Skip to main content

Video "Saya Pro Pakatan Rakyat"

"Saya telah lama kenal Anwar dan saya tidak pernah menjadi pengikutnya. Walaupun saya hormat dia dan saya bersetuju dengan apa yang dia sedang usahakan. Saya kenal Anwar semenjak saya di UK dulu, dia memimpin ABIM dan saya salah seorang dari pemimpin Suara Al-Islam. Saya balik ke Malaysia saya tak masuk ABIM dan saya masuk PAS. Tidak pernah tinggal PAS dari tahun 1983. Saya menyertai PAS dan Anwar ada masuk BN keluar BN dan sebagainya. Saya bukan Pro Anwar, Saya Pro Pakatan Rakyat..."



Video adalah ihsan dari Darulbayan, terima kasih diucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

YB Khalid Samad,

Saya tidak faham, kerana tidak ikuti hal ini dari mula.

Apa yang telah terjadi sehingga kenyataan begini perlu dibuat kini?

Apa yang saya nampak ialah terdapat tokoh PAS yang utama masih dihormat.

Kemunculan tokoh pemimpin baru yang hebat.

Ada terperasan pemimpin pertengahan yang merasakan mereka semacam terpinggir dalam PAS.
Salam YB,

Saya menghormati Sdr. walaupun dipecat sebagai TPSII, sdr menerimanya dengan tabah.

saya ada memberi komen sebelum ni seperti di sini tapi YB sebuk kot.

"Perkara yang saya nak sentuh tak ada kena mengena dengan posting di atas.

Saya harap YB tolong jawab perkara berkaitan dengan kenaikan sewa rumah PPR daripada RM124 ke RM250 sebulan oleh Kerajaan Selangor sehingga ada kumpulan yang sangat 'waras' (Reformis) mengancam sanggup berbogel di hadapan Bangunan SSAAS

November 16, 2008 8:13 PM"

Sy tak tahu apa yg tersirat didalam hati TS Khalid. Oleh kerana saudara adalah di peringkat pimpinan sudah tentu saudara banyak tahu tentang yg hangat di perhebohkan sekarang seperti isu 'Reformis', isu 'arak' dan isu PAS Selangor nak bergabung dengan BN konon (Betul ke????. Kalau betul perlu ke heboh?????)
Unknown said…
YB teruskan perjuangan...Sekiranya Allah redha... manusia lain akan mengikut bahkan menyokong..Kita melakukan sesuatu adalah kerana Allah tak kira dimana pun kedudukan kita... Lihatlah sejarah Khali Al-Walid yang berperang di zaman Saidina Umar r.a.....
Anonymous said…
salam.

harap2 yb jgn lupa perjuangan pro-islam.

fikirkan sampai bila pas ingin bersama pr, yg mana pkr dan dap tak mahu terima hudud dll. sekarang ini mungkin ada kelonggaran kerana pas masih dikira 'org kecil'. jgn asyik give sahaja, take la sekali.

yb, sampaikan 'slm' saya buat tony phua yg kondem pas isu arak ni, peminum arak boleh mati ke kalau satu tahun tak togok arak? tony phua ckp lebat, tp dtg kawasan baru sekali itu pun sekejap. bagus lagi chew mei fun dulu2. masa raya puasa dan haji dtg, rasmi pondok guard dtg, always care for our taman, biar pun yg uruskan tmn sy ni org masjid dan beliau agama kristian.

-zakri-
faizalzainol said…
yb,

salam,

sebagai pemerhati bebas yang rapat dgn Isu Melayu dan Pakatan Rakyat,
saya menyokong penuh tindakan2 dan hujah2 yg diutarakan oleh yb,

setakat ini masih belum lagi menyimpang dari perjuangan politik atas dasar "strategi politik",

walaupun agak kecewa dgn tindakan menggugurkan yb dan yb saari sungib, tetapi mungkin yb perlu lihat dari dimensi yg positif, saya berharap agar yb akan terus memberikan kerjasama jitu dan pada YB Hasan Ali, dalam meneruskan agenda Islam melalui Pakatan Rakyat.

sejujurnya gandingan kalian bertiga : saari sungib-khalid samad-hasan ali, adalah gandingan 3 tokoh yang amat mantap,

tindakan pengguguran ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif kepada gerakan PAS, saya berharap agar YB akan terus menyusun langkah, strategi dan memainkan peranan utama dalam mengetuai usaha merapatkan semula ukhwah sesama saf pimpinan PAS selangor dan seterusnya mendepani usaha dalam merealisasikan harapan RAKYAT yang masih belum lagi kecapaian.
Greenbottle said…
sdr khalid;

you're one of the PAS leaders that make me and many people like me trust and support PAS.

i pray and wish you all the best and hope someday you'll become one of the PAS top leaders.

malaysia needs people like you!
and i completely share the same sentiment as you with regards to Anwar.

For me, PR is perhaps the right platform for malaysia in the current scenario but ultimately i think there will only be PAS and DAP standing. I don't believe PKR will last the long haul.


the good heads in PAS and DAP should sit down seriously and trash out their differences and fears of each other so that both can work togather with trust and understanding.

it seems to me only PAS and DAP have leaders and supporters that have definite and true idealism albeit seemingly at opposite end of ideologies. but i think we can come to a common ground. miracles do happen sometimes.
hairul05 said…
Saya sokong Y.B 110% - Hairul Rawang.
hairul05 said…
Saya sokong Y.B 110% - Hairul Rawang.
GAP KEMBALI said…
apasal kau menggelabah sgt kalid ?
Anonymous said…
Salam, harap jgn sesiapa klik link "GAP KEMBALI" yang tak ada isu nak mainkan tetapi ada hajat utk dpt link pengunjung ke blognya...

sorry beb, no chance ok?

-Pemantau Siber-
shahirMarang said…
steady YB.. PAS need leader like U..who know the 'political strategy'...Bravo YB
En.Ilyasak said…
Assalamualaikum,

Harap YB terus tabah menghadapi ujian kecil ini, saya yakin dengan keputusan yang diambil oleh YB. Saya berdoa supaya YB terus iltizam denga kerja-kerja membawa Islam kembali ke tempatnya dengan uslub yang selari dengan kehendak AlQuran.

Ahli PAS Shah Alam
lan said…
ujian kecil begini insyaAllah MP ku tabah hadapi :)

sect 8 S.alam
Jadilah seperti Khalid Al Walid. Gugur menjadi panglima, tiada ulasan tak puas hati " aku berjuang kerana Allah bukan kerana Umar"
Anonymous said…
dipusat,negeri,kawasan dan cawangan, perkara macam ni biasa.
tapi satu perkara yang paling saya tak setuju ialah, yang pi layan TV3 tu buat apa...Ingat no !!! lepas ni tak puas hati macam mana pun, jangan sekali-kali layan TV3 @ media yang YB sebut munafik yang lain.
Anonymous said…
Assalamualaikum Tan Sri Khalid Ibrahim,

pertama sekali, saya ingin memohon maaf krn menulis kpd Tan Sri melalui blog ini. Just curious, u masih simpan lg ke your sentimental Range Rover yg ditukar gearnya from auto to manual tu? Teringat saya betapa sayangnya Tan Sri pada kereta itu krn merupakan hadiah dari isteri tersayang, hehehe ...

Tujuan saya menulis ni cuma nak tanya, apa dah jadi dgn Tan Sri skrg ni. Tak tahu mcm mana lg nak sampaikan perasaan saya kepada Tan Sri. Apa dah jadi dgn Tan Sri skrg ni? Seingat saya, sewaktu kita berjumpa di Harvard Bedong selepas Tan Sri bermain golf dgn Datuk ZAP tak brp lama dulu. kini Tan Sri amat jelas berbeza.

Dahulu bila kita bersembang, di bibir u sentiasa terukir ttg memperjuangkan dan mempertahankan bangsa melayu. Dah lupa ke semasa u di PNB & Guthrie? Apakah yg menyebabkan u jadi mcm ni? Saya berasa amat2 sedih la. Semangat u dulu berkobar2 penuh kata2 perangsang dan pengorbanan. Jgn la sbb nila setitik u berubah 180 degree. Klu ye pun krn personal grudges, jgn lah memperjudikan nasib anak cucu kita.

Negara tetap Negara
Agama tetap Agama
tetapi Bangsa nak kemana?

Kalau berlaku sesuatu pada negara kita ini, penduduk :

Cina blh blk China
India blh blk india
Melayu nak blk mana

This is not an open forum, i nak tanya u saja. Tak perlu komen dari yg lain2. Dulu u big shot tanpa parti senang nak jumpa sembang2. Tapi la ni, u masih lg big shot namun dah tak blh jumpa u dah. At one time, i can talk to you face to face, eye to eye but now ... ?

Wassalam,
Teman Seperjuangan

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan