Ada yang bertanya, “ke mana pergi Khalid Samad semenjak selepas PR kecil KT? Langsung tak muncul dan blog dia pun tidak di update”.
Saya kena minta maaf. Sebenarnya sepanjang tempoh beberapa hari sebelum tarikh pengundian PR kecil KT, saya tidak begitu sihat. Berbekalkan Panadol Soluble, Strepsils, Fisherman’s Friend dan berbagai ubat-ubatan lain saya gagahkan diri dan terus ke KT. Ini baru betul demam pilihanraya namanya:) Mereka yang hadir di tempat saya berceramah mungkin menyedari betapa suara saya begitu serak dan penyampaian saya tidak seperti biasa. Namun saya amat berbangga kerana telah menyumbang walaupun tidak sebanyak mana, ke arah kemenangan YB Wahid Endut.
Selepas selesai dan kemenangan tercapai, saya ‘menyerah kalah’ kepada sakit dan demam yang ‘dipinggirkan’ oleh saya sepanjang tempoh tersebut. Saya membenarkan diri saya untuk demam dan tidak lagi memaksa diri atau berlagak sihat. Namun, bukan di Malaysia, tetapi di UK! Ini adalah kerana saya terpaksa menguruskan beberapa urusan keluarga yang telah lama dirancang sebelum tarikh PR kecil KT ditetapkan lagi. Dah lah demam, di negeri sejuk pula tu. Anak saya bersama suaminya dan dua orang cucu kini berada di UK dan akan pulang pada tahun ini insyaAllah.
Saya akan kembali ke tanah air pada 28hb ini dalam keadaan sihat dan penuh bersemangat insyaAllah untuk berhadapan dengan sidang Parlimen pada bulan Februari nanti dan masyarakat yang menantikan perubahan.
Sebagai makluman pengunjung semua, mereka yang bertanya dan ingatan serta rujukan saya sendiri, saya catitkan kegiatan saya sejak 13hb Januari sehingga tarikh penerbangan saya ke UK pada pagi 17hb Januari.
Setiba saya di UK saya on-kan hand phone saya dan sms yang pertama saya terima adalah sms kemenangan! Seronok rasanya dan sudah pasti sahabat2 bagaikan berpesta di sana. Tidak berpeluang ‘berpesta’ bersama, namun yang penting, kerja dah buat dan kemenangan tercapai. Alhamdulillah. Masa dah tiba untuk saya merehatkan badan yang haknya agak terabai selama ini…
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah membantu saya menunaikan tanggungjawab berpilihan raya walaupun dalam keadaan tidak sihat. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan dan lebih penting dari itu, Allah tahu siapa yang saya maksudkan.
Alhamdulillah, semenjak tiba di sini kesihatan saya telah bertambah baik sedikit dan kini cuma ingin meluangkan masa bersama Yusra dan Naeem, dua orang cucu saya yang telah membesar dengan begitu cepat sekali! Walaubagaimanapun, insyaAllah saya akan memberi pandangan saya mengenai PRK KT esok.

Comments
ABAL QOSIM
Setiap orang dengan peranannya sedaya mungkinnya.
Tahniah kepada PAS, menang di P 36 Kuala Terengganu.
Sama-sama kita jaga kesihatan. Seterusnya tenaga diperlukan tuju kemenangan PRU 13.
betul ke ramai komplen kta geng2 edorgan pulau prk KT... tk sedap la dgar yb... betul ke ada yg merajuk la.. tknk bg duit la.. macam2... tk best la kalau pas cam ni... amir8281