Skip to main content

Rang Undang-Undang DNA

Semenjak hari Isnin 25hb Ogos, kita berbahas rang undang-undang di atas. Sepertimana yang saya sebut, MP Pakakatan Rakyat beraksi dengan begitu hebat mengemukakan hujjah demi hujjah mengapa Rang Undang-undang ini perlu diserahkan kepada sebuah jawatankuasa pilihan (select committee) sebelum di kemukakan kembali untuk kelulusan di peringkat induk. Seperti biasa, walaupun mengemukakan hujjah2 yang kukuh, sehingga menyebabkan beberapa MP BN menyatakan persetujuan mereka dengan hujjah kami, ianya ingin diluluskan juga. Memandangkan ketidak sungguhan pimpinan BN dalam membahaskan rang undang-undang ini dan arahan mereka kepada semua MP BN untuk menyokongnya, maka kami keluar dari dewan sebelum amalan belah-bahagi (mengundi) dilakukan.

Tuan2 sendiri cuba fikirkan yang berikut:
  1. Rang undang-undang ini memberikan kuasa untuk pihak polis mengambil ‘dengan segala cara yang perlu’ sesuatu sampel yang tidak intim daripada seorang yang ‘semunasabahnya disyaki melakukan kesalahan’.
  2. Sampel ini diproses dan profil DNA yang diperolehi disimpan di Bank Data DNA yang mana Ketua dan Timbalan Ketua Bank Data DNA ini adalah pegawai polis!
  3. Ketua Bank DNA ini diberi hak ‘untuk membetulkan butir2 dalam profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya’ dan kuasa pembetulan ini ‘hendaklah dijalankan oleh Ketua Bank Data DNA secara sendirian’
  4. Maklumat daripada Bank Data DNA adalah ‘suatu bukti muktamad! Maknanya kalau dikatakan ini DNA kamu, tiada siapa boleh pertikaikan dan kamu tidak boleh membawa apa2 keterangan untuk membuktikan sebaliknya.
  5. Menteri, Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA, pegawai perubatan kerajaan atau ahli kimia yang terlibat dalam sesuatu kes tidak boleh didakwa (KEBAL) berkenaan ‘apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati (???) dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini’.
Ini apa punya undang2 ini. Pihak tertinggi polis yang terkenal dengan peranan mereka dalam kes DSAI dulu diberi kuasa menyeluruh untuk mengenakan sesiapa sahaja yang ingin mereka kenakan melalui undang-undang ini.

Apa nak jadi pada Negara kita ini? Down... and further down the drain!!!

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...