Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Kenyataan Dato’ Seri Presiden di TV3

Sekali lagi TV3 nak menjadi tukang adu-domba PR. Kenyataan DS Presiden dikotak-katikkan dan kita tidak tahu apa yang disebut sebelum dan selepas kenyataan itu. Memang betul, masalah Negara bukan salah Dollah Badawi sahaja dan dia mewarisinya tetapi dia merupakan ahli kabinet dari dulu lagi! Makan gaji free sahaja ke pada masa itu? Dia mesti juga dipertanggung jawabkan dan saya pasti DS Presiden menyebut ini juga tetapi seperti biasa tidak disiar. Begitu juga dengan soal penyelewengan yang berterusan, termasuklah kedudukan Najib, Khairi dan yang lain-lain. Bertenang dan jangan cepat melenting………..!

Bajet Sepintas Lalu - Harapan Baru Malaysia?

Bajet 2009 merupakan bajet ciplak murahan yang tidak bermutu dan tidak menepati sasaran. Di antara yang menarik : Bil letrik RM20 ke bawah tidak perlu dibayar! SU Kawasan Tanjung Karang semalam habis pusing satu kampong; tak seorang pun mempunyai bil RM20 ke bawah maka tiada manfaat! Cukai Biskut Impot dan Air Buah-buahan impot akan dimansuhkan! Berapa ramai orang kampung makan biskut impot dan minum air buah-buahan impot? Projek-projek Mega yang berkoridor-koridor akan diteruskan! Bahagia sungguh kroni2 yang dah tahu mereka mendapat projek2 ini. Janji2 manis untuk Sabah dan Sarawak tetapi orang Sabah kata biasa dengar semenjak dulu lagi. Masalah Inflasi dan harga minyak masih kabur penyelesaiannya. Bajet 2009 tetapi bonus kakitangan kerajaan dibayar Sept. 2008! Itu bukan Bajet 2008 ke? Bonus ini pun tiada manfaat kepada yang bukan kakitangan kerajaan. Isu Gaji minima - diam. Dalam Bajet pun sebut bab MP BN lompat masuk PR ke? Phobia betul PM. Maklumlah ramai yang tak sanggup tanda-tan...

Isu DAP, Azan dan Penulisan Cina

Ada bertanyakan saya berhubung isu DAP yang kononnya ingin melarang azan dikumandangkan serta nama jalan yang ditulis dengan tulisan Cina. Sebenarnya banyak maklumat berhubung isu ini disiarkan melalui internet dan kesahihannya agak diragui. Soal orang bukan Islam dan orang Melayu yang komplain berhubung azan telah lama kita dengar. Saya rasa sekiranya ada aduan dari beberapa penduduk di kawasan tertentu yang mana ADUN mereka adalah dari DAP dan seterusnya mereka meminta ADUN mereka menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap amalan ini dan itulah apa yang dilakukan, kita tidak boleh menyalahkan DAP. Sebagai wakil rakyat, dia membawa aduan rakyat kepada yang berwajib. Seterusnya pihak berwajib perlu mendengar aduan berkenaan dan cuba mengadili aduan tersebut. Mungkin azan benar2 kuat dan dilakukan dengan niat provokasi. Mungkin bacaan tahrimnya pada waktu Subuh dimulakan begitu awal dan juga dilakukan terlalu kuat. Kita dengar dan kita adili. Sekiranya aduan itu tidak munasabah maka kita ...

Rang Undang-Undang DNA

Semenjak hari Isnin 25hb Ogos, kita berbahas rang undang-undang di atas. Sepertimana yang saya sebut, MP Pakakatan Rakyat beraksi dengan begitu hebat mengemukakan hujjah demi hujjah mengapa Rang Undang-undang ini perlu diserahkan kepada sebuah jawatankuasa pilihan ( select committee ) sebelum di kemukakan kembali untuk kelulusan di peringkat induk. Seperti biasa, walaupun mengemukakan hujjah2 yang kukuh, sehingga menyebabkan beberapa MP BN menyatakan persetujuan mereka dengan hujjah kami, ianya ingin diluluskan juga. Memandangkan ketidak sungguhan pimpinan BN dalam membahaskan rang undang-undang ini dan arahan mereka kepada semua MP BN untuk menyokongnya, maka kami keluar dari dewan sebelum amalan belah-bahagi (mengundi) dilakukan. Tuan2 sendiri cuba fikirkan yang berikut: Rang undang-undang ini memberikan kuasa untuk pihak polis mengambil ‘dengan segala cara yang perlu’ sesuatu sampel yang tidak intim daripada seorang yang ‘semunasabahnya disyaki melakukan kesalahan’ . Sampel ini dip...

Golongan 'Erdogan'?

Ada yang meminta saya menjelaskan isu golongan 'Erdogan' yang disebut-sebut di dalam blog tertentu (rujuk Malaysiakini 1 dan Malaysiakini 2). Saya sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dimaksudkan oleh penulis blog berkenaan kerana perumpamaan yang digunakan bukanlah satu perumpamaan universal. Bagi beliau mungkin ‘Erdogan’ merupakan nama yang ingin digunakan untuk memaksudkan orang jahat, oppurtunis, pengkhianat atau modernist. Saya tak tahu. Mungkin juga beliau, seperti bagi sebahagian yang lain ‘Erdogan’ adalah nama yang digunakan untuk memaksudkan seorang yang bijak lagi pintar, pakar strategi, Islamist dan sebagainya. Saya pun malas nak baca sangat tulisan-tulisan yang ingin mengkategorikan orang kerana ianya menggambarkan sikap angkuh seolah-olah kita ni hebat sangat dan mampu menghukum orang lain dan melabelkan mereka. Yang saya tahu, Tuan Erdogan adalah Perdana Menteri Turkey. Beliau pada asalnya merupakan ahli kepada parti politik ‘Islamik’ yang dipimpin oleh seorang ...

Upacara Angkat Sumpah DSAI

28hb Ogos, tarikh harijadi ibu saya, Hajjah Rashidah Othman, merupakan tarikh bersejarah bagi Dewan Rakyat. Ia menyaksikan kembalinya DSAI sebagai wakil rakyat Permatang Pauh dan sekali gus sebagai Ketua Pembangkang. Melalui upacara yang ringkas, yang tidak padan dengan implikasi politik kepada Negara Malaysia, DSAI mengangkat sumpah sebagai seorang ahli dewan rakyat. Sokongan yang padu terhadap beliau dari semua parti PR yang terbukti sepanjang proses PR kecil Permatang Pauh dibuktikan sekali lagi pada pagi ini dengan kehadiran bersama Lim Kit Siang dan TG Hj. Abdul Hadi. Langkah pertama ke arah Putra Jaya telah dengan ini diambil dengan jayanya. Respons Pak Lah Pak Lah dan beberapa pemimpin BN yang lain berusaha untuk memperlekehkan kemenangan DSAI di Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa ianya satu PR kecil yang biasa sepertimana PR kecil PR kecil yang lain sebelum ini. Pak Lah menegaskan bahawa kerajaan BN terus mantap dan tiada yang akan lompat. Ada juga yang sempat menyampuk da...

Tanya Pak Khalid

Fazna memberi komen berkenaan isu jawatan dalam parti apabila kita telah senang (menang). Terima Kasih atas peringatan tuan. Saya sebenarnya menolak konsep ‘Ghanimah’ (war booty) dalam konteks perjuangan kita sekarang kerana kita bukan turun ke medan perang. Bila Rasulullah (SAW) masuk Madinah, tiada Ghanimah yang diambil dari penduduk kota tersebut kerana mereka menerima secara rela dan menyambut Rasulullah dengan baik. Begitu juga apabila rakyat mengundi kita. Ianya dilakukan secara rela dan tiada peperangan, maka soal Ghanimah tidak timbul. Jawatan2 mesti diterima sebagai satu amanah dan bukan hadiah atau Ghanimah. Saudara Hafiz pengendali laman blog surau2faber bertanya berkenaan kuil2 hindu yang baru diluluskan dan akan ada satu tempat beribadah yang mengabungkan semua agama akan dilakukan di Selangor. Sebenarnya maklumat itu tidak tepat kerana yang ingin dilakukan ialah menggantikan kuil2 yang sedia ada yang telah wujud selama beberapa puluh tahun dengan tapak yang lebih sesuai....

Kenyataan Naib Canselor UiTM – Prof. Dato’ Ibrahim Abu Syah (Malaysiakini)

Pagi ini terbaca kenyataan Naib Canselor UiTM (rujuk Malaysiakini ) yang menyalahkan pembangkang kerana berjaya menyebabkan “orang Cina benci kepada orang Melayu” hasil dari isu pengambilan 10% pelajar bukan bumi oleh UiTM. Aneh bin Ajaib! Beliau yang menggesa pelajar2 UiTM berdemonstrasi (amalan yang dikatakan bukan budaya kita itu) menentang cadangan MB TS Abdul Khalid Ibrahim. Dengan laungan “jangan mencabar kami orang Melayu” dan “ketuanan Melayu”, mungkin beliau mengharapkan bertambahnya perasaan kasih saying di kalangan orang bukan Melayu terhadap orang Melayu! Satu teori aneh yang mungkin boleh dijumpa di dalam majalah Gila-Gila? Tindakan beliau memperalatkan pelajar2 amat sangat dikesali. Demi menarik perhatian pimpinan BN terhadap diri beliau, beliau sanggup melihat pelajar2 UiTM dicemari dengan stigma perkauman dan chauvanis Melayu. Bagaimana pelajar2 ini akan bertemu dengan bakal2 majikan mereka selepas graduate yang sebahagian dari bakal majikan ini adalah bukan bumiputra? ...

Forum Politik

InsyaAllah kita akan mengadakan forum politik seperti berikut. Kepada yang berminat, harap dapat hubungi terus dengan pihak penganjur. Tarikh/Date: 29 August 2008(Friday/Jumaat) TIME : 8.00 PM Tempat/Venue : MCBA Hall, 2nd Floor, Selangor Chinese Assemble Hall, 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur WHAT NEXT AFTER PERMATANG PAUH ? APA SELEPAS PERMATANG PAUH ? SPEAKERS: Dr. Jeyakumar – MP Sungai Siput dan JK Pusat PSM Stevan Gan – Chief Editor Malaysiakini Hishamuddin Rais – Columnist Khalid Samad – MP Shah Alam Organized by: Biro Perhubungan Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) (016-9008202/03-22747791)

Respon Kepada Pengunjung

Pada mulanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas teguran2 yang telah diberi oleh mereka yang mengunjungi blog ini. Kedua, saya ingin memaklumkan dan meminta maaf atas hakikat kesibukan i.e.: pilihan raya kecil di P.Pauh, sidang parlimen, tugas-tugas kawasan dan sebagainya, saya tidak dapat update blog ini sekerap yang saya inginkan. Namun saya akan berusaha insyaAllah, paling kurang pun dua, tiga hari saya akan cuba update. Berhubung dengan teguran2 yang diterima, saya akan respon secara umum seperti berikut:- Anonymous menyebut apa bezanya PKR berbanding UMNO? Jawapannya ialah PKR tidak merupakan parti Islam dan mereka tidak mendakwa mereka memperjuangkan Islam. UMNO sebaliknya mendakwa mereka pejuang Islam, parti Islam terbesar di dunia dan membawa pula konsep ‘Islam Hadhari’. Dalam PR, hanya PAS membawa mesej Islam dan dengan itu risalah Islam akan semakin jelas kerana PAS akan dibenarkan menyampaikan dasar kita dengan sejelas mungkin. Sebagai da’I, inilah yang terpenting. S46 ...

Tahniah Pengundi Pematang Pauh

Dengan majoriti sebanyak 15,671 undi, mereka telah pulangkan DSAI ke Parlimen. Ini menunjukkan kematangan pengundi yang tidak mudah tertipu dengan isu-isu murahan yang dibawa oleh BN. Kematangan politik yang ingin membawa Malaysia ke arah zaman politik yang baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan. UMNO/BN masih terperangkap dalam era politik yang lama. Mereka begitu terpinggir dari suasana dan kesedaran politik yang baru dan hingga hari ini masih terpingnga-pingnga dengan apa yang sedang berlaku. Zaman mereka telah berakhir dan tidak ada bukti yang lebih jelas berakhirnya zaman mereka selain dari keputusan Pilihan Raya.

Menggempur Pemikiran Assobiyyah (Perkauman)

Pada ‘Thursday, August 21, 2008’ blogger ‘ antihusham ’ telah postkan entry yang disertakan dibawah. Saya sertakan disini kerana ingin semua memahami sikap dan jalan perhujahan yang ingin beliau bawa supaya kita dapat menangkisnya dari awal sebelum ianya menjadi barah yang merosakkan PAS. "Aku Engkau" Dengan Tuan Guru Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh ulama yang dihormati dan segani oleh setiap kawan dan lawan dari dalam mahupun luar negara. Ilmu dan amalannya dikagumi oleh setiap orang. Bangun ditengah malam untuk bertahajud menjadi amalan rutinnya yang tidak pernah ditinggalkan. Nikmat bermimpi bertemu Rasulullah sudah berkali-kali dirasainya. Solat Istikharah untuk membuat sesuatu keputusan ataupun mencari petunjuk adalah menjadi kewajipannya. Hinggakan untuk mendapat petunjuk Allah terhadap isu muzakarah PAS-UMNO pun Tuan Guru beristikharah selama tiga hari tiga malam. Yang mana akhirnya Allah menunjukkan kepadanya betapa Surah Al-Anfal Ay...

Green wave sweeps through Permatang Pauh - from Malaysianinsider

Green wave sweeps through Permatang Pauh By Adib Zalkapli, SEBERANG JAYA, Aug 22 "... Pas Selangor deputy commissioner Khalid Samad explained that Nik Aziz's wisdom of issuing the open letter would not only bring in more votes but also assure Pas allies including DAP of its commitment to the coalition. "We have also given our guarantee during our muktamar (general assembly) to support Anwar. It is what we have been saying all these while that Anwar is a victim of political conspiracy and Saiful's move to swear by the Quran was meant to serve the BN's campaign only," said the Shah Alam MP when met today. Khalid was in Permatang Pauh last night with Selangor Pas chief Datuk Dr Hassan Ali to ensure Pas members from Selangor would work hard to win the by-election for Anwar..." More from malaysianinsider

To Understand Each Other

TWO PAKATAN REPS CLASH IN DEWAN RAKYAT by SIM LEOI LEOI The Star(21/8/08) "... Khalid then played peacemaker by saying that although Islam was the official religion, the policy was not to make believers of other faiths to acknowledge that theirs were inferior. Although Muslims believe Islam to be the one truth faith, this doesn't mean everyone else must acknowledge that it is a better religion. This is not reasonable, he said, adding that such a similar argument must also be applied to the issue of Bahasa Malaysia as the official language..." More from The Star

Kukuhkan Pakatan Rakyat dan buktikan kecemerlangan Islam

HarakahDaily.Net - oleh Roy Rasul, IPOH, 17 oGOS (Hrkh) "... Ia merupakan satu usul yang penting kerana dapat meluaskan dakwah PAS bersama Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan baru bukan sekadar di lima negeri tetapi di peringkat pusat dan ia merupakan sejarah baru bagi negara serta merupakan kemerdekaan sebenarnya bagi rakyat jelata," katanya yang disambut dengan laungan takbir oleh hadirin. Atas dasar itu katanya beliau mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi yang jelas menafikan adanya apa-apa usaha ke arah menubuhkan kerajaan bersama Umno..." baca selanjutnya di HarakahDaily.Net

Islam & Melayu

Kedudukan Melayu dan Islam termaktub di dalam perlembagaan. Semua kerajaan mesti patuh kepada apa yang termaktub ini dan tiada cara untuk mereka menukarkannya kecuali mendapat 2/3 majoriti dan juga restu DYMM Yang DiPertuan Agung. Itu bukan kerja mudah. Isu ini hanya mainan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya kembali sokong UMNO. Sebenarnya dalam pertemuan dengan YAB PM dan mantan MB selepas sahaja pilihanraya umum mereka cuba nak ‘psycokan’ kita. Mereka telah berkata “PKR ada 15 kerusi DUN dan DAP ada 13 sedangkan PAS hanya ada 8. PAS tidak sepenting DAP kepada PKR, lebih lebih lagi selepas kerajaan Negeri selesai dibentuk. Malahan, mereka boleh terus memerintah tanpa PAS kerana sudah mempunyai 28 kerusi dan seorang speaker. Kalau PAS cakap lebih, mereka boleh minta PAS keluar. Tetapi PKR perlukan DAP dan oleh itu PKR akan tunduk kepada tuntutan DAP”. Mendengar hujjah YAB PM, kita menjawab balik; “Itu mudah diatasi YAB. UMNO arahkan 5 dari ADUN UMNO lompat masuk PAS dan de...

Isu Semasa

PAS Keluar PR Pada mulanya perlu dijelaskan di sini bahawa Dato’ Seri Presiden tidak menyebut “keluar PR pada 16hb September” semasa berucap di dalam program tertutup di kalangan pimpinan PAS Pulau Pinang. Adalah difahamkan beliau hanya menyebut bahawa sekiranya kerajaan PR ditubuhkan di peringkat Pusat dan seterusnya didapati bahawa ianya meminggirkan Islam maka PAS tidak akan mengorbankan kepentingan Islam demi PR. Itu pun, ianya disebut di penghujung ucapan beliau setelah menekankan dan menegaskan perlunya PAS bersama PR untuk memenangkan PR di Permatang Pauh! 95% dari ucapan beliau ditujukan kepada persoalan mengukuhkan PR dan 5% yang terakhir hanya sebagai cakap lapik untuk menyenangkan hati beberapa sahabat yang malangnya kelihatan terpengaruh dengan dakyah UMNO. Dakyah yang dimaksudkan ialah tuduhan bahawa kerajaan PR akan dan telah meminggirkan kepentingan Islam dan orang Melayu. Inilah apa yang sering ditonjolkan oleh UMNO dalam program mereka dan ucapan-ucapan mereka, bahawa ...

Forget Umno, focus on Pakatan Rakyat

The Malaysian Insider - by Wan Hamidi Hamid IPOH, Aug 17 — Despite the narrow and conservative ulama's view that the Pas highest decision making body, the Ulama Syura Council, cannot be challenged, Selangor delegate Khalid Samad felt otherwise. The Selangor delegate and Pas MP insisted today that Pas should reject any form of cooperation with Umno but stick to its current allies DAP and Parti Keadilan Rakyat under the banner of Pakatan Rakyat. His views, bringing a flicker of democracy to the staid hierarchical Islamist party, contrasted with that of Pas deputy spiritual leader Datuk Dr Harun Din who stressed yesterday that party members must abide by the council's decision – to have non-binding informal talks with Umno. Khalid, who also attended one of the secret meetings with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi after the March 8 general election with his party leaders,reminded the assembly that Pas should show its true Islamic way with Pakatan instead of trying ...

UK Visit

Semasa menziarahi anak cucu di UK, kesempatan di ambil untuk mengadakan program bersama para pelajar serta golongan profesional yang menetap di sek itar M anchester dan Leicester. Semangat, pendapat dan keprihatinan semua kepada senario politik tanah air adalah amat di hargai. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada p ihak penganjur yang telah sudi menerima kunjungan. "Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yg panjang, insyaAllah boleh kita berjumpa lagi" National Sea Life Centre, Birmi ngham Bersama Anak: Salleha, Cucu: Naeem & Yusra serta Isteri Zaitun Memorial Park, Coventry Penat mengejar si Yusra...

Response to YB Karpal

Pakatan Rakyat retak? DAP mahu status PAS dikaji (Courtersy mstar.com.my) KUALA LUMPUR - Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan Pas. “Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat (PR) perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,” kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam kenyataan di sini semalam. Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita baru-baru ini yang mengesahkan bahawa Pas dan UMNO, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini. “Jaminan Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam PR (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa Pas tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelak...