Berikut merupakan teks ucapan khutbah yang telah disampaikan di Masjid Batu 3, Shah Alam pada 2 Januari 2008. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah (SWT),
Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar Taqwa, iaitu bertakwa dalam ertikata melakukan ketaatan, kepatuhan, dalam melaksanakan segala perintah Allah (SWT) dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu ialah semulia-mulia hamba Allah yang akan memperolehi segala kebaikkan, pertolongan ketika kesukaran, perlindungan, keberkatan, kemudahan dan kejayaan hidup yang telah dijanjikan oleh Allah (SWT) sebagaimana firmanNya dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga ayat 3:-
Yang bermaksud :-
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Allah telah pun menetapkan ketentuan setiap sesuatu".
Sidang Jumaat yang diRahmati Allah,
Perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah(SAW) telah menjadikan umat Islam sebagai suatu umat yang kuat, maju dan disegani oleh musuh-musuh Islam. Namun demikian, setelah sekian lama umat Islam menjadi umat contoh, memiliki kekuasaan, pembawa obor tamadun dan kemajuan serta ilmu pengetahuan, akhirnya mereka mulai lalai dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah (SWT). Semangat berkorban dan perjuangan untuk menegakkan Islam telah ditukarkan dengan semangat mementingkan diri sendiri, malas berusaha, mudah putus asa dan bermacam-macam lagi. Semangat perjuangan untuk agama telah digantikan dengan perjuangan untuk kepentingan peribadi dan kepentingan mengejar ganjaran dunia semata-mata.
Perubahan yang sebegini berlaku dengan berubahnya corak kepimpinan dan pemerintahan masyarakat dan negara ummat Islam. Dari corak kepimpinan Rasulullah (SAW) dan para khalifahnya yang memerintah demi kepentingan Islam, berkorban dan berjuang bersama rakyat biasa, diganti pula dengan kepimpinan yang mementingkan kedudukan dan kekuasaan untuk diri mereka dan keluarga mereka semata-mata. Timbul jenis pemimpin-pemimpin yang suka bergaya mewah, berlipur-lara dan melalaikan diri dan masyarakat.
Keadaan baru ini telah menyebabkan bermulanya kemunduran umat Islam. Tanpa adanya kepimpinan yang kukuh dan mantap, dari segi spiritual dan fisikalnya, ummat Islam semakin merosot dari segi kualiti dan penghayatan Islam. Ini ditambah lagi dengan pelbagai masalah lain yang menekan jiwa umat Islam seperti kefahaman Islam yang cetek, penyelewengan akidah, hilangnya semangat jihad, gejala sosial dan sebagainya. Akibatnya satu demi satu kerajaan Islam telah ditakluki dan dijajah, lantas kegemilangan Islam terus lenyap dan hancur di tangan musuh Islam.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kemuncak kemalangan umat Islam berlaku pada awal abad ke-20 dengan kejatuhan pemerintahan khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924. Bermula dari tarikh malang itulah masyarakat Islam menjadi semakin terumbang-ambing, lemah, berpecah-belah, dihina, ditindas tanpa sebarang pembelaan.
Semua ini membuktikan kebenaran Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad yang bermaksud “Islam akan terongkai satu per satu dari leher ummat Islam, bermula dengan Pemerintahan dan berakhir dengan Solat”.
Kita telah menyaksikan bagaimana dewasa ini umat Islam di Palestin, Lubnan, Iraq, Bosnia, Afghasnistan dan negara-negara lain diganyang dan ditindas oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan negara-negara bersekutunya sambil disokong oleh Israel dan gerakkan Zionis antarabangsa untuk menghancurkan Islam.
Bentuk ganyangan ini disempurnakan lagi oleh mereka dengan bentuk penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Sehingga ummat Islam tidak nampak jalan keluar dari kemelut yang dihadapinya, melainkan melalui kaedah yang ditentukan dan ditawarkan oleh musuh-musuhnya sendiri!
Umat Islam hanya mampu melihat dan hanya dapat melaungkan kutukan terhadap tindakkan dan penghinaan itu. Penghinaan ini berlaku kerana umat Islam tidak mempunyai agenda untuk berubah samada pemikiran atau sikapnya kearah membina kekuatan, bersatu-padu, mempunyai kuasa ekonomi, kuasa politik serta kuasa ketenteraan yang boleh mencabar penindasan itu.
Apabila semua perkara telah terjajah, maka mudahlah bagi kuasa kuffar ini terus menindas dan mengekang umat Islam serta negara mereka lalu mereka terus menerus memonopoli kuasa dan ekonomi negara-negara yang dikuasai itu sebagai satu laluan untuk menguasai dunia.
Sidang jumaat yang dihormati sekalian,
Hari ini dunia melihat apabila kuasa ekonomi dipegang oleh Amerika dan apabila mata wang dunia dimonopoli oleh negara ini, seluruh dunia terpaksa bergantung dan akur kepada negara kapitalis ini. Apabila ekonomi negara Amerika ini merudum, maka tempias kemuruduman ini berlaku keseluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia.
Sekiranya negara-negara umat Islam mempunyai rangkaian ekonominya sendiri dan mempunyai mata wang yang tersendiri berdasarkan nilai emas (dinar emas) sebenar tanpa monopoli Amerika dan Barat, kita yakin bahawa kita tidak akan menjadi mangsa kepada keadaan seperti sekarang ini.
Kenapa Islam tidak menjadi kuasa besar yang mampu memerintah dunia? Ini kerana kita telah lari dari konsep hijrah sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
"Tidak ada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, tetapi yang ada hanyalah jihad dan niat untuk berjihad kearah perubahan, dan apabila kamu diminta untuk berjihad, maka bersegeralah".
Ini membuktikan bahawa niat dan tekad untuk berubah dan akhirnya kejayaan berubah sehingga umat Islam tidak lagi bergantung dan berkiblatkan kepada Barat adalah pengertian hijrah yang perlu dihayati ummat Islam dewasa ini. Ini perlu difahami dan dihayati sekiranya ummat Islam mahu dipandang tinggi dan mulia di dunia ini. Kita hendaklah mempunyai kehebatan tersendiri termasuk kekuasaan politik, ekonomi, pendidikan, perundangan dan ketenteraan yang menyayingi dunia barat. Niat ke arah ini mesti diusahakan dan dikotakan oleh umat Islam sebagaimana Firman Allah(SWT) dalam Surah Ar-Ra’d ayat ke 11:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
Lihat negara Iran, walaupun mereka pernah diserang, mereka masih mampu melahirkan pakar ekonomi dan pakar pertanian, meskipun ketika zaman selepas perang dengan Iraq dahulu, mereka hampir lumpuh, tetapi bangkit sehingga mampu mengeksport gandum kepada negara lain, mampu melahirkan saintis hebat sehingga tercipta senjata canggih dan luar biasa seperti menghasilkan peluru berpandu yang lebih hebat daripada ciptaan Amerika, kapal pengintip tanpa pemandu dan mampu mengumpul Uranium untuk persediaan tenaga elektrik masa depan. Mereka telah berjaya menyaingi dan menggugat barat sehingga barat tersentak dan memfitnah kononnya Iran ingin mencipta nuklear untuk mengancam dunia, tetapi hakikatnya barat bimbang dengan perkembangan pesat negara Iran yang akan menghidupkan obor kebangkitan negara-negara Islam yang lain.
Firman Allah(SWT) didalam surah As-Sof ayat 8:
"Mereka sentiasa berusaha memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan dusta) mereka. Allah tetap menyempurnakan cahayanya sekalipun orang kafir membencinya".
Sidang jumaat yang dikasihi Allah,
Hijrah membawa erti yang luas iaitu perubahan menuju kepada kegemilangan duniawi dan ukhrowi. Hijrah juga membawa erti membebaskan diri atau melepaskan diri daripada kongkongan, kelemahan dan kehinaan dan seterusnya mengubah paradigma daripada mundur kepada maju, jahil kepada berilmu, lemah kepada kuat, primitif kepada bertamadun, maksiat kepada beribadat dan kemuncak hijrah yang terpenting ialah hijrah daripada kehidupan jahiliah kepada Islam yang syumul atau lebih tepat lagi daripada kufur kepada iman. Firman Allah(SWT) dalam Surah An-Nahl ayat 97:
"Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan".
Selain dari ketiadaan kepimpinan yang berkesan, kelemahan umat Islam pada hari ini berpunca daripada sikap sebahagian mereka sendiri yang terpesong jauh daripada landasan agama, berpecah-belah, ketinggalan dalam penguasaan ilmu pengetahuan, tidak berdaya-saing, tidak produktif, kurang berusaha, tidak mematuhi peraturan, suka membuang masa dan suka berfoya-foya. Pendek kata, hilang semangat jihad. Oleh itu, kita menyarankan kepada umat Islam agar berhijrah untuk berusaha menuntut dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan serta mampu berdaya saing dan mampu mengubah persepsi negetif kepada yang lebih positif, sebagaimana firman Allah(SWT) di dalam Surah Al-Imran ayat 139:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita pada hal kamulah orang yang tertinggi (kedudukannya disisi Allah),jika kamu orang yang (benar-benar) beriman".

Comments
nak tanya sikit, macam mana nak pendekkan posting macam yg YB buat tu. ie. posting jadi pendek dan ada link Read More[+]
Ok, rasanya en fahmi boleh direct ask ke surat@khalidsamad.com..