Skip to main content

Tanya Pak Khalid

  1. Fazna memberi komen berkenaan isu jawatan dalam parti apabila kita telah senang (menang). Terima Kasih atas peringatan tuan. Saya sebenarnya menolak konsep ‘Ghanimah’ (war booty) dalam konteks perjuangan kita sekarang kerana kita bukan turun ke medan perang. Bila Rasulullah (SAW) masuk Madinah, tiada Ghanimah yang diambil dari penduduk kota tersebut kerana mereka menerima secara rela dan menyambut Rasulullah dengan baik. Begitu juga apabila rakyat mengundi kita. Ianya dilakukan secara rela dan tiada peperangan, maka soal Ghanimah tidak timbul. Jawatan2 mesti diterima sebagai satu amanah dan bukan hadiah atau Ghanimah.
  2. Saudara Hafiz pengendali laman blog surau2faber bertanya berkenaan kuil2 hindu yang baru diluluskan dan akan ada satu tempat beribadah yang mengabungkan semua agama akan dilakukan di Selangor. Sebenarnya maklumat itu tidak tepat kerana yang ingin dilakukan ialah menggantikan kuil2 yang sedia ada yang telah wujud selama beberapa puluh tahun dengan tapak yang lebih sesuai. Ini adalah kerana kuil2 berkenaan berada di tapak asal semenjak sebelum ladang getah dibeli oleh pemaju atau PKNS untuk tujuan pembangunan. Bila dibeli, pekerja dipindahkan tetapi kuil2 mereka tidak dipindahkan sekali atau ditangani secara bertanggung jawab. Maka PR mewarisi masalah ini yang telah diabaikan oleh BN. Akhirnya kuil2 ini ada yang tiba2 dikelilingi rumah orang-orang Melayu dan ini menimbulkan ketegangan. Masalah ini perlu ditangani secara adil dan inilah tuntutan Islam.
    Satu kawasan yang meletakkan semua rumah ibadah bukan Islam telah diwujudkan oleh pentadbiran lama di Seksyen 18. Kuil Hindu, Sikh, Buddha dan sebagainya ingin mereka longgokkan di satu ‘kompleks’. Tidak hairan, ramai dari orang bukan Islam tidak setuju kerana ia boleh juga menimbulkan ketegangan, lebih-lebih lagi sekiranya ada perayaan berbeza pada hari yang sama. Sekali lagi kita terpaksa mewarisi masalah yang ditimbulkan BN.

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan