Skip to main content

Blog Updates

(Dalam Dwibahasa)

With the Parliament in session I may not be able to update my blog as frequently as I did during Ramadhan. However I promise, insyaAllah to update and reply to comments atleast twice a week. Many thanks.

*******************************************************************************************************

Dengan bermulanya sessi persidangan Parlimen, saya mungkin tidak dapat untuk update blog ini sekerap mana yang dilakukan semasa Ramadhan. Walaubagaimanapun saya berjanji, insyaAllah akan update dan menjawab komen sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekian terima kasih.

Comments

Mr. Smith said…
Of course, you are right. MPs first responsibility is in parilament unlike the BN MPs, who curi tulang and cheat the voters.
Let us show the people that we are a responsible opposition.
Anonymous said…
Yes I agree. I still remember during Permatang Pauh by-election, you were in Penang giving ceramah during night time and the next morning was back in Parliament bombarding the BN loyalist.

Show them how it is supposed to be done!!
Unknown said…
Salam Datuk,

Jangan tidur dalam Parlimen sudah la,

Masih tidak kedengaran komen Datuk ttg isu YB Teresa dan Utusan..
kanot said…
(petikan dari http://kanot.blogspot.com)

Selepas raya ni, rupa2nya makin banyak benda yg berkecamuk dlm PAS. Lepas sorang pemimpin PAS bukak gelanggang, 2 3 orang lagi yang datang membalas. Sampai bila nak selesai? Apa yg aku boleh rumuskan, ada beberapa isu utama yg menjadi perdebatan.

1. PAS bergabung dengan UMNO

Khalid Samad antara orang kuat yg cukup menentang bila isu penggabungan PAS dan UMNO dibangkitkan... hinggakan mencabar orang2 kuat PAS yg lain untuk berdebat sama dalam isu ini.

Baru2 ini, Khalid Samad melenting dalam blognya (di sini) bila mana ada satu khutbah yg 'seolah-olah' menyeru supaya PAS bergabung dengan UMNO. Khalid Samad menuduh 'puak-puak' ini mengkhianati perjanjian Pakatan Rakyat... dan sempat lagi Khalid Samad menafsir Surah Al Anfal ayat 61 dan 62.

Aku pon tak sure mana satu khutbah yang Khalid Samad marah sangat itu. Tapi, yg aku perasan dan ada iras-iras seperti yang disebut Khalid Samad ialah khutbah daripada Haron Din yg mana petikan khutbah itu ada di harakahdaily (di sini).

Bila aku baca petikan khutbah itu, aku tak nampak mana satu 'seruan' Timbalan Presiden PAS itu yg menyeru agar PAS bergabung dengan UMNO. Yang ada hanyalah seruan supaya orang2 melayu islam kita bersatu dari berpecah belah... yang itu ke?

Pendirian tegas yg diberikan oleh TGNA rasanya dah memadai, iaitu PAS hanya bersetuju dengan pendekatan kedua2 parti PAS dan UMNO dibubarkan dan menjadi satu parti di mana 'asasnya ialah Islam'... jelas kan? Jadi di mana pokok pangkalnya yg PAS akan membabi buta akan bergabung dengan UMNO tanpa syarat-syarat tertentu?

Dari dulu lagi TGNA dah beritahu, PAS bila2 masa sahaja bersedia untuk menyokong UMNO sekiranya UMNO bertukar dasarnya kepada Islam... yg itu rasanya ramai dah jelas.

Tapi sekarang ini isu ini menjadi sensitif sebab PAS berada di dalam Pakatan Rakyat dan sedang digula-gulakan dengan pembentukan kerajaan 'Malaysia Baru'. Jadi, ia dianggap satu pengkhianatan kepada Pakatan sekiranya terdapat ura-ura yang tiada pokok pangkalnya bahawa PAS tiba2 sahaja hendak bersekongkol dengan UMNO... di mana 'pegaduhan' terbesar dari isu ini ialah ketika isu mubahalah dahulu. Tapi semuanya dah selesai, di mana TGHH dan TGNA sendiri dah bersepakat dan bermuafakat, bahawa tiada penggabungan dengan UMNO dan akan setia pada Pakatan Rakyat... tetapi ia masih bersyarat... iaitu Islam adalah asas utama yang tak boleh diketepikan.

Jadi betul lah tu... PAS bukanlah seperti parti2 lain seperti PKR dan DAP. PAS ada asasnya... iaitu Islam. Jadi nak gabung ke, berpakat ke, semuanya perlu kembali kepada Islam. Kalau asasnya dikhianati, bukankah perjanjian itu sendiri terbatal? Maka betul lah apa yg Presiden PAS TGHH kata, nak bentuk 'Malaysia Baru' sekalipun, Islam tidak boleh dipinggirkan. Jika tidak, PAS akan keluar. Jelas. Full stop!

2. Isu 16 September

Pada asasnya, Anwar telah tewas dalam isu tarikh 916 per se... kerana mmg tak ada apa2 penghijrahan berlaku pada 916 itu. Tapi dari segi proses 'penghijrahan Ahli Parlimen BN', ia masih lagi kabur.

Pada mulanya, PAS sendiri sudah muncul 2 team... satu percaya kepada 916, satu lagi tidak. Tapi mula2 ia menjadi panas sebab tarikh itu sendiri menjadi pertikaman lidah antara Mustafa Ali dan TGNA. Mustafa Ali berhujah menggunakan fakta, bahawa tarikh 916 itu mmg mustahil terjadi...tetapi TGNA berhujah menggunakan disiplin Pakatan... iaitu perlunya percaya kepada plan itu. Hasilnya, Mustafa Ali dilihat menang... kerana 916 itu mmg tak terjadi pon. Cuma cara Mustafa Ali itu yang dipertikaikan, kerana menggunakan kuasanya dalam Harakah untuk 'tonjol'kan ideanya itu hingga mengenepikan TGNA.

Cuma kini, PAS perlu bersifat praktikal. Dari luar, mmg dapat dilihat ada pimpinan yang 'ccol' dan tak gelojoh... hanya menunggu dan melihat apa yg berlaku. Sepertimana yang dikatakan TGHH, kita tak mahu jadi seperti Mat Jenin.

Asasnya, PAS jangan fanatik. Yang menjadi masalah dan pertikaman lidah ialah bila ada yg fanatik kepada ideologi 916 yg dibawa Anwar. Harus diingat Parti Keadilan sendiri tertubuh atas dasar Anwar Ibrahim. Tapi PAS berbeda... PAS asasnya dan dasarnya ialah Islam. Jadi, PAS tidak akan hanyut jika berpegang kepada asas dan dasarnya. Tapi PAS akan hanyut jika asas dan dasarnya sudah beralih arah kepada Anwar Ibrahim... seperti PKR.

Biarlah apa yg Anwar ingin lakukan dengan plan 916 itu. PAS jadilah pembantu yg bukanlah setia membabi buta kerana PAS ada prisip. Apa lah yg suci sangat dengan perjanjian Pakatan Rakyat itu sehingga langsung tidak boleh dikenakan syarat? Berpeganglah kepada kata dua dari TGHH, PAS bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat jika ISlam dipinggirkan. Kan jelas?

Kalau tidak bersedia dengan asas dan dasar ialah Islam, maka carilah parti lain yang tiada dasar dan asas seumpamanya.
Anonymous said…
Sudah la kanot, sebenarnya saudara ni dah kena tinggal bas. Org dah tak sembang dah pasal isu2 ni. Sekarang ni kalau kita lihat ada trend utk konon2 berhujah dgn YB Khalid Samad utk mendapatkan hits yg mudah dgn backlink. Byk juga di forum2 terjadi perkara yg sama.

Walhal kalau dibaca betul2, hujah2 ini bukan nya hujah pun. Kebanyakkan nya adalah pendapat yg tidak mempunyai asas dan tidak tahu hujung pangkal. Kalau ikhlas, pergi kaji balik isu sebenar yg menjadi hujah segala perbincangan yg dibuat Pak Khalid. Jgn cuba nk masuk separuh jalan, dgn tujuan utk cari glamer konon2 saudara dpt berhujah dgn baguih dgn seorg YB. Kalau ada pendapat yg baik, hujjah yg bernas diatas asas kefahaman isu yg jitu - silakan lah. Tapi kalau setakat macam penulisan saudara yg diatas tu, cukup lah di postkan ke blog saudara. Terima kasih je.

Cadangan saya supaya Pak Khalid tak payah layan golongan macam Tuan Kanot ni sehinggalah beliau mampu membuktikan yg sebaliknya.
Anonymous said…
What a pathetic attempt by this kanot to get backlinks!
Anonymous said…
asm.Yb,tlg perjuangkan penurunan harga minyak at least ke paras sebelum kenaikan mendadak jun lepas semasa harga cecah sekitar usd126 menyebabkan BN mengelabah walaupun Msia negara pengeluar minyak. sekarang harga minyak usd 74! sepatutnya harga kena turun lebih dari harga jun lalu. beberapa hari lalu Datuk shahrir samad spt typical BN leaders yg lain berdolak dalik lagi..dia menyatakan harga asal mungkin dicapai jika minyak turun ke usd72.
rakyat dibebani dgn harga barang yg mahal akibat kerja gila BN.bila harga turun sedikit demi sedikit,susah utk peniaga menurunkan harga barang.harga brg yg mahal menyebabkan 26 juta rakyat sengsara (pemimpin rasuah mungkin tak rasa apa).harap semua Ahli parlimen PR menyuarakan hal ini disamping teruskan usaha murni utk menurunkan BN,itu yg lebih baik...
Anonymous said…
asm...bro Khalid..

tlg remind abg bro Khalid harga minyak telah turun bawah us72...dulu beliau berkata minyak mungkin akan diturun ke harga asal sebelum naik bulan jun lalu..
tlglah perjuangkan hal ini dlm parlimen.saya dan isteri keduanya jurutera dan kami pun hujung bulan cukup makan saja lepas tolak duit rumah,kereta,org tua dsb. harga ikan kembung dulu 7-8 sekilo kini 12 ke atas..

tk
pas K selangor

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan