Skip to main content

Isu Semasa

PAS Keluar PR
Pada mulanya perlu dijelaskan di sini bahawa Dato’ Seri Presiden tidak menyebut “keluar PR pada 16hb September” semasa berucap di dalam program tertutup di kalangan pimpinan PAS Pulau Pinang. Adalah difahamkan beliau hanya menyebut bahawa sekiranya kerajaan PR ditubuhkan di peringkat Pusat dan seterusnya didapati bahawa ianya meminggirkan Islam maka PAS tidak akan mengorbankan kepentingan Islam demi PR. Itu pun, ianya disebut di penghujung ucapan beliau setelah menekankan dan menegaskan perlunya PAS bersama PR untuk memenangkan PR di Permatang Pauh! 95% dari ucapan beliau ditujukan kepada persoalan mengukuhkan PR dan 5% yang terakhir hanya sebagai cakap lapik untuk menyenangkan hati beberapa sahabat yang malangnya kelihatan terpengaruh dengan dakyah UMNO.

Dakyah yang dimaksudkan ialah tuduhan bahawa kerajaan PR akan dan telah meminggirkan kepentingan Islam dan orang Melayu. Inilah apa yang sering ditonjolkan oleh UMNO dalam program mereka dan ucapan-ucapan mereka, bahawa Melayu dan Islam tergadai bawah PR! Sedangkan kita tahu dan sepatutnya semua orang PAS, lebih lebih lagi pemimpin-pemimpin PAS, tahu dan faham bahawa yang merosakkan kedudukan orang Melayu dan Islam selama ini adalah UMNO.

Kita telah melihat bagaimana UMNO telah melenyapkan tulisan jawi, meminggirkan para alim ulama’, memecat mereka, memindahkan guru-guru agama atas dasar politik, menarik balek bantuan kepada sekolah ugama rakyat dan sebagainya. Wang Negara yang berbillion-billion yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan rakyat, termasuk Islam dan ummatnya, telah ditelan dengan halobanya oleh pemimpin pemimpin mereka. Selepas itu bagaimana kita boleh percaya dakwaan mereka bahawa PR yang meminggirkan Islam? Ini cukup menghairankan!

PAS & UMNO - Once bitten, Twice shy
Ianya adalah kerana mereka ini tidak pernah mempunyai apa-apa interaksi dan ‘engagement’ dengan orang bukan Islam. Oleh itu mereka dapati diri mereka kaku, tidak tahu arah tuju yang jelas dan tidak tahu juga cara untuk menangani keadaan yang baru ini. Malangnya mereka tidak mahu belajar dan sebaliknya ingin PAS kembali kepada golongan yang mereka biasa dengannya, iaitu orang Melayu Islam. Pada masa yang sama mereka secara sedar atau tidak sedar berusaha untuk menggagalkan usaha PAS untuk terus bersama PR. Itulah sebabnya mengapa mereka mengeluarkan maklumat yang kurang tepat berhubung ucapan Dato’ Seri Presiden.

Mereka pada masa itu memahami sebab mengapa mereka menentang UMNO tetapi mereka tidak memahami arah yang ingin ditujui PAS. PAS sebenarnya mahu Islam dilihat oleh seluruh rakyat, keluar dari kepompong Melayu-Islam dan menyuarakan dan membuktikan kehebatan Islam kepada semua. Ini yang sedang kita usahakan tetapi mereka malangnya tidak faham. Di bawah UMNO dulu, Islam bagaikan permata yang dimasukkan kedalam sebuah mangkuk yang penuh dengan permata kaca atau permata palsu. Masyarakat tak nampak kehebatan Islam dan menganggapnya kaca juga. Sekarang, bebas dari UMNO, PAS kena keluarkan permata Islam ini, bezakan dari semua yang palsu supaya kehebatan Islam menyerlah!

Cabaran yang dihadapi PAS sekarang dalam usaha untuk menjadikan Islam itu lebih dominan ialah untuk berinteraksi, berdialog dan berhujjah. Kita diberi peluang keemasan untuk membuktikan kemampuan Islam, secara terbuka dan secara praktikal dengan kita duduk bersama PR dan memerintah beberapa negeri. Zahirkan keterbukaan Islam, keadilan Islam serta kesucian Islam dalam kita berkongsi memegang tampuk pemerintahan sekurang-kurangnya dari sudut budaya kerja kita, wawasan dan pandangan kita serta keprihatinan kita terhadap rakyat. Tak perlu kita menuntut dan mendesak “Islam mesti menjadi dominan” tetapi sebaliknya kita usahakan sehingga ianya diterima sebagai yang dominan. Tidakkah kita ini sedang dalam fasa dakwah, samada bil lisan atau bil hal (melalui percakapan dan perbuatan)?

Sekiranya kita gagal menyakinkan anggota pakatan yang lain akan keberkesanan pendekatan Islam dalam sesuatu persoalan, jangan kita persalahkan PR tetapi sebaliknya salahkan kekurangan kita. Seterusnya cari jalan mengukuhkan hujjah kita supaya dapat kita yakinkan mereka pada masa yang akan datang. Mereka bukan menentang kita, hanya mereka belum faham dan belum nampak lagi kelebihan Islam. Kita yang kena zahirkan.

Presiden PAS sebagai Perdana Menteri
Siapa jadi Perdana Menteri bergantung kepada siapa yang mendapat keyakinan dan sokongan teramai di kalangan ahli Parlimen. Kalau PAS boleh bekerja keras mendapat keyakinan ini tiada masalah. Tetapi hakikatnya, buat masa ini, ianya tidak mungkin. Dalam keadaan itu kita perlu memikirkan calon yang paling sesuai yang akan membenarkan kita terus bergerak di kalangan masyarakat dan tidak menyekat kita. Kita perlukan calon yang akan bersetuju menyokong kerajaan Negeri di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dan tidak menganak-tirikan negeri-negeri ini. Sambil itu kita melebar-luaskan sokongan terhadap kita, bukan melalui tuntutan dan desakan tetapi sebaliknya melalui amalan kita yang mana menzahirkan keadilan kita dan kemampuan kita.

Kepimpinan Islam tidak dimenangi melalui tuntutan, desakan atau ugutan. Ianya dimenangi melalui terpikatnya hati manusia terhadap keadilan dan kehebatan syaksiyyah (keperibadian) muslim yang dizahirkan. Ini yang kita di dalam PAS sebut berkali-kali di kalangan kita dan melalui usrah dan kuliyyah kita. Sekarang kita amalkan dan kita usahakan.

Comments

Anonymous said…
Once bitten twice shy, tapi kenapa realitinya kita tidak sedemikian. Benar Umno musoh Islam selama ia tidak kembali pada dasar Aqidah Islam tapi persoalannya apa beza Semangat 46 dengan PKR!? Jangan sekali-kali berpendapat yang banyak itu benar kerana selalu yang banyak itu bermuka dunia. Pakatan Rakyat menjauhkan semula masyarakat bukan Islam daripada Islam. Sedarlah wahai bekas YDP Batu, jawatan itu adalah amanah!

Badrol Hisham Hassan Basri
fisalqomar@yahoo.com

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan