"...Peringatan bersama, bagi kami dari PR, untuk menjamin bahawa akan berlakunya satu "check and balance" kita akan berusaha sedaya upaya untuk menafikan majoriti 2/3 yang pernah dialami dan dinikmati oleh BN. Kerana kalau kita lihat pada tahun 1980an, keadaan yang berlaku dimana kedudukan hakim, kebebasan institusi hakim terhakis dan sebagainya. Ialah kerana wujudnya satu keadaan, dimana BN dan PM pada masa itu menikmati kekuasaan yang hampir-hampir mutlak. Dan sepertimana yang dia sendiri sebut, "Power corrupts, absolute power, corrupts absolutely" dan ini lah apa yang telah dia buktikan kebenaran kata-katanya. Dan bagi pihak kami, kami akan berusahan untuk menentukan bahawa keadaan dimana parlimen dikuasai dengan keadaan majoriti 2/3 itu, insya Allah tidak akan berulang lagi..."
Video adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih kami ucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Video adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih kami ucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Comments