat dinafikan negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan Sultan berhak men...

Emotional Supporters Led to Chaos in Perak

"...Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) criticised Razali (BN-Muar) and claimed that the demonstration in front of Ubudiah Mosque leading to the stopping of Raja Dr Nazrin's car was proof of the people's disappointment with what happened. He claimed that Umno and Barisan Nasional (BN) were hiding behind the Malay Rulers after they could not face challenges. "Umno's act to drag in the Malay Rulers is an insult to the institution and opposed by the people," he said..." More from The Nut Graph -Pejabat YB Khalid Samad-

Kes YB Elizabeth Wong

Ada yang bertanya kepada saya, melalui SMS, panggilan telefon dan juga melalui blog ini berhubung kes YB Elizabeth Wong yang menjadi gempar pada hari ini, Isnin 16 Februari 2009. Ada juga yang panggil dan bertanya semasa saya berada di Parlimen, sibuk dengan aturcara perasmian oleh DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agung. Saya jawab, “tunggu, saya perlu teliti dahulu”. Kisahnya saya baca di dalam Malay Mail. Mengikut apa yang dilaporkan, YB Eli sedang tidur dan tidak sedar gambar-gambar berkenaan diambil. Berdasarkan apa yang dilapor ini, tanpa apa-apa andaian tambahan , jelas, YB Eli adalah mangsa usaha pencabulan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. Ada yang mengandaikan ini tindakan orang yang cemburu terhadapnya. Ada yang kata ini permainan politik BN yang begitu terdesak, tiada modal, terpaksa mengutus orang mengambil gambar beliau secara curi dalam keadaan dia sedang tidur. Ada juga yang membuat andaian ianya hasil dari hubungan int...

Forum: Rampasan Kuasa di Perak - Bersama DS Nizar (Selasa, 17/2/09, Klang)

Semua di jemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Derhaka Tuah dan Derhaka Jebat

Arca Hang Tuah di Muzium Sejarah Negara, Kuala Lumpur* Saya kira semua tahu hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dan kisah kesudahan persahabatan mereka yang menyaksikan Tuah membunuh Jebat. Ia berpunca dari fitnah terhadap Tuah yang menghasilkan tindakan melulu Sultan Melaka menghukum Tuah dibunuh tanpa usul periksa. Keputusan Sultan pada ketika itu telah pun menyebabkan beberapa tindakan derhaka berlaku. Bendahara derhaka kerana tidak membunuh Tuah, sebaliknya menyembunyikan Tuah. Tuah derhaka kerana tidak memastikan dirinya dibunuh, walaupun titah Sultan supaya dia dibunuh. Akhirnya Jebat menderhaka kerana telah membantah keputusan yang dibuat oleh Sultan Mansur Shah. Semua derhaka! Derhaka Bendahara dipuji Sultan kemudiannya, Tuah diampun dan diterima kembali, sedangkan derhaka Jebat dimurkai baginda Sultan. Namun hakikatnya ketiga-tiga watak utama telah menderhaka. Derhaka Jebat tidak diampunkan kerana berterangan dan mencabar Sultan. Derhaka Bendahara dan Tuah diampunkan kerana d...

Berlompat Sama Jatuh, Menyorok Sama Membongkok

Ada yang bertanya pada saya, “adakah YB boleh jamin Wakil Rakyat PAS tidak akan melompat”? Saya cuma diam, tidak menjawab sambil cuba merenungkan soalan ini. Semenjak berlakunya fenomena lompat melompat di Perak baru-baru ini macam-macam reaksi yang kita lihat dan dengar. Ada yang menghantar SMS, apabila dengar sahaja Jamaluddin dan Othman melompat, menyatakan pandangan mereka bahawa kerusi Changkat Jering dan Behrang mesti diberi kepada PAS. Yang lain “kurang boleh dipercayai” ujar mereka. Seterusnya bila ADUN Jelapang melompat, DAP pula menjadi sasaran kutukan mereka. PAS sahajalah, mengikut mereka, yang boleh dipercayai. Saya hendak berterus terang di sini. Tiada siapa boleh menjamin orang ini atau orang itu tidak akan melompat. Ini soal hati. Dan hati manusia boleh diterbalikkan oleh Allah pada bila bila masa, wa naudzubillahi min dzalik . Walau hebat mana sekalipun tarbiyyah yang diikutinya. Walaupun tidak dinafikan, tarbiyyah itu sebagai satu usaha yang kita lakukan untuk mengura...

Ceramah Perdana: Krisis Politik PERAK

Semua dijemput hadir, bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Aku Dibius Cinta

Talkshow Santai "Aku Dibius Cinta" oleh 2 panelis yang tidak asing lagi: 1) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Pakar Motivasi-www.saifulislam.com dan Pengarang buku "Aku Terima Nikahnya" 2) Ustaz Mohd Uda Kasim (Eksekutif Penerangan dan Dakwah Lembaga Zakat Selangor) Bila dan di Mana? 14 Februari 2009 (Sabtu) Jam 9:30pg-1:30tgh, Pentas Utama Komplek PKNS Shah Alam. Pendaftaran adalah PERCUMA dan cenderahati istimewa utk 100 pesersta awal! Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan 'Hari Kekasih' yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica. Maklumat lanjut Layari: http://www.nisasahahalam.blogspot.com Untuk pendaftaran; Sila hubungi: Atikah(019-2843851) dan Aslina (012-2528828) Bagi Pihak Penganjur, -Pejabat YB Khalid Samad-

Pasukan Tarian Singa KP PAS Shah Alam

Pada 6 Feb 2009 bertempat di Taman Berkeley, Klang satu program perasmian pasukan tarian singa Kelab Penyokong PAS Taman Berkeley telah dianjurkan oleh kelab penyokong PAS dibawah Lujnah Perpaduan PAS Kawasan Shah Alam. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan seperti YB Khalid Abd Samad - Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dato Kamaruddin Jaafar - Setiausaha Agung PAS Pusat, YB Tian Chua ketua Penerangan PKR, YB Yaakob Sapari EXCO/ADUN Kota Anggerik, YB Rodziah Ismail EXCO/ADUN Batu Tiga, ahli Kelab Penyokong PAS Kawasan Shah Alam serta penduduk Taman Berkeley. Ini merupakan satu lagi usaha pendekatan ' PAS for All ' yang membuktikan keterbukaan PAS bukan sekadar retorik dan adalah jelas penerimaan baik oleh masyarakat bukan Melayu terhadap usaha sebegini. Pasukan ini akan beraksi dalam program-program masyarakat Cina di seluruh negara apabila mencapai kemahiran yang mencukupi kelak. Mereka sekarang ini sedang dilatih oleh seorang sifu khas dari bandar Klang. Pasukan...

Nizar, Bola dan Chelsea...

Pada malam Chelsea kehilangan pengurus pasukkannya Luiz Felipe Scolari, saya difahamkan DS Nizar ke stadium menyaksikan pertandingan bola sepak, tetapi bukanlah sebagai pengurus pasukan! Beliau adalah Presiden Persatuan bola-sepak Negeri Perak. Bertemu dengan rakyat jelata. Berlaga bahu dengan semua. Sesiapa sahaja boleh menilai, bahawa Ini sebenarnya bukanlah tindakan seorang yang merasa dirinya bersalah. Tidak seperti Najib yang tidak hadir pada sambutan CNY di Ipoh. Atau MB haram yang sentiasa diawasi bodyguardnya. DS Nizar cukup selesa bertemu rakyat. Yang sebelah sana pula sentiasa dihantui kekhuatiran. Adakah sepatu bakal menunggu? ADUN yang empat pun begitu. Tidak kelihatan. Tidak berani bertemu rakyat. Sampai bila? Pengkhianat tidak akan dilupai. WaLlahu 'Alam * gambar ihsan Thinking of Life

DS Nizar boneka DAP?

Tidak habis-habis BN dengan fitnah dan pembohongan mereka. DS Nizar kata mereka boneka DAP. Cina diberi tanah. Cina mengaut keuntungan dibawah DS Nizar. Tanah yang diberi kepada sekolah Cina turut diberi kepada sekolah agama. BN hanya cerita apa yang masyarakat Cina dapat kerana ingin timbulkan semangat perkauman yang tidak tentu punca. Mereka tak cerita tanah yang diberi kepada sekolah agama. Sama luas. Sama status. Begitu juga dengan tanah Bandar baru yang diberi geran. Orang Cina yang dapat kata pihak BN. Yang peliknya, tidak pula disebut hal tanah Kampung tersusun yang juga diberi geran. Orang Melayu pula yang mendapatnya. Jauh lebih ramai. Sudah pasti juga tidak diceritakan ialah soal kenaikan gaji guru-guru agama sekolah KAFA. Dulu hanya kerajaan Pusat beri gaji RM 600. Kerajaan BN Negeri Perak beri ZERO. Kerajaan PR Negeri Perak kemudiannya memberi RM150 selepas kemenangan di Perak Tetapi, menurut Zahid Hamidi pula di dalam Parlimen,” RM 600 lebih besar dari RM 150”! Betul Yob...

Tahniah Saudara Arumugam!

Diburu dan diasak. Diugut dan dipujuk. Diikuti kemana sahaja beliau pergi, bukan sahaja beliau, tetapi isteri beliau pun begitu. Setiap hari menerima panggilan dari juak-juak BN. Ditawarkan berjuta ringgit supaya melompat! Cermin kereta dipecahkan tanpa sebab sebagai amaran. Akhirnya beliau bertemu pimpinan dan mengeluh, “saya tak boleh tahan lagi…” Atas keluhan beliau, beliau dinasihati untuk meletak jawatan. Jawatan Exco. Jawatan ADUN. Dengan begitu sahaja, tiada gaji, tiada pencen, tiada apa2, hilang segala-galanya. Namun yang tak hilang adalah kredibiliti, maruah dan harga dirinya . Tak tahan, tetapi tidak tunduk dan tidak membenarkan dirinya dibeli! Walaupun dengan sogokan. Walaupun dengan ugutan. Dia meletak jawatan dan berkorban demi tidak mengkhianati amanah. Malu Jelapang! Malu Cangkat Jering! Malu Behrang! Sepuluh kali malu Bota! Yang hairannya, segala usaha ugutan dan sogokan ini dibenarkan oleh pihak berkuasa. Dibuat aduan, tiada apa-apa tindakan atau reaksi. Negara Malaysi...

Takziah kepada keluarga Al-Marhum Roslan Shaharum.

Almarhum Roslan Shaharum meninggalkan kita dengan cara yang amat mengejutkan. Baru berjumpa di Ipoh pada hari Ahad malam Isnin, esoknya beliau meninggal dunia. Terkejut bagaikan tak percaya apabila mendengar berita berkenaan. Namun, begitulah hakikat hidup di dunia ini. Bila-bila masa Allah boleh menamatkan riwayat kita. Kita tak boleh pilih masa, kita tak boleh pilih tempat. Yang boleh kita pilih hanya keadaan kita, samada dalam keadaan mentaatiNya atau sebaliknya. Semoga Saudara Roslan pergi dalam keadaan diredhai Allah, sebagai seorang pejuang di jalan Allah. Al-Fatihah . Takziah diucapkan bagi seluruh keluarga beliau. Beliau ditangisi dan dirindui oleh ramai. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w. : kematian itu menakutkan, maka apabila seseorang kamu mendapat berita kematian saudaranya, hendaklah dia mengucapkan: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Y...

Sumpahan MEDUSA

Kepala Medusa di atas perisai Perseus* Mengikut mitos Yunani, pada zaman dahulu telah wujud sejenis makhluk yang bernama ‘ Medusa ’. Sesiapa yang memandangnya akan bertukar menjadi batu. Pada zaman kita sekarang, wujudnya sebuah organisasi yang bernama ‘UMNO’. Sesiapa yang menghampirinya akan terpalit dan tercemar. Institusi hakim telah tercemar, institusi Polis telah tercemar, BPR, SPR dan segala yang boleh dicemari telah pun mereka cemari. Termasuklah para ADUN yang menghampiri atau dihampiri oleh mereka! Bagaikan lori sampah yang tidak boleh tidak, akan mencemari udara dengan bau busuknya di mana sahaja ia bergerak. Maka Itulah UMNO. Dewasa ini UMNO sedang melakukan satu lagi ‘operasi mencemari’. Kali ini terhadap institusi Raja-raja, bermula di Perak. Seharusnya golongan ‘Nasionalis Melayu’ bangun menentang usaha pencemaran ini demi mempertahankan nama baik institusi Raja-raja Melayu dari terpalit dengan pencemaran UMNO. Sebaliknya mereka menyokong dan berkerjasama dengan operasi m...

Video: Anjung Media - Kemelut PERAK

Anjung Minda kali ini membawa isu kemelut politik di Perak dan barisan panel yang dijemput hadir terdiri daripada Prof Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang dari UIA, Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR dan juga YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. [Bahagian 1] [Bahagian 2] dan [Bahagian 3] di TVAntara -Pejabat YB Khalid Samad-

Situasi di PERAK Darul Ridzuan (the Land of Grace)

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar* SPR telah menolak notis speaker dewan yang menyatakan DUN Cangkat Jering dan Behrang telah dikosongkan. Amatlah jelas bahawa SPR berbuat demikian hasil tekanan dari BN yang semakin phobia Pilihan Raya Kecil! Sedangkan umum mengetahui bahawa dalam soal ini keputusan Speaker adalah muktamad dan SPR tiada hak untuk mempertikaikannya. Bukan kerja SPR untuk menentukan samada perletakkan jawatan ADUN sah atau sebaliknya! Hari ini pula wakil DAP pula istihar dirinya sebagai ADUN bebas. Sebelumnya ADUN Bota hilang dikatakan diculik oleh BN. Hari ini muncul kembali di sisi Najib. Dahsyat permainan Najib, tetapi tiada benda jika dibandingkan dengan pembunuhan Altantuya. Sebenarnya seluruh episod ini berlangsung oleh kerana BN kebuntuan dan tidak tahu macam mana untuk merampas kembali Perak. Bermula dengan drama BPR yang ‘memerangkap’ dua ADUN berkenaan dalam ‘adegan rasuah’, BN telah berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Perak. Mereka beranggapan bahawa denga...

Undi Bukan Melayu: Hakikat Yang Tidak Disedari

Kemenangan PAS/PR di KT tercapai tanpa adanya ‘swing’ yang diharap-harapkan di kalangan pengundi Cina. Namun undi orang Cina tetap merupakan faktor yang memenangkan calon PAS/PR di KT. Hakikat ini tidak harus dilupai oleh PAS. Menurut analisis yang diperolehi, PAS/PR telah mendapat 32,883 undi dan BN pula mendapat 30,252. Majoriti yang diperolehi PAS/PR adalah hanya 2,631. Ini bererti sekiranya 1,316 orang yang telah mengundi PAS/PR sebaliknya mengundi BN pada hari itu, calon PAS/PR akan kalah. Ini adalah kerana undi PAS/PR akan menjadi (32,883-1,316) iaitu 31,567 undi sambil undi BN akan meningkat pula menjadi (30,252+1,316) iaitu 31,568 undi. BN menang satu undi. Jumlah undi 1,316 sebenarnya bukanlah banyak sangat. Berdasarkan anggaran 40% undi Cina adalah menyebelahi PAS/PR, jumlah undi mereka adalah melebihi 1,316. Kalau dilihat dari keputusan beberapa UPU majoriti pengundi cina, amat jelas bahawa jumlah orang Cina yang mengundi PAS/PR melebihi 1,316. Sebagai contoh, di Kampung...

Agreeing to disagree paying off for Pakatan

By Shannon Teoh Meanwhile, several Pas and DAP leaders such as the former's spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat and the latter's chairman Karpal Singh had voiced their opinions on the matter loudly, leading to dissent within PR supporters. But the opposition does not see it necessary to muzzle such public disagreements. "It takes time to reach a consensus, so we should be prepared to engage in discussion," said Khalid Samad, Pas's Shah Alam MP. Yusmadi Yusoff, MP for Balik Pulau, added that for PKR, it was interested in real harmony not an artificial one imposed by BN. "BN is about homogenising any dialogue and creating taboos. But in the PR setup, when Karpal or Hadi make a stand, it is based on principles and democratic convictions," he said. In short, while both Khalid and Yusmadi agree that a BN supreme council-based mechanism would be politically expedient, it would not achieve "real reform." More from The Malaysian Insider and also i...

Undang-Undang Anti-Melompat

Baru-baru ini saya ditanya pemberita TV3 berhubung pendapat saya terhadap cadangan BN untuk menggubal undang-undang ‘anti-melompat’. Saya ditanya samada saya bersetuju ataupun tidak bahawa amalan melompat parti oleh seseorang YB adalah satu amalan yang tidak bermoral. Saya telah memberi jawapan yang panjang lebar tetapi malangnya jawapan yang disiarkan ringkas dan tidak jelas. Malahan, mungkin juga mengelirukan! Biasalah TV3 tu. Apa yang saya respon adalah seperti berikut :- 1. Melompat itu tidak semestinya tidak bermoral. Ianya bergantung kepada niat orang yang melompat. Sekiranya seseorang itu melompat kerana dibeli atau oleh kerana disogok, maka jelas ianya tidak bermoral. Akan tetapi, sekiranya dia melompat kerana dia melihat bahawa parti asalnya tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan yang sewajarnya dan sarat dengan kemungkaran seperti rasuah dan sebagainya, maka usaha beliau untuk ‘ berhijrah ’ kepada parti yang lebih baik adalah usaha yang mulia. Untuk terus berada dalam suas...

Menteri Dalam Negeri Wajar Meletak Jawatan

Kes kematian Kugan dalam tahanan merupakan sebab wajar bagi Menteri Dalam Negeri meletak jawatan. Ianya merupakan kegagalan yang begitu dasar yang tidak boleh dimaafkan. Ini adalah kerana kematian Kugan berlaku sambil beliau dalam tahanan, iaitu di bawah jagaan pihak Kementerian itu sendiri. Kematian beliau juga adalah kematian yang mengerikan di mana beliau diseksa sehingga mati. Mana-mana Menteri yang waras akan merasa malu dan terjejas dengan kes kematian seorang di dalam tahanan, tetapi bagi Syed Hamid, ianya seolah-olah satu peristiwa biasa yang tiada kena-mengena dengan dirinya sendiri! Beliau tidak merasa malu atau kesal. Lebih malang lagi, bukan sekadar dia tidak menyedari kegagalan dirinya sendiri, dia mengeluarkan kenyataan yang keliru dan memalukan. Syed Hamid berkata, rakyat tidak harus menjadikan ‘penjenayah’ sebagai seorang hero. Kenyataan ini bukan sekadar menunjukkan Syed Hamid tidak kesal dengan kejadian kematian itu tetapi sanggup menjustifikasikannya dengan menyifatk...

Respon Pengunjung: PRK KT

Saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk cuba memberikan sedikit respon kepada berpuluh komen dan pendapat yang telah dapat kita kongsi bersama di dalam Menghadapi Kemenangan PRK Kuala Terengganu. Maaf agak panjang sedikit, kerana terpaksa copy dan paste komen-komen yang berkaitan agar dapat difahami isi kandungan respon di dalam konteks tersebut. Al-Bakistani said... ana sokong analisa ini... pada ana, rajab Taib Erdogan seorang ahli politik yang bertindak menterjemahkan siyasah syariyyah di turki dengan tepat... ada sesuatu yang wajib kita belajar dari beliau... Ana setuju dengan kenyataan tuan. alfateh said... assalamulaikum YB, saya menyukai artikel ini,ia telus mengatakan kelemahan PAS. bagi yang sensitif, mungkin agak sukar menerimanya. tapi bagi saya, berkata benar walau pun pahit adalah jalan terbaik untuk kita muhasabah kesilapan diri kita. jazakallah. Terima kasih. Semoga melalui muhasabah ini dapat membantu ke arah keberkesanan PAS yang lebih lagi pada masa yang akan ...