Sekali lagi TV3 nak menjadi tukang adu-domba PR. Kenyataan DS Presiden dikotak-katikkan dan kita tidak tahu apa yang disebut sebelum dan selepas kenyataan itu. Memang betul, masalah Negara bukan salah Dollah Badawi sahaja dan dia mewarisinya tetapi dia merupakan ahli kabinet dari dulu lagi! Makan gaji free sahaja ke pada masa itu? Dia mesti juga dipertanggung jawabkan dan saya pasti DS Presiden menyebut ini juga tetapi seperti biasa tidak disiar. Begitu juga dengan soal penyelewengan yang berterusan, termasuklah kedudukan Najib, Khairi dan yang lain-lain.
Bertenang dan jangan cepat melenting………..!
Bertenang dan jangan cepat melenting………..!
Comments
selain itu mereka masih tenggelam dalam nafsu serakah hubbuljah (cinta kemegahan/kedudukan),hubbulmaal (cinta harta) dan hubbusyahawat (cinta nafsu seks.
maka tidak peliklah kalau tindakan, perbuatan dan ucapan mereka tersasar hingga menjadi dosa, fitnah dan kemusnahan.
mereka belum juga mengambil 'iktibar dari tsunami PRU12 dan PRKecil Permatang Pauh.
tapi kalau berterusan demikian, baguih jugak. rakyat makin benci kepada mereka dan nanti tahu membuat pilihan kepada PR pula.
saya mengabil sikap berkecuali dalam hal ini. mungkin dato' presiden ada mengulas lebih lanjut tetapi tidak disiarkan. tetapi ada kemungkinan juga memang itulah kenyataannya.
saya mungkin keterlaluan, tetapi saya rasa ada yang perlu diperbetulkan.
ketika pihak lain memang selalu boleh dipersalahkan, sikap sendiri juga perlu diperhatikan.
contoh:
saya (dan rasanya ramai yang lain) terkenang selalu kpd almarhum ust fadzil. mengapa? antaranya, beliau sering lincah dan ke depan setiap kali ada isu nasional atau internasional. masyarakat melihat pas sebagai aktif dan proaktif.
sekarang, saya sangat kecewa apabila sesuatu komen selalunya didahului pihak lain. lim kit siang atau dap, misalnya. mengapa?
apa peranan pas dan setiausaha2 yang sedia ada? di mana tempat pas dalam isu semasa? lebih malang jika komen itu bukan mematikan isu, sebaliknya menjadikan ia lebih kronik dan menyukarkan untuk dijawab.
(entah sesuai entah tidak komen ini. terserah kpd yb memikirkan)