Skip to main content

Suatu Hari di Hari Raya

Bila berhari raya ramailah yang kita temui. Bermaaf-maafan dan bertanya khabar. Sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan ada ramai juga orang yang baru dikenali. Semasa bersama seorang kenalan baru yang saya jumpa pada hari Jumaat 3hb Oktober, saya telah tersentak dengan kata-kata beliau yang disampaikan dengan nada yang tegas kepada saya, “pemimpin PAS menipu!” katanya. Lalu saya membawa dia ke satu tempat yang jauh sikit dari orang lain utk berbincang dengannya supaya dapat lebih memahami latar belakang dan sebab musabab dia mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa. Inilah ceritanya:

Bermula dengan isu ‘3M’ (Majoriti Melayu Muslim) yang diumumkan baru2 ini, dia menyatakan bahawa itulah sebenarnya sikap PAS dari awal-awal lagi. Berdasarkan sikap inilah pertemuan dengan Dollah dan Khir Toyo disusun sebaik sahaja selesai PRU ke 12. “Mana mungkin”, kata beliau, “keputusan baru diketahui semalam (9hb pagi), dan bertemu hari ini (10hb petang)! Ini menunjukkan sudah ada hubungan sebelum dari itu!”

“Kalau tidak dipintas oleh YB dan rakan-rakan lain, kerajaan PR Selangor dan Perak, walhal Kedah, yang ada sekarang memang tidak akan dibentuk. Kerajaan PAS/BN adalah kehendak golongan ini” tambah beliau lagi.

Teringat saya akan kekecohan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada 10hb Mac, beberapa hari selepas PRU12 dlm keadaan di mana surat sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang seolah-olah sengaja dilambat-lambatkan. Tuan Guru Haji Hadi turun khas dari Kedah untuk pertemuan dengan Dollah dan dalam perbincangan yang begitu hangat, sehingga saya sendiri berasa cemas, akhirnya diputuskan Cikgu Pa ganti TG Hj. Hadi dan saya gantikan Dato’ Dr. Hassan Ali. Cadangan ini yang datangnya dari Cikgu Pa diterima oleh semua yang sedang berbahas. TGHH sendiri mempengerusikan perbincangan tersebut.

Mesyuarat Dewan Harian PAS telah bertemu di Kelantan pada 9hb Mac dan memang telahpun dipersetujui bahawa PAS akan hanya minta 3 jawatan exco di Selangor dan PKR akan memegang jawatan MB. Maka, adakah cadangan bertemu Dollah ini satu ‘after-thought’ setelah dimaklumkan melalui orang-orang perantaraan tertentu bahawa UMNO sanggup menerima calon PAS sebagai MB? Saya pun dah mula memikirkan bermacam-macam kemungkinan.

“Inilah sebabnya”, tegas beliau, “isu muzakarah dipertahankan habis-habisan oleh golongan ini. Atas alasan muzakarah yang kononnya diluluskan oleh Majlis Syura, mereka meneruskan pertemuan rahsia sehingga tawar-menawar jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Pusat pun dah berlaku YB! Mana mungkin mendapat kelulusan Majlis Syura sedangkan pertemuan yang YB hadir adalah pada 10hb Mac dan Majlis Syura bertemu pada 24hb April”.

Saya terdiam. Betul juga cakap si Mamat ini. Malahan isu muzakarah itu sendiri hanya diketahui selepas disebut oleh Dollah, bukannya PAS. Saya diam dan terus tersentak. Adakah mungkin kami ditipu pemimpin sendiri? Takkanlah kot. Mereka tahu mereka tak mungkin mendapat keyakinan ramai dan oleh itu terus melakukannya di belakang kami? Membelakangkan keputusan Dewan Harian, AJK PAS Pusat, Lujnah Politik Pusat, Muktamar dan pandangan TG Nik Aziz sendiri?

“Inilah sebabnya mengapa segala usaha untuk memperlekehkan PR dan khususnya Anwar dilakukan”, berkata beliau lagi. “Lihatlah kenyataan-kenyataan yang disiarkan di Harakah baru-baru ini. With friends like PAS who needs enemies!” tegasnya lagi. Saya tersentak kali kedua dengan kenyataan beliau ini. Lalu saya pun berkata
Itu sudah lebihlah kawan. macam mana pun kita kan mahu saling bantu membantu. Janganlah ‘overboard’ pulak. Kawal sikit kata-kata kamu”, tegas saya dengan nada yang (sedikit) marah. Ekspressi muka pada waktu itu begitu confident dan cool, tetapi hati sudah mula tertanya-tanya.

Melihat reaksi saya yg semacam marah, dia pun mula slow down. “Takpe lah YB. Saya tahu YB tak setuju dengan tindakan mereka dan saya maklumkan ini pada YB supaya YB berhati-hati. Perhatikan tindak tanduk mereka dan ingat apa yang saya katakan. Sebenarnya golongan pimpinan Terengganu adalah pencetus idea dan perancang utama dalam soal ini. Mereka tidak senang dengan kedudukan Anwar sebagai pemimpin PR yang tidak mungkin dicabar walaupun oleh mereka. Oleh itu mereka ingin mengikut jalan lain ke Putrajaya. Jalan Melayu Muslim yang mengharuskan kerjasama dengan UMNO/BN
”. Saya terus memasang telinga, mencari-cari kesudahan cerita yg dibawanya.

Hamba Allah itu pun lalu menyambung
Pokoknya bagi sebahagian dari mereka, mereka terus mencurigai Anwar dan oleh itu Dollah ataupun Najib dianggap pemimpin yang lebih sesuai. Lagipun Pak Lah dan Najib berkedudukan lemah dan oleh itu lebih mudah untuk dipengaruhi demi mengukuhkan kedudukan PAS pada masa-masa akan datang! Inilah perencanaan mereka” tambahnya lagi.

Dia pun bersalam dengan saya dan pergi. Siapa orangnya saya pun tak begitu tahu. Namanya sendiri pun saya dah lupa, tetapi dia kata dia penyokong kita (PAS) walaupun mendapat banyak maklumat dari sumber pimpinan BN. Maklumat yang dia sampaikan menurutnya adalah 1st hand.

Perginya dia, kepala saya ligat berfikir. Sekiranya benar apa yang dinyatakan, hancurlah PAS! Pertama, PAS akan dilihat sebagai penipu oleh masyarakat umum yang selama ini menganggap kita bersama PR. Kita khianati rakan2 kita dan dengan itu memberikan gambaran yang teruk terhadap Islam dan perjuangannya. Dan lebih teruk, berdasarkan ayat 94 Surah An-Nahl, “bima Sadadtum ‘an sabilillah. Wa lakum ‘adzabun ‘aZeem” kita menjadi penghalang kepada jalan Allah dan untuk kita satu Azab yang dahsyat. Itu saya tak sanggup! Minta maaf.

Kedua, dari sudut kepintaran politik pun, kemana PAS nak pergi pada PRU ke-13? Kerusi kita bertanding kerusi yang ditandingi UMNO. Kerusi yang UMNO menang pada PRU ke-12, akan terus ditandingi UMNO. UMNO (mungkin) akan membenarkan PAS bertanding di tempat yg telah menang semasa PRU12 sahaja. Kebanyakan yang kita menang dimenangi dengan sokongan bukan Islam/Melayu. Pada PRU ke13 pula, PR akan menjadi lawan kita dan undi bukan Melayu sudah tentu menjadi milik mereka. Tiada sebab yang bukan Melayu akan sokong kita setelah kita khianati mereka. Malahan penyokong Melayu yang sokong kita pun akan lari dari kita oleh kerana perangai yang terkutuk ini! Tinggal hanya yang ‘hard-core’ PAS yang akan menghadapi masalah besar untuk menjelaskan pengkhianatan kita. Kita akan kalah dan selepas itu kita akan wujud hanya atas ihsan UMNO. Dan UMNO akan bangga kerana berjaya memusnahkan satu-satu cabaran terhadap kedudukan mereka sebagai juara ummat Islam.

Adakah ini wawasan pemimpin2 PAS? Saya harap ini semua tidak benar dan si Mamat tadi tu je yg bikin gempak…

WaLlahu ‘Alam

Comments

abdrahim kassim said…
YB,

Saya percaya rakyat akan hukum PAS dalam PRU 13 nanti.

Orang jahil kalau angkuh senang kita ajar. Susah-susah kita lempang aje...

Tapi orang alim kalau angkuh, jenuh kita bawa kitab....

YB selak-selaklah mana-mana kitab yang boleh lawan hujah mereka. Dia orang rujuk kitab arab tapi YB rujuk terjemahannya...

Kena cari pembantu YB....

Apa pun syabas saya ucapkan pada YB. Kalau tidak ada orang macam YB PAS akan sentiasa duduk "bawah tempurung".

Walaupun YB tidak menang berlawan dengan dia orang tetapi YB akan dikenang sebagai pembawa perubahan.

Teruskan berjuang YB, "biar patah dayung, dengan jari ku kayuh jua". Kita pinjam sekejap kata-kata Dato'Asri.
Ros said…
Bergenang airmata saya YB..

Minta tolong sangat2 dgn pimpinan tertinggi PAS, tolonglah paham.. cetusan hati majoriti rakyat marhaen telah ternukil dengan sempurna diposting ini..
Anonymous said…
1) entah disedari atau tidak, kini semakin ramai golongan yang tak peduli tentang pilihan raya. mungkin mereka masih peduli (sedikit sebanyak) tentang politik tetapi langsung tak mau peduli tentang pilihan raya. mereka ini terdiri daripada golongang pelbagai peringkat usia.

punca mereka tak mau lagi peduli adalah kerana bosan dengan politikus. pada satu masa, mereka mungkin semakin sedar politik adalah sebahagian drp sunnah (islam) tetapi kini jelak dengan politikus.

dalam keadaan celaru dan kelabu begini, saya yakin semakin ramai yang tak mau peduli tentang politik. tapi - pedulilah. asalkan melayu bertakhta, kan?


