Skip to main content

Parlimen: Pemandu dan Penumpang

Sessi soal jawab hari kedua 14 Oktober diteruskan seperti biasa. Tiada yang menarik kecuali Kalabakan (BN) yang mempersoalkan duit berbillion-billion yang dijanjikan untuk pembangunan koridor di Sabah dan Sarawak, bila nak diterima. Menteri tidak mahu menjawab kerana soalan asal berhubung Koridor Pantai Timur.

Fuad Zakarshi (YB Batu Pahat – BN) memulakan pembahasan Bajet bagi pihak Back Benchers Club (BBC). Dia menyatakan Bajet mesra rakyat., hebat, bertanggung jawab dan sebagainya. Tidak menunjukkan apa-apa kekesalan terhadap prstasi pemerintahan selama ini dan hanya menjanjikan ‘more of the same’ (pendekatan sama sahaja seperti yang dahulu) walaupun hakikat tsunami politik telah berlaku dan prestasi buruk ekonomi Negara selama ini diketahui umum. Sah masih dalam keadaan ‘sindrom denial’. Begitulah UMNO/BN dan itulah sebabnya merka akan tumbang.

Dia terus menpertahankan penarikkan balik subsidi minyak oleh kerajaan. Dia menimbulkan isu Kronisme pada zaman DSAI semasa DSAI TPM. Bezanya pada saya, dia menggunakan perkara ini sebagai alasan untuk ianya terus diamalkan sedangkan Pakatan Rakyat berjanji akan menamatkannya. Untuk tujuan sensasi isu Hindraf yang datang ke PWTC ditonjolkan. Tak hormat hari raya dan sebagainya kononnya. Kalau lagu ni tak payah buat open house lah Pak Lah ooi. Atau hanya jemput penyokong dan pembodek. Perjalanan ke Taiwan juga dia ingin pertahankan, kononnya begitu bermanfaat. Dia ingat rakyat bodoh……..?

Seterusnya YB Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) mulakan ucapan beliau. Dia buka dengan membidas isu lawatan ke Taiwan. Pengajaran yang utama, mengikut beliau, ialah bagaimana Taiwan telah pecut mengatasi Malaysia dalam tempoh 50 tahun, meninggalkan kita jauh kebelakang. Sedangkan pada awal2nya Taiwan dibelakang Malaysia sehingga kalau ada wanita Taiwan pada masa itu kahwin Cina Malaysia, dianggap satu pencapaian hebat oleh keluarga dan jiran2nya pada masa itu. Itu dulu. Sekarang pendapatan per capita Taiwan 5 kali ganda Malaysia. Kerana apa? Kerana pemimpin mereka bersih, telus, beramanah bukan macam pemimpin BN yang sibuk kayakan diri.

Semasa LKS menyatakan ini, YB Bintulu dan YB Kinabatangan, kedua-duanya MP BN bangun. Mereka mencelah dan mengatakan ianya disebabkan Malaysia mempunyai pembangkang macam LKS dan bukan kerana kerajaan! Aneh betul puak2 BN ini. Tak pernah saya dengar konsep prestasi Negara bergantung kepada pembangkang dan bukan kerajaan! Ini macam pemandu kereta yang menyalahkan penumpangnya kerana salah jalan! Kamu sebagai pemandu tapi kamu ingat penumpang yang memandu - patutlah kelam kelibut ekonomi Negara sepertimana kelam kelibutnya aspek2 sosial, politik dan sebagainya.

LKS sentuh juga isu salah guna kuasa dengan membawa isu Eurocopters. Hara biru MP BN! Persidangan ditangguhkan utk hari ini.

Pada pagi 15 Oktober, awal2 lagi saya telah mendapat panggilan. Banjir kilat dibeberapa tempat di Shah Alam. Air pasang besar sambil hujan lebat pada malam sebelumnya. Saya turun ke kawasan2 ini dan tidak ke Parlimen. Air dah mula surut tetapi beberapa rumah dimasukki air sampai paras betis. Habis rosak perkakas rumah yang tidak sempat diselamatkan.

Ketua2 kampung dan ahli2 majlis PBT yang baru dilantik diuji. Alhamdulillah bila saya sampai mereka sedang sibuk membantu mangsa2 banjir. Nama2 disenaraikan. Mkanan disediakan. Pejabat2 Kebajikan, daerah dan sebagainya telah dimaklumkan. Surat cuti banjir disediakan. Orang kampung yang ada turut dikerahkan untuk membantu. Alhamdulillah semua bergerak dengan baiknya.

Jam 1 tgh saya balik ke rumah, salin pakaian dan segera ke Parlimen. Sampainya saya, wakil BN masih berucap. Ucapan tidak serius, lemah dan kurang berisi. Seterusnya pada jam 3.20 petang, TGHH bangun untuk berucap dan diberi laluan oleh Speaker.

Bila TGHH hendak memulakan ucapan beliau, kelihatan MP2 yang berada diluar semasa wakil BN berucap bergegas masuk ke dewan. Kawan dan lawan saling ingin mendengar apa yang mahu disampaikan oleh TGHH. (Bersambung...)

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum YB.

Rasa giliran YB untuk membahas Bajet 2009 belum sampai lagi mungkin minggu depan kot. Harapanya dapatlah YB memberi usul yang bernas untuk membahas Bajet 2009 yang sepatutnya di disemak semula dan memaksa Kerajaan menurunkan harga minyak petrol/disel diturunkan kepada harga asal atau lebih lagi bagi memastikan harga barangan pun turut turun sama, memandangkan harga semasa minyak dah pun turun keparas USD 75 setong.

Berbanding YB2 um-NO yang masih mempertahankan pendirian Kerajaan walaupun kantung rakyat pakin parah tapi peliknya kantung pemimpin um-NO makin kembong.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-