Beberapa bulan yang lalu saya telah memetik Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya untuk dikongsi bersama dan menjemput komen serta pandangan dari pengunjung sekalian. Saya berjanji akan mengemukakan pandangan saya berhubung kisah ini tetapi tidak sempat untuk melakukannya, sehinggalah sekarang.
Sememangnya apa yang perlu kita fahami ialah bahawa Allah bukan sahaja menurunkan kepada kita wahyu berhubung cara hidup yang wajib kita ikuti supaya selamat di dunia dan di akhirat, tetapi telah juga menunjukkan kepada kita cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan sehingga masyarakat yang jahilliyah bertukar menjadi masyarakat yang berdiri tegak atas dasar Islam. Cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan telah dizahirkan secara praktiknya oleh Rasulullah (SAW) selama 23 tahun bermula dari turunnya wahyu yang pertama sehingga wahyu yang terakhir. Oleh itu, sirah Rasulullah (SAW) akan sentiasa menjadi panduan dan pedoman setiap pejuang Islam.
Penurunan ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat, mengikut keperluan dan perkembangan masyarakat Islam, merupakan hujjah yang kukuh bahawa masyarakat perlu dididik dan pemikirannya dibentuk supaya bersedia untuk menerima perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam. Perubahan tidak mungkin diterima sekiranya didatangkan secara mendadak tanpa terlebih dahulu menyediakan masyarakat melalui hujjah dan penjelasan ataupun contoh praktikal. Kefahaman yang sebegini berhubung psikologi manusia dan ilmu kemasyarakatan tidak mungkin wujud pada zaman Rasulullah (SAW) dan oleh itu ianya merupakan satu lagi bukti bahawa Islam adalah dari Allah.
Ketinggian ilmu kemasyarakatan dan kefahaman psikologi manusia yang dimaksudkan jelas juga terbukti dalam peristiwa pengharaman minuman keras. Kaedah dan prinsipnya dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin Islam seperti Umar Abdul Aziz. Ayat-ayat berhubung minuman keras diturunkan selepas Hijrah dan mengambil bentuk nasihat dalam dua ayat yang pertama dan pengharaman pada ayat yang ketiganya. Pengharaman secara berperingkat ini dilakukan bukan terhadap golongan manusia yang masih ragu-ragu terhadap Islam tetapi sebaliknya terhadap yang telah mengorbankan segala-galanya (Muhajirin) dan yang telah berjanji untuk mengorbankan bukan sekadar harta-benda tetapi juga jiwa raga untuk Islam (Ansar melalui Baiah Al-Aqabah ke-2). Walaupun keikhlasan dan komitmen terhadap mereka yang ayat-ayat ini ditujukan pada ketika itu adalah terbukti kepada Islam, namun kaedah beransur-ansur tetap digunakan. Ini adalah kerana disedari bahawa minuman keras merupakan kebiasaan dan kebanggaan masyarakat ketika itu dan perubahan sebegini perlu dilaksanakan secara hikmah.
Berhubung kisah yang melibatkan Umar Abdul Aziz (RA) pula, perlu difahami bahawa beliau mengambil alih pemerintahan Bani Umayyah yang khalifah-khalifah sebelumnya membenarkan berkembangnya fasad dan maksiat dikalangan ahli istana dan masyarakat Islam. Ini adalah di antara sebab mengapa mereka tidak dikategorikan segolongan dengan golongan ‘Khulafa Ar-Raashidiin’. Walaupun beliau ingin mengubah keadaan ini, beliau bertindak secara berhati-hati, bukan kerana takut tindak-balas golongan penentangnya tetapi penolakan oleh masyarakat umum. Bukan penolakan terhadap peribadinya, tetapi terhadap Islam. Sepertimana disebut oleh beliau;
Kita perlu iktiraf bahawa masyarakat yang beliau ingin tangani merupakan satu masyarakat yang begitu dekat dengan zaman RasuluLlah (SAW) sekiranya berbanding dengan zaman kita. Dengan adanya peninggalan-peninggalan para Sahabat, Tabi’in dan Taba Tabi’in yang jelas hebat dan mengagumkan dan keadaan ummat Islam yang ketika itu merupakan tamadun yang sedang berkembang maju disetiap bidang dan kejayaan tercapai disetiap sempadan, semestinya tugas beliau untuk mengembalikan asas pemerintahan dan pentadbiran kepada Islam adalah mudah. Namun, beliau faham bahawa ianya tidak semudah itu. Kekuasaan pemerintahan bukan segala-galanya.
Ada seorang pengunjung blog ini dalam membahas soal perlaksanaan hukum Hudud memberi komen bahawa pada zaman British memerintah dan melaksanakan sistem undang-undang mereka, adakah mereka ambil peduli kehendak rakyat. Tidak, namun tetap berjaya dilaksanakan kerana British mempunyai wang dan meriam (lebih kurang begitulah hujjahnya). Saya cuma nak jawab, pertama British bukan guru kita dan cara mereka mendapatkan ketaatan adalah sesuai dengan niat mereka untuk menguasai dan menzalimi. Kedua, kita nak menyelamatkan manusia dan penerimaan yang kita inginkan adalah penerimaan yang bersifat rela. Ketiga, kita sedar dengan penuh keinsafan bahawa penolakan seruan kita boleh membawa kepada penolakan Islam dan ini merupakan tekanan yang mewajibkan kita bertindak dengan penuh hemah dan kebijaksanaan supaya masyarakat memahami dengan jelas betapa mulianya usaha dan risalah kita.
Secara mudah boleh kita katakan bahawa Umar Abdul Aziz (RA) mengamalkan pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ yang risau akan mad’unya dan bukan pendekatan ‘penghukum’ yang hanya berfikir akan ketepatan hukuman itu dengan kehendak undang-undang. Dalam usaha kita sebagai sebuah gerakan yang ingin membawa perubahan, pendekatan ‘pendakwah’ dan ‘pendidik’ ini perlu diutamakan walaupun soal hukum tidak boleh dan tidak perlu diabaikan begitu sahaja.
Dalam keadaan kita yang begitu jauh dari zaman RasuluLlah (SAW) dan zaman kegemilangan Islam di mana kehebatan pemerintahannya tinggal hanya di dalam lembaran sejarah, semestinya tugas untuk membawa masyarakat kembali pada Islam adalah jauh lebih sukar. Kita bukan mewarisi satu masyarakat di mana kebenaran dan kehebatan Islam tidak dipertikaikan, seperti pada zaman Umar Abdul Aziz. Kita tidak juga datang kepada tampuk kekuasaan dengan ahli masyarakat berbaiah taat setia dan sanggup berkorban apa jua demi Islam seperti Rasulullah (SAW) melalui hijrah Baginda. Kuasa pemerintahan yang ada pada kita hanya mampu kita perolehi melalui dasar ‘kongsi-kuasa’ dan seruan ‘perubahan ke arah keadilan’. Kebencian masyarakat terhadap pemerintahan lama merupakan antara faktor utama kemenangan kita, bukan sayangnya mereka terhadap kita! Hakikat bahawa kita hanya mampu mendapat pemerintahan atas dasar sebegini dengan sendirinya merupakan bukti bahawa masyarakat belum bersedia untuk menerima ‘perlaksanaan kebenaran secara keseluruhannya’ seperti yang disebutkan Umar Abdul Aziz. Namun, dengan adanya keterlibatan kita dalam pemerintahan ini, perlulah kita manfaatkannya ke arah usaha dakwah dan mendidik yang lebih berkesan.
Apabila saya mula-mula meletakkan petikan ini, ada yang bertanya “adakah PAS Selangor mempunyai perancangan dakwah dan penerangan yang menyeluruh dan berkesan untuk membimbing masyarakat ke arah perubahan yang diperlukan?” Saya ingin tanya balik, “adakah kita sedar akan keperluannya ataupun menganggap sekarang dengan adanya kuasa kita laksana sahaja pengharaman itu dan ini?” Ya, malangnya, ramai yang bersifat ‘musta’jiluun’ iaitu yang ingin melihat pengharaman ini dan itu tanpa adanya apa-apa usaha untuk menjelaskan keburukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu atau memahamkan masyarakat akan kebijaksanaan pengharamannya. Mereka tidak khuatir akan penolakan oleh masyarakat kerana ikut mereka, itu bukan masalah mereka, hukum tetap hukum. Amat sangat bezanya orang yang menjiwai dakwah Islam, seperti Umar Abd Aziz dan orang yang berdakwah atas dasar semangat semata-mata.
Sememangnya perancangan menyeluruh sebegitu perlu diadakan dan inilah peranan yang perlu dimainkan oleh Ketua Penerangan di bawah pemantauan PJ. Peranan penjawat jawatan dalam organisasi PAS semasa PAS pembangkang dan semasa PAS pemerintah semestinya berbeza. Tanggung-jawab semakin bertambah dan implikasi ketidak-upayaan untuk memenuhi tanggung-jawab ini semakin serius. Gagalnya kita bererti kita telah menggagalkan perjuangan Islam setelah Allah memberi kita sedikit peluang. Gagal kerana kita mengambil mudah tanggung-jawab kita ini, tidak menyedari betapa hebatnya implikasi tindakan-tindakan kita ke atas dakwah kita yang telah kita usahakan selama berpuluh tahun!
Dalam usaha ke arah perubahan ini, yang terpenting, lebih penting dari persoalan pengharaman itu dan ini, ialah mengembalikan keyakinan ummat Islam terhadap kehebatan kepimpinan dan pemerintahan Islam. Persoalan-persoalan ‘Aqeedah’, bukan sifat dua puluh secara terpisah, tetapi bagaimana Islam itu Rahmat kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Islam itu Adil kerana Allah itu Adil dan sebagainya perlu dizahirkan. Masyarakat Muslim perlu difahamkan bahawa kepimpinan yang prihatin, berkebajikan, telus, amanah, berjiwa rakyat adalah sifat-sifat kepimpinan dan pemerintahan yang dituntut Islam. Maka dengan itu masyarakat Muslim akan merasa bangga dengan Islamnya dan melihat relevensinya. Dengan itu akan dipulihkan Aqeedah mereka dan mereka akan kembali sibuk menatap kitab-kitab berhubung kaedah pemerintahan Islam.
Masyarakat bukan Islam pula akan melihat bukti kebenaran Islam, satu-satunya agama yang mengaitkan ketaqwaan kepada keadilan dan menyedari bahawa sesuatu agama yang datangnya dari Allah semestinya tidak akan mengabaikan persoalan pemerintahan, keadilan dan kebenaran. Ini dia usaha dakwah, bukan hanya soal bersama orang asli atau kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Berhubung usaha-usaha pengharaman, saya lebih cenderung untuk mencadangkan, sambil usaha pendidikan terus dijalankan, perubahan dilakukan atas desakan orang ramai secara berperingkat-peringkat. Biar ianya dilihat ‘bottom-up’ dan tidak ‘top-down’. Ke arah itu organisasi PAS di peringkat cawangan-cawangan mesti aktif berkempen ke akar umbi masyarakat berhubung sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan dan mendesak kemudiannya, setelah mendapat persetujuan, supaya tindakan tertentu diambil. Sebagai contoh, ini boleh melibatkan persoalan kekotoran, kewujudan kedai arak, kedai judi, kelab malam, kawasan gelap yang menjadi tempat peleseran muda-mudi dan sebagainya yang menimbulkan masalah kesihatan dan sosial kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan. Ianya boleh juga berhubung dengan masa yang diperuntukkan untuk kelas agama di sekolah jenis kebangsaan dan cadangan-cadangan bagaimana ianya boleh dipertingkatkan atau apa-apa jua masalah lain yang difikirkan perlu diubah. Atas desakan ini, kerajaan bertindak. Melalui kaedah ini, sedikit demi sedikit, satu per satu dapat ditangani dan pada masa yang sama ditimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat.
Sekiranya kita dilihat terlalu ghairah dalam mengusahakan agenda yang belum lagi diterima masyarakat, tidak mengambil kira pendapat rakyat, kita akan ditolak. Kita tidak tahu bila pula kita akan mendapat peluang seperti ini sekali lagi. Adakah kita sanggup menjadi punca keadaan seperti ini?
WalLahu 'Alam

“Sesungguhnya aku bimbang, aku melaksanakan kepada manusia kebenaran secara keseluruhannya, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah”Perlu difahami dari kisah ini bahawa perubahan yang ingin dibawa bukan terhad kepada persoalan minuman arak tetapi apa jua aspek yang telah dirosakkan pemimpin sebelum beliau.

Comments
Saya bersetuju dengan pandangan Pak Khalid mengenai keperluan pemahaman masyarakat mengenai Islam, bukan sekadar menjadi atas dasar dilahirkan Islam. Penerapan nilai moral yang diselaraskan pemahaman bahawa Islam lebih dulu mendidik penganut nya supaya mempunyai akhlak yang terpuji.
Teruskan usaha Pak Khalid.
Penyokong PAS
jazakallah
Ahli-ahli PAS lebih faham soal wala' kepada pemimpin dari uslub dakwah itu sendiri.
Cadangan saya, tanpa mengurangkan ceramah politik, ahli-ahli dan pemimpin PAS wajib menghadiri kursus untuk menjadi da'ie supaya tidak merapu bila berkuasa.
ada salahlaku remaja muslim yg boleh diperbaiki dgn pendidikan, counselling dsb spt berpakaian dedah aurat melampau kpd bersopan cara adat, kemudian bertudung dan akhirnya tutup aurat menurut qur'an dan sunnah.
klu tak silap ini yg cuba dibuat di k'tan.
ada pula salahlaku remaja muslim yg patut ditegah sertamerta spt berjudi, minum arak dan jual arak, dan berzina. sy rasa tiada tadarruj dlm hal2 tersebut.
pd masa yg sama mereka yg dah terjebak dan tertangkap dlm hal2 tersebut perlu diberi tarbiyyah, nasihat, dan amaran dan seterusnya hukuman sewajarnya agar proses pendidikan itu hidup dan berpanjangan.
saya amat bersetuju dgn posting kali ini.
alhamdulillah, harapnya perbincangan dan pemikiran spt ini akan lebih ditekankan dlm blog pak khalid ini sesuai dgn level YB selaku pimpinan.
org hebat mcm pak khalid sewajarnya kurangkan 'menyerang', bykkan 'menerang'..
thanks n takbir!
Pendekatan dakwah memang sesuai dilaksanakan pada masa sekarang lebih2 lagi dengan mengambik kira keadaaan politik semasa di Selangor. Walaubagaimanapun, PAS Selangor sendiri perlu ada target khusus yg ingin dicapai dalam penggal pertama pemerintahan PR. Janganlah kerana alasan pendekatan dakwah kita nak kena tunggu sampai 5 kali pilihanraya (bersamaan 23 tahun)untuk menutup kedai ekor, rumah urut, sarang pelacur dan menghadkan jualan arak.
Tokden - undi pas sejak 1990