Saya tersalah faham dlm posting saya tempohari dlm menjawab isu yg dibangkitkan pengunjung. Saya ingatkan isu berhubung tulisan Cina dan Jawi di papantanda jalan adalah isu di Negeri PR! Sebenarnya ianya timbul di kawasan Parlimen Seputeh, Wilayah Persekutuan dan badan yang berkuasa adalah DBKL. Ianya telahpun berlaku. Keadaannya adalah seperti berikut:-
YB Teresa meminta tanda-jalan ditukar dari tulisan Melayu Rumi dan Jawi ke tulisan Melayu Rumi, Cina dan Tamil. Tulisan Jawi digugurkan. DBKL melakukannya dengan kadar segera.
Ini berlaku atas dua kemungkinan. Pertama, DBKL yang berada di bawah kawalan ketat kerajaan Pusat (tak satu pun ahli majlis dilantik oleh PR), menganggap bahawa tulisan Jawi tidak lagi releven. Ini tidak menghairankan kerana memang selama ini UMNO/BN telah menyumbang kepada usaha menghapuskan tulisan Jawi. Kedua, DBKL melihat ini sebagai peluang keemasan untuk menimbulkan isu di antara Melayu dan bukan Melayu!
Mengikut Dr. Lo’ Lo’, selalunya begitu sukar untuk MP mendapat apa2 kerjasama daripada DBKL. Walaupun 10 dari 11 MP adalah dari PR, namun DBKL merupakan kubu BN. Dato’ Bandar pun dari mereka. Tetapi berhubung permintaan YB Teresa, DBKL begitu cekap dan bertindak segera!
Orang ada yang marahkan YB Teresa. Dia buat ikut apa yang dia faham (atau tak faham). Dia minta apa yang dia anggap "sesuai". Persoalannya mengapa DBKL setuju? DBKL yang berkuasa! MP boleh minta apa yang dia nak tetapi tidak semestinya apa yang diminta dilaksanakan.
Kedua-dua sebab mengapa DBKL melakukannya seperti saya sebut tadi adalah merupakan sebab2 yang tidak boleh diterima. Sekiranya ada yang mengkhianati tulisan Jawi, ianya UMNO/BN melalui DBKL dan bukan Teresa. Pokoknya kalau di Negeri PR, PAS akan memperjelaskan isu ini dan mengapa tulisan Jawi dikekalkan. Silap2 hilang Pulau Batu Puteh pasal tak pandai baca Jawi?!!
Ciplak sikit joke Dr. Rani ADUN Meru:- Didalam teks khutbah dalam tulisan Jawi menyebut pentingnya rakyat memilih pemimpin yang komitted. Tetapi Khatib baca sebagai pemimpin yang kemetot!!
Update Sept 9: Sila rujuk perkembangan terkini di dlm Rahsia Azan

Comments
mereka tidak sayang melayu
mereka tidak sayang bahasa
mereka tidak sayang generasi
mereka juga tidak yang negara
mereka lebih sayang fulus, pangkat dan tamak kuasa
mereka lebih suka melaga2kan orang lain demi kepentingan diri,pangkat dan kuasa itu.itulah umno dan kuncu2nya.
YB,
Saya baru mula membaca blog YB and nak cadangkan sesuatu. While it is true that DBKL yg berkuasa and bersetuju utk tukarkan papan tanda, Teresa should bare some blame as well. She should be aware and sensitive enough in proposing things and bringing issues forward. Not succumb to every need that oppresses the Muslims (I somehow still have the feeling that the majority in DAP (except Guan Eng, so far) will do anything that is against Islam and Malay).
Contoh: Cuba YB usulkan yg beberapa kuil dirobohkan/dipindah atas permintaaan penduduk Melayu setempat. While you are only addressing the people's complaints, you will also be shot down by the likes of DAP for not being fair, etc. This may happen even without approval of the authority.
Likewise, in Teresa's case, apa logicnya nak buang tulisan jawi and ganti with tulisan cina/india? Lain la kalau retain Jawi but add tulisan cina/india. This is one MAIN reason why I couldn't get myself nor my family to vote for DAP. They may be from PR but they are DAP.
Please advice.
alangkah baiknya kalau di kekalkan tulisan jawi, walaupun ada orangyang tak pandai baca, daripada di padamkan terus menyebabkan orang yang makin tak pandai baca, dan tulisan tu pun terus berkubur....
nak bela teresa pun biarlah berpada-pada sedara
DBKL sendiri pun tak seragam nak adakan format yang standard untuk papan tanda jalan (kalau ada tentu tidak semudah nak tukar2, ye x?) so isu ni sengaja diperbesarkan oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu.
Jgn lah setiap kali ada isu2 kecik mcm ni (dibandingkan dgn isu kesihatan national, pendidikan anak2, keselamatan dsb) semua org nk melompat. Penat beb lompat melompat nih. Bukan nye apa takut tak larat jer bila masa betul2 kena LOMPAT nanti ;)
Kenapa nak dibisingkan hal tulisan jawi kat papan tanda jalan? Kalau semua pihak bersungguh nak martabatkan tulisan jawi, ada byk medium kita boleh gunakan selain dari bising bila signage jln ditukar. dlm konteks papan tanda jalan, tertakluk bwh bidang kuasa PBT. Kita bleh tgk serata Kl, tak seragam pn format2 tulisannya. Ada yg ada Jawi, ada yg takde. Terang2 yg dlm gambar tu adalah nama2 jalan yg bukan tempat org Melayu pn. So, apa salahnya kalau signage tu dimajmukkan? Lainla kalau Jln TAR ke, Jln Sultan Ismail ke, Jln P Ramlee ke. Spatutnya PBT ni kenala ada 1 (diulangi, 1 je) standard format utk benda2 ni. Jgn cepat melompat hal2 kecik. Tu, kat skolah tu anak2 kita tgh belajar Maths & Sains dlm English. Jom la pakat buat demo!!
dari sekolah rendah lagi saya dah boleh baca tulisan JAWI,sampai sekarang umur pun dah masuk empatpuluhan'masih lagi boleh membaca tulisan JAWI,takan kerana dihilangkan tulisan katpapan tanda jalan kita dah......yang penting HIDUPKAN semula tulisan JAWI disekolah2 supaya anak2 kita dapat membaca tulisan Jawi.
Boleh pilih samada nak tulis Jawi atau Rumi, dan kami pilih Jawi.
Datang Khir Johari yang tidak jauhari, dia tukar dari tulisan Jawi ke tulisan Rumi.
Mereka yang seangkatan dengan saku, bukan saja boleh tulis dan baca Jawi, kami boleh baca Quran dan sikit-sikit Bahasa Arab.
Mereka yang selepas kami melihat Jawi semacam cakar ayam, dan yang paling sedih, tak tahu membaca Quran.
Siapa salah? Dasar Pelajaran yang dibawa oleh Khir Johari! Siapa Khir Johari? Menteri Pelajaran Kerajaan Perikatan! Perikatan itu parti mana? Itulah Parti bapak kepada Barisan Nasional yang membunuh tulisan Jawi.