Saya dilantik sebagai salah seorang AJK Kokus berkenaan usaha pembebasan YB Teresa Kok. Pada hari Khamis satu rombongan delegasi Kokus ini telah pergi nak jumpa IGP. Beliau tak nak jumpa. Tinggal surat dengan pegawainya sahaja meminta tarikh untuk bertemu.
Tak sempat Kokus berfungsi, Alhamdulillah, Teresa dibebaskan dari tahanan ISA pada hari Jumaat! Tahniah!
Mungkin perlu ditubuhkan juga Kokus peralihan kuasa BN ke PR kut? Nampak gaya, Kokus ini begitu efektif!
Sekarang Teresa menyaman pihak berkenaan atas penahanan beliau. Karpal yang membawa kes. Polis dan Utusan siaplah kamu!

Comments
Saya bersyukur Teresa dibebaskan, namun saya agak terkilan bila beliau menyatakan nasi lauk telur rebus 2 biji, timun dan kuah adalah makanan anjing. Saya semasa kecil itulah antara makan seharian saya. Mohon Teresa berhati2 dengan apa yang dikatakan. Mungkin beliau selalu makan benda sedap-sedap saja