Petikan artikel dan gambar daripada wawancara Ummahonline oleh Aqil Fithri: "...Kita lihat sudah beberapa kali Ustadh Hadi menekankan soal “Ketuanan Islam”, sementara dalam waktu yang sama pula Anwar Ibrahim menekankan soal “Ketuanan Rakyat”. Di sini jelas sekali, terdapat dua gagasan yang berbeza. Satu kembali pada agama, yang kedua kembali kepada rakyat. Apakah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara PAS pimpinan Ustadh Hadi dengan Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat?
Konsep Ketuanan Islam memang dasar perjuangan PAS. Tetapi sekarang ini memang kita tidak mampu untuk melaksanakannya, sama ada kita berkerjasama dengan PR ataupun kita seorang diri. Malah, kalau kita kerjasama dengan Umno sekalipun, kita tentu tidak boleh melaksanakannya. Tapi, persoalannya ialah, bila kita berkerjasama dengan PR, adakah langkah tersebut memberikan kepada kita peluang untuk berkerja dengan lebih luas supaya konsep ini dapat diterima oleh masyarakat? Kalau kita fikir boleh, maka elok kita teruskan. Jadi, perkiraan kita sekarang ini ialah, di antara BN dan PR, mana yang boleh memungkinkan kita bergerak?
Apakah PAS memang maseh menekankan lagi gagasan Ketuanan Islam?
Sebenarnya, gagasan Ketuanan Islam itu adalah kontra kepada gagasan Ketuanan Melayu yang dibawa oleh Umno. Tapi konsepnya kita mahu laksanakan Islam sebagai cara hidup, kerana itulah yang akan menyelamatkan masyarakat..."
Ikuti ulasan selanjutnya di Ummahonline
dan
Siri (III/terakhir) wawancara "PAS Terengganu tidak ada sebab untuk kalah" di Ummahonline
Apakah PAS memang maseh menekankan lagi gagasan Ketuanan Islam?
Sebenarnya, gagasan Ketuanan Islam itu adalah kontra kepada gagasan Ketuanan Melayu yang dibawa oleh Umno. Tapi konsepnya kita mahu laksanakan Islam sebagai cara hidup, kerana itulah yang akan menyelamatkan masyarakat..."
Ikuti ulasan selanjutnya di Ummahonline
dan
Siri (III/terakhir) wawancara "PAS Terengganu tidak ada sebab untuk kalah" di Ummahonline
Comments
Suatu perkara yang sememangnya tidak menghairankan. Meskipun PAS mendakwa Al-Quran dan Sunnah menjadi ikutan, secara praktikalnya perkara tersebut boleh dipertikaikan dari sudut ianya difahami dan dihayati.
Saya tidak berminat untuk membahaskan sikap peribadi pimpinan di mana-mana peringkat yang mana sering diminta untuk diperbaiki agar mewujudkan kempimpinan melalui tauladan.
Demikian juga dalam hal-hal ukhrawi yang pada pengamatan saya pihak pimpinan wajip memaparkan pemahaman mereka tentang adanya hari akhirat. Pemahaman yang sebenar tentang adanya hari akhirat akan mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik agar dapat diperlihatkan kepada dunia.
Apa yang saya lalui serba sedikit dengan pemikiran pimpinan, dalam banyak aspek mereka lebih suka menilai sesuatu menurut citarasa sendiri. Jarang sekali bila mereka berhadapan dengan sebarang persoalan, penilaian ke tasnya dibuat secara ilmiah.
Apa yang menjadi kayu pengukur terhadap sesuatu persoalan lebih tertumpu kepada apa yang dilihat dengan mata kasar dan apa yang terpandang di hadapan mereka.
Sebagai contoh dalam membahaskan pembangunan ekonomi dan kewangan, teramat jarang perbahasan pimpinan mempamerkan pemilikan pengetahuan yang meluas.
Kita berhadapan dengan persoalan harga minyak, krisis kewangan, manipulasi pasaran modal, kesan mobilasi modal dari US ke negara-negara asia pasifik dan sebagainya. Bila saya cuba melontarkan hal-hal tersebut kepada beberapa sumber pimpinan, mereka amat kabur dengan persoalan-persoalan tersebut.
Apa yang terlontar hanyalah kejahatan UMNO & BN dan kerakusan pemimpin sini dan situ.
Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah, kita melaungkan pentingnya ilmu dan mulianya mereka yang meningkatkan ilmu dalam diri.
Sebaliknya bila kita mengaitkan persoalan-persoalan yang saya bentangkan di atas, apa yang terserlah kita tidak ada bezanya dengan pepatah "bagai katak bawah tempurung".
Dengan cetusan yang dibangkitkan oleh YB ini, saya amat berharap YB tidak tergolong dalam kelompok pimpinan yang merasakan dirinya serba tahu. Seterusnya saya mendoakan agar YB dan seluruh pimpinan diberi hidayah oleh Allah S.W.T. dalam memperkasakan jemaah demi Islam tercinta.
Dalam mencari kebahagiaan di penghujung distinasi di akhirat sana, wajiplah kita bangun dari lena dunia yang hanya bersifat jambatan penghubung menuju distinasi akhir.
Menilai PAS dalam PR, tidak dapat tidak perlu kita akui DSAI adalah ikon yang mencetuskan islah semenjak tahun 70-an. Di celah-celah pergerakan membaharui Malaysia itulah kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh Rasul Allah, sahabat-sahabat dan para anbiak serta bijak pandai Islam perlu dipelajari dan dihayati.
Salam jihad.