Skip to main content

Dancing to The UMNO’s Tune

Abu Salman Said bertanya;
“Kenapa YB kata ahli Parlimen Kulim YB Zul “dancing to the UMNO’s tune”? Di mana salahnya YB Zul? Takkan YB tak sedar serangan demi serangan serta kebencian ke atas Islam dan ummat Islam di Negara kita ini oleh ahli2 parti politik serta NGO-NGO ataupun badan-badan seperti bar council? Lihatlah sendiri apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abas. Ataupun semata-mata nak jaga karier politik YB sanggup buat tak tahu? Saya minta maaf kalau terkasar bahasa”.
Saya ucapkan terima kasih kepada Abu Salman Said. Untuk menjawab soalan Tuan saya kena kembali kepada beberapa perkara asas seperti berikut:-

1. Adakah mereka yang memusuhi Islam seperti Tuan dakwa, kerana memahami Islam yang sebenar?

Saya rasa tak mungkin, kerana orang Islam pun ramai yang tak faham Islam. Islam yang mereka lihat adalah Islam UMNO yang bersifat chauvanistic dan tidak adil.

2. Sekiranya kita bersetuju bahawa mereka tak faham Islam dan hanya menentang apa yang mereka anggap adalah Islam, maka apakah tugas kita?

Tugas kita ialah untuk menjelaskan apa itu Islam yang sebenar. Dalam usaha menjelaskan Islam sebenar, kita mesti menunjukkan keadilan Islam itu dan menggunakan kaedah memujuk, menjelas dan membincang. Pada zaman Rasulullah (SAW) sendiri, seperti Tuan pasti tahu, Rasulullah diherdik dan dicaci. Herdikan dan cacian golongan yang tidak faham tidak akan menjejaskan kekuatan kita sepertimana ianya tidak menjejas kekuatan Rasulullah. Baginda bersabar dan terus menyampaikan dakwah Baginda. Begitu juga kita. Kita berhadapan dengan masyarakat yang jahil tentang Islam, dari orang Islam dan orang bukan Islam. Kita jelaskan dan kita jelaskan, insyaAllah, sehingga ianya menjadi sejelas-jelasnya. Kita tidak perlu menggunakan strategi nak bergaduh atau chauvanistik kerana kaedah itu tidak akan menarik mereka tetapi sebaliknya mengukuhkan salah faham mereka terhadap Islam. Bahawa Islam ganas, tak boleh berbincang dan tidak mampu berhujjah.

Saya selalu berpegang kepada kaedah ‘Duat La Khuda’ atau ‘Pendakwah dan bukan Khadi’. Makna kaedah ini ialah kita berdakwah dan bukan menjatuhkan hukum. Sebagai pendakwah kita mesti banyak bersabar seperti bersabarnya Rasulullah (SAW).

Ada yang menganggap dakwah itu perlu dilakukan secara menunjukkan kekerasan dan kesamsengan orang Islam. Saya tak setuju dengan pandangan sebegini untuk keadaan yang kita hadapi di Malaysia. Di Malaysia kekeliruan yang berpunca dari UMNO menghasilkan tentangan dari orang Islam dan orang bukan Islam. Kita perlu perbetulkan dan hilangkan kekeliruan ini.

3. Sekiranya tuan boleh terima apa yang saya sebut di atas, maka tuan boleh memahami pandangan saya terhadap tindakan YB Zul. Saya jelaskan begini;

UMNO sedar kedudukan mereka terjejas. Mereka melihat orang India dan Cina telah meninggalkan mereka dan sukar kembali menyokong mereka. Mereka ingin mempertahankan dan menambah sokongan orang Melayu terhadap mereka. Kearah ini mereka menimbulkan isu azan, tulisan jawi, anti-Islam dan sebagainya yang kononnya muncul semenjak PR berkuasa. Kebanyakan dari isu yang mereka timbulkan terbukti bohong. Begitu juga dengan isu majlis peguam. Kalau tuan sempat, cuba baca apa kata Hanifah Mydin, Ketua Lujnah Undang2 PAS berhubung program Majlis Peguam di blognya. Linknya ada di Blog roll saya. Amat berbeza dengan pendekatan YB Zul.

Kata-kata YB Zul bagi saya seakan-akan kata-kata Khir Toyo. Minta maaf. Tuan terkasar bahasa, saya pun begitu. Itulah maksud saya ‘dancing to the UMNO’s tune’.

Tetapi mungkin Tuan masih lagi tak setuju. Itu terpulang. Tuan mungkin menganggap semua membenci islam dan memerangi Islam. Ini saya sifatkan sebagai ‘Siege mentality’. Kalau begitu jangan berkawan dengan selain dari PAS kerana semua memusuhi PAS. PAS bertahalluf dengan PAS sahaja. Sekurang-kurangnya tuan akan konsisten.

4. Bab karier politik itu saya tak perlu jawab. Itu terpulanglah pada bacaan masing-masing.

WalLahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
salam yb.

sy setuju dan tak setuju.

sy setuju utk adakah mereka memahami islam yg sebenar. tp dlm minda sy, mungkin juga mereka sengaja tidak mahu faham islam. ini kita kena berhati2.

pernyataan yb zul tu perlu dijawab dgn berhemah. penyatuan umat islam itu penting. umat islam kini pelbagai kaum dan bangsa. jd kita perlu bersatu. bila dah bersatu kita boleh terima apa amalan yg berbentuk khilaf dan menegur apa jua amalan yg bersifat khurafat suatu golongan itu (secara berkumpulan, atau individu).

diharap pihak pas juga menjaga perpaduan kaum sesama islam. umat islam di m'sia kini dianuti pelbagai kaum. ramai saudara baru kita menghadapi cabaran berseorangan. paparkan dan jayakan perpaduan kaum yg beragama islam.

-zakri-
Anonymous said…
Saya suka dgn pendekatan YB yg terbuka dan konstruktif. Teruskan. Kita tak perlu kemucup2 perjuangan yang emosional. YB tersebut tak perlulah mendabik dada bahawa padanya Islam first and others second or last, tapi cakap tak serupa bikin " kalau dah Islam first...praktis la! apahal masa kempen PRU 12 boleh pulak bersalam-salaman ngan bkn muhrim dan juga bkn islam. siap bubuh gambar dlm blog lagi!!" Piiraahhh!! dulu aku kagumi tp tidak sekarang.
YB Khalid...and teruskan cetusan yang bernas, kami penyokong2 gerakan islam terus akan mendoakan.

Ahli Jamaah Surau Ihsaniah, Ampang
Shazlan said…
Salam,
YB,

I agree with you on this. However, I believe a better approach that you (or your other PAS colleagues) should have done long time ago (which also means should do ASAP) is to engage with YB Zul in private. Both of you can have a discussion (not debate) on how to best handle this. To talk openly nih, IMO, is merely to expose how others are wrong without the desire to put things right. If you truely believe in what you are saying, a close discussion will be the best option.

Cakap2 openly nih semua org boleh, YB. Tp only a few of us can actually act on it. Allah has put you in a better position to discuss and have a chat with him. So, amik lah kesempatan yang diberikan.

Insya-Allah, this is for the better of the ummah.

Wassalam
Anonymous said…
asm YB...Alhamdulillah jawapan yg bernas.bagus cadangan sdr Shazlan.engage lah dgn YB Zul in private krn beliau pun ahli PAS juga.Mungkin niatnya sama tp pendekatan berbeza.Yg lebih penting lagi ialah YB pun kena ambil inisiatif utk memberitahu politician non muslim dlm PR bahwa mereka pun jgnlah berjoget mengikut gendang BN krn mentaliti awam telah dijajah umno selama lebih 50thn-antaranya;
1.jgn timbulkan isu2 sensitif yg mengconfirmkan propaganda umno bhw PR menyebabkan melayu islam tergugat.contoh ;

a.perlantikan acting GM PKNS.why want to add salt to injury?why need to show apologetic and openness when depa langsung tak kasi chance.YB and KHalid MB all work in glc and dont know how non bumi mistreat malay muslim in private sector hatta DS Anwar pun sama cos he never works in private sector!of course in glc, you can dictate.to make it simple, think this..ask Public bank to have malay muslim CEO? i can bet till camel enters needle's eye pun tak jadi.so very important to PR politicians esp malay muslim, kaji semua dulu polisi termasuk what happen in private sector spt mnc dsb. berapa byk % ekuiti dan jawatan executive dari org melayu.jgn dilupa org melayu jauh ketinggalan dlm ekonomi dan ekuiti melayu TERMASUK glc cuma 19%!saya bukan racist..camne nak racist sedangkan bapa saya pun chinese muslim.it's more social justice.bukan semua org melayu kaya macam MB Khalid!Dia dulu pun kaya raya dek DEB punya polisi.
also, it's a poor mgmt to wait till ex-GM retire and still no replacement when in fact the person shud be found months b4 this guy retires..are u guys too dumb to understand umno's game? the person can come from private sector and not graduate of Khir Toyo unversity...


b.membuka uitm kpd non bumi-not at this time when poors malays hardly have money to pay tuition.people knows that UITM charge the lowest at this time.MB Khalid can open 10% with condition he will sponsor the 10% malays yg tak dapat masuk UITM.i can also talk like his kalu dah ada ratus ribu,berjuta dlm bank akaun.who cares sapa dpt masuk uitm kalau org tu mampu hantar anak2 belajar luar negeri..pls check for me brp ramai anak MB Khalid belajar luar negeri?


c.penghapusan DEB.why DAP terus menyambut saranan MCA? it seems some DAP also only there to fight for narrow racial interest. have u heard DAP or non malays PKR perjuangkan nasib org2 susah di FELDA dan kampung disebabkan harga komoditi yg merudum???HArdly...yg ada cuma nak perjuangkan guna b mandarin utk math n science.

d.why bar council just prone to fight issue that irks the malays by touching art 121 etc..arent there more pressing issues to fight like ISA, ex umno lawyer as CJ...


Based on these views, it seems PR need to do know.they won not because of their own merit but more due to lack of choice -the devil or the deep blue sea...perhaps in 1999 and 2004, many non muslim chose the devils as they said it's easier to deal with the devils they know than uncertain PAS.

whatever, PAS needs to educate non malay PR that malays votes also swing which help them in power.even in town,most of them do not hv one race majority as proven in 99 and 2004 when DAP didnt win big.The malays have been fighting the reformasi since 99 and 2004 for about 10 yrs..i dont talk shit cos i myself involved in street protest since early days...i hardly saw non malays during that time to fight corrupt government...it's sad cos the non malays already knew the govt is not just corrupt now but way back 10 yrs ago during Mahathir's time..

Young generation depends more on PAS than on PKR's malays.I believe with spirit of musyawwarah and respected ulamaks, we can play a big factor so for MB Khalid or any other PKR to downplay PAS is a big mistake which they will see in next election,iAllah.Till now, i was wondering where's MB Khalid 10 yrs ago when i was active on street reformasi? let the readers and those who think judge...

To Dr Hassan, YB Khalid samad, we love u all.we represent grass root malays and let yr voice be heard without fear or favor...MB Khalid is new kid on the bloc in politics but more senior DS Anwar knows the game well.Without PAS support, PR will just build istana pasir...
Anonymous said…
Salam YB,

What do you think about this statement made by YB Zul in The Sunday Star on yourself:

Zulkifli declares himself puzzled why Muslims are not supporting him. He does not understand why Khalid Samad, the MP for Shah Alam and a fellow Muslim, criticised his speech in Parliament. He accused Khalid of prioritising party interest above Islam.

Zulkifli regards any challenge to anything he deems Islamic as an attack on the religion. In his eyes, the debate on issues such as freedom of religion, conversions to Islam, road signs in Arabic, the use of the word Allah by non-Muslims, the appointment of non-Muslims to positions traditionally held by Muslims and the controversy involving loudspeakers to amplify sermons from mosques are systematic attacks on Islam from “the left, right, above, below, behind or in front”.

He sees young Muslims who believe in human rights as a danger to the race and religion as these ideas conflict with Islam, and he urges the authorities to take immediate action to stop the dangers posed by these young, educated, liberal Muslims.

Read More Here

I can see that you are well educated Muslim, but I dont think that you are that young :)

Take care YB and may Allah bless you.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan