Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Respon Pengunjung: Al Brangi dan Sinar Harian

Disini saya mengambil kesempatan utk memberi respon kepada Al Brangi diatas keikhlasan penulisan beliau meminta pendapat saya, walaupun saya rasa isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Sehubungan dengan itu, saya juga akan menyentuh soal berita di akhabar Sinar Harian yg disiarkan tempohari. Respon kepada Al Brangi: Perbandingan Epal dan Rambai PAS pernah memerintah Terengganu dua kali iaitu pada tahun 1959~1962 dan pada tahun 1999~2004. Boleh dikatakan lama jugak PAS bertapak diTerengganu. Lebih kurang lapan tahun selepas PAS tertubuh PAS Terengganu dah dapat memerintah negeri hanya ditumbangkan selepas beberapa ADUN dibeli oleh PERIKATAN. Semasa tahun 50an dan 60an, institusi pondok subur di Terengganu. Di kampong saya ada dua pondok yang masyhur iaitu Pondok Haji We (Haji Ismail) dan Pondok Tok Fakir. Pondok Tok Fakir melahirkan seorang ADUN PAS yang pernah menang dalam PRU10 di DUN Kajang, kalah dalam PRU11 di DUN Bangi dan menang semula dalam PRU12 di DUN Bangi. Sekarang kedua...

3M – Syarat yang Dikenakan oleh PAS

PAS menetapkan syarat Majoriti Melayu Muslim (3M) sebelum PAS akan bersama kerajaan PR diperingkat pusat. Itu merupakan syarat yang agak sukar memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh UMNO dan sudah pasti UMNO akan ugut atau sogok MP-MP mereka supaya mereka tidak bersama Pakatan Rakyat. Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi saya tidak boleh elak dari memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan umat Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasti ianya tidak akan ditanda-tangani. Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (SAW) terpaksa membenarkan kalimah ‘Ar-Rahman’ dan ‘Ar-Rahim’ serta istilah ‘Rasulullah’ digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy. Namun Hudaibiyyah diistiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul Mekah. Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan men...

Peristiwa di Masjid Tun Uda Sek 16 Shah Alam

Pada 22 September satu majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, warga mas dan ibu tunggal telah diadakan di Masjid Tun Uda. Saya dan YB Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik hadir bersama dengan hampir 500 penerima sumbangan. Yang menarik perhatian saya adalah kehadiran beberapa pemuda India yang berpakaian T-shirt Pakatan Rakyat. Saya kenali mereka sebagai pemuda2 India dari Seksyen 7 yang telah bekerja keras untuk kemenangan kita pada PRU ke 12 pada bulan Mac lalu. Saya lihat mereka sedang sibuk membantu beberapa Warga Mas dan anak yatim yang bergegas untuk mendapatkan kerusi semasa majlis baru ingin dimulakan. Setelah selesai majlis saya melihat mereka membawa warga mas dan anak2 yatim tersebut ke kereta mereka. Saya bertanya kepada ketua mereka, Saravanan dan dia memberitahu saya bahawa mereka membawa penerima2 tersebut dari flat Seksyen 7 dengan menggunakan beberapa kereta. Mereka juga akan menghantar mereka balik selepas semuanya selesai. Mana per...

Minal A'idin Wal Fa'izin

AsSalaamuAlaikum w.r.b. Kepada kaum Muslimin yang menyambut 1 Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Kalau di Timur Tengah mereka selalu ucap “ Kullu ‘Am wa antum bi khair ” yang bermakna semoga anda berada dalam keadaan baik sepanjang tahun (lebih kurang). Semoga kita bertemu dengan 1 Syawal dalam keadaan mencapai kemenangan setelah berjuang selama sebulan demi mencapai ketaqwaan. Saya faham bahawa bulan Ramadhan tahun ini tidak seperti bulan Ramadhan tahun2 sebelum ini kerana selain dari isu ibadat khususiyyah, banyak pula persoalan politik yang terpaksa kita ditangani. Lebih-lebih lagi dengan isu 16 September yang ditunggu-tunggu dengan penuh kedebaran. Ia telah datang dan telah lalu namun matlamat yang diinginkan terus diusahakan. Bersama kita doakan kejayaan usaha-usaha ini. Yang penting ialah kita memahami bahawa politik adalah sebahagian dari ibadah dan usaha untuk menegakkan kerajaan yang adil dan telus serta beramanah adalah merupakan amal Sole...

Isu Terengganu: Apa Diinginkan?

Ada ramai yang hairan mengapa isu Terengganu ditimbulkan oleh saya. Sebabnya adalah, Pertama, kerana saya ditanya dan Kedua kerana saya rasa amat perlu ahli2 PAS memahami bahawa sekiranya kerajaan PR di peringkat pusat ditubuhkan, maka ianya adalah bagaikan kemenangan “lebih kuah dari sudu” seperti yang disifatkan oleh seorang pengkritik. Bila dikatakan kemenangan yang “lebih kuah dari sudu” tidak bererti ianya tidak bernilai sama sekali. Tetapi adalah penting untuk kita memahami sifat kemenangan itu supaya dapat ianya diurus dengan betul, kearah yang lebih kukuh dan lebih bermakna sehingga menjadi :- (a) sama kuah dengan sudu dan (b) akhirnya lebih sudu dari kuah (betul ke perumpamaan ini semua?) . Contoh Terengganu digunakan kerana, pada pendapat saya, mereka menganggap kemenangan 1999 adalah kemenangan Islam secara mutlak (hasil 20 tahun Tarbiyyah). Mereka menolak faktor Anwar dan mereka mengurus kemenangan mereka berdasarkan tanggapan begitu. Saya tidak mahu kesilapan yang sama ber...

Angan2 jadi Pak Menteri?

“Awak ni pun satu. Semua awak nak jawab dalam Blog awak…” Pagi ini saya nak jawab satu lagi isu (sebenarnya dua isu, satu lagi saya akan post lepas ini). Ada yang kata saya perjuangkan PR dengan bersungguh-sungguh dan penuh emosi kerana kononnya saya ini anggan-anggan nak jadi Pak Menteri. Taksub dengan Anwar lah, serang Cikgu Pa lah dan sebagainya, semuanya supaya apa yang dikatakan sebagai cita-cita saya ini akan tercapai. Saya nak cadangkan kepada mereka ini, carilah satu tohmahan yang lain kalau nak tohmah saya pun. Ini adalah kerana bila kerajaan PR ditubuhkan, kuota PAS akan diisi oleh PAS, bukan Anwar ya - minta maaf. Maknanya PAS akan putuskan siapa PAS akan lantik untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri mengikut kuota mereka. Ini bererti kalau saya nak jadi Menteri sangat , ‘bodek’ Anwar pun tak guna! Kena ‘bodek’ Cikgu Pa, Ustaz Nasha dan pemimpin2 PAS yang lain. Malah tindakan saya mengkritik Cikgu Pa dan PAS Terengganu sebenarnya mungkin memalapkan peluang saya untuk dip...

Teresa Kok dan Molotov Cocktail

Rumah ibu bapa Teresa Kok dibaling dengan Molotov Cocktail. Tiada kebakaran yang berlaku, namun tindakan terkutuk ini adalah dianggap sebagai satu taktik jahat oleh "pihak tertentu" untuk menimbulkan ketegangan kaum hasil dari kedudukan mereka yang semakin tersepit. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan jahat ini dan menolak seruan2 berbau perkauman. Saya menyeru pimpinan PAS Pusat, khususnya Dato’ Seri Presiden untuk mengeluarkan satu kenyataan tegas mengutuk tindakan ini dan menyelamatkan orang Islam dari ditarik kedalam kancah politik perkauman sekali lagi. Umat Islam amat memerlukan kepimpinan pada saat ini dan hanya PAS, melalui tindakan cepat dan tepat oleh Presidennya akan mampu mengisi kekosongan ini di kalangan masyarakat Melayu.

Majlis Berbuka Puasa & Ceramah Badar AlKubra

Majlis berbuka Puasa & Ceramah sempena perang Badar AlKubra telah diadakan pada 21 Sept 2008 di Surau Al-Ikhwan, Seksyen U10 Puncak Perdana. Majlis diserikan dengan sumbangan cenderahati kepada warga emas & pelajar cemerlang UPSR masyarakat setempat. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Seksyen U10 Puncak Perdana dengan kerjasama PKM Dun Kota Anggerik, MPP zon 20 dan Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan. Aturcara Majlis: 6:00pm - Lawatan bazar Ramadhan 6:30pm - Majlis sumbangan cenderahati kpd warga emas & pelajar cemerlang UPSR 7:20pm - Iftar/Solat Magrib/Isya'/Tarawikh 10:00pm - Ucapan aluan YB Khalid Samad 10:45pm - Ceramah "Perang Badar AlKubra" 11:45pm - Bersurai Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg terlibat. - Pejabat YB Khalid Abd Samad -

Klip Video Forum Abolish ISA

Berikut adalah sedutan klip video (dlm Bahasa Inggeris) Forum Abolish ISA yg telah diadakan pada 23 Sept 2008. Forum anjuran Democratic Action Party (DAP) ini telah diadakan di Selangor Chinese Assembly Hall. Ahli panel terdiri daripada: Datuk Ambiga Sreenevasan (Presiden Bar Council), Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA - GMI), Lim Guan Eng (Ketua Menteri PP), Teresa Kok (Exco Selangor, YB Seputeh), Nurul Izzah Anwar (YB Lembah Pantai), A. Sivanesan (ADUN Sungkai) dan Khalid Samad (YB Shah Alam). Part 1of2 Part 2of2 Klip-klip video ini adalah ihsan daripada channel dapvideo di youtube. Terima Kasih. - Pejabat YB Khalid Abd Samad -

New poll shows Anwar will be better PM than Najib

By Debra Chong "...But for Khalid Samad, the Pas MP for Shah Alam and an ally of Anwar, the results are frightening for the Pakatan Rakyat alliance. He said the results of the survey showed government media propaganda still held sway, especially among the rural Malays. He is concerned that much of the Malay media has portrayed a negative impression of Anwar as being an "immoral guy" and being a stooge of the United States. "Basically, Umno-Barisan Nasional has been quite successful in conning Malays into believing that Anwar is selling out the Malays and that is the reason for the low percentage of support for Anwar," said Khalid. "These are not very encouraging results if it is representative of the entire population. It means there is a problem. Anwar will have to work harder. "It's important he should have at least a 50-50 situation among Malays. That would suffice," he stressed. But he does not think that the sample poll is a true reflect...

Program Hujung Minggu 26-28 Sept 2008

InsyaAllah YB Khalid Abd Samad akan menghadiri program-program berikut pada hujung minggu ini. Mereka yg berada di kawasan sekitar adalah dijemput untuk turut hadir. Untuk makluman, Program Lujnah Kebajikan pada 27/9/08 adalah lanjutan daripada program sumbangan warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya yg telah diadakan tempohari yg mana masih ada yg belum menerima bantuan. Terima Kasih. - Pejabat YB Khalid Abd Samad -

Klip Video Forum Politik PSM

Berikut adalah sedutan klip video (dlm Bahasa Inggeris) Forum PSM yg telah di hadiri pada 29 Ogos 2008 yg membincangkan halatuju PR selepas kemenagan DSAI di Permatang Pauh. Forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) in telah diadakan di Selangor Chinese Assembly Hall. Ahli panel terdiri dari: Hishamuddin Rais ( tukartiub ), Steven Gan (Ketua editor Malaysiakini), Cikgu Badrul (PKR), Dr Jeyakumar (YB Sg Siput - PSM) dan Khalid Samad (Shah Alam - PAS). Part 7A - On the expectation, Pak Lah, budget and mechanism Part 7B - On whats next for PR and the way ahead Part 8A - On Anwar is NO "prophet" and 916 Part 8B - On the worse case scenario Part 11A - On Selangor and different ideologies Part 11B - On UMNO being religious, solution for better Muslim and corruption Klip-klip video ini adalah ihsan daripada channel patvinmalaysia di youtube. Terima Kasih. - Pejabat YB Khalid Abd Samad -

Isu Artikel Ummahonline

AlhamduliLlah , banyak betul respons yang diperolehi dari pembaca-pembaca blog berhubung temu-ramah saya dengan ummahonline. Ke atas respons mereka saya ucapkan terima kasih. Tak kisahlah yang setuju atau yang sebaliknya kerana saya amat menghargai percambahan pemikiran yang insyaAllah akan menghasilkan satu natijah yang positif bagi parti kita. Malangnya, sebahagian dari mereka hanya membaca petikan yang disiarkan melalui Malaysiakini tanpa merujuk kepada temuramah penuh di ummahonline. Temuramah berkenaan sebenarnya disiarkan secara bersiri dan dibahagikan kepada 3 siri. Dalam temuramah, seperti biasa, saya menjawab soalan yang dikemukakan. Ia berbeza dari Press Statement di mana kita pilih isu dan tajuk sendiri. Sini kita menjawab soalan yang dikemukakan. Boleh juga kalau tidak jawab soalan2 tertentu, tetapi dengan tidak menjawab akan menimbulkan macam2 tafsiran dan andaian. Untuk mendapat gambaran yang tepat, sila baca di ummahonline.com sepenuhnya. Bila dibaca, akan didapati isu C...

Abolish ISA

Satu forum "Abolish ISA" telah dianjurkan di Chinese Assembly Hall pada 23 September 2008. Ahli panel forum tediri daripada: Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Bar Council Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Lim Guan Eng, Ketua Menteri PP Teresa Kok, Exco Selangor Nurul Izzah Anwar, YB Lembah Pantai A. Sivanesan, ADUN Sungkai dan saya sendiri. Forum ini turut dihadiri oleh Marina Lee Abdullah - isteri Raja Petra serta isteri kepada mangsa2 tahanan ISA yg lain. Banyak isu berkenaan ISA telah disentuh dan dibahas oleh ahli panel semasa forum tersebut. Beberapa ulasan boleh didapati seperti di blog Yanz , X'cuse Me , dan juga gambar . Terdapat juga video di youtube oleh mediarakyat: Marina Lee , Datuk Ambiga dan Nurul Izzah . Bersama Hapuskan ISA!

Pas Still Insists on Muslim-majority Govt

By Adib Zalkapli "...Pas Shah Alam MP Khalid Samad admitted that having a majority of Muslim MPs has always been a condition set by Pas for Anwar to form a new government, but added that it is to ensure stability. "When we take over the government, and we don't have a Muslim majority, Umno may capitalise on it, and resort to creating social unrest," he told The Malaysian Insider. He is also worried that the ruling party may not be willing to give up power when the time comes. "At the state level, it may not be as sensitive when we form the government with non-Muslim majority," he added..." More from The Malaysian Insider

Majlis Sumbangan Lujnah Kebajikan Shah Alam

Satu majlis sumbangan anjuran Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Shah Alam telah diadakan di dewan Orang Ramai Padang Jawa, Klang pada hari Sabtu 20hb Sept 08, Jam 2.30 petang. Alhamdulillah seramai 120 orang telah menerima sumbangan dari pihak kawasan Shah Alam sempena menyambut Aidilfitri yg bakal menjelang. Majlis telah dirasmikan oleh YB Khalid Abd Samad dan penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh YB sendiri, isteri beliau - Dr. Zaitun Abu Bakar, Tim. Muslimat PAS Kawasan Shah Alam - P n Zarina Zulkifli dan Naib YDP PAS Kawasan Shah Alam - En Azli Yusof. Pejabat YB Khalid Abd Samad

Perkembangan Mutakhir isu 16 September

Dollah tidak mahu panggil sessi khas Parlimen untuk membahas usul ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau seperti yang diminta oleh PR. Saya berpendapat tiada pilihan lain kecuali DYMM Yang diPertuan Agung sendiri campur tangan dan mengesahkan samada Dollah masih sah sebagai Perdana menteri atau sebaliknya. Pihak PR telah berusaha untuk menyelesaikan isu ini secara terhormat, pertama dengan meminta bertemu dengan Dollah untuk membincang persoalan ini secara tertutup. Setelah beliau menolak, PR meminta dipanggil sidang khas Parlimen. Ditolak juga. Seterusnya tiada lagi apa-apa pilihan selain campur tangan Agung. Sekiranya dakwaan Anwar betul bahawa Dollah tidak lagi memilikki sokongan majoriti Ahli Parlimen, maka dengan sendirinya kedudukan Dollah sebagai Perdana Menteri sudah tidak sah. Agung, pada masa itu berhak meminta Dollah letak jawatan dan melantik orang yang memilikki kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai PM baru. Oleh kerana dakwaan Anwar telahpun dibuat, bukan ...

Persoalan Awlawiyyat (Priorities)

Ada yang berkata, “awak pun satu hal. Semua soalan awak nak jawab! Kalau orang dah tak suka, kata apa pun tetap takkan suka”. ‘Au kama kall’ atau lebih kurang begitulah kata2nya yang boleh dilihat diruangan komen pembaca blog ini atau sepertimana posting terbaru Jed Yoong . Mungkin betul juga kata2 mereka ini. Tetapi, sebenarnya saya tuju bukan pada pengkritik tetapi mereka2 yang membaca tulisannya. Takut2 mereka terpengaruh. Sebagai contoh pengkritik yang menyatakan di Terengganu walaupun PAS tak memerintah dan hanya pembangkang tetapi mereka lebih berjaya dari PAS Selangor yang memerintah bersama PR. Di Terengganu konsert2 dan sebagainya katanya dapat dihalang tetapi di Selangor semua kecut perut kecuali Pemuda dan Ulama’ dan tak sanggup menegur. Tidakkah pengharaman konsert dan maksiat yang lebih ‘awla’ atau priority?, bertanya beliau. Mungkin ada yang menganggap komen ini remeh dan tidak perlu respon tetapi saya rasa inilah di antara sikap yang perlu ditangani oleh ahli PAS Tereng...

Mentaliti Suka Haramkan

Petikan artikel dan gambar dari Malaysiakini oleh Jimadie Shah Othman: "...Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad. “Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki. Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual..." ikuti ulasan selanjutnya dlm versi percuma Bahasa Malaysia di Malaysiakini

Elakkan Prejudis Terhadap Pakatan Rakyat

Petikan artikel dan gambar daripada wawancara Ummahonline oleh Aqil Fithri: "... Kita lihat sudah beberapa kali Ustadh Hadi menekankan soal “Ketuanan Islam”, sementara dalam waktu yang sama pula Anwar Ibrahim menekankan soal “Ketuanan Rakyat”. Di sini jelas sekali, terdapat dua gagasan yang berbeza. Satu kembali pada agama, yang kedua kembali kepada rakyat. Apakah ini menunjukkan perbezaan yang ketara antara PAS pimpinan Ustadh Hadi dengan Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat? Konsep Ketuanan Islam memang dasar perjuangan PAS. Tetapi sekarang ini memang kita tidak mampu untuk melaksanakannya, sama ada kita berkerjasama dengan PR ataupun kita seorang diri. Malah, kalau kita kerjasama dengan Umno sekalipun, kita tentu tidak boleh melaksanakannya. Tapi, persoalannya ialah, bila kita berkerjasama dengan PR, adakah langkah tersebut memberikan kepada kita peluang untuk berkerja dengan lebih luas supaya konsep ini dapat diterima oleh masyarakat? Kalau kita fikir boleh, maka elok ...

Semangat Kroni si-Anu

Anti-husam tak buat homework yang diberi. Tak tahu jawapan sebenarnya kot. Main tembak sesuka hati. Yang orang suruh buat tak buat, buat kerja lain pula! Dia sebut, “mungkin Khalid Samad sudah lupa bagaimana Cikgu Pa menolongnya dulu”. Dengan kata-kata inilah bermulanya amalan politik kroni. Aku tolong kamu dulu, kamu tolong akulah pula sekarang! Kita saling tolong menolong kerana kita sama-sama kroni! Tak kisahlah apa yang saya cakap tu tak betul dan sebagainya. Lepas itu mula pula berkelompok2. Kroni si-Anu bersatu naikkan si-Anu dan jatuhkan si-Ani dan sebagainya. Budaya inikah yang ingin sebenarnya dianjurkan anti-husam? Silap2 yang dia anti sangat Husam pasal dia kroni si-Anu yang nak dinaikkan dan untuk itu perlu dijatuhkan Husam. InsyaAllah, dalam PAS tidak mahu diadakan amalan politik kroni yang sebegini. Kita tolong orang dengan ikhlas kerana dengan menolong seseorang itu kita yakin kita menolong perjuangan Islam. Kita tegur orang pun dengan ikhlas kerana kita yakin tegura...

Pembebasan Teresa

Saya dilantik sebagai salah seorang AJK Kokus berkenaan usaha pembebasan YB Teresa Kok. Pada hari Khamis satu rombongan delegasi Kokus ini telah pergi nak jumpa IGP. Beliau tak nak jumpa. Tinggal surat dengan pegawainya sahaja meminta tarikh untuk bertemu. Tak sempat Kokus berfungsi, Alhamdulillah, Teresa dibebaskan dari tahanan ISA pada hari Jumaat! Tahniah! Mungkin perlu ditubuhkan juga Kokus peralihan kuasa BN ke PR kut? Nampak gaya, Kokus ini begitu efektif! Sekarang Teresa menyaman pihak berkenaan atas penahanan beliau. Karpal yang membawa kes. Polis dan Utusan siaplah kamu!

Mesyuarat MKT UMNO - kedudukan PM

Mesyuarat MKT UMNO selesai diadakan pada hari khamis lepas. Kedudukan Dollah semakin meruncing. Kalau pada 9hb Oktober disahkan beliau tidak mendapat pencalonan yang mencukupi, walaupun dengan undi subsidi, tempoh pemerintahan Dollah akan berakhir! Teringat pula saya kisah si Khairy Jamaluddin, ‘anak menantu’ PM yg sering mengutuk pemikiran ‘ketagih subsidi’ yang kononnya ingin diterap oleh PR di kalangan rakyat. Sekarang siapa pula yg ketagih! Najib akan mengambil alih sebagai Presiden dan Dollah mungkin dikekalkan sebagai ‘ lame duck Prime Minister ’ buat seketika. Dia akan diarah berundur bila sahaja diinginkan oleh Najib. Ada yang berkata, pada masa itu Rosmahlah yang akan memerintah Negara Malaysia ini. Harap2 PR bergerak cepat dan Agung dapat menyelamatkan Negara kita ini dari masa depan yang sebegitu.

An Effective Opposition

Someone commented that the PR are too busy ‘ bragging ’ about taking over the Federal Government that it has forgotten its responsibility of being an effective opposition. Well, I really do not know the yard-stick which he or she uses but given the circumstances I think we have performed considerably well. So well in fact that the Parliament is nowadays attended by many interested parties who wish to witness the debates brought on by the Opposition, i.e. PR. Perhaps the ‘someone’ concerned isn’t fully aware of what has been happening and I wish to use this opportunity to enlighten everyone of what has been done in the Parliament all this while. What we have done and achieved in the PR states I will not go into here as the issue is ‘an effective opposition’ presumably in Parliament. During the first Parliamentary session held from the 28th of April up to the 29th of May, the main order of meeting was the King’s inaugural speech. The issues raised by the Opposition following the speech s...

Perkembangan Semasa

17hb September – PC di pejabat PKR Pengumuman khas pertukaran jawatan di antara Dollah dan Najib telah diumumkan oleh Dollah. Ianya dianggap sebagai tindakan ‘konsilotori’ atau perdamaian yang diusahakan oleh Dollah. Dengan memberi Najib pegang jawatan sebagai Menteri Kewangan maka lengkaplah CV Najib untuk jadi PM. Dikatakan akan diawalkan, tidak lagi 2010 tetapi mungkin awal 2009. Dengan tindakan segera Dollah ini diharap mesyuarat MKT esoknya akan aman tenteram. Kalau tidak didengari akan ada usaha jatuhkan Dollah semasa mesyuarat itu juga. 18hb September – Perkembangan Mutakhir isu 16 September Perjumpaan di pejabat PKR jam 11 pada 18hb September telah memutuskan surat dihantar kepada Dollah meminta beliau memanggil satu sessi khas Parlimen. Sessi ini adalah untuk PR memaklumkan MP2 bersama PR yang sekarang ini sudah melebihi MP2 BN. Sessi Parlimen khas ini hendaklah diadakan dengan kadar seberapa segera memandangkan kedudukan Dollah sebagai PM tidak lagi sah. Surat ke Dollah akan ...

Taksub Anwar

Semasa himpunan Hari Malaysia di Stadium Kelana Jaya, ada yang kata saya taksub sangat terhadap Anwar sehingga ucapan beliau diulas. Dikatakan kalau Tuan Guru Haji Hadi berucap saya tak akan berbuat demikian. Mana dia tahu? Ramai yang perasan kashaf Ramadhan ini. Respons saya mudah sahaja: 1. Saya taksub hanya terhadap Allah dan Rasulnya serta kemenangan perjuangan Islam. Itu sebab saya bersama PAS selama lebih 25 tahun. 2. Saya ingin meletakkan PAS yang membawa perjuangan Islam ke tengah2 arus perdana politik semasa dan bukan di pinggirannya. 3. Memang Tuan Guru Hj. Hadi dijemput hadir bersama tetapi tahulah jadual pemimpin2 PAS, kalau bulan Puasa khususnya, program dah susun berbulan sebelum itu. Maka beliau tidak dapat hadir. Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS yg sepatutnya menggantinya. 4. Saya pun hadir selepas program ‘ Al-Quds ’ di Stadium Melawati, Shah Alam. Tiba kebetulan bersama Ustaz Ahmad Awang yang juga terlewat tiba. Slot beliau untuk berucap terpaksa diis...

Kemenangan di Sanglang dan penolakan petisen BN untuk Manir

Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Hashim Jasin atas kemenangan beliau kali ke-2! Kali pertama semasa PRU dan kali kedua di Mahkamah. Ini di anatra kepelikan Malaysia. Menang sekali di PRU tak cukup bagi sesetengah kerusi. Kena menang sekali lagi di Mahkamah. Calon BN pun bukan dia tak tahu yang dia kalah. Tetapi atas semangat ‘demokratik’nya BN maka dia nak nafikan juga kemenangan kepada Ustaz Hashim Jasin. Ustaz Hashim memang tabah dan hebat orangnya dan memang layak sangat untuk menjadi ADUN di Sanglang. Saya bersama beliau semasa saya bertanding di Parlimen Arau pada tahun 1990. Tahun Kelantan kembali ke PAS melalui strategi Tahalluf Siyaasi APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dengan Semangat 46. Tahniah sekali lagi kepada Ustaz Hashim Jasin. Semoga bergegar DUN Perlis dengan kemasukan beliau. Tahniah juga kepada Ustaz Harun Taib yang disahkan kemenangan beliau di Manir sekali lagi melalui mahkamah. Semoga kekuatan di Terengganu terus dipertahankan dan dibina.

Pakatan Rakyat Sudah Memenuhi Syarat Pas

Petikan artikel dan gambar daripada wawancara Ummahonline oleh Aqil Fithri: ''... Pakatan Rakyat telah memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Pak Lah supaya proses peralihan kerajaan dapat dilakukan dengan lebih lancar dan licin. Tapi bagaimana sekiranya Pak Lah tidak melayan permohonan tersebut. Apakah tindakan Anwar khususnya, atau Pakatan Rakyat (PR) amnya? Pertama sekali, kita harus memberi peluang kepada Pak Lah untuknya menunjukkan diri sebagai seorang yang bermaruah dan bertanggungjawab. Ini penting supaya Pak Lah dapat mendengar apa yang ingin kita katakan dan kemudian mengambil-kira hakikat bahawa PR mempunyai majoriti yang bersama kita. Jadi, kita beri Pak Lah peluang dan melakukan perbincangan secara tersusun serta secara tertib tentang proses peralihan kuasa. Ini bagi memastikan segala penyerahan maklumat, perpindahan tugas, dan lain-lain yang sepatutnya dilakukan dari kerajaan lama kepada kerajaan baru dapat dilaksanakan dalam keadaan aman damai. Sekiranya Pak L...

Sinar Harapan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, Dalam keghairahan menantikan detik perubahan hasil arus politik baru, sambil berusaha sedaya yang mampu, di waktu negara kita menghadapi saat yang penting dan bersejarah, saya menyeru kepada segenap lapisan masyarakat mahupun mereka yang masih setia di bawah payung UMNO Barisan Nasional – agar sama-sama berdoa semoga negara kita akan kekal aman dalam apa jua keadaan. Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengingatkan diri saya dan para sahabat sekalian akan tujuan asal atau niat sebenar di sebalik perjuangan ini, iaitu keredhaan Illahi melalui menegakkan yang baik (makruf) dan mencegah yang jahat (mungkar). Termasuk di dalam istilah ‘baik’ ialah sebuah kerajaan yang adil dan ‘jahat’ ialah kerajaan yang zalim dan menyeleweng. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua. Khalid Abd Samad

Perkembangan Semasa

15hb September - Himpunan di Stadium Kelana Jaya Ada yang kata 25,000 orang ada yang kata 40,000 orang. Saya masih tak pandai nak estimate dalam suasana yang sebegitu. Pokoknya cukup ramai sehingga nak letak kereta pun kena jauh-jauh kerana kawasan letak kereta telah melimpah ruah. Dalam perhimpunan itu jelas terserlah semangat Malaysia dengan kehadiran rakyat berbilang kaum yang hadir dengan satu matlamat dan satu harapan. Supaya kerajaan BN digantikan secara aman damai dengan kerajaan PR. Yang significant dalam ucapan Anwar, di antara lain :- 1. Bahawa UMNO sedang menggunakan isu perkauman dan rakyat perlu waspada. 2. Bahawa orang bukan Islam tiada apa-apa niat untuk mencabar kedudukan Islam dan ucapan ini disambut dengan sorakan gemuruh menyatakan setuju dari seluruh yang hadir. 3. Bahawa orang bukan Melayu tiada niat untuk menyekat atau mencabar hak orang Melayu dan sekali lagi disambut oleh sorakkan gemuruh menyatakan setuju. 4. Bahawa orang bukan Melayu dan bukan Isl...

Perletakkan Jawatan oleh Datuk Zaid Ibrahim

Saya turut ingin mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Zaid Ibrahim atas kesanggupan beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap penangkapan di bawah ISA baru-baru ini. Sikap tegas dan berprinsip yang ditunjukkan oleh Datuk Zaid sememangnya merupakan satu keanehan dalam budaya BN yang selama ini terkenal dengan sikap ‘pak angguk’ Menteri2 dan MP2 mereka. Tahniah Datuk Zaid! Sambil itu tindakan ini merupakan satu isyarat yang jelas bahawa pentadbiran BN di bawah kepimpinan Dollah Badawi sedang berada di penghujung hayatnya. Zaid menyifatkan tangkapan ISA sebagai ‘the last straw’ atau tindakan melampau terakhir yang menyebabkan beliau membuat kesimpulanmeletak jawatan sebagai Menteri Undang-undang.

Tell Me More...

Below are few more questions received through the email that has been forwarded to me from the same group of people as in my previous post. I find some of the points are rather interesting to discuss as the views comes from those who see Malaysia from abroad. 1. How can the government in waiting prove itself? Show us the shadow cabinet and show us that it can govern. Take the shadow ministries in the UK – they make it a point to be critical of government policies, and more importantly, they take steps to keep us informed re the changes they would implement, or how they would respond to situations if they were in power. A brilliant example is the way in which Vince Cable, in his role as the Lib Dem’s shadow chancellor, responded to the Northern Rock crisis. Give future PR ministers a portfolio each, show us their vision. I take this suggestion positively and do not consider it as a way of trying to show up the PR. It is really a great idea. However hampered by the following:- • The B...