Skip to main content

Rumah Kecil Tiang Seribu

Gambar Sekadar Hiasan

Saya seorang lulusan kejuruteraan dan pernah bekerja sebagai kontraktor binaan suatu ketika dahulu. Taklah pandai sangat, tapi kalau dah ada pelan dan bahan serta pekerja yang mahir - bolehlah bina ikut pelan. Saya nak beri satu perumpamaan untuk menjawab persoalan “Mengapa Anwar yg sasarkan satu tarikh dan tidak PAS?”

Selepas PRU ke 12, Anwar melihat apa yang ada. PAS 22+1, DAP 28, PKR 31. PAS pembekal konkrit dan keluli. PKR pembekal tukang. DAP pembekal kayu dan tile bumbung serta lantai. Dia tahu yg dia hanya perlukan Penyelia Tapak (dirinya sendiri) dan batu bata serta kelengkapan lain seperti pintu dan tingkap utk membina sebuah rumah sebagai tempat berteduh rakyat jelata (sebab rumah sekarang dah hampir roboh dipukul tsunami).

Anwar tahu dari mana dan bila dia boleh dapatkan perkara2 ini. Penyelia tapak (dirinya) semestinya hanya mampu bekerja full time selepas diamanahkan ‘kontrak’ di P.Pauh. Dijangka paling awal hujung Ogos atau awal September. Batu bata dari Sabah, dia kenal tauke-taukenya dan dia diberitahu oleh mereka boleh ada di tapak seawal September. Kelengkapan lain dari Sarawak dia juga kenal tauke-taukenya dan diberitahu awal September juga. Tak perlu bayar kata mereka, atas dasar kredit 60 hari pun no problem!

Anwar buat pelan dan jadual kerja. Kerana rakyat dah siapkan tapak semasa PRU12, projek ini dijangka dapat diselesaikan pada 16hb September. Kebetulan pula, tarikh tersebut sesuai dengan tarikh ulang tahun satu sejarah yg istimewa kepada rakyat. Atas dasar pengalaman yg ada, menyediakan jadual kerja dan tarikh selesai projek perkara biasa baginya. Kalau buat kerja tiada jadual kerja dan tarikh selesai, baru haru! Jadual ini juga telah dijelaskan kepada mereka yg terlibat dlm pembinaan yg bersejarah ini dan semua faham akan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun belum mendapat permit kontrak utk dilantik secara full time, kerja-kerja asas telah dimulakan dulu. Kerja-kerja kasar seperti memasang beam dan menaikkan tiang dapat diusahakan kerana adanya tukang yang mahir dan bahan2 yang asas yg telah dapat dibekalkan melalu PRU12. Anwar pantau secara part-time dgn mendapat sokongan rakan-rakan yg lain.

Bila sudah mendapat mandat full-time, kerja berjalan dengan lebih lancar lagi. Awal September, semua struktur asas telah naik; cuma tunggu batu bata untuk buat dinding dan tunggu juga beberapa kelengkapan lain dari Sabah dan Sarawak utk sampai. Rakyat pun telah tidak sabar utk tinggal dirumah baru sempena menyambut Aidilfitri yg bakal tiba. Tetapi dalam perjalanan ke tapak, lori2 ditahan 'Polis' dan dipesongkan ke Taiwan! Sampai ke Taiwan orang Taiwan beritahu “kami tidak order pun!” pasti akan patah balik.

PAS malangnya tidak mampu menyediakan jadual walaupun berdasarkan pengalaman mampu menjadi penyelia tapak dan menyediakan pelan; DAP tak sanggup bekalkan kayu dan tile kerana tak kenal sangat lagi dgn kualiti kerja PAS. Minta COD, masalah! Tauke-tauke batu bata dan kelengkapan dari Sabah dan Sarawak lagilah PAS tak kenal. Dalam keadaan begitu kita nampak yang ada hanyalah konkrit dan besi keluli. Tukang pun mungkin OK boleh dibincang, tapi macam mana nak buat jadual kerja kalau tiada yang lain?

Di atas hanya satu perumpamaan. Mungkin tepat mungkin tidak, tetapi saya hanya cuba menjelaskan keadaan sebenar yg berlaku. Harap jangan pula tanya kenapa bukan PAS yang bekalkan tukang kerana ahli PAS yang ramai turun padangnya. Ini hanyalah perumpamaan.

Wallahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum YB...
tahniah di ats artikel Yb kali ini...
perumpamaan yg digunakan cukup mudah difahami....
diharap cikgu Pa akan paham hasrat sebenar 16 septmber...
saya sungguh respect dgn sikap profesional YB..
tahniah skali lg kpd YB
Anonymous said…
Bijak...bijak, kalaulah ramai yang faham begitu kan mudah. Syabas kerana coretan yang bernas...
Anonymous said…
salam alaik,
sejak sekian lama (selepas almarhum ust fadzil tiada, sebenarnya) saya selalu tertanya2 - apakah pas selesa dengan kedudukannya? tidak. tapi nampak macam selesa. kita kekal selesa sehingga tempat memimpin itu diambil parti lain. dap, misalnya.

sehingga sekarang pas yang tak selesa masih dilihat macam selesa. pas hanya bersuara macam penyimpan mohor besar raja2 keluar tivi. setahun empat atau lima kali.

soalnya - mengapa?

jika ada orang lain yang mendahului dan dilihat mendahului, salahkanlah diri sendiri. seperti gagal menyediakan jadual, misalnya.

sungguh, saya semakin sangat selalu terkenang almarhum ust fadzil noor....
Anonymous said…
a,kum
tahniah yb kerana berani dengan yang benar. stopa ali tak sepatutnya menyalah gunakan kuasanya sebagai pengerusi harakah dengan mengarahkan kumpulan pengarang menyiarkan ideanya untuk keluar di muka depan harakah.muktamar yang baru lalu telah memutuskan pas terus berada bahkan akan tetap memperkukuhkan pakatan rakyat,ini bermakna stopa telah mengkhianati jamaah secara langsung,amat malang sekali idea itu lahir hasil meeting haram stopa,ust hadi,nasha,harun din n zul sulong dengan think tank umno syaitan pada 8hb sept 08,malang lah kita apabila pemimpin kita sendiri mendapat maklumat dari umno yang sedang lemas dan di fahamkan agenda meeting itu adalah utk menggagalkan 16 sept,sedangkan pada tarikh tu pakatan rakyat pun meeting.sedarlah stopa masa sdra sudah berlalu,apalah guna talian hayat yang cuma untuk kepentingan peribadi dan kepada ust hadi sedarlah bahawa mainan wayang cikgu pa tu akan merugikan pas...selamatkan pas dari stopa n gang..walluaklam.
luaskanmata said…
Salam semua.

Terhibur dan gembira saya membaca tulisan YB dan komen sahabat-sahabat sekalian.

1000% saya bersetuju dengan Kotakata. Pada perasaan saya, sekalian waktunya PAS hilang pencak dalam medan yang tak dapat dikuasai sepenuhnya.

Cumanya lontaran Cikgu Pa tu akan membuatkan orang berfikir dan lebih jauh lagi akan menjemput kita menghalakan pandangan kepada DSAI.

Pada pengamatan saya, ini bukan suatu yang kecil. Hanya mereka yang benar-benar memahami tindakan dan akibat sahaja yang mempunyai tekad dan kesungguhan
dalam merencana dan mendokong perencanaan.

Mengambil batu-bata dari jauh bukannya kerja mudah tu. Tentunya DSAI sebagai penyelia tapak faham kekuatan setiap barangan yang ada untuk membina suatu struktur yang mampu menaungi 27J rakyat.

Huf, moga Allah berikan kemenangan kepada kebenaran.

Saya rasakan PAS perlu dan amat wajar mencari rentak dalam medan yang kian mencabar agar cita-cita yang terkandung dalam perlembagaan PAS itu mampu difahami seterusnya diterima bagi ianya dilaksanakan.

Salam jihad.
Shazlan said…
Salam,
YB,

Saya terbaca dan terdengar khabar angin di mana pemimpin PAS lebih cenderung kepada bersatu dgn UMNO drpd dgn Pakatan Rakyat. In fact, the last meeting on Sept 16 pun TG Hadi tak dtg. I seriusly hope that this is merely rumours and saya serius takut PAS tetiba goes against penubuhan kerajaan baru under Pakatan Rakyat.

Saya tahu, ini politik and dalam politik, sume boleh - halal dan haram. Tapi sebagai perti yg mendukung Islam dan ajarannya, khianat, talam dua muka dan berpaling tadah pun salah, kan?

Sy berdoa, insya-Allah, ini semua limited to my own fear and the reality is otherwise.

Wassalam
Anonymous said…
Terima kasih atas infonya...
Sangat bermanfaat....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...