Saya pada awalnya merasakan tak perlu respon kepada antihusam kerana jelas dilihat dia hanya menjawab demi menjawab. Namun, disebabkan banyak fakta islamik yg salah, saya akhirnya membuat keputusan perlu jawab juga. Jawapan ini demi kepentingan dia dan mereka2 yg berpegang kepada ideologi assobiyyah yg sama - bukannya kepentingan saya. Seperti yg saya jelaskan sebelum ini, kita tidak mahu golongan ini menjadi barah yg akan menghambat perjuangan kita yg masih amat jauh. Sambil itu saya juga akan respon kepada isu kecil-kecilan yang ditimbulkan. Utk memudahkan penjelasan, saya akan highlight 'kekeliruan' antihusam dan saya nomborkan penjelasan2 saya kali ini.
Wednesday, September 3, 2008
Jawapan Kepada Khalid Samad
Khalid Samad nampaknya cuba menegakkan benang yang basah dalam blognya di samping masih cuba menimbulkan keraguan pembaca terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden. Saya ambil kesempatan ini membalas jawapan beliau yang ditulis didalam blognya.
"Hakikat bahawa ayat tersebut telah dinasakhkan mengikut sebahagian ulama’ diperakui oleh Tuan Guru sendiri di dalam ucapan beliau. Itu tidak seharusnya menjadi satu isu. Soal istikharah dan kedudukan Tuan Guru sebagai seorang ‘Alim juga tidak menjadi isu. Namun keputusan jemaah tidak boleh diputuskan atas hujjah istikharah pemimpin semata-mata. Mesti ada hujjah dan dalil yang lain. Kalau tidak tak perlu kita bersyura dan membahas dan membincang strategi dan taktik. Hakikatnya istikharah salah satu usaha tetapi ianya tidak merupakan hujjah muktamad dan tidak menjadi hukum Qat’i."
Kenapa Khalid masih nak timbulkan isu ayat 60-62 Surah Al-Anfal itu telah dimansuhkan. Nampaknya beliau masih cuba nak menimbulkan keraguan pembaca terhadap ayat tersebut yang sering dikupas dan dibahas oleh kepimpinan ulama PAS. Kalau Khalid dengar betul-betul ucapan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar yang lepas, Tuan Guru menyebut walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh tetapi ianya tidak diterima oleh jumhur. Kenapa Khalid tak faham.... atau buat-buat tak faham. Untuk pengetahuan Khalid, pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh hanya disebut dalam Kitab Tafsir Qurtubi sahaja. Qurtubi menyebut bahawa beberapa pendapat daripada Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas mengatakan ayat Surah Al-Anfal tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 5 Surah At-Taubah. Tetapi Qurtubi sendiri berpendapat dan menyimpulkan bahawa pandangan mereka tidak betul. Selain daripada Kitab Tafsir Qurtubi tersebut tidak ada mana-mana Kitab tafsir lain yang mengatakan bahawa ayat 60-62 Surah Al-Anfal tersebut telah dimansuhkan. Ijma' ulama muktabar berpendapat bahawa ayat tersebut tidak pernah dimansuhkan. Harap Khalid dan kumpulan "Erdogan" yang lain faham maksud Ijma' Ulama dan berhenti dari mempertikaikan ayat tersebut.
"Saya amat menghormati Tuan Guru Haji Hadi dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz. Setakat mana yang saya tahu, saya sentiasa bercakap dengan penuh hormat semasa bersama mereka. Kalimah ‘aku’ kadang2 saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka....."
Yang ni sah Khalid tipu, sebab telah disahkan sendiri oleh pemimpin lain yang lebih rapat dengan Tuan Guru Presiden. Lain kali sebelum bercakap tu fikir dulu, jangan main sembur saja.
"Saya adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan stratejik PAS Negeri Selangor. Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam PR adalah perkara biasa. Baru 5 bulan bersama. Keadaan kongsi kuasa ini adalah keadaan baru bagi ketiga-tiga pihak, iaitu PAS, PKR dan DAP. Pasti berlaku kesilapan dan ketidak-serasian atas isu-isu tertentu. Itu biasa. Itu tidak bererti kita dianak-tirikan. Di sini mungkin ada khilaf di antara saya dan Ust. Salehin tetapi kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain."
Kenapa Khalid bercakap macam munafik. Dalam muktamar tempohari bukan main angkat kerajaan PKR Selangor. Kununnya tidak ada sebarang masalah antara PAS dan kerajaan PR Selangor. Sekarang dalam blognya mengaku pula ada masalah! Tahu adabul ikhtilaf kunun.... habis kenapa tempelak Ust Salehin secara terbuka dalam muktamar bahawa bacaan beliau terhadap isu PAS dipinggirkan di Selangor adalah "meleset". Mungkin adabul ikhtilaf versi Khalid Samad kot.
"Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan Professional. Mr. Ang yang saya cadangkan adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO. "
Inilah strategi politik yang paling bodoh. Jangan cuba nak putarbelitkan fakta. Kalau pun itu adalah peruntukan NGO, tetapi masih PAS punya kuota. Cuba bayangkan peruntukan NGO PKR ada melayu ada cina dan ada india. Peruntukan NGO DAP hanya Cina dan India. Jadi, takkan lah PAS punya kuota untuk NGO pun nak bagi kat Cina kafir. Banyak lagi NGO Islam yang boleh kita tawarkan seperti ABIM, PKPIM, JIM dll. Sebab itu tidak hairanlah jika majoriti Ahli Majlis PBT di Selangor adalah terdiri dari orang bukan Islam... kerana adanya orang PAS yang berfikiran dangkal macam Khalid. Kalaulah ramai pemimpin di Selangor macam Khalid dah lama negeri sendiri tergadai.
Wallahu ‘Alam

- Saya tak nampak dalam jawapan saya usaha menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden. Mungkin antihusam boleh jelaskan di mana. Saya respon hanya pada tulisan antihusam. Harap antihusam jangan merasa dirinya sebagai Tuan Guru Presiden.
"Hakikat bahawa ayat tersebut telah dinasakhkan mengikut sebahagian ulama’ diperakui oleh Tuan Guru sendiri di dalam ucapan beliau. Itu tidak seharusnya menjadi satu isu. Soal istikharah dan kedudukan Tuan Guru sebagai seorang ‘Alim juga tidak menjadi isu. Namun keputusan jemaah tidak boleh diputuskan atas hujjah istikharah pemimpin semata-mata. Mesti ada hujjah dan dalil yang lain. Kalau tidak tak perlu kita bersyura dan membahas dan membincang strategi dan taktik. Hakikatnya istikharah salah satu usaha tetapi ianya tidak merupakan hujjah muktamad dan tidak menjadi hukum Qat’i."
Kenapa Khalid masih nak timbulkan isu ayat 60-62 Surah Al-Anfal itu telah dimansuhkan. Nampaknya beliau masih cuba nak menimbulkan keraguan pembaca terhadap ayat tersebut yang sering dikupas dan dibahas oleh kepimpinan ulama PAS. Kalau Khalid dengar betul-betul ucapan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar yang lepas, Tuan Guru menyebut walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh tetapi ianya tidak diterima oleh jumhur. Kenapa Khalid tak faham.... atau buat-buat tak faham. Untuk pengetahuan Khalid, pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh hanya disebut dalam Kitab Tafsir Qurtubi sahaja. Qurtubi menyebut bahawa beberapa pendapat daripada Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas mengatakan ayat Surah Al-Anfal tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 5 Surah At-Taubah. Tetapi Qurtubi sendiri berpendapat dan menyimpulkan bahawa pandangan mereka tidak betul. Selain daripada Kitab Tafsir Qurtubi tersebut tidak ada mana-mana Kitab tafsir lain yang mengatakan bahawa ayat 60-62 Surah Al-Anfal tersebut telah dimansuhkan. Ijma' ulama muktabar berpendapat bahawa ayat tersebut tidak pernah dimansuhkan. Harap Khalid dan kumpulan "Erdogan" yang lain faham maksud Ijma' Ulama dan berhenti dari mempertikaikan ayat tersebut.
- Sebenarnya yang saya sebut secara jelas dan dipetik pun oleh antihusam ialah “Itu tidak seharusnya menjadi satu isu” Bila kata tak seharusnya menjadi satu isu pun dituduh nak jadikan isu, ni yang saya tak tahu nak kata apa lagi!
- Dari penjelasan antihusam saya rasa dia tak kenal siapa itu Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas. Kalau dia kenal tak mungkin dia sangkal begitu sahaja. Saya rasa homework bagi antihusam minggu ini kita minta dia bentangkan kertas selidik siapa itu Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas.
- Mengikut antihusam lagi, Imam Qurtubi menganggap pandangan mereka bertiga adalah tidak betul. Ini tidak bererti pandangan itu ditolak atau diperlekehkan begitu sahaja. Inilah yang dikatakan ‘adabul ikhtilaf’ atau adab dalam perbezaan pendapat di mana sambil menyatakan tak setuju, menghormati pandangan yang sebaliknya.
- Perkataan ijma’ dan jumhur mempunyai makna yang berbeza. Bila dikatakan jumhur (majority) ulama bersetuju atas sesuatu, jangan pula kita nak wujudkan ijma’ dengan kita mengistiharkan ulama’ yang tidak setuju sebagai tidak muktabar. Maka dinyatakan adanya ijma’ ulama muktabar! Adakah antihusam menuduh Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas sebagai tidak muktabar?
- TG Hj. Hadi memang sebut jumhur ulama, tetapi oleh kerana adanya ‘adabul ikhtilaf’ dalam semua soal, maka pandangan yang bukan jumhur (minority) pun perlu dihormati. Kalau antihusam boleh tanya Tuan Guru Presiden sendiri, saya yakin dia akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.
- Terakhir dalam soal ayat2 ini. Sekiranya tidak dinasakhkan sekalipun, hakikatnya kita mempunyai dua pilihan. Samada nak terima kaedah dalam ayat2 Surah Al-Anfal atau Surah Muhammad 35 (bukan ayat 5 Surah At-Taubah ya). Iaitu samada nak berdamai atau sebaliknya. Keputusan ini akan dibuat berdasarkan pernilaian mana yang lebih menguntungkan perjuangan Islam. Kalau kita sokong UMNO, UMNO akan terus hidup dan ramai orang Islam akan terus bersama UMNO. Ingat, UMNO mempunyai lebih dari 70 kerusi. Kalau kita biarkan UMNO terkubur, sedikit demi sedikit, orang Islam akan datang ke PAS. Kerusi2 UMNO melalui PRU ke 13 akan menjadi kerusi2 PAS. Mana rasanya lebih menguntungkan perjuangan Islam?
- Saya nak nasihatkan antihusam sikit dalam soal ini. Kalau nak faham apa yang nak dikatakan oleh seseorang, biar dia habis ayat dia dulu. Ini ilmu asas dalam soal berkomunikasi. Jangan cepat sangat nak menghukum dengan membuat andaian bahawa dia maksudkan begini atau begitu sedangkan ayatnya pun belum habis lagi. Mungkin antihusam pun tak tahu penghujung ayat AJK PAS Pusat berkenaan. Mungkin yang dimaksudkan ialah untuk menyoal samada ayat yang disebut sesuai untuk keadaan yang dimaksudkan. Saya tidak rasa ianya timbul begitu sahaja dan ditujukan kepada seluruh ayat Al-Quran. Saya yakin tiada pemimpin PAS diperingkat pusat yang menolak ayat Al-Quran. Dalam 'parti melayu' yg lain (yang antihusam suka sangat tu) mungkin ada.
- Sikap buruk sangka yang seperti ini adalah hasil amalan mengkategorikan seseorang sebagai kumpulan ini dan itu. Bila ini berlaku, kita mudah sahaja menghukum mereka secara borong. Kebencian menguasai penilaian kita dan kita tidak mampu berlaku adil. Sambil itu saya nak bertanya, adakah antihusam menganggap Erdogan sebagai seorang yang menolak Al-Quran? Harap berhati2 bila menjawab kerana apabila kita menuduh seseorang menolak Al-Quran bererti kita menuduh dia telah kafir dan kita tahu apa Rasulullah (SAW) sabda tentang amalan takfir ini.
- Saya rasa isu ini mudah sahaja untuk diselesaikan. Saya minta antihusam minta Tuan Guru istiharkan bahawa mulai hari ini, keputusan PAS tak perlu gunakan akal dan strategi, ikut istikharah pemimpin sahaja.
- Saya yakin Tuan Guru sambil tersenyum akan minta antihusam ‘mengaji balik’. Kalau tak percaya cubalah…..Hujjah ni tak perlu panjang2.
- Rasulullah (SAW) sendiri mendengar hujjah2 para sahabat dan menukar keputusan Baginda sendiri setelah mendengar hujjah2 mereka.
- Antihusam patut membaca kenyataan wakil Pemuda PAS Pusat bahawa PAS bukan gerakan tariqat dan menghadam maksud disebalik kenyataan itu.
"Saya amat menghormati Tuan Guru Haji Hadi dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz. Setakat mana yang saya tahu, saya sentiasa bercakap dengan penuh hormat semasa bersama mereka. Kalimah ‘aku’ kadang2 saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka....."
Yang ni sah Khalid tipu, sebab telah disahkan sendiri oleh pemimpin lain yang lebih rapat dengan Tuan Guru Presiden. Lain kali sebelum bercakap tu fikir dulu, jangan main sembur saja.
- Kenyataan ini amat saya ragui. “Pemimpin lain yang lebih rapat denagn Tuan Guru” tak mungkin mempunyai perangai seburuk ini! Bila kita melihat seseorang melakukan kesilapan, katakanlah saya tersasul dan ber’aku-engkau’ dengan Tuan Guru, pemimpin PAS akan menegur saya selepas sahaja peristiwa itu. Dia tidak akan membawa mulut dan mengutuk/mengumpat saya dengan cara ini kerana dia pasti tidak sanggup nak ‘memakan daging saya’. Kalau benar dakwaan antihusam ada pemimpin yang bertindak begitu, ini bermakna dia tidak layak menjadi pemimpin dengan sifat terkutuk begitu.
- Antihusam pun sepatutnya mendedahkan siapa yang menuduh saya begitu dan jangan cepat sangat mempercayai sebelah pihak tanpa memberi peluang pihak tertuduh membela diri. Belum apa-apa nak ikut perangai UMNO. Saya rasa memang sesuai pun masuk UMNO kalau perangai macam ini.
- Keadilan Islam tidak begini. Membuat tuduhan secara rahsia. Membuat kesimpulan tanpa mendengar semua pihak dan sebagainya.
- Sambil itu harap ingat peristiwa Saidina Umar Al-Khatab dan bagaimana dia pernah ditegur oleh rakyatnya semasa dia menjadi khalifah.
"Saya adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan stratejik PAS Negeri Selangor. Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam PR adalah perkara biasa. Baru 5 bulan bersama. Keadaan kongsi kuasa ini adalah keadaan baru bagi ketiga-tiga pihak, iaitu PAS, PKR dan DAP. Pasti berlaku kesilapan dan ketidak-serasian atas isu-isu tertentu. Itu biasa. Itu tidak bererti kita dianak-tirikan. Di sini mungkin ada khilaf di antara saya dan Ust. Salehin tetapi kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain."
Kenapa Khalid bercakap macam munafik. Dalam muktamar tempohari bukan main angkat kerajaan PKR Selangor. Kununnya tidak ada sebarang masalah antara PAS dan kerajaan PR Selangor. Sekarang dalam blognya mengaku pula ada masalah! Tahu adabul ikhtilaf kunun.... habis kenapa tempelak Ust Salehin secara terbuka dalam muktamar bahawa bacaan beliau terhadap isu PAS dipinggirkan di Selangor adalah "meleset". Mungkin adabul ikhtilaf versi Khalid Samad kot.
- Saya menyatakan kita tidak dipinggirkan. Masalah yang kita hadapi adalah masalah biasa. Semua urusan akan ada masalah. Kalau kerja dengan UMNO pun, lagi banyak masalah, percayalah antihusam!
- Betul saya mengatakan andaian PAS dipinggirkan adalah satu andaian yang meleset. Tetapi itu pandangan saya. Ust. Sallehin ada pandangan dia. Saya kemukakan hujjah saya. Dia kemukakan hujjah dia. Saya tak panggil dia “bodoh” atau “bercakap macam munafik”. Saya tak tuduh dia kumpulan ini dan itu. Itulah yang dikatakan ‘adabul ikhtilaf’. Takkanlah saya nak kata saya tak setuju dengan dia tetapi dia betul!? Itu adabul kartun namanya...
"Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan Professional. Mr. Ang yang saya cadangkan adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO. "
Inilah strategi politik yang paling bodoh. Jangan cuba nak putarbelitkan fakta. Kalau pun itu adalah peruntukan NGO, tetapi masih PAS punya kuota. Cuba bayangkan peruntukan NGO PKR ada melayu ada cina dan ada india. Peruntukan NGO DAP hanya Cina dan India. Jadi, takkan lah PAS punya kuota untuk NGO pun nak bagi kat Cina kafir. Banyak lagi NGO Islam yang boleh kita tawarkan seperti ABIM, PKPIM, JIM dll. Sebab itu tidak hairanlah jika majoriti Ahli Majlis PBT di Selangor adalah terdiri dari orang bukan Islam... kerana adanya orang PAS yang berfikiran dangkal macam Khalid. Kalaulah ramai pemimpin di Selangor macam Khalid dah lama negeri sendiri tergadai.
- Peruntukan NGO adalah NGO punya dan PAS boleh kemukakan cadangan dari NGO-NGO yang aktif di Shah Alam. PAS Shah Alam kemukakan beberapa nama dari NGO. Kita masukkan sekali Mr. Ang atas sebab2 yang saya sebutkan dulu. Mungkin betul kata antihusam, ianya strategi politik yang bodoh. Oleh kerana bodohlah pimpinan PAS boleh menang byk kerusi2 di PRU12. Oleh kerana bijak sangat, Kelana Jaya kita tak bertanding! Saya rasa antihusam kena tukar Tok Guru dan lihat sendiri apa yang telah tercapai. Lihat Kota Raja di mana PAS menang walaupun hanya 48% pengundi Melayu. Ramai Melayu (UMNO) menolak PAS sambil bukan Melayu menyokong PAS.
- O ya, sebelum saya lupa. Tuan Guru Haji Hadi pernah menyebut dalam Negara Islam orang bukan Islam boleh menjadi Wazir atau Menteri. Harap antihusam jelaskan samada kenyataan Tuan Guru ini bohong atau bodoh mengikut perkiraan ilmu antihusam. Itu Menteri. Ini baru ahli majlis.
- Homework satu lagi bagi antihusam. Sila selidik berapa ahli majlis MBSA dan berapa dari mereka orang Islam.
- Sebenarnya tidak benar majoriti ahli majlis PBT Selangor adalah orang bukan Islam. Homework terakhir untuk antihusam. Tentukan secara sah, berapa ahli PBT seluruh Selangor adalah bukan Islam. Kalau tak tahu, mengaku sajalah dan jangan buat riuh tak tentu pasal.
Wallahu ‘Alam
Comments
seperkara lagi, saya percaya, org2 PAS telah menyelesai isu muzakarah. ahli PAS bersetuju agar tidak d bangkitkan hal tersebut. walaubagaimanapun PAS tetap bertegas mereka blh bertemu dgn sesiapa. hanya org UMNO shj yg panas punggung krn usaha muzakarah ( utk UMNO-PAS bergabung) tak tercapai dan kesampaian.
saya juga percaya, org2 PAS walau ada berselisih pendapat tidak la sampai sanggup menggunakan ungkapan yg negatif kpd ahli sendiri seperti anti kpd sesiapa. "antihusam" secara jelas bermaksud menetang saudara husam walhal beliau adalah org tertinggi dlm PAS dan kepercayaan tok guru nik aziz. org2 UMNO yg kita paham sememangnya dengki dgn pembangkang shj yg sanggup menggelarkan dirinya begitu
walaubagaimanapun seandainya saudara 'antihusam' ini merupakan ahli PAS, inya amatlah mendukacitakan....dan saya percaya usaha2 beliau utk menjahanamkan PAS perlulah di tangani segera.
w'salam
Anti husam itu saya lihat lebih melayu dari Islam. Suka bergossip2, fitnah dan taat membuta tuli.
Biar kan dia buat homework dia. Di bulan puasa ni kita sibuk nk cari pahala, dia pulak sibuk nk fitnah sana sini
Agaknya inilah jenis yang diasuh oleh pembocor maklumat dari atas pentas pemimpin - yang membocorkan apa yang Dr Hatta kata bila marah sangat kepada Dr Harun Din (ingat tak berita muka depan Siasah di mana Dr Harun Din minta PAS dibubar untuk tubuh parti baru yang berketuakan Anwar Ibrahim? Sejak itu aku langsung tak yakin kepadanya. Dia memang 'alim. Dgn ikhlas diakui. Tapi, bab politik elok dia serah kpd orang lain)
(antihusam telah delete semua comment mereka yg tidak sependapat dgn idea kurang bernas nya itu, maka ini bukan blh dipercayai...hanya komen2 yg memuji beliau saja dibenarkan..mmg dasar UMNO la antihusam ni...)
lan shah alam
Syabas!
Masya-Allah, your comment showed your maturity in dealing with issues. People have preferences and opinions but that do not mean those who are different from us are wrong.
Mcm mana nak jd ahli PAS ek?
saya rasa cara anda menjawab macam takbur diri.
tak perlu bermujadalah dibulan puasa. itu bukan akhlak org beriman dan pemimpin Islam.
api jgn khuatir, lambat laun org akan tahu siapa kah antihusam yg sebenarnya dan pada waktu itu akan kau tahu tinggi rendah nya langit tuhan...
saya cadangkan, kita buat sembahyang hajat dan/atau munajat supaya Allah beri petunjuk... duri dalam daging seperti AntiHusam ini mestilah ditangani..sebagaimana kita wajib menangani gejala orang2 munafik..... - demi sayang kita kpd PAS!
saye selaku student yg blaja kt s.alam neh kagum dgn ahli parlimen yg mewakili kawasan ini...
pertama skali saya cukup setuju jika YB menjawab setiap persoalan yg ditmbulkan oleh anti-husam...
dgn kate laen kita berdakwah kpd mereka yg sudah tersesat jalan spt antihusam itu...
walauapapun perjuangan PAS utk menegakkan Islam akan dipertahankan...saya akan tetap sokong YB....hidup PAS
Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kpd saudara kerana telah berjaya menjawab segala tuduhan antihusam ini dgn fakta2 yg jelas dan mudah difahami.Sesungguhnya saya selaku ahli PAS dan juga penyokong PR tidak mempercayai walau satu pun tuduhan oleh antihusam ini.Mereka yg menulis blog ini bolehlah dikatakan berperangai umno kerana segala tulisan mereka menggunakan ayat2 yg tidak berhemah dan tidak melambangkan seorang yg layak berada di dalam PAS.Bg saya golongan ini adalah golongan fraksi umno di dlm PAS.
Mereka ini sesungguhnya amat terpengaruh dgn jwtn2 yg ditawarkan oleh umno walaupun mereka tahu yg umno akan memainkan mereka kembali seperti yg telah terjadi pada PAS ketika menyertai bn pada thn 1970.
Oleh itu saya cadangkan kpd saudara Khalid dan juga pendokong2 PAS supaya dalam pemilihan akan dtg kita buang golongan ini drpd PAS walaupun berjawatan Timbalan Presiden PAS sekalipun.Ini adalah penting supaya golongan2 ini tidak merosakkan PAS seperti yg berlaku kpd umno skrg ini.Eloklah kita bersama2 dgn Tok Guru Nik Aziz bersama2 menjaga parti yg kita sayang ini sebelum dijahanamkan oleh golongan2 ini.
Kepada YB Khalid, Tahniah..
Kepada antihusam, elok masuk umno je la..sesungguhnya, tiada tempat utk orag macam antihusam dlm PAS.
Sekian
Antihusam ni energy suckers.... so dont worry and proceed.... May Allah be with you alwyz.
putera anggerik
YB! Perkukuhkan kekuatan jemaah. Walau siapapun nak jadi Erdogan, walau siapa pun nak jadi Erbakan, kita sebagai penggerak jemaah haruslah bergerak demi memastikan cita-cita jemaah dapat dicapai. Kalau baca buku "Afaat 'Ala Toriq" karangan Dr Sayyid Muhd Noh, kita akan dapati ada sahaja penghalang2 dalam mencapai cita-cita perjuangan. Salah satu cirinya ada pada antihusam.
Terima kasih sekali lagi dan minta maaf, memang betul cara saya jawab kali kedua ni nampak angkuh sikit. Tetapi saya nak dia faham dia tak boleh cakap ikut suka hati dia je, lebih lebih lagi bab ugama.
Wallahu'Alam.
Penyakit ini mudah benar kita kenali dengan melihat tindak-tanduk mereka diakhir-akhir ini.
Akibatnya, hati-hati yg dilumuri kegelapan kini membara menjadi keras(degil) tanpa disedari, malahan akal fikiran pun dah mula menjadi bebal tentu agak susah untuk diubati..DEAF BLIND and DUMB!
Melayan pun tadak guna..
-antimunafiq
Jangan layan lagi munafik macam ni. Macam manapun, ahli jamaah perlu waspada takut ditembusi lagi oleh orang macam 'tarbus merah'(pinjam istilah Pak Subky).