Beberapa bulan yang lalu saya telah memetik Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya untuk dikongsi bersama dan menjemput komen serta pandangan dari pengunjung sekalian. Saya berjanji akan mengemukakan pandangan saya berhubung kisah ini tetapi tidak sempat untuk melakukannya, sehinggalah sekarang. Sememangnya apa yang perlu kita fahami ialah bahawa Allah bukan sahaja menurunkan kepada kita wahyu berhubung cara hidup yang wajib kita ikuti supaya selamat di dunia dan di akhirat, tetapi telah juga menunjukkan kepada kita cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan sehingga masyarakat yang jahilliyah bertukar menjadi masyarakat yang berdiri tegak atas dasar Islam. Cara bagaimana ianya perlu diperjuangkan telah dizahirkan secara praktiknya oleh Rasulullah (SAW) selama 23 tahun bermula dari turunnya wahyu yang pertama sehingga wahyu yang terakhir. Oleh itu, sirah Rasulullah (SAW) akan sentiasa menjadi panduan dan pedoman setiap pejuang Islam. Penurunan ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat, mengikut...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