Skip to main content

Taksub Anwar

Semasa himpunan Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya, ada yang kata saya taksub sangat terhadap Anwar sehingga ucapan beliau diulas. Dikatakan kalau Tuan Guru Haji Hadi berucap saya tak akan berbuat demikian. Mana dia tahu? Ramai yang perasan kashaf Ramadhan ini.
Respons saya mudah sahaja:

1. Saya taksub hanya terhadap Allah dan Rasulnya serta kemenangan perjuangan Islam. Itu sebab saya bersama PAS selama lebih 25 tahun.
2. Saya ingin meletakkan PAS yang membawa perjuangan Islam ke tengah2 arus perdana politik semasa dan bukan di pinggirannya.
3. Memang Tuan Guru Hj. Hadi dijemput hadir bersama tetapi tahulah jadual pemimpin2 PAS, kalau bulan Puasa khususnya, program dah susun berbulan sebelum itu. Maka beliau tidak dapat hadir. Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS yg sepatutnya menggantinya.
4. Saya pun hadir selepas program ‘Al-Quds’ di Stadium Melawati, Shah Alam. Tiba kebetulan bersama Ustaz Ahmad Awang yang juga terlewat tiba. Slot beliau untuk berucap terpaksa diisi oleh Datuk KJ.
5. Bila kami sampai Anwar sedang berucap.
6. Ulasan dibuat atas isu-isu yang begitu relevan buat masa ini. Khususnya 16 September dan usaha2 BN untuk mengagalkan. Ulasan bukan kerana Taksub pada Anwar tetapi oleh sebab isu dan suasana yang perlu penjelasan dan penekanan.
7. Ucapan Tuan Guru Hj. Hadi bukan sekadar pernah di ulas, diMunaqasyahkan berkali-kali, tiada masalah. Untuk Selangor, pernah saya yang menyediakan ulasan atas ucapan beliau untuk dimunaqasyahkan.

Maka tidak timbul isu saya taksub kepad Anwar, Tuan Guru Hj. Hadi atau mana2 pemimpin sekalipun. Saya taksub kpd Allah dan Rasul, serta perjuangan menegakkan risalah islamiah. Tolong jangan sempitkan usaha kita ini kepada soal ibadat khusus semata-mata. Negara berkebajikan, kerajaan yg telus lagi adil, pemimpin yg amanah dan sebagainya; adalah merupakan sebahagian daripada ciri2 kehebatan dinul ISLAM itu sendiri.

Wallahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Engkau ni pun satu hal. Semua kau nak jawab. Nanti kalau banyak sangat engkau jawab dalam blog ni, dah dia orang tuduh engkau tak buat kerja kat ground pulak.

Orang dah benci, apa engkau buat semua tak kena.

Tu la, dah elok-elok berjumpa dalam gelap dengan Umno, dah engkau melalak tak setuju pulak.

Cuba kalau engkau ulas dan justifykan main dalam gelap dengan Umno tu, tentu engkau akan dipuja dan disanjung.

Selamat berpuasa, Khalid!
Anonymous said…
Salaam Y.B dan para pembaca.

Kenapa kita perlu taksub kepada Anwar. Dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada dosa dan kesilapan. Janganlah kita terlalu taksub kepada makhluk sehingga setiap perkataannya nak kita percaya dan yakini.

Hanya ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja yang Allah sahkan dan sunnah Muhammad SAW yang perlu kita ikuti.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita dalam bulan barkah ini.
Anonymous said…
Tidak kiralah apa pengakuan anda, pentafsiran orang ramai bahwa anda taksub kepada Anwar mungkin adalah kerena perbuatan, tulisan dan kata-kata anda yang mungkin mencerminkan sedemikian.

Samalah macam ada orang mengaku dia tu penganut Islam yang taat tetapi orang mentafsirkannya disebalikanya kerana tingkah lakunya: selalu meninggalkan sembahyang bila sibuk; keluarga perempuan berpakaian seksi; makan tak kesah halal atau tidak; suka pergi casino/disco/kelab malam; konon-kononya tengok saja dan tak buat; pegang Quraan tu mungkin setahun sekali; suka judi kuda; tak pernah hadir majlis ugama dengan sukarela dll.
Anonymous said…
Salam Ramadhan.

Macam tak paham-paham depa semua. YB Khalid ni ahli Parlimen kang. Jika Anuar Ibrahim jadi PM, dan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk, Tak kan YB Khalid tidak dilantik kemana-mana jawatan, Paling lekeh pun Setiausaha Perlimen.

Tetapi dengan semangat yang berkobar-kobar YB Khalid mesti ditabalkan dengan jawatan Menteri. Itu nampak semua geng-geng dia gilo-gilo sangat. Harapkan dapat jadi menteri dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun masih lagi terbentuk kerajaan kerana peserta lompat dari BN masih tidak mencukupi.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-