Skip to main content

Istilah Bumiputera Di Salah Guna

Petikan ucapan YB Khalid Samad semasa sessi Parlimen pada 30 Oktober 2008. Ihsan dari MPPAS.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, terima kasih. Saya ingat tak ada orang di sini yang nak bakar kelambu. Hanya masalahnya nyamuk yang menyamar sebagai kelambu. Itu yang masalah dia.

Saya rasa seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi, tiada siapa yang mempertikaikan atau ingin membawa perubahan kepada Perlembagaan. Ini merupakan satu perkara yang jelas walhal Yang Berhormat Ipoh Timur pun tidak menyebut persoalan itu. [Dewan riuh]

Akan tetapi persoalan yang telah dikemukakan ialah bagaimana istilah bumiputera ini telah digunakan untuk melaga-lagakan di kalangan rakyat.

Ini seperti mana yang telah disebut tadi persoalan HINDRAF, ini pun di antara isu yang ditimbulkan sedangkan apa yang telah dikemukakan oleh HINDRAF dan masyarakat India merupakan masalah yang genuine, dengan izin, yang dihadapi oleh masyarakat India.

Tak ada sebab kenapa pihak kerajaan walaupun ingin mempertahankan hak orang Melayu kah, orang bumiputera dan sebagainya, tidak ada, sebab mengapa mereka perlu bertindak dan menggunakan isu HINDRAF ini untuk menimbulkan perasaan perkauman di kalangan orang Melayu dan orang India.

Sebagai contoh isu majlis Hari Raya yang dianjurkan di PWTC, bagaimana ianya telah digunakan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu beragama Islam terhadap orang-orang India yang mana telah datang kepada open house yang tak ada apaapa masalah dan tidak apa-apa pencabulan atau pun penghinaan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap majlis itu tetapi telah diapi-apikan.

Sikap dan tindakan untuk mengapi-apikan inilah yang merupakan sikap dan tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sering kali digunakan oleh UMNO Barisan Nasional. Masalah ini tidak akan selesai kerana selagi mana the real issues dengan izin, tidak diatasi.

Maka persoalan ini dan keadaan ini akan berterusan, lalu tidak boleh kita hendak larikan diri kita daripada hendak menangani masalah-masalah yang genuine yang dihadapi oleh masyarakat India kah, masyarakat bumiputera kah, masyarakat Sabah Sarawak kah dengan kita menggunakan hujah perkauman sebagai satu benteng yang seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa orang Melayu begitu sensitif. Sentuh sedikit tidak boleh.

Sedangkan they have dengan izin, genuine problems which have to be addressed. Satu kerajaan yang bertanggungjawab akan mencari penyelesaian dan bukan menimbulkan masalah yang baru dan mengapi-apikan semangat perkauman. Inilah apa yang dilakukan oleh kerajaan, malangnya. Terima kasih.

Selanjutnya dari MPPAS

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan