Skip to main content

Islam & Melayu

Kedudukan Melayu dan Islam termaktub di dalam perlembagaan. Semua kerajaan mesti patuh kepada apa yang termaktub ini dan tiada cara untuk mereka menukarkannya kecuali mendapat 2/3 majoriti dan juga restu DYMM Yang DiPertuan Agung. Itu bukan kerja mudah. Isu ini hanya mainan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya kembali sokong UMNO.

Sebenarnya dalam pertemuan dengan YAB PM dan mantan MB selepas sahaja pilihanraya umum mereka cuba nak ‘psycokan’ kita. Mereka telah berkata “PKR ada 15 kerusi DUN dan DAP ada 13 sedangkan PAS hanya ada 8. PAS tidak sepenting DAP kepada PKR, lebih lebih lagi selepas kerajaan Negeri selesai dibentuk. Malahan, mereka boleh terus memerintah tanpa PAS kerana sudah mempunyai 28 kerusi dan seorang speaker. Kalau PAS cakap lebih, mereka boleh minta PAS keluar. Tetapi PKR perlukan DAP dan oleh itu PKR akan tunduk kepada tuntutan DAP”.

Mendengar hujjah YAB PM, kita menjawab balik; “Itu mudah diatasi YAB. UMNO arahkan 5 dari ADUN UMNO lompat masuk PAS dan dengan itu PAS juga ada 13. Dengan itu PKR tidak lagi perlu bergantung kepada DAP”. Bila mendengar cadangan ini, YAB PM geling kepala sambil berkata tidak boleh.

Respons YAB PM itu sendiri menunjukkan bahawa keadaan tidak segenting mana yang digambarkan. Sekiranya genting sudah pasti dia bersetuju. Ia juga merupakan bukti bahawa isunya bukan keselamatan Melayu dan Islam tetapi sebaliknya keselamatan dan kesinambungan UMNO yang mereka fikirkan.

Lagipun kita perlu yakin orang Cina dan India tidak mahu mencabar kedudukan Islam dan orang Melayu. Mereka hanya inginkan keadilan untuk kaum mereka. Yang miskin di kalangan mereka perlu pembelaan juga. Yang mendapat keputusan cemerlang perlu pengiktirafan dan sekiranya dari keluarga miskin, perlukan bantuan. Mereka juga rakyat kita yang mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang memerintah.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...