Skip to main content

Akta Kejam ISA

Apa yang dikhuatiri telah berlaku. RPK, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew, Ms Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta kejam ISA. Alhamdulillah, Ms Tan telah dibebaskan semalam dan sekarang yang tinggal RPK dan Teresa Kok.

Kedua-dua tahanan ini boleh dihadapkan ke mahkamah atas apa jua tuduhan yang ingin dilemparkan terhadap mereka tetapi oleh kerana BN tahu semuanya palsu belaka maka ISA (undang2 Ikut Suka Aku) digunakan. Penggunaan ISA memenuhi tiga matlamat.

1. Tahanan secara segera.
2. Tidak perlu membawa ke mahkamah untuk dibuktikan apa2 tuduhan terhadap yang ditahan.
3. Menggerunkan pihak yang lain yang belum lagi ditahan. Dalam erti kata lain, nak tunjuk kuasa.
RPK ditahan untuk memberi amaran kepada semua bloggers bahawa “Aku boleh tahan kamu bila2 masa atas apa2 alasan sekali pun. Maka jaga kamu!”. Sepatutnya RPK dicas atas tuduhan menghasut atau apa sahaja dan dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Lainlah kalau RPK mengangkat senjata dan hendak menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Kes Teresa Kok lagi aneh. Beliau dituduh menimbulkan isu sensitive. Ahmad Ismail itu apa macam?? Jelas dan nyata tetapi tiada tindakan. Nampak gaya bawah UMNO ini rakyat boleh caci India dan boleh caci Cina, itu tidak sensitive. Tetapi kalau dituduh (baru dituduh ya) menyentuh soal azan, anda boleh di ISA kan. Sila rujuk posting saya sebelum ini berkenaan Rahsia Azan. Adakah ini konsep keadilan yang diperjuangkan oleh UMNO dan penyokong2nya? Masih ada ke ahli PAS nak sekongkol dengan puak2 ini?

Yang menjadikan kes Teresa ini lebih aneh ialah kerana dia sudah berkali-kali menafikan tuduhan2 liar terhadap beliau. Orang PAS pun, minta maaf lah - janganlah terlalu cepat masuk perangkap UMNO. Ini duk sua leher berkali-kali apa hal? Saya khuatir mereka yang memanjangkan fitnah UMNO terhadap Teresa ini akan dapat saham juga dalam kekejaman ini. Jangan kita ingat oleh kerana dia bukan Islam, kita akan terlepas sekiranya kita menginaiya dia.

Saya sepertimana pimpinan PAS lain mengutuk sekeras2nya penangkapan di bawah ISA ini dan menuntut supaya kerajaan BN membebaskan mereka dengan kadar yang segera. Saya dimaklumkan ada lagi yang akan ditahan, dikatakan 3 fasa. Kita bersama doakan agar rakyat Malaysia diselamatkan dari akta yg kejam ini!

Terdesak sungguh UMNO. Adakah mereka menganggap tindakan ini akan menyelamatkan mereka? Dulu zaman operasi lalang suasana lain. Masa itu rakyat sangka mereka baik dan kami (pihak pembangkang) yang jahat. Sekarang sudah sebaliknya.

Comments

Suhaimi Said said…
Lid, apa salah kau masa kena tahan ISA dulu?

Apa salah aku pulak? Salah aku kerana aku menyokong minyak sawit Malaysia yang difitnah minyak kacang soya US.

Salah aku kerana mereka kata aku menyokong Iran menentang Saudir Arabia.

Aku salah kerana menyokong Raja berhadapan dengan pindaan Perlembagaan yang dibawa Mahathir.

Aku salah kerana menubuhkan cawangan-cawangan PAS didalam rancangan Felda mengurangkan pengaruh UMNO.

Aku salah kerana aku yakin kepada demokrasi.

Aku salah kerana aku perjuangkan Islam.

Kau salah apa?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-