Skip to main content

Semangat Kroni si-Anu

Anti-husam tak buat homework yang diberi. Tak tahu jawapan sebenarnya kot. Main tembak sesuka hati. Yang orang suruh buat tak buat, buat kerja lain pula!

Dia sebut, “mungkin Khalid Samad sudah lupa bagaimana Cikgu Pa menolongnya dulu”. Dengan kata-kata inilah bermulanya amalan politik kroni. Aku tolong kamu dulu, kamu tolong akulah pula sekarang! Kita saling tolong menolong kerana kita sama-sama kroni! Tak kisahlah apa yang saya cakap tu tak betul dan sebagainya. Lepas itu mula pula berkelompok2. Kroni si-Anu bersatu naikkan si-Anu dan jatuhkan si-Ani dan sebagainya. Budaya inikah yang ingin sebenarnya dianjurkan anti-husam?

Silap2 yang dia anti sangat Husam pasal dia kroni si-Anu yang nak dinaikkan dan untuk itu perlu dijatuhkan Husam.

InsyaAllah, dalam PAS tidak mahu diadakan amalan politik kroni yang sebegini. Kita tolong orang dengan ikhlas kerana dengan menolong seseorang itu kita yakin kita menolong perjuangan Islam. Kita tegur orang pun dengan ikhlas kerana kita yakin teguran itu perlu untuk kebaikan perjuangan Islam. Kita tegur sesuatu perkara bukan kerana kita tidak suka seseorang individu, kita tegur apa yg diperkatakan. Saya masih menghormati Cikgu Pa sebagai sahabat lama dah saya rasa begitu jugalah sebaliknya.

Al jaza’ minaLlah, balasan dari Allah atas usaha2 kita.
Wallahu ‘Alam

Comments

Suhaimi Said said…
Jangan habiskan masa dengan tuduhan melulu orang seperti Anti-Husam.

For all you know, he is a paid agent.

Kalau dia ahli parti, dia reasonable. Dia boleh setuju dan dia boleh tidak setuju; tapi kalau dia tak setuju walaupun dah mendapat penerangan, ah.. tulah dia paid agent.

Tak usah dilayan!
Nevada said…
salam YB,

saya berpendapat kebanyakan pemimpin mengetahui siapa dibelakang antihusam ini, jadi mengapa tindakan tidak diambil terhadap beliau? perbuatannya itu boleh merosakkan jemaah dan ini bukanlah satu perkara yg boleh dibiarkan dan diambil ringan. ini bukan soal kebebasan bersuara kerana dia sendiri bersifat pengecut tidak mahu mendedahkan siapa dirinya...(bukankah yg selalu membisik2 perkara jahat dan tidak boleh dilihat itu syaitan namanya?)
Anonymous said…
Saya rasa tidak akan adanya golongan anti husam sekiranya kumpulan pro Husam tidak sama naiknya. Tuduh menuduh boleh menjadi minyak yang menyamarakkan api yang kecil. Kepada golongan pemimpin pula, jangan jadi seperti kayu bakar api kecil tersebut.

Apapun saya tidak fikir trigger untuk memecahbelahkan PAS ini dicetus oleh orang atasan PAS. Mungkinkah ia dicetuskan oleh orang luar PAS. Berhati-hati itu lebih baik, jangan sangka yang menjadi kawan kepada PAS itu sebenranya kawan sejati. Kadang-kadang perangai kawan boleh merosakkan diri walaupun bukan niatnya begitu.
Anonymous said…
xyah layan la si antihusam ni...
xtau asal keturunan...
entah2 jin ke manusia...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-