2) selepas angkatan perpaduan ummah menang di kelantan 1990, umno sentiasa menumpukan serangan ke negeri melayu itu untuk merampasnya. sabah yang dibawah PBS tidak diendahkan. pulau pinang yang dikuasai gerakan (hampir tiada ahli melayu) juga kurang dirisaukan.

selepas pru ke-12, selangor dan perak yang bermenteri besarkan melayu/islam sibuk diperangi umno. pulau pinang? ada, tapi keutamaan yang nombor entah ke berapa.

kerana itu saya semakin kagum kepada umno. sebagai pejuang melayu, kumpulan utama yang diperanginya juga adalah melayu. maka jom berbondong2-lah kita menyertai atau berpakat atau berbaik2 atau berkenyit mata dengan umno.

- kalam
Anonymous said…
inilah masalahnya bila tidak yakin dengan kuasa dan pertolongan Allah
InsyaAllah bila pimpinan PAS buat keputusan terutamanya mereka yang hampir dengan Allah (bkn mcm kalid), Allah akan tolong kita. Yakinlah dengan bantuan dan perancangan Allah...bukan perancangan org2 mcm kalid samd
Anonymous said…
Assalamualaikum..

Pada hemat saya artikel begini tidak patut didedahkan secara terburu-buru dan ini menggambarkan anda bersikap gelojoh..

Artikel begini akan meretakkan lagi kepercayaan ahli kepada kepimpinan (PAS), padahal segala tuduhan di atas masih lagi dalam bentuk "tertanya-tanya" dan belum lagi sahih dan di sahihkan oleh anda sendiri selepas anda sendiri melakukan siri penyiasatan yg rapi dalam membongkar tuduhan ini...

Apakah YB sedang menguji tahap berfikir dan wala' ahli dan marhean kpd pimpinan..?

Apakah YB sedang merosakkan emej PARTI..?

Apakah YB sedang membina diri sebagai penyelamat Parti...?

Saya pun dah hampir keliru apakah tugas sebenar yang ditaklifkan kpd YB selaku MP Shah Alah atas tiket PAS bukan tiket PKR atau BN dan Timb Pesuruhjaya (II) PAS Selangor serta YDP PAS Shah Alam...?

"Sekiranya benar apa yang dinyatakan, hancurlah PAS!"

Mendedahkan perkara yg belum sahih adalah perbuatan apa ya YB..? tidakkah ini menimbul tanda tanya dan fitnah serta menggambarkan YB sendiri mempunyai agenda tersendiri..?

"Saya diam dan terus tersentak. Adakah mungkin kami ditipu pemimpin sendiri?"

Org seperti YB pun ada kemusykilan dan was-was serta sangsi kpd kepimpinan.. tidakkah cerita yg tak pasti ini akan membuat ahli PAS lagi bingung dan rakyat marhaen memandang jijik kpd parti..

Saya merayu kepada YB.. selaku rakyat Malaysia yg pernah membuang undi utk kemenangan PAS.. tolonglah bawa tuduhan (MUNGKIN ADA AGENDA JAHAT) kepada pihak atasan pimpinan terlebih dahulu dan muzakarahlah sesama pimpinan tertinggi jemaah.. dan sekiranya berita ini betul2 sahih barulah terpulang kpd YB samada ingin public mahupun tidak...

Ingat..! YB bukan org kebanyyakkan.. sekira berita begini datang dari blogger terdiri daripada org awam tak mengapa kerana marhaen sendiri akan menilai.. tetapi malang dan buruk sekiranya artikel begini dilulus terbit oleh YB MP PAS sendiri...

Sekian, wassalam.

Mumayu..
__________________
Bacalah artikel ini: Manhaj Rabbani : Menangani Informasi Negatif, Sesama Anggota Jamaah ,(Apatah lagi antara ahli dengan kepimpinan) Link: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Sedikit sedutan dr artikel tersebut..

Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11]

Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12]

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13]

Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14]

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15]

Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]

Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :

Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu ...
Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota.

Teruskan menghayati artikel ini..
Anonymous said…
Assalamualikum YB,

Saya dapat merasakan, hasil dari perbualan saya dengan kawan2 atas pagar dan non muslim yang menyokong PAS, bahawa mereka sudah semakin bosan dengan karenah PAS yag dilihat semacam tidak lagi komited untuk menumbangkan BN melalui kerjasama Pakatan Rakyat.

Saya nyatakan kepada mereka ianya tidak benar, bahkan kita (PAS) juga turut bersama merangka gerakerja agar peralihan kerajaan kepada PR dapat dilaksanakan secepat meungkin. Namun, penjelasan saya tidak memuaskan hati mereka dan mereka menimbulkan betapa wujudnya beberapa tindakan, perkataan dan tulisan beberapa orang pemimpin PAS kebelakangan ini yang begitu negatif terhadap PR yang pada anggapan mereka, sudah cukup untuk membuktikan yang PAS sebenarnya sengaja mencari sebab bagi menggagalkan P.R!

Saya bersetuju bahawa kelompok ini hanya menunggu datangnya Pilihanraya Umum ke 13 untuk mengajar PAS cara bagaimana untuk menghormati aspirasi rakyat yang sudah jelak dan tak tahan lagi berada di bawah kezaliman UMNO/BN. Saya sendiri sudah nyatakan kebimbangan ini kepada beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan mereka turut punya pendapat yang sama. Sesuatu harus kita lakukan sebelum terlambat.

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DPP PUSAT

sa
webmaster said…
YB! Jangan terus percaya kata-kata orang. Siasat dahulu. Jangan kerana terpengaruh dengan kata-kata yang belum tentu sahih menyebabkan YB dianggap sebagai anai-anai dalam PAS. Jangan terpengaruh dengan orang yang nak rosakkan PAS pada masa sekarang ni. Selamatkan lah PAS dari fitnah. Kukuhkan perpaduan. Perbaiki ukhuwwah. Kalau dah tak mampu nak jadi pimpinan yang mengikut adab jemaah, lebih baik undur diri. YB! Bangun dari tidurmu! Jangan terawang-awangan! Realiti hari ini untuk kita "Iqamatuddeen Wa Siyasatud Dunya Bih". Jangan membenarkan fitnah blogger antihusam! Kebelakangan ini artikel YB banyak menjurus kepada kebenaran artikel antihusam. Istighfarlah wahai YB!
Anonymous said…
mmg betui mamat tu cakap gitu ke hang je pandai2 buat cerita.

ingat, yg diatas memerhati kamu.

kalau dah rasa mcm TGHA tak betui napa tak masuk pkr, ada peluang jadi TPM oh.

mesti ke kita percaya a stranger mai habaq cerita, kalu kita dah ada pegangan kuat tak perlu takut.

apa takut kalu brtanding atas tiket PAS lagi dlm pru13, hang takut kecundang, oh mcm tu masuk politik nakkan bendalah bukan berjuang kerana yg di ATAS.

kalu mcm tu masuklah DAP cepat naik nama atau PKR

sedaqlah khalid.
Anonymous said…
sdr webmaster,

tlglah jgn berterusan nak memperbodohkan kami semua dengan menggunakan hujah basi kononnya YB kita ni anai-anailah, dah tak wala pada paslah dan bermacam2 lagi perkataan dungu yang lain semata-mata kerana kamu tidak dapt menjawab secara berfakta apa yang dinayatkan oleh YB Khalid.

Tlg bawak mai sini apa yang anta faham dgn ada berjemaah??? YB Khalid dan kami semua tak perlukan kan pun cerita yang dibawa oleh si mamat tu untuk kami yakin memang ada anasir tertentu dlm PAS yang cuba gagalkan P.R bahkan condong nak ke UMNO. Kalu takde posting ni pun, kita semua dah tahu satu pembohongan besar yang dilakukan oleh kepimpinan PAS kononnya pertemuan dengan UMNO adalah atas arahan syura.

Elok anta pegi rujuk dengan pimpinan PAS yang lain tanyakan kat diorng apa bukti Syura ada buat keputusan boleh jmpa dgn UMNO. Kalu ada bukti barulah anta layak untuk menghentam YB Khalid.

Sekali lagi, tolonglah jangan gunakan label kononnya YB Khalid ni tak faham adab jemaahlah, anai-anailah, tak wala n bermacam2 lagi label negatif yang lain. Kalau hang anta tak setuju anta berhujahlah. Ni takleh hujah, terus hentam orang.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam berdiri teguh di belakang YB Khalid Samad. Allahuakbar!!!
Anonymous said…
khalid! kamu dah berubah. kamu sekarang macam berusaha nak jatuh kan haji hadi dan mengagung2 dewa anwar.. macam anwar maksum. sedarlah khali. aku tahu kamu gila pangkat bila dah terajang tok guru mudah la org macam kamu naik.. ni mesti tengah target nak jadi TPM sebagai wakil PAS.. sebenarnya khalid ini orang kuat anwar. bila dihitung2 semua lah org anwar dalam kerajaan baru nanti.. cukuplah khalid kamu dah melencong jauh.!
Anonymous said…
salam muhibbah...

saya tdk nampak apa silapnya pemimpin pas dalam meraikan perbezaan pendapat kerana tingginya ilmu mereka hasil dari tarbiyah parti.

Yg menjadi halnya adalah sikap ahli-ahli yg masih melihat itu satu kecohan, walhal itu sekdrg pandangan yg sihat.

penyokong pas ramai, tetapi yg mengundi pas lagi ramai dari ahlinya. so, kepada ahli bawahan...bawak bawak la sifat islam itu sendiri dan jgn bersifat angkuh. Anda harus sedar, ruang dakwah luas, dan jgn mendabik dada kerana anda islam dan melihat yg bukan islam itu sampah. Ingat...kite ada peranan dakwah,rasulullah membina kerajaan islam madinah walhal muhajirin bukan majoriti.

Satu lagi, kite sendiri kata umno itu assabiyah, tapi kite lupa satu lagi assabiyah adalah semangat kenegerian yg kuat sehinggan berfikir/bertindak dalam kerangka negeri semata-mata. Melebihkan satu negeri kerana byk tok guru, sedgkan negeri lain direndahkan kerana kurang tok guru. Ingat, ini sgt bhya sekali. Islam bukan untuk dipuja semata-mata, tetapi harus digerakkan seluas mungkin. BUkan kerangka negeri. Pahami mesej ini dgn jelas. Kite tak ingin PAS jadi parti tganu or kelantan semata-mata. Istilah PAS untuk semua harus diterjemahkan dalam bentuk sifat kite. Ini bila kite salam cina, dah dikatakan kite kena samak ler, basuh ler...satu sifat yg pada saya stupid.

saya rakyat biasa. Saya bukan ahli pas kerana meluat dgn mentaliti sesetengah ahlinya. tapi saya cintai ulama yg berani yg kebanyakannya ada dalam PAS. Dan menyebabkan PAS tewas pada 2004 adalah sifat ahli sendiri yg kasar dan tidak ramah. Alhamdulillah, 2008 mereka merubah. tetapi, jgn kerana dah menang, rasa nak tunjuk terer balik. Ingat. Rakyat malaysia bukan suka diperbodohkan. laksanakan amanah dan teruskan perjuangan.

Buat YB, jgn gusar. Org shah Alam paham maksud YB. Kite di belakang YB...
Anonymous said…
salam muhibbah...

saya tdk nampak apa silapnya pemimpin pas dalam meraikan perbezaan pendapat kerana tingginya ilmu mereka hasil dari tarbiyah parti.

Yg menjadi halnya adalah sikap ahli-ahli yg masih melihat itu satu kecohan, walhal itu sekdrg pandangan yg sihat.

penyokong pas ramai, tetapi yg mengundi pas lagi ramai dari ahlinya. so, kepada ahli bawahan...bawak bawak la sifat islam itu sendiri dan jgn bersifat angkuh. Anda harus sedar, ruang dakwah luas, dan jgn mendabik dada kerana anda islam dan melihat yg bukan islam itu sampah. Ingat...kite ada peranan dakwah,rasulullah membina kerajaan islam madinah walhal muhajirin bukan majoriti.

Satu lagi, kite sendiri kata umno itu assabiyah, tapi kite lupa satu lagi assabiyah adalah semangat kenegerian yg kuat sehinggan berfikir/bertindak dalam kerangka negeri semata-mata. Melebihkan satu negeri kerana byk tok guru, sedgkan negeri lain direndahkan kerana kurang tok guru. Ingat, ini sgt bhya sekali. Islam bukan untuk dipuja semata-mata, tetapi harus digerakkan seluas mungkin. BUkan kerangka negeri. Pahami mesej ini dgn jelas. Kite tak ingin PAS jadi parti tganu or kelantan semata-mata. Istilah PAS untuk semua harus diterjemahkan dalam bentuk sifat kite. Ini bila kite salam cina, dah dikatakan kite kena samak ler, basuh ler...satu sifat yg pada saya stupid.

saya rakyat biasa. Saya bukan ahli pas kerana meluat dgn mentaliti sesetengah ahlinya. tapi saya cintai ulama yg berani yg kebanyakannya ada dalam PAS. Dan menyebabkan PAS tewas pada 2004 adalah sifat ahli sendiri yg kasar dan tidak ramah. Alhamdulillah, 2008 mereka merubah. tetapi, jgn kerana dah menang, rasa nak tunjuk terer balik. Ingat. Rakyat malaysia bukan suka diperbodohkan. laksanakan amanah dan teruskan perjuangan.

Buat YB, jgn gusar. Org shah Alam paham maksud YB. Kite di belakang YB...

aku rasa Yb khalid yg tulis sendiri dan syok sendiri. org shah alam konon.. pandai belakon sekarang yer. dah tuduh .. syok ke gune nama org.
Anonymous said…
Ramai-ramainya pengampu-pengampu kau khalid.

ni semua puak2 munafik. PAS tak perlukan orang2 PAS shah alam. semua bengong. nak kan pangkat cepat. Keluarlah dari PAS kalau gitu.

punya angkuh wa bodoh sombong kau khalid, kau pegi hantar posting kau ke tranungkite. apa tujuan.

wahai pimpinan PAS pecatlah khalid yang musang berbulu ayam.

Dulu kau IRC, tapi tak mengaku.

porahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Anak Perelih said…
Maksud berjemaah itu macam dalam solat berjemaah... kalau imam silap baca ayat.. kita tak boleh kata "woit Imam.. ayat silap la"... batal sembahyang nanti... ada adab adab menegur imam...

Macam tu jugak kalau kepada presiden parti... ada cara cara dia... bawa ke majlis syura, Jawatankuasa PAS pusat... jumpak terus dengan pemimoin tersebut... bukan 'washing dirty linen in the public".. ni kira bagi peluru kepada musuh musuh dan orang yg tak suka kepada PAS/Islam... Isu ni diperdebatkan oleh ramai blogger... artikel YB Khalid dan Tulang Besi, antihusam dicopy paste... ramai yang memberi komen yang seakan akan mencaci dan menghina PAS dan TGHH.. presiden PAS.... jadi YB kena la jaga tertib dan adab sebagai pemimpin yang ditarbiah oleh PAS.. macam kami ahli bawahan ni... mana ada kontek nak bawa isu isu macam ni kecuali melalui pemimpin macam YB la... kalau YB.. bawa terus la keatas...
Anonymous said…
Salam YB.

hahah.. kali ni conpirm...
aku bleh cop YB Khalid ni, macam komen aku sebelumnya, suka baling batu sembunyi tangan...

Mungkin YB berharap Presiden PAS, DS Haji Hadi datang mengadap YB mcm Cikgu Pa mengadap Dato' N.Aziz...

Cerita ni bagi aku rekaan semata-mata dari YB ni... dia cuma nak melunakkan ayat-ayat dalam menyerang kepimpinan PAS dan bersikap lepas tangan kepada natijahnya...

YB, nape tak bawak perkara ni dalam mesyuarat PAS Pusat??? YB sbg TPJ dijemput untuk hadir kan???

Nape nak hangatkan suasana yang dah semakin tenang???? kat kampung aku, aku tengok orang PAS tak cerita langsung hal ni kat surau... peringkat kawasan tak tahulah... sbb tak terlibat (nak terlibat camne, aku bukan Ahli hehehhe)

Dulu masa aku skolah... aku kagum betul bila... sebelum PRU 11 sebelum Terengganu tersungkur kat B.N... bila MB masa tu (Presiden PAS) buat ucapan... Kami rela kalah kerana kami melaksanakan Islam... lebih kurang macam tu la ayat dia... betul2 tertarik hati aku nak sokong PAS...

tapi sampai ari ni tak isi borang lagi...hahahah...

YB, aku cadangkan ko, jumpa ngan kepimpinan tertinggi PAS Pusat... wat diskusi... sebab sejarah ko dalam gerakan Islam masa belajar dulu-dulu (yg aku dengar la) adalah tukang debat... selalu PAS hantar ko jadi jurucakap untuk lawan hujah-hujah yang menterang Islamn kat IPT2... tu yang buat aku sedih... nape pengalaman yang ko dapat dulu tu... ko guna wat lawan pemimpin sendiri...

Lepas diskusi tu, ko pikir la... samada betul atau tak betulnya apa yang ko pegang skang...

kalau ko rase pemimpin PAS skang dah tak betol... ko lawan la masa Muktamar Pemilihan tahun 2009 nih... aku rasa ko elok lawan Ust. Nasha... timbalan... nak lawan Presiden tak boleh... Husham dah chop dulu... hehehe... (ni yang aku dengarla...)

Kalau kalah... Jadi la cam Nakhaie... keluar je PAS bila kalah tanding timbalan presiden... tapi jangan join UMNO.. ko anti gile ngan UMNO tu... ko join PKR... takpun tubuh Parti Baru... Bleh jadi presiden truss... pasal husam takkan tinggalkan PAS amacam???

hehehe... jangan marah YB.. ni pendapat saya... biasalakan berbeza pendapat, analisis dan hipotesis... hehehe


yang benar

Penyokong PR
(tapi masih belum menyertai mana-mana parti, simpati dan condong pada PAS, tapi masih dijemput ke majlis UMNO di kampung, mengundi pangkah PAS kat DUN, dan pangkah Keadilan kat Parlimen)
Anonymous said…
YB, Harap hati-hati jangan terlalu taksub pada Anwar. Sudah ada pengikut Anwar menaikkan berhala Anwar di Batu Caves..
http://tokgajah.wordpress.com/
Anonymous said…
soalan yg perlu ditanya pada pembaca:
1) Adakah apa yg Pak Khalid nyatakan benar atau tidak
2) Adakah semua pemimpin PAS Maksum - i.e.: tak buat salah dan takleh ditegur

Jgn kita konfius dgn isu sebenar yg hendak dibawa kurang2kan la sket mkn lemang tuh, sbb mmg byk kali dah berlaku mcm tuh. cth Isu ISA Terasa Kok yg zalim dan tak bermoral - kita sibuk cerita pasal makanan yg diberikn dlm tahanan. Yg si teresa ckp tu mmg la salah, tapi adakah lebih besar dari isu ISA? Aduhai tak paham isu yg payah nih. Sama la dgn perkara ini.

Sebenarnya lebih mudah Pak Khalid bercerita perkara2 yg tidak kontroversi spt harga minyak turun seposen, Pak Lah tak bertanding jawatan presiden, dsb - yg rata2 semua org akan bersetuju dgn pendapat beliau (mcm yg ramai pimpinan PAS buat).

Tapi PAS ada masalah tersendiri dan tidak bercakap atau berbincang berkenaan masalah tersebut tidak akan membuatkannya hilang dgn sendiri. Org byk komplen supaya perbincangan dalaman PAS buat tertutup, tak payah kasi tau semua org. Aku nk kasi tau satu je, percayalah, kalau ada cara lain utk saudara Khalid kita ni menyampaikan pendapatnya kpd pimpinan tertinggi (jumpa 1 by 1, duduk muzakarah elok2)-dia telahpun buat cuma korang tak tau je.

He got nothing to loose sbb dia takde apa2 jawatan tinggi dlm PAS. Kalau ada dlm PAS pusat tu yg payah sket, walaupun rata2 setuju dgn beliau. Inilah yg dinamakan politik beb, semua org pikir pasal diri sendiri dulu dan syukur Alhamdullillah Pak Khalid Samad tak mcm tuh...
luaskanmata said…
Amww semua:

Saya fikir isu ini tidak perlu dibesarkan. Tumpuan utama kini ialah menjaga kebajikan rakyat. Perbahasan belanjawan akan bermula. Saya amat berharap MP PR dapat berbahas dan gunakan peluang tersebut untuk manfaat rakyat.

Justeru saya pelawa YB untuk menceduk sebarang maklumat atau pandangan dari blog saya sebagai pandangan rakyat bawahan.

Sewaktu hari raya baru2, ni, saya balik ke Terengganu. Saya tidak nampak pandangan si mamat tu suatu rialiti. Saya berpendapat pandangannya hanyalah bersifat persepsi disebabkan lontaran melawan arus 916 dibuat oleh pesuruhjaya PAS Terengganu. Pimpinan PAS pun bukankah telah saling menyelaraskan pandangan yang pelbagai dan bersatu dalam mendokong PR?

Be careful lah dengan helah dan teknik politik. Kalau saya penyokong BN pun saya akan buat perkara serupa dengan apa yang dibuat oleh si mamat tu.

Kita kena maintain lah dengan pendirian kita. PAS berjuang bukannya dalam 10 tahun kebelakangan ni saja. Itu kita semua tahu.

Salam jihad.
Anonymous said…
Apabila dibaca dengan teliti komen-komen daripada pelbagai pihak, yakinlah saya bahawa kematangan sesetengah pembaca lebih rendah daripada budak-budak sekolah tadika. Jikalau berhujah tu lawanlah balik dengan hujah, kenapa nak guna perkataan kesat dan fitnah. Apa dia orang ingat dengan guna perkataan demikian akan meyakinkan orang lain bahawa dia betul?

Dan untuk makluman YB Khalid tidak pernah menyertai IRC semasa belajar dulu. Saya sedia jadi saksi. Dia bekas ahli Suara Al-Islam. Cakap berdegar-degar tapi penuh dengan fitnah. Semak dulu fakta takut-takut berdosa aje .....
Anonymous said…
Tak kesah la YB Khalid masuk apa pun dulu, JIM ke, ABIM ke, IRC ke, Suara Al Islam ke. Sekarang dia dlm perjuangan PAS dan yg penting beliau telah mengorbankan lebih dari sebahagian hidupnya utk Islam.

Yg aku nk tau, org2 yg duk komplen nih dan label2kan org ni... Apa yg kamu telah buat utk Islam? Ntah2 abuk pun tarak! Buat dulu, pastu baru bleh sembang! Buat buang karan je...
Anonymous said…
Along menulis....

1. Aku hairan. Macam mana dalam satu waktu kita ajak orang menyertai PAS dalam masa yang lain kita suruh org yg dah jadi Ahli Keluar.

2. Macam benang yang dah kusut... Aku Rasa para pimpinan mesti duduk semeja untuk cari balik punca benang. Kalau punca tak di cari kita terus gumpalkan lagi akhirnya makin kusut.

3. Aku rasa ada maklumat yg disembunyikan. Satu pihak kata ada pimpinan PAS nak joint UMNO... Satu pihak lagi kata Anwar Agen Amerika...

3. So tolong cari puncanya macam mana boleh timbul cerita PAS nak masuk UMNO. Bongkar habis-habisan untuk pastikan maklumat ini sahih atau tak sahih.

4. Aku rasa org yg wujudkan suasana gawat dalam PAS ni mesti dapat laba yg lumayan.

5. Jadi aku cadangkan semua tokoh korporat dalam PAS disiasat. Perkara yg perlu disiasat ialah:

a. Ada tak syarikat mereka dapat kontrak besar lepas pilihanraya baru ni. Bukan salah terima kontrak besar. Cuma aku bimbang kontrak itu adalah hadiah untuk kerja terkutuk ini.

b. Lihat aliran pemikiran mereka. Dalam bahasa mudah pemikiran Erbakan ke.. pemikiran erdagon. Biasanya kalau mereka suka PAS keluar dari PR dan berkawan dengan UMNO maka, mungkin kontak itu ada kaitan

sapa2 yang ada maklumat sila bongkarkan..

6. Firasat saya merasakan inilah orang ke3 yang kebanyakan kita tak perasan. Kita asyik menunding jari sesama kita, sebenarnya orang ketiga inilah anai-anai dalam PAS. Mereka akan makan besar dengan kontrak mega kalau perancangan ini berjaya.
Anonymous said…
salam hari raya

inilah masalah utama ahli pas. Bertindak seperti pembangkang. Konon amal ma'ruf nahi mungkar, yg diberi penekanan adalah nahi mungkar, tetapi yg dilupaikan adalah amal ma'ruf.

Kenapa diketepi dua ayat yg pertama. Kenapa harus tau mengkritik tetapi tidak sabar dalam membuat amal. Kenapa ulama tak kata nahi mungkar amal ma'ruf.

Fikirkan. Bila saya tgk komen blog ini, saya dah tau apa mentaliti org yg bercakap, dari pelusuk mana dsb. Org yg komen tak reti apa itu keluasan ilmu. Ikut kepala masing masing.

Itu fasal, kalau trend ini berterusan, jgn harap ramai ahli professional sertai PAS. Kalau YB yg professional dan pakar teknologi ni dah dilayan macam org bodoh, rasanya tak guna duduk PAS. Tetapi, rasanya dia masih lagi ingin sabar dalam perjuangan.

Buat ahli-ahli pas, keadaan di johor, perak n selangor berbeza. Fahamila hakikat ini. Mereka perlukan sokongan tetapi kalau mentaliti "pakar-pakar" dari pantai timur dok ikut acuan depa, susah ler. Fahamila budaya, sensitiviti negeri masing-masing. Lagipun kite ni anak malaysia.

Contoh..kalau org kelate selalu sebut natee kau....itu perkara biasa...kat negeri lain, itu kurang ajar. So, kalau nak kritik sesapa pun, jgn ikut bahasa negori korang, ranap dan akan ada bisa di hati yg terpendam didengari lain.

YB, saya pun tak faham kenapa YB terima posting org gini sedgkan YB sendiri tak suka org gini. Semoga, kesabaran YB dapat memadamkan api kemarahan dan "kegelapan" minda mereka...

shah alam bulan tetap terang
Anonymous said…
assalamualaikum yb...
adakah andaian mamat tu perlu di tulis dlm blog? bila dibaca semuanya andaian si mamat itu. dan isu muzakarah yg dikecohkan itu yg mana paklah kata decision maker pas berjumpa dgn umno, ternyata yb sendiri yg hadir. jd apa puncanya menyebarkan artikel yg merupakan andaian ini?

islam tidak menghalalkan cara, yb. kaji balik situasi apa yg dilarang utk kita mengambil bukan islam sebagai penolong. adakah pihak yg mengecam impian kerajaan berkonsep al-quran dan hadis; yg menempelakkan hudud; yg pakai skirt kat majlis masjid (takkan politician spt dia ni ignorant tentang benda mudah ini); yg above all issue, dia dgn bangganya menerangkan kandang babi moden akan dibina (adakah perlu dicanang2kan hal itu oleh dia); yg above all issue, perpaduan menurutnya adalah org islam makan semeja dgn org yg sedang makan daging babi (komen dia dlm al-islam)...

belajarlah agama sedalam2nya. jgn asyik pasal politik baru kita nak selak kitab dan al-quran. malulah dengan ALLAH, yb khalid...

sepatutnya org mcm yb ni amik inisiatif utk terangkan tentang hudud, nasihat tutup aurat yg sempurna (kalau tulis artikel mcm ni berani, takkan tulis artikel berbentuk nasihat tak berani), cerita tentang al-quran dan sains, byk dah bukti yg menolak teori darwin ni tp ramai yg tak tahu dll. bukan kerja ulama je yg perlu menasihat dan mendidik org.

nasihat sy, yb suka buka kisah nabi dan al-quran utk politik.. yb pernah baca dan kaji sebab (bukan kaji dari luar ye) yg nabi menolak jadi pemimpin mekah yg ditawarkan oleh kafir quraisy dgn syarat menghentikan kerja2 nabi tetapi menerima tawaran menjadi pemimpin madinah oleh org ansar, di mana syariat islam dilaksanakan.

yb, ingatlah kekuasaan ALLAH. ingatlah peperangan demi peperangan yg umat islam menang walaupun bilangan sikit. kuasa ALLAH. tidak mustahil pas boleh menang undi yg akan dtg biarpun semakin ramai yg jauh hati dr pas. dgn izin ALLAH pas boleh menang, mungkin akibat backlash pengundi hantu, ramai tak keluar mengundi, semua calon lawan disqualified. dan dengan izin ALLAH juga kita boleh menang dgn menolak hukum ALLAH, terlalu liberal (liberal pun ada hadnya) dll.

KEMENANGAN YG MANA YG YB INGINKAN, KEMENANGAN YG DIREDHAI ALLAH, ATAU KEMENANGAN YG TIDAK DIREDHAI OLEH ALLAH?

WALLAHUALAM

assalamualaikum

-zakri-

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-