Skip to main content

Tahniah Pengundi Pematang Pauh

Dengan majoriti sebanyak 15,671 undi, mereka telah pulangkan DSAI ke Parlimen. Ini menunjukkan kematangan pengundi yang tidak mudah tertipu dengan isu-isu murahan yang dibawa oleh BN. Kematangan politik yang ingin membawa Malaysia ke arah zaman politik yang baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan.

UMNO/BN masih terperangkap dalam era politik yang lama. Mereka begitu terpinggir dari suasana dan kesedaran politik yang baru dan hingga hari ini masih terpingnga-pingnga dengan apa yang sedang berlaku. Zaman mereka telah berakhir dan tidak ada bukti yang lebih jelas berakhirnya zaman mereka selain dari keputusan Pilihan Raya.

Comments

Anonymous said…
salam,
"UMNO/BN masih terperangkap dalam era politik yang lama. Mereka begitu terpinggir dari suasana dan kesedaran politik yang baru dan hingga hari ini masih terpingnga-pingnga dengan apa yang sedang berlaku". saya sangat setuju dengan kenyataan ini.

dan yang lebih penting, kenyataan itu juga sebenarnya adalah ingatan kepada ahli pas dan pakatan rakyat sendiri. semoga kita tidak terperangkap dengan lingkungan masa dengan pemikiran yang entah apa2. ambillah pengajaran daripada kesilapan umno/bn itu.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...