"...Sebagai ahli politik, saya rasa kita memahami bahawa bidang politik ini merupakan satu bidang yang sangat penting, kerana ianya berhubung dengan soal kepimpinan negara dan ianya berbubung dengan soal dasar-dasar yang akan mencorakkan, masyarakat, negara dan generasi yang akan datang. Lalu sekiranya kita menjadikan penglibatan seorang pelajar di Universiti yang merupakan institusi yang tertinggi di negara kita, kita sekat dan kita tidak galakkan. Lalu bagaimana kita boleh menjamin bahawa manusia yang kita keluarkan daripada Universiti ini akan menjadi seorang yang sempurna?
Sedangkan kesempurnaan itu menuntut supaya dia mengambil kira, mempunyai pendapat, pandangan, sikap, pendirian terhadap isu-isu yang mencorakkan masyarakat dan negara dia. Lalu janganlah kita mempunyai satu falsafah yang cantik, dari segi keinginan untuk melihat satu manusia yang sempurna. Tetapi dasar-dasar yang kita tentukan dan undang-undang yang kita tentukan sebenarnya mendorong pelajar-pelajar ke satu arah yang terlalu sempit."
Sila ikuti juga Bahagian 2 perbahasan berkenaan isu ini. Video adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih diucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments