Ada yang berkata, “awak pun satu hal. Semua soalan awak nak jawab! Kalau orang dah tak suka, kata apa pun tetap takkan suka”. ‘Au kama kall’ atau lebih kurang begitulah kata2nya yang boleh dilihat diruangan komen pembaca blog ini atau sepertimana posting terbaru Jed Yoong.
Mungkin betul juga kata2 mereka ini. Tetapi, sebenarnya saya tuju bukan pada pengkritik tetapi mereka2 yang membaca tulisannya. Takut2 mereka terpengaruh. Sebagai contoh pengkritik yang menyatakan di Terengganu walaupun PAS tak memerintah dan hanya pembangkang tetapi mereka lebih berjaya dari PAS Selangor yang memerintah bersama PR. Di Terengganu konsert2 dan sebagainya katanya dapat dihalang tetapi di Selangor semua kecut perut kecuali Pemuda dan Ulama’ dan tak sanggup menegur. Tidakkah pengharaman konsert dan maksiat yang lebih ‘awla’ atau priority?, bertanya beliau.
Mungkin ada yang menganggap komen ini remeh dan tidak perlu respon tetapi saya rasa inilah di antara sikap yang perlu ditangani oleh ahli PAS Terengganu sekiranya mereka ingin berkuasa kembali di sana. Sila rujuk juga ulasan saya bersama Malaysiakini dan Ummahonline berkenaan perkara ini. Kalau ahli PAS Terengganu rasa sudah cukup dengan menjadi pembangkang yang berkesan dan tiada konsert, maka tak perlu saya kata apa2 lagi. Tetapi kalau mereka ingin PAS kembali memerintah, harap pertimbangkan apa yang saya nyatakan dibawah ini.
Bagi pejuang Islam, peristiwa perjanjian Hudaibiyah adalah kebijaksanaan berdakwah yang sentiasa dijadikan rujukan. Orang yang bertindak semata-mata berdasarkan semangat akan menolaknya sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan Islam. Orang yang diberikan Allah kebijaksanaan memahami tindakan selangkah kebelakang yang menghasilkan seratus langkah kehadapan adalah satu kemenangan.
Wallahu Alam
Mungkin betul juga kata2 mereka ini. Tetapi, sebenarnya saya tuju bukan pada pengkritik tetapi mereka2 yang membaca tulisannya. Takut2 mereka terpengaruh. Sebagai contoh pengkritik yang menyatakan di Terengganu walaupun PAS tak memerintah dan hanya pembangkang tetapi mereka lebih berjaya dari PAS Selangor yang memerintah bersama PR. Di Terengganu konsert2 dan sebagainya katanya dapat dihalang tetapi di Selangor semua kecut perut kecuali Pemuda dan Ulama’ dan tak sanggup menegur. Tidakkah pengharaman konsert dan maksiat yang lebih ‘awla’ atau priority?, bertanya beliau.
Mungkin ada yang menganggap komen ini remeh dan tidak perlu respon tetapi saya rasa inilah di antara sikap yang perlu ditangani oleh ahli PAS Terengganu sekiranya mereka ingin berkuasa kembali di sana. Sila rujuk juga ulasan saya bersama Malaysiakini dan Ummahonline berkenaan perkara ini. Kalau ahli PAS Terengganu rasa sudah cukup dengan menjadi pembangkang yang berkesan dan tiada konsert, maka tak perlu saya kata apa2 lagi. Tetapi kalau mereka ingin PAS kembali memerintah, harap pertimbangkan apa yang saya nyatakan dibawah ini.
- PAS selalu digambarkan sebagai parti politik yang ingin mengguna kuasa untuk mengharamkan maksiat dan keburukan. Malangnya kebanyakan rakyat belum lagi berpendapat sebegitu. Mereka melihat konsert dan sebagainya adalah hiburan biasa yang tidak merosakkan. Malahan ada juga yang hadir membawa keluarga.
- Walaupun tanggapan mereka itu tidak sepenuhnya tepat, kita perlu memberi kefahaman kepada mereka terlebih dahulu dan jangan terlalu ghairah untuk memaksa mereka dalam keadaan mereka agak jahil dalam persoalan ini oleh kerana telah lama biasa.
- Pengajaran dari Seerah Rasulullah (SAW) jelas menunjukkan cara bagaimana masyarakat dididik oleh Islam terlebih dahulu sebelum dilaksanakan pengharaman ke atas sesuatu yang merupakan kebiasaan. Dalam keadaan orang2 yang terlibat adalah para sahabat sekalipun yang telah memperjuang Islam dengan harta benda dan nyawa mereka dan tahap keimanan mereka jauh lebih hebat dari kita, cuba lihat proses pengharaman arak. Dikatakan apabila ayat mengharamkan arak akhirnya diturunkan, setelah diturunkan ayat2 nasihat sebelum itu, mereka menuang arak itu dengan penuh rela sehingga jalan2 kota Medina dibasahi arak. Yang penting, cuba baca, ada tak dihantar pasukan Pemuda oleh Rasulullah (SAW) untuk memaksa rakyat melakukannya?
- Mungkin Terengganu sedang berada di marhalah perjuangan yang lebih tinggi dari Selangor. Bagi kami, surau dan masjid telah dikunci dan tazkirah diharamkan selama beberapa tahun. Khutbah2 selama ini banyak melenakan dan menidurkan ahli jemaah dan banyak perkara yang tak betul telah menjadi kebiasaan. Oleh itu, tumpuan kami buat masa ini ialah membebaskan surau dan masjid dengan memperbanyakkan kuliah dan tazkirah. Akan diadakan juga halaqah bersiri dan sebagainya.
- UMNO sebenarnya selalu ingin mencabar kita dan inginkan kita melatah. Supaya, melalui itu PAS akan dilihat sebagai ‘radikal’ oleh masyarakat yang tak faham. Apatah lagi bila 40% lebih adalah orang bukan Islam. Dakwah mesti ada uslubnya dan kebijaksanaan adalah di antara tuntutan dakwah. Saya selalu teringat dengan contoh yang pernah diberi dulu oleh seorang ustaz; Datangnya seorang wanita Eropah yang berkata, “saya ingin memeluk Islam, tetapi saya suka main tennis dan bila main tennis saya kena pakai skirt”. Seorang yang berjiwa Pendakwah akan berkata, “peluklah Islam dan dalamilah ajarannya, soal pakai skirt tak baik tetapi soal kedua”. Yang bukan berjiwa Pendakwah akan berkata “tidak boleh! Kalau nak peluk Islam, skirt adalah haram. Kalau nak berskirt tak payah masuk Islam!” Dalam konteks Negara pula, kalau tak boleh laksana undang2 Islam dengan sepenuhnya, maka tak payah kita perintah.
- Bagi PAS Selangor, banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Kerajaan yang menyeleweng, rasuah yang menjadi darah daging dan mematikan hati manusia, kezaliman, kejahilan dan banyak lagi. Dalam soal konsert kita memberi nasihat supaya ikut garis panduan JAKIM dan sambil itu proses pendidikan dan pembentukan masyarakat dijalankan. Melalui proses ini kita ingin melihat perubahan sehingga masyarakat Muslim khususnya akan memahami apa itu mungkar dan apa itu makruf.
Bagi pejuang Islam, peristiwa perjanjian Hudaibiyah adalah kebijaksanaan berdakwah yang sentiasa dijadikan rujukan. Orang yang bertindak semata-mata berdasarkan semangat akan menolaknya sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan Islam. Orang yang diberikan Allah kebijaksanaan memahami tindakan selangkah kebelakang yang menghasilkan seratus langkah kehadapan adalah satu kemenangan.
Wallahu Alam
Comments
Kudos to you for this one. Can not agree more. Your tennis player woman example is right at the point.
As a Selangor citizen, i am really hopeful in having activities by PAS in the state coming into effect especially to the youth. Rather than Hukum and Hukum, do more education and classes for them. So they can learn about it themselves. Do more activities that will attract them. Holding the administration of the Selangor government will allow PAS to do all these stuff as being the opposition, PAS will be suppressed as always.
ada kebaikan dlm tulisan YB, dan mungkin pendapat PAS tganu dgn hal ini adlh perlunya nahi `anil mungkar. jadi mereka akan sedaya upaya menghalang kemungkaran. dan disinilah perlunya kebijaksanaan para pemimpin PAS,Ulama` dan Umara memikirkan jalan terbaik dan terbijak utk diterjemahkan di trganu agar umat islam&non-muslim di sana dapat memahami Islam dan menerima PAS sbg wadah.
wallahualam.
alfateh
Saya sangat setuju dengan pandangan yang diberikan.......memang sangat sesuai dengan pendekatan yang diberikan oleh islam..cuma ahli kita ramai yang masih jahil.......harap YB dapat bersabar dengan kritikan mereka....inilah ujian dalam berdakwah....
Sebahgian besar ayat didalam Quran menceritakan amaran tentang api neraka bagi mereka yang berdosa atau habuan shurga bagi mereka yang melakukan kebaikan.
Ugama Islam telah sempurna sebelum wafatnya nabi. Ia bukanlah satu ugama yang masih didalam proses perlengkapkan, apa yang diperintahkan oleh Allah swt. hendaklah di patuhi, tanpa ada rasa kegusaran. Proses menghukum itu hendak tidak hendak mesti dijalankan. Walaupun begitu hendaklah dilakukan didalam cara yang berhikmah. Tetapi bukan cara yang penakut, yakni takut menerangkan hukum Allah kerana takut orang kafir memandang rendah kepada ugama Islam. Ini namanya rendah iman, bukan berhikmah.
Apa yang penting ialah, kita hendaklah pada masa yang sama menyempurnkan perintah perintah Allah yang berkait dengan keadilan, pengajaran dan kebajikan rakyat. Ini ialah faktor penarik kepada ugama Islam yang patut diberatkan tetapi masih gagal ditonjolkan oleh PAS.
Contohnya lihatlah kepada isu semasa kes cerai dimahkamah syariah. Yang jelasnya wanita tidak diberi keadilan kerana yang menghukum dan undang-undang sediada tidak benar-benar mengikut hukum Islam atau telah ditafsirkan oleh mereka yang terlibat dalam percicaraan kes cerai membuat tafsiran sendiri berdasarkan ilmunya yang mungkin belum cukup.
Didalam contoh diatas, kerajaan PAS boleh:
(1) mengkaji kes-kes cerai (secara saintifik mengunakan metodologi kajian yang berkualiti dan betul), apakah benar wanita diberi kedailah, berapa lama kes diselesaikan, munsabahkan keputusan pengadilan dll
(2) Post mortem/mengkaji kelemahan sistem sedia ada dan membuat saranan untuk memperbaiki kelemahan.
(3) mengambil langkah dan berusaha untuk menjayakan saranan-saranan diatas dengan bersungguh sungguh.
Menggembar gemburkan usaha yang telah diambil oleh PAS tersebut agar menyerlahkan sifat sebenar Islam yang begitu amat memberatkan keadilan dan kebajikan rakyat. Aktiviti "human right" tidaklah nampak di dokongi oleh bukan Islam sahaja. Buat masa ini, PAS kurang mendokongi aktiviti seperti ini.
Ahli MP PAS mestilah dekat kepada Masyarakat. Maaf YB, buat masa ini saya nampak kebanyakan mereka hanya dekat kepada penyokong PAS yang mendatangi mereka, buka mereka membuka pintu agar semua rakyat mudah mendekati mereka. Kalau tidakpun mereka mestilah sensitif dan berusaha membantu rakyat di sekitar kawasan parlimen/bahgian mereka. Saya ingin mengambil contoh di kawasan saya. Kerajaan federal telah memperbesarkan jalan lebih dua puloh tahun dahulu. Mereka telah menimbus parit tanpa menggalinya semula. Akibatnya, setiap kali hujan, air akan mudah bertakung. Maka, tidak menghairankanlah kawasan ini menjadi kawasan hitam denggi. Parti PAS telah lebih tiga penggal mewakili kami, tetapi tidak ada usaha langsung dari wakil tersebut menyelesaikan isu ini. Jangkanlah perkara parit, muka wakil PASpun tak pernah namapak kalau kami tidak menghadiri ceramah beliau atau tidak menjemput beliau untuk mersamikan majlis atau berbincang isu. Saya rasa tidak pernah ada usaha wakil tersebut untuk secara spontan dan sukarela terlibat dalam usaha mendekati atau membantu rakyat; yakni bukan sekadar membuka pintu rumah untuk orang datang berjumpa.
Saya dan kebanaykan orang ramai masih memilih PAS semata-mata krana ISlam. Sekiranya ada parti lain yang juga ingin menegakkan ISlam seperti PAS, kemungkinan besar kami akan berpindah kepada parti tersebut. Apa yang PAS perlu lakukan ialah menggambarkan ujudnya parti imaginasi tersebut, dan cuba fikirkan apakah perubahan yang perlu dilakukan agar pengundi terus setia bersama dengan PAS.
saya berpendapat tulisan YB ini adalah untuk point out we have to prioritise ourselves. Berdakwah perlu berhikmah...good one YB