Skip to main content

Karnival Sukan MPP Zon 6


Gambar Hiasan: YB Khalid 'berlumba' lari bersama cucunya.
Badan sihat, otak cergas!


Tarikh : 6 - Disember - 2008
Masa : 830pagi - 1 petang
Tempat (Perasmian) : Dewan Merbau MBSA Sek 17 @ Pejabat MPP Zon 6

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon 6) Shah Alam buat julung kalinya menganjurkan Karnival Sukan MPP Zon 6. Karnival tersebut mempunyai 3 acara sukan iaitu Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring. Karnival ini terbuka kepada warga MPP Zon 6 dan Shah Alam umumnya.

Bagi yang berminat menyertai acara-acara tersebut boleh manghubungi secara terus dgn pihak urusetia yang berkenaan :

Futsal - En. Khairul Afandi ( 012-651 9014)
Bola Tampar - En Fitri ( 016-275 6277)
Bola Jaring - Cik Suhaida - ( 013-260 6268 ) / Cik Fara - (019-736 0436 )

atau hubungi
Pembantu Tadbir MPP Zon 6 - ( 03-5542 7615 )

Penyertaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Pendaftaran hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2-Disember-2008.

Pasukan Bola Jaring masih membuka penyertaan bagi yang berminat. Wanita Shah Alam digalakkan menyertainya. Begitu juga bagi acara-acara lain. Selamat berkanival!

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan