[Dalam Dwibahasa]
It goes without saying, the KT bye-election is a very important bye-election for PAS, PR and also the BN.
For the BN, they are very eager to prove that their downward spiral stops here! With the promise of change at the top leadership level, plus the passing of two so-called ‘landmark’ motions, they want to prove that the Rakyat are now ready and willing to give the BN their full support as in the past. This bye-election is therefore the acid test for the steps taken thus far by the BN in its attempt to reverse the political trend so apparent since the 12th general elections in March. The Permatang Pauh bye-election showed an increase in the support for the opposition as the majority for PR was increased. It is desperately hoped, by the BN, that for KT, they will be able to defend this seat and win with a convincing majority. With that, it will be shown that Permatang Pauh was an exception and not the rule.
For PR this is yet another opportunity to prove the dwindling support, which the BN is experiencing. The bye-election could not have come at a better time or at a better place. The timing is perfect so as to keep the issue of change in centre court. While in terms of place, Terengganu is displayed as a fortress of strength for the BN. PAS won in 1999 but was unseated in 2004 and made little headway in 2008. It is like an island of BN fortitude, unaffected by the political tsunami as the people there are portrayed as being happy and content with the BN. This bye-election gives PR the opportunity to prick BNs bubble and prove that even in its ‘wang ehsan flushed contented strong-hold’, the people there have seen the changes which the PR has brought in their states and they too wish for the same. It is a test of the effectiveness of PRs policies in its 5 states and whether through these policies they have been able to win over the Rakyat everywhere else in Malaysia as well.
For PAS it is an opportunity to prove that it still holds sway in Terengganu, Kuala Terengganu in particular, even though they were unsuccessful in winning the seat in March. The margins then were slim and current developments have made the chances of victory better. PAS enters the bye-election with a responsibility to ensure victory for its candidate and through him, for PR. This victory will keep the agenda of change in the forefront of the Malaysian political scene and at the same time prove PAS’s worth to the PR coalition.
However, a lot will depend on who PAS puts as its candidate. In closely contested seats such as this, every vote counts. The feedback from the grassroots is of ultimate importance in ensuring that the correct candidate will be given the responsibility of winning this bye-election for PAS. The candidate should not be chosen based on personal preferences, irrespective of whose personal preference it is. Nor should it be based on the preferences of certain groups, irrespective of who are the members of the group. It has to be based on the preference of the electorate and as long as the person fulfills the requirements of the party, the preference of the electorate should be the deciding factor. In other words, ‘winnability’ is the central concern.
To place someone based on personal or group preference without referring to the electorate would be similar to positioning your troops in battle at a location purely due to the preferred scenic view of the location, not due to its strategic importance! In an election, the electorate is the battleground and what one ‘sees and hears’ of the battle-ground would be pivotal on deciding the ‘location’ or in this case, the candidate.
Unfortunately, there are still voices in PAS who wish to turn a deaf ear and a blind eye to these factors. The candidate, they insist, is not important. Whoever is decided upon, GOD will grant us victory. A commendable attitude in many ways, particularly in its obedience and acceptance of whoever is decided upon by the leadership. This is the kind of obedience and acceptance dreamt of and hankered for by dictators and despots the world over, through the ages! However, it is not the way encouraged by Islam.
First, while it is true that GOD can and will grant us victory, there are conditions, which must be fulfilled. We have to fulfill our end of the bargain, before leaving it to GOD. We must do all which is humanly possible to ensure victory by choosing the right location, the right people, the right tools and so on and so forth before we can say, “its in your hands, GOD!” It is as per Caliph Umar’s famous statement, “Tie your camel before leaving it to GOD”. Those who wish to leave it to GOD without expanding their full effort see GOD as the doer of their bidding instead of themselves being the doer of GOD’s bidding!
Secondly, the Islamic struggle cannot be summarised by tsiqah (trust of the leadership) and wala’ (obedience to the leadership) alone, no matter what some may wish to tell us. (Perhaps their ‘tarbiyyah’ ended at that level). The Islamic leadership must achieve victory while working within the socio-political laws which influence human behavior. They must understand the environment within which they are working, master, and implement the processes, which will bring about the desired change. Although there is divine guidance and help, these are not within their power to control! They must therefore work according to that which is in their control while at the same time depending on continuous divine help in whatever form GOD wishes it to take. In simple terms, “strive while depending on GOD” or “berusaha sambil bertawakkal kepada Allah”. Part of that ‘usaha’ or effort/strive is listening to the electorate and responding to it positively. After all, it is them that the candidate will represent! Therefore, it is their choice, not that of certain individuals or certain groups which should be given priority.
It is hoped that the PAS leadership is aware of the importance of this bye-election and have the strength and courage to make the right decision when finalising the issue of the candidacy.
WalLahu 'Alam
****************************************************************************************************************
Pilihan Raya Kecil KT - Menyemarakkan Agenda Perubahan
Amat jelas bahawa pilihan raya kecil KT adalah satu pilihan raya kecil yang penting bagi PAS, PR dan juga BN.
BN begitu ingin untuk membuktikan bahawa keadaan merudum dan jatuhnya mereka sudah berakhir. Melalui janji perubahan diperingkat tertinggi pimpinan dan lulusnya dua akta yang dikatakan begitu penting, BN ingin membuktikan bahawa rakyat sudah sanggup kembali menyokong mereka seperti dahulu. Pilihan raya kecil ini merupakan ujian muktamad akan keberkesanan tindakan-tindakan BN kebelakangan ini untuk mengubah trend politik penolakan BN yang begitu ketara semenjak PRU ke 12 pada Mac lalu. Dalam Pilihan raya kecil Permatang Pauh, petanda sokongan bertambah untuk PR telah tercatat melalui kemenangan calon PR dengan majoriti yang bertambah besar. Oleh itu BN amat terdesak untuk mencapai kemenangan di KT dengan majoriti yang meyakinkan. Ini adalah untuk membuktikan bahawa kemenangan di Permatang Pauh tidak merupakan trend penolakan terhadap BN berterusan tetapi sebaliknya hanya satu suasana dan keadaan yang khusus untuk Permatang Pauh sahaja.
Bagi PR, ini merupakan satu lagi peluang untuk membuktikan bahawa sokongan terhadap BN semakin terhakis. Pilihan raya kecil ini berlaku pada masa dan tempat yang paling sesuai. Dari segi masa, ianya membantu untuk mengekalkan isu perubahan sebagai isu utama dalam pemikiran rakyat. Sambil dari segi tempat pula,Terengganu digambarkan oleh BN sebagai kubu mereka. PAS memenangi Terengganu pada 1999 tetapi telah dikalahkan pada 2004 dan keadaannya bagaikan tidak berganjak pada 2008. Terengganu seolah-olah satu pulau keteguhan BN, langsung tidak terjejas dengan ‘tsunami politik’ tahun itu dan rakyat Terengganu digambarkan berpuas hati dengan kepimpinan BN. Pilihan raya kecil ini memberi PR peluang untuk memusnahkan khayalan BN ini dan membuktikan walaupun di kubu BN di mana ‘rakyat yang berpuas hati dihujani wang ehsan’, rakyat yang sama itu telah melihat perubahan yang dibawa PR di negeri-negeri yang diperintahnya dan inginkan perubahan yang sama di Terengganu. Pilihan raya kecil ini merupakan satu ujian ke atas keberkesanan dasar2 PR di lima buah Negeri yang diperintah PR dan sejauh mana dasar2 ini telah berjaya melebar-luaskan sokongan rakyat terhadap PR di Negeri2 yang lain.
Bagi PAS ianya peluang untuk membuktikan bahawa PAS masih berpengaruh di Terengganu, khususnya di Kuala Terengganu, walaupun kalah dalam usahanya untuk memenangi kerusi Parlimen tersebut pada bulan Mac yang lalu. Perbezaan undi amat sedikit pada ketika itu dan keadaan semasa menjadikan peluang kemenangan lebih cerah. PAS menyertai Pilihan raya kecil ini dengan satu tanggung jawab untuk memenangkan calonnya dan melalui itu mencapai kemenangan bagi PR. Kememnangan ini akan menyuburkan dan menghidupkan lagi isu perubahan dan pada masa yang sama membuktikan nilai sumbangan PAS kepada gabungan PR ini.
Namun, banyak bergantung kepada siapa yang diturunkan sebagai calon PAS. Di kerusi yang sengit disaingi seperti yang ini, setiap undi perlu diambil kira. Maklum balas dari pihak ‘grassroot’ adalah yang terpenting dalam memilih calon yang tepat untuk diberikan amanah mencapai kemenangan. Calon tidak boleh dipilih berdasarkan keinginan atau pilihan peribadi tertentu, walau siapa sekalipun peribadi tersebut. Tidak boleh juga berdasarkan pilihan kumpulan tertentu walau siapa sekalipun anggota kumpulan itu. Pilihan mesti berdasarkan keinginan pihak pengundi dan asalkan calon berkenaan memenuhi syarat-syarat parti, maka pilihan pengundi mesti diutamakan. Dalam erti-kata lain, ’winnability’ atau kemampuan kemenangan adalah yang terpenting.
Memilih seseorang berdasarkan pilihan peribadi atau kumpulan tertentu adalah bagaikan meletakkan anggota tentera di suatu kedudukan semasa dalam peperangan berdasarkan pemandangan indah kedudukan tersebut dan bukan atas sebab strategiknya lokasi atau kedudukan berkenaan! Dalam pilihan raya, pengundi adalah padang pertempuran dan apa yang ‘dilihat dan didengari’ semasa di padang pertempuran itu adalah terpenting dalam memilih lokasi atau kedudukan. Dalam kes ini, dalam memilih calon.
Malangnya, masih kedengaran suara-suara dalam PAS yang ingin pekakkan telinga dan butakan mata mereka terhadap persoalan-persoalan ini. Calon, kata mereka, tidak penting. Siapa sahaja dipilih, Allah akan memenangkan kita. Ini memang sikap yang terpuji dari beberapa segi, lebih lebih lagi dari segi kepatuhan kepada dan penerimaan apa sahaja yang diputuskan oleh pihak pimpinan. Inilah jenis kepatuhan dan penerimaan yang diidamkan oleh setiap diktator dan despot diseluruh dunia dan disepanjang sejarah manusia. Namun, ianya bukan sikap yang digemari Islam.
Pertama, memang benar Allah boleh berikan kemenangan kepada kita, namun ada syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Kita mesti memainkan peranan kita sambil kita serahkan kepada Allah. Kita mesti lakukan segala dalam kemampuan kita sebagai manusia untuk menjamin kemenangan dengan memilih lokasi terbaik, orang terbaik, jentera terbaik dan sebagainya sebelum kita boleh berkata “semuanya terpulang kepada kamu Ya Allah!” Seperti kata-kata Saidinna Umar yang masyhur, “Ikatkan unta kamu sebelum diserahkan kepada Allah”. Mereka yang ingin menyerahkan kepada Allah tanpa berusaha sedaya upaya ingin menjadikan Allah abdi mereka dan bukan mereka sebagai abdi kepada Allah!
Kedua, perjuangan Islam bukan sekadar tsiqah dan wala’ semata-mata, walaupun ada yang ingin menggambarkan sedemikian. Mungkin tarbiyyah mereka berakhir ditahap itu. Kepimpinan gerakan Islam mesti mencapai kemenangan sambil bergerak mengikut peraturan sunatuLlah dalam soal sosio-politik kemasyarakatan yang mempengaruhi kelakuan manusia. Mereka mesti memahami suasana yang mereka bergerak di dalamnya dan menguasai dan melaksanakan tindakan2 yang akan mendatangkan proses perubahan yang diingini.Walaupun sememangnya ada pertolongan dari Allah, tetapi ianya bukan dibawah penguasaan mereka! Mereka mesti bergerak mengikut apa yang ada dalam penguasaan mereka sambil mengharapkan bantuan Illahi yang berterusan yang datang dalam apa jua bentuk ynag diinginkan Allah. Dalam erti-kata yang lebih mudah, berusaha sedaya upaya sambil bertawakkal kepada Allah. Sebahagian dari usaha ini ialah mendengar pandangan pengundi dan bertindak dengan mengambil kira pandangan ini. Tidakkah calon ini akan mewakili pengundi? Maka pilihan pengundi, bukan pilihan peribadi atau golongan tertentu yang perlu diutamakan.
Adalah amat diharapkan bahawa pimpinan PAS memahami betapa pentingnya pilihan raya kecil ini dan semoga mereka mempunyai kekuatan dan keberanian untuk membuat keputusan yang tepat dalam memutuskan soal calon berkenaan.

Comments
This is only my personal view...
Although that is not the real issue here, both can be used. Please refer to the link bellow. Many thanks.
[Bye-election]
-Pejabat YB Khalid Samad-