Saya telah menerima satu soalan daripada Anak Bulan sedikit masa dahulu yang berbunyi begini:
Soalan macam ini yang saya suka. Terus terang dan tidak berdolak dalih. Jawapan saya begini;
Kita bergerak melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam sistem ini, sokongan rakyat adalah yang terpenting. Kita kena faham bahawa penglibatan kita dengan PR adalah satu cara untuk kita lebih dikenali rakyat dan dengan itu mendapat sokongan mereka. Kita bersama PR bukan kerana ta’sub Anwar atau sebagainya. Ianya adalah untuk berpeluang mendampingi rakyat dan mereka mendampingi kita. Kita berinteraksi dengan rakyat secara direct, bukan melalui DAP atau PKR. Melalui interaksi ini, atau apa yang sering disebut sebagai ‘engagement’, kita sampaikan mesej kita berhubung Islam dan keadilannya. Dakwah kita mesti bil-Lisan dan bil-Hal. Jangan cakap lain tetapi buat lain. Ini yang kadangkala susah bagi sesetengah orang.
Setelah rakyat mengenali kita dan sokongan mereka adalah atas kefahaman dan penerimaan terhadap mesej kita, maka ini merupakan ‘sokongan sendiri’ bukan semata sokongan atas dasar kita bersama PR - iaitu oleh kerana mereka sokong PKR atau DAP, maka mereka sokong kita. Ini namanya ‘sokongan tumpangan’. Cabaran kita ialah untuk mengubah ‘sokongan tumpangan’ yang telah diperolehi pada Mac 2008 kepada ‘sokongan sendiri’. Sokongan sendiri ada dua jenis. Yang pertama ‘sokongan sendiri-hakiki’. Ini adalah dari orang Islam yang committed dengan perjuangan Islam. Sokongan ini, walau macam mana sekalipun, insyaAllah mereka akan bersama perjuangan Islam. Walaupun parti Islam lemah atau melakukan kesilapan, bagi mereka tiada perjuangan melainkan perjuangan Islam.
Sokongan sendiri yang kedua adalah ‘sokongan sendiri bersyarat’. Ini adalah sokongan dari orang Islam dan bukan Islam yang menyokong selagimana mereka menganggap pemerintahan Islam lebih adil dari yang lain. Bukan semestinya yang teradil. Hanya lebih adil dari kaca mata mereka. Sokongan ini tidak semestinya bersama kita dalam setiap keadaan dan kita kena berusaha lebih gigih untuk mengekalkannya.
Sekiranya DSAI khianat, atau PKR atau DAP khianat, maka rakyat akan menilai sejauh mana keikhlasan mereka. Mereka akan terpaksa menjelaskan kepada rakyat dan mungkin mereka akan hilang kredibiliti di mata rakyat. Sama seperti sekiranya kita (PAS) yang khianat. Kalau mereka khianat, mereka kehilangan kredibiliti, lebih2 lagi sekiranya rakyat sudah mengenali kita dan menyokong prinsip2 yang kita perjuangkan. Pada masa itu PAS akan dilihat sebagai satu-satunya parti pembangkang yang boleh diharap. Ini merupakan satu kejayaan bagi kita walaupun pada waktu itu kita mungkin dikenakan tindakan ISA, wanaudzubillahi min dzalik, sekiranya DSAI berpakat dengan Najib, wanaudzubillahi min dzalik buat kali kedua. Namun, kita kena terus istiqamah dan bina serta tambah kekuatan sokongan kita dikalangan rakyat jelata.
Akhirnya bila ‘sokongan sendiri’ mencukupi, PAS mampu menjadi teras kepada kerajaan yang disokong rakyat. Pada masa itu kemenangan kita adalah atas dasar sokongan terhadap mesej kita dan bukan ‘sokongan tumpangan’.
Lagipun apa lagi pilihan kita? Khianat sebelum dikhianati? Kalau kita yg khianat, ‘sokongan tumpangan’ yang kita perolehi akan lenyap begitu sahaja. Seterusnya kita tidak akan mendapat ‘sokongan tumpangan’, apa tah lagi ‘sokongan sendiri-bersyarat’ dari golongan Islam atas pagar dan bukan Islam semasa PRU. Kita akan hanya kekal dengan ‘sokongan sendiri-hakiki’ dan keputusan Pilihan Raya pada masa itu akan mirip 2004.
DSAI dan DAP memahami implikasi pengkhianatan ini dan oleh itu saya yakin insyaAllah mereka tidak akan khianat. Oleh itu juga, persoalan ini tidak dibincang secara terbuka ataupun tertutup. Namun, secara hypothetical, saya jawab juga soalan yang dikemukakan.
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang implikasi khianat, sila baca artikel saya yang berjudul “Satu Hari di Hari Raya” dan “Respons kepada Pengunjung -Wahai Anakanda”.
WalLahu 'Alam
“Salam tuan haji,Wa Alaikum Salaam.
Jika ditakdirkan DSAI berpaling tadah dan bersekongkol dengan Najib selepas Mac 2009, bagaimana keadaan PAS pada ketika itu?
Apakah perancangan masa depan PAS? ada perancangan ker sekiranya PKR atau DAP khianat? Pernahkah perkara sebegini dibincangkan secara tertutup atau terbuka?
Minta pendapat tuan haji!”

Comments
Saya ingin bertanya,berdasarkan apakah PAS pada hari ini membuat keputusan untuk mendapat "sokongan tumpangan" dengan bergabung dengan PKR DAN DAP?
Sedangkan MATLAMAT PKR DAN DAP JAUH BERBEZA DGN MATLAMAT PAS?
"Kita bergerak melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam sistem ini, sokongan rakyat adalah yang terpenting. Kita kena faham bahawa penglibatan kita dengan PR adalah satu cara untuk kita lebih dikenali rakyat dan dengan itu mendapat sokongan mereka."
Adakah kerana semata2 ingin mendapat sokongan rakyat maka PAS lebih rela BERSATU dengan MEREKA YANG MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM?
BUKAN KAH INI DIPANGGIL SEBAGAI...
" Jangan cakap lain tetapi buat lain"?
TUAN YANG DIHORMATI,
APAKAH untuk mencapai MATLAMAT
SOKONGAN SENDIRI-HAKIKI DAN YANG BERSYARAT..PAS PERLU
SANGGUP MENERIMA GABUNGAN DGN YANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM SECARA TERANG2AN, SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH KM PENANG SEKIRANYA PAKATAN MEMERINTAH,ANNUAR JADI PM DAN TIADA NEGARA ISLAM DIMALAYSIA????
SEKIRANYA PAKATAN MEMERINTAH..SEKIRANYA BERLAKU KES SEPERTI EXCO PERAK MENERIMA RASUAH SEKS..APAKAH HUKUMAN YANG AKAN DIJATUHKAN?HUDUD?ATAU YG ADA SPT SEKARANG??DAN BGAIMANAKAH INDUSTRI ARAK..JUDI..PELACURAN AKAN BERTAMBAH ATAU BERKURANGAN..KERANA IA ADALAH SALAH SATU PERNIAGAAN MEREKA..?
TUAN YANG DIHORMATI,
PADA PANDANGAN SAYA YANG JAHIL INI..PAS PERLU BERDIRI DENGAN SENDIRINYA SEBGAIMANA KEJAYAAN YANG ALLAH KURNIAKAN DIKELANTAN..SELAGI MENCAMPUR ADUKAN YANG HAQ DAN BATHIL ADALAH MUSTAHIL..DAN AMAT MUSTAHIL..KERANA KEJAYAAN MEMERINTAH BUKAN DATANG DARI PAS SECARA MUTLAK..MAKA TIADALAH BEZANYA NANTI SEBAGAIMAN KT TERIMA KEMERDEKAAN DGN SOKONGAN BERSYARAT @TUMPANGAN....
RAKYAT MENYOKONG PAS KERANA ISLAM..MAKA DALAM KITA BERTAUHID
"KITA TDK MENYEMBAH TUHAN MEREKA,MEREKA TIDAK MENYEMBAH TUHAN KITA"BG MEREKA AGAMA MEREKA DAN BG KITA AGAMA KITA"...MALANGNYA PAS LEBIH SANGGUP MENCARI KEMENGAN DARI SOKONGAN TUMPANGAN YANG DATANGNYA DARI MEREKA YANG MENOLAK NEGARA ISLAM??????
SEJARAH MEMBUKTIKAN KEMENANGAN NABI MEMBAWA SINAR ISLAM KESELURUH ALAM KERANA TAUHID YANG TIDAK DIKERANAKAN OLEH SATU KERANAPUN,MAKA DGN SEBAB ITU NABI MENDAPAT SOKONGAN HAKIKI DARI RABB!
SEKALIGUS KEMENGAN DATANG DENGAN SENDIRI...
KELANTAN DAH TERBUKTI..TIADA MUSTAHIL MALAYSIA..SELAGI PAS TIDAK LARI DARI PERJUANGAN ASAL!
SEJARAH DIBUMI TAIF, WALAUPUN MALAIKAT TELAH MENAWARKAN PELBAGAI BANTUAN UNTUK KEMENAGAN NABI,NAMUN BELIAU TETAP MENOLAK,KERANA MATLAMATNYA UNTUK MENGISLAM DAN IMANKAN MASYARAKAT DISANA MAKA DATANG SEORG KANAK2 UTK BERIMAN...
ITULAH TAUHID.
HANYA SEBAGAI SATU PANDANGAN DARI INSAN YANG JAHIL SEPERTI SAYA SAHAJA.
WASSALAM
anwar itu tak penting. yg penting adalah semangat dan rohnya utk memperjuangkan kebajikan rakyat. tanpa semangat dan rohnya, apalah yg ada pd batang tubuh anwar.
pas sudah belajar banyak benda dlm hal ini saya kira. pemimpin datang dan pergi daripada peringkat akar umbi hingga ke pemimpin atasan.
mereka pergi sama ada kerana fitrah (meninggal dunia) atau kerana madiyah (bertukar parti).
Untuk anakdemokrasi,
Mereka menentang penubuhan negara Islam kerana mereka tidak faham Islam.
Sebagai daie atau sebagai gerakan Islam adalah tugas PAS untuk menerangkan dan menyampaikan kepada mereka tentang negara Islam.
Kalau orang Islam sendiri pun di negara ini tidak faham tentang negara Islam, apatah lagi mereka yang bukan Islam.
Sifat yang ada pada daie adalah hikmah. Menyampaikan secara bijaksana.Selagi ada ruang untuk mereka mendengar tentang Islam kita mesti gunakan.
Kalau pendekatan anakdemokrasi ini digunakan oleh Rasulullah semasa menyampaikan Islam dulu, rasanya Islam tidak ada pada hari ini.
Tidak ada musyrikin Mekkah masa itu yang membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah malahan mereka bertindak mengusir baginda tetapi baginda tidak pernah putus asa dan sentiasa mencari jalan supaya musyrikin Mekkah boleh memahami dan menerima Islam.
Kita kena sedar setakat mana kekuatan kita. Soalnya bijaksanalah......
terima kasih kerana sudi menjawab soalan dari orang biasa seperti saya.
semoga tuan haji terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan.
bantulah kami orang-orang kampung yang tidak berpelajaran tinggi ini untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
Terima Kasih.
Anak Bulan
Bulan Penuh 2012
PAS hendaklah bergerak dengan kemampuan dan kekuatan yang ada yang terhad. Tunjukan gerakkerja PAS yang terbaik dengan harapan mereka yang sangsi selama ini akan melihat akan kekuatan yang PAS ada. Tunjukan kepada non-muslim bahawa PAS boleh berinteraksi dengan sesiapa saja.Ini adalah peluang untuk membuktikan PAS itu tidak rigid pada muslim saja.
"Adakah kerana semata2 ingin mendapat sokongan rakyat maka PAS lebih rela BERSATU dengan MEREKA YANG MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM?
Utk Anakdemokrasi..seharusnya kita perlu memahami dan bertanya kenapa mereka menolak negara islam...mana mungkin mereka menerima negara islam sedangkan mereka itu tidak tahu apa itu negara islam. Pengetahuan tentang islam amatlah jauh dari mereka. Maka bab kata YB Khalid "
Melalui interaksi ini, atau apa yang sering disebut sebagai ‘engagement’, kita sampaikan mesej kita berhubung Islam dan keadilannya. Dakwah kita mesti bil-Lisan dan bil-Hal"...Ya melalui kesempatan yang kita ada ( memenangi kerusi parlimen dan memerintah bbrp negeri), kita dekatilah mereka dengan sebaik-baiknya.
Memahami maqasid syariah dan waqi' siasah adalah penting dalam kita membincangkan penubuhan negara islam.
Again, tahniah YB Khalid.Keep up the good ideas to bring PAS forward. To bring PAS to people from walk of like..Dan seharusnya kepada pimpanan PAS tibalah masanya YOU WALK THE TALK...
Wa ila' liqa'
terima kasih atas komen tuan,
“Sebagai daie atau sebagai gerakan Islam adalah tugas PAS untuk menerangkan dan menyampaikan kepada mereka tentang negara Islam.”
ingin saya mengambil tahu,PAS suatu ketika dahulu menghentam kerajaan kerana tidak memartabatkan tulisan JAWI,. betulkan saya sekiranya saya silap.
PENUKARAN TANDA JALAN TULISAN JAWI YANG DITUKAR OLEH TERESA KOK
Dimanakah hikmah dan kebijaksanaan yang tuan katakan semasa keadaan ini berlaku??.dimanakah tugas PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB ITU UNTUK MENERANGKANYA?
Dan berapa banyak kah industri haram yang dijalankan oleh mereka dibawah takluk pemerintahan negeri mereka BERJAYA DI ISALAMKAN ..setidak2nya di kurangkan?
“Tidak ada musyrikin Mekkah masa itu yang membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah malahan mereka bertindak mengusir baginda tetapi baginda tidak pernah putus asa dan sentiasa mencari jalan supaya musyrikin Mekkah boleh memahami dan menerima Islam.”
saya setuju tuan..tidak putus asa,
tetapi beliau menakluk kota mekah dengan kekuatan MEMBINA UMAT YANG TELAH BERIMAN dan tidak samasekali bersama mereka yang bukan beriman untuk menawan kota mekah.
“Kalau pendekatan anakdemokrasi ini digunakan oleh Rasulullah semasa menyampaikan Islam dulu, rasanya Islam tidak ada pada hari ini.”
terimakasih atas teguran ikhlas tuan.
Wahai anakdemokrasi...Adakah saudara rasa kemengan PRU12 tidak bermakna sama sekali kerana kita tidak berjaya memerintah negara ini menjadi negara sebuah negara Islam. Jika ya, maka apakah alternatifnya? Biarkan lebih ramai org bukan Islam dan mereka yg tidak faham tentang Islam utk terus memerintah dan menindas rakyat berbilang agama di negara ini?
Saudara anakdemokrasi, ketahuilah bahawa dlm hidup ini byk perkara yang kita inginkan tetapi tidak boleh tercapai dan terpaksa berkompromi. Dan pada waktu itulah kita kena membuat pilihan diatas dua perkara yang mana lebih baik, yg mana lebih buruk.
Masalah kita ialah puak yang analytic dan dialectic tidak ada disiplin ilmu Islam dan ditimpa pula penyakit perasan bahawa mereka pun boleh menghurai dan mentafsirkan ajaran Islam semata-mata kerana mereka boleh baca terjemahan al-Quran. Yang ada disiplin ilmu Islam pula asyik jadi tukang hafal dan dogmatic dengan pemikiran orang lain, kelihatan malas berfikir dan kalau bersembang dengan depa, amat membosankan!
Hey! Hang pandai sangat ka, bakaq! Pasai aku tak pandai la aku mengharapkan ulama yang pandai. Kalau depa pun nampak bodo macam aku, nak buat apa aku harap kat depa!
Baca selanjutnya kat blog Pak Bakaq Tarik Beca
Hari ini menyaksikan abang Y.B sekali lagi menipu rakyat dengan mengatakan minyak hanya akan turun sebanyak 15 sen. Hal ini amat mengecewakan rakyat jelata kerana abang Y.B pernah menyatakan kepada media bahawa harga minyak akan turun kembali ke asal iaitu RM1.92 sekiranya harga minyak dunia turun kepada USD 70 setong. Kini harga minyak dunia mencecah bawah USD70 setong dan abang Y.B gagal mengotakan apa yang beliau katakan.
Wak memandang tinggi keluarga Y.B kerana terpilih oleh Allah SWT untuk dilantik sebagai pemimpin masyarakat. Tanggung jawab dan amanah yang menanti Y.B dan abang Y.B amat berat. Abang Y.B dilantik menjadi menteri manakala Y.B adalah pesuruhjaya Pas Selangor.
Wak tidak menyalahkan abang Y.B kerana kegagalan kementerian beliau mengawal harga minyak. Cuma wak rasa agak terkilan apabila kenyataan beliau seolah2 memihak kepada pengusaha stesen minyak. Sebagai seorang pemimpin yang adil, beliau sepatutnya berpihak kepada suara majoriti (rakyat) dan bukan sebaliknya.
Sehubungan dengan itu, wak memohon jasa baik Y.B supaya dapat memberikan pelan / rancangan bagi membolehkan harga minyak diturunkan. Mungkin Y.B boleh menggunakan ilmu kejuruteraan yang Y.B pelajari untuk membantu kementerian abang Y.B seterusnya membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga minyak yang lebih murah. Wassalam.
Wak Misnun,
Selangor
Apa bentuk program engagement yang PAS diperingkat pusat buat untuk lahirkan sokongan untuk PAS di Sabah dan Sarawak? Takkan sampai bila-bila nak tumpang saja? Kalau ada hajat nak perintah Malaysia, kena ada program aqidah disana
teruskan perjuangan yb khalid.
innallaha ma'na
sahabt2,
jmput ke www.kampusnegara.net
pro-umno terutamanya dijemput..
perbincangan ilmiah..
student power!
Bil Hal dah 18 tahun di Kelantan...apa yang tak berkenan dengan PAS nak tengok tentang PAS...
adakah 18 tahun bil hal tu tak cukup lagi...atau mereka betul-betul lembab...atau kita yang tergila-gila nak jadi menteri lalu buat lah berbagai alasan tanpa fikir betul atau tidak kita cakap tu
Nak turunkan harga minyak mudah sahaja. Gantikan abang YB dengan YB sendiri.
Macam mana nak buat tu? Gantikan BN dengan PR sahaja...
Mudahkan Wak...
Wahai anakdemokrasi...Adakah saudara rasa kemengan PRU12 tidak bermakna sama sekali kerana kita tidak berjaya memerintah negara ini menjadi negara sebuah negara Islam.
maaf tuan pada pandangan saya,
selagi pas membangun dan memeritah dengan PAKATAN,,maka PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM TETAP TIDAK DAPAT BERLAKU!!.kerana kejayaan itu bukan datang secara mutlak dari pas..tetapi datangnya dari mereka yang berbeza matlamatnya..ADAKAH SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM ATAU PENUBUHAN NEGARA ISLAM TERJADI HASIL DARIPADA SEBUAH PAKATAN YANG BERLAINAN MATLAMAT DAN HALA TUJUNYA.(MAAF SAYA TAK TAHU)...DAP DENGAN MALAYSIAN MALAYSIA DAN MENOLAK NEGARA ISLAMNYA..KEADILAN HANYA... UNTUK MENCAPAI CITA2 ANNUAR JADI PM.SEKIRANYA TERJADI PAKATAN MEMERINTAH APAKAH MODEL DAN CONTOH PEMERINTAHAN YANG AKAN DILAKSANAKAN????DEMOKRASI?LIBERAL ATAU ISLAM..BGAIMANA MUNGKIN??
Jika ya, maka apakah alternatifnya? Biarkan lebih ramai org bukan Islam dan mereka yg tidak faham tentang Islam utk terus memerintah dan menindas rakyat berbilang agama di negara ini?
saya pernah terdengar didalam ceramah2 mengenai sejarah turunnya ayat "QUL YA AIYUHAL KAFIRUN"...DIMANA KAUM MUSYRIKIN MENGAJAK NABI MENYEMBAH TUHAN MEREKA SETAHUN DAN MEREKA AKAN MENYEMBAH ALLAH SETAHUN..SEkiranya difikirkan secara hukum akalnya adalah baik kerana dalam saat masa itu nabi berpeluang untuk
mengubah ‘sokongan tumpangan’ kepada ‘sokongan HAKIKI’.
Melalui PELUANAG interaksi atau ‘engagement’, nabi dapat sampaikan mesej berhubung Islam dan keadilannya secara bil-Lisan dan bil-Hal....DALAM MASA ITULAH MEREKA AKAN MEMELUK ISLAM...TETAPI
KETIKA ITULAH datanglah wahyu.."katakanlah pada org2 kafir"..(ini TAUHID)
konsep sembah yang saya nyatakan perlu dipandang dari sudut yang luas!
alternatif..selagi PAS TIDAK LARI TAUHID DAN MATLAMATNYA UNTUK MEMBENTUK NEGARA ISLAM APA YANG TERJADI DI KELANTAN TIDAK MUSTAHIL UNTUK MALAYSIA.INSYAALLAH!..Tetapi sekiranya hanya untuk ingin mencari kemenangan...MENYURUH SEPERTI LOMPAT PARTI..Apakah tidak tersaasar???siLA LIHAT PADA SEJARAH HUDAIBIAH..Apabila org mekah nak LOMPAT islam ke madina nabi perlu menyerahkan kembali..tetapi bila org islam madinah LOMPAT ke mekah tak perlu di serahkan balik pada nabi.mengapa nabi menerima penjanjian ini ?(Kerana nabi mengetahui bahawa org mekah yang nak lompat islam ini mempunyai TAUHID DAN KEIMANAN YANG IKHLAS TETAPI ORG ISLAM YANG NAK LOMPAT MEKAH INI MUNAFIK!
Tetapi secara sedar atau tidak PAS juga disebabkan atas nama PAKATAN TERPAKSA MEGHALALKAN CARA ANNUAR untuk ORG BN LOMPAT PARTI SEMATA2 NAK PERINTAH MSIA.. BUKANKAH INI BERTENTANGAN DGN ISLAM???@Pas tak kisah menerima cara ini walaupun kita tahu lompatnya mereka ini kerana apa?
Saudara anakdemokrasi, ketahuilah bahawa dlm hidup ini byk perkara yang kita inginkan tetapi tidak boleh tercapai dan terpaksa berkompromi.
ISLAM BERDIRI dan TERSEBAR SELURUH DUNIA KERANA TAUHID YANG TIDAK BERBELAH BAGI...kadang2kala apa yang baik belum tentu BENAR!kalau kita terpaksa berkompromi maka tiadalah bezanya nanti bgaimana UMNO berkompromi untuk merdeka..maka kita terpaksa menjadi sebuah negara yang demokrasi.atau LIBERAL.tetapi BUKANKAH.PERJUANGAN PAS TIDAK SAMA DGN UMNO..tetapi sekiranya kita gunakan kaedah yang sama juga WAL HASIL BALIK ASAL JUA.
Dan pada waktu itulah kita kena membuat pilihan diatas dua perkara yang mana lebih baik, yg mana lebih buruk.
sekiranya statement ini dari parti KEADILAN,,mungkin saya no komen..Sebab yang penting menang dengan menhalalkan dgn apa cara sekalipun...TETAPI kalau dari PAS..islam agama yang mendidik utk kita mempunyai ilmu yakin..haqqul yakin dan kamilul yakin bukan hanya pada bicara kita sahaja tetapi pada seluruh perbuatan dalam kehidupan kita.kalau kelantan mampu mustahil malaysia selagi tidak lari dari TAUHID, KEIMANAN UNTUK SINAR ISLAM YANG MAHA SUCI..TETAPI SEKIRANYA HANYA UNTUK MENANG SAJA..NO KOMEN.
Wallahua'lam